February 16, 2009

..NAK TAU PASAL ‘DUIT’??..


..NAK TAU PASAL ‘DUIT’??..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, teman-teman..

Lama dah tak posting pasal economics. Alhamdulillah Ahad lepas dah selamat start dawam di jami’ah. Terasa pula nak ‘buka semula’ buku yang dipelajari fasal lepas, dalam subjek ‘nuqud wa bunuk’ (duit dan bank).

So, I would like to share little bit about ‘money’. Kalau sebut ‘banking’, 1st topic mesti sentuh pasal duit. Apa itu duit?? Banyak sangat takrifan yang diberikan. Antaranya; duit adalah ‘apa sahaja yang diterima umum sebagai perantara pertukaran’. Ingat lagi tak ‘kulit siput gerus’ yang kita belajar dalam subjek sejarah zaman sekolah dulu.. Ha, tu la contoh duit, sebab syaratnya; ‘diterima umum oleh masyarakat’ (masatu..).

Umum mengetahui, system duit yang pertama digunakan adalah system barter (muqayadah). Means; pertukaran barangan dengan barang lain. Contoh mudah; petani dengan nelayan nak berurus niaga. So, nelayan bagi hasil laut (ikan, udang, dsb) kepada petani, untuk dapatkan sayur-mayur. Settle la urusan mereka.

Setelah diamati, terdapat banyak kelemahan di atas pelaksanaan system ini. Antaranya;

1. Kesusahan untuk menemukan keinginan yang sama (tawafuk) antara 2 pihak.

Contoh : Amny ada gandum, dan dia nak beli gula. So, selagi tak jumpa orang yang ada gula & nak beli gandum, tak boleh la transaksi berlaku.

2. Susah untuk menentukan kadar tukaran.

Contoh : Nisa ada jagung, dia nak beli ayam. – em, macamana ye nak kira??

3. Sebahagian barang tidak boleh dibahagikan.

Contoh : Siti ada lembu, dia nak beli sekotak kurma al-baraqah. Hurm, tak kan nak potong kaki lembu sebelah sebagai pembayaran..

Sebenarnya banyak lagi kelemahan system barter ini, seperti susah dibawa, susah disimpan, mudah rosak, dsb.

Oleh kerana itu, setelah kajian demi kajian dilakukan, manusia mula bertukar kepada system emas dan perak. Kan zaman Rasulullah dulu ada guna ‘dinar’ (emas) dan ‘dirham’ (perak). Actually, sejak zaman empayar Rom lagi penggunaan wang emas telah digunapakai. Namun, penggunaannya berakhir setelah kejatuhan kerajaan Islamiyyah, Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Kenapa?? – Teruskan pembacaan..

The last one, yang masyarakat hari ini gunakan adalah system duit kertas / banknot. Duit kertas dikeluarkan oleh bank Negara (kebiasaannya / institusi kewangan yang ditugaskan oleh kerajaan) berdasarkan rizab emas (sandaran emas) yang ada dalam sesebuah Negara. Nilai muka duit kertas lebih tinggi daripada nilai asal. Contoh : duit kertas RM100 ; nilai mukanya memang la RM100, tapi nilai asal kertas tu berapa sen je. Cuba bayangkan kalau kita guna emas, macam mana nak beli sebiji coklat ye??

Ni la apa yang kami belajar. Tapi………

Hakikatnya, penggunaan system duit kertas pada hari ini ‘penuh kontroversi’. Bagaimana satu penipuan terbesar dalam sejarah telah dilakukan terhadap semua umat manusia. Dunia telah berkiblatkan Amerika dalam semua hal, termasuk ‘wajib’ menggunakan wang kertas dollar USD sebagai perantara pertukaran antarabangsa. Ogos 1971, semua matawang dunia telah berubah menjadi matawang fiat (matawang yang bernilai sifar). Duit kertas dicetak sesuka hati tanpa sebarang sandaran rizab (kalau ada sandaran pun bersifat kecil), berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar. Maka bermulanya topik ‘mencipta duit’.. (kawan-kawan sekuliah, cek balik bab10 : “khalkun nuqud” – mencipta duit). Jumlah keseluruhan duit (saving) yang disimpan di dalam bank berganda-ganda daripada jumlah asal, begitu juga dengan jumlah hutang ‘yang dicipta’. Ironinya, berapa sangatlah ‘real money’ yang ada.

Semua ini gara-gara Amerika yang bersekongkol dengan Israel – ada visi yang tersembunyi! – Start daripada penubuhan Federal Reserve Department (FRD) 1913, inflasi demi inflasi yang berlaku. Sebagai contoh terdekat; inflasi 1997 – bukti kebijaksanaan Malaysia tidak perlukan bantuan IMF. Tak cukup serik dengan ‘great depression’ (kejatuhan ekonomi yang melampau) pada tahun 1929, hari ini Allah tunjuk semula bala yang menimpa ekonomi dunia yang bertuhankan USD. Kegagalan demi kehancuran disaksikan oleh masyarakat dunia.

** Saya sarankan untuk anda semua membaca satu artikel “wang kertas: penipuan terbesar dalam sejarah manusia”, sumber ; majalah millennia muslim, keluaran julai 2007.. menerusi..

http://almuthaqqaf.blogspot.com/2007/11/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam.html

è Bilakah ekonomi Islam akan menguasai dunia?!?

Wallahua’lam.

Mukhlisah Mardhiah

15 Feb 2009 @ 11.11 pm

Hijazy, Irbid, Jordan

No comments: