February 4, 2009

SALAM BUMI ANBIYA'..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hurm, Sudah lama rasanya tak luangkan masa untuk posting. Cuti jami'ah pun dah nak habis. Ahad ni dah start dawam. Alhamdulillah cuti rasa terisi. Cuti ni, macam-macam destinasi la yang dipilih untuk melancong. Begitu juga dengan penulis.. Duit punya pasal, nak ke Mesir tak lepas.. Turki pun macam tu. Syria, ingat nak p tahun depan je la.. Lastly, JJ (jelajah Jordan) la yang menjadi pilihan..

Alhamdulillah, smalam baru balik dari xpdc jelajah jordan selama 6 hari (29jan - 03feb 2009). Alhamdulillah.. memang banyak giler la informasi baru yang dapat..

Sepanjang xpdc penulis sempat juga menulis diari pengembaraan. Rasa macam nak share dengan semua.. khususnya ahli kluarga dan sahabat-sahabat yang tak dapat nak menjejakkan kaki di bumi ini.. Apa yang kita sayang dan suka, itulah sebenarnya yang kita nak orang yang kita sayang dan suka rasa, kan.. - dedicated to my family..

Syukran jazilan kathiran kepada Ust. Solihin bin Mohd Nasuha dan keluarga kecilnya ;) Hidayah dan rahmat Allah buat kalian.. Ust kata; mula-mula datang bumi anbiya' ni, ambil la kesempatan untuk ziarah maqam2 para nabi dan sahabat. coz kita nak ambil ilmu di bumi yang sama mereka berjuang dahulu.. mudah-mudahan ada keberkatannya. Insyallah

Ikuti 6 siri pengembaraan kami.. Hope dapat ambil manfaat dari catatan diari orang yang tak reti menulis dan sekadar suka-suka je nak menulis. Untuk pengetahuan, segala yang dicatatkan adalah hasil perkongsian maklumat yang penulis dapat sepanjang xpdc (banyaknya dapat daripada ust la). so, kalau ada salah silap, hope sangat betulkan. Wallahualam.. segala yang baik itu dari Allah.. yang tak baik itu dari penulis sendiri..

- Sekali lagi.. kenangan terindah.....

Selamat mengembara! ;)

04 feb 2009
11.30pm
hijazy, irbid, jordan

1 comment: