November 22, 2008

RIBA – SIRI 3

RIBA – SIRI 3

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Akhirnya Allah kurniakan juga kesempatan untuk menyambung penulisan. Penulis memohon maaf di atas kelewatan siri 3 – Riba ini..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 275

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya ; “Sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan faedah”.

Di sini penulis suka untuk mengajukan persoalan, mengapakah Allah mendatangkan perbandingan antara jual beli -dan- faedah. Sedangkan faedah (interest) ‘pasangannya’ untung (profit). Hal yang demikian kerana mereka mengatakan;

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Maksunya; “..disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba”

Penulis akan membawa pembaca menelusuri perbezaan jual beli (yang dihalalkan Islam) dan riba (yang diharamkan). Apakah bezanya antara 2 situasi ini..??

Situasi 1 : Anisa membeli jam tangan pada harga RM100, lalu menjualkannya kembali pada harga RM120.

Situasi 2 : Zain memberi pinjam RM100 kepada kawannya, lalu dikembalikan pinjaman tersebut sebanyak RM120.

Secara kasarnya, kita akan mendapati bahawa tiada perbezaan antara situasi 1 & 2, kerana kedua-duannya (Anisa dan Zain) memperoleh keuntungan yang sama, iaitu RM20. Namun, setelah diteliti, kita akan mendapati wujudnya perbezaan antara 2 situasi tersebut..

Situasi 1 : Penjual (Anisa) akan dapat ‘RM20’ (sebagai keuntungan, manakala pembeli akan dapat ‘barang’ (jam tangan).

Situasi 2 : Pemiutang (Zain) akan dapat ‘RM20’ (sebagai faedah), manakala penghutang tidak memperoleh apa-apa! Malah tertindas! (dek kerana terbeban dengan faedah yang mesti dibayarnya).

Penulis berpendapat, menerusi contoh yang dikemukakan, pembaca dapat membezakan jual beli dan interest (riba/faedah) dengan lebih mudah. Hal yang sama berlaku di dalam amalan sistem perbankan. Contohnya, pembiayaan perumahan di dalam sistem perbankan Islam, dan konvensional. Apakah bezanya??

Situasi 1 - Pembiayaan perumahan yang diamalkan di dalam bank Islam ;

Bank beli rumah dari penjual (cash), kemudian menjualkannya kembali kepada pelanggan (bayaran secara tertangguh). -Ttidak lari dari konsep jual beli kerana ada ‘barang’ yang diniagakan.

Situasi 2 - Pinjaman perumahan yang diamalkan di dalam bank Konvensional ;

Bank (sebagai pemiutang) memberi pinjam duit kepada penghutang (orang yang nak beli rumah). Kemudian, penghutang membayar kembali kepada bank secara berkala, ditambah dengan faedah. –Tidak ada barang yang diniagakan, hanyalah sekadar akad pinjaman.

Penulis percaya, kebanyakan dari kita ada membuka akaun di bank konvensional (bukan??). Kalau disemak, pasti setap bulan ada ‘imbalan’ yang kita perolehi dari bank walaupun jumlahnya kecil. Tapi, bagaimanakah pula yang dikatakan dengan ‘berlakunya ketidakadilan’ di dalam situasi ini??

Secara teorinya, tugas utama bank terbahagi kepada 2;

1. Menerima pendeposit (akaun)

2. Memberi pinjam

Sememangnya kita sebagai orang yang mempunyai akaun di bank tersebut akan menerima 2% (misalnya) daripada simpanan setiap bulan. Namun, jumlah yang bank terima hasil daripada faedah yang diberikan kepada peminjam adalah lebih besar. Mari saya bawakan pembaca kepada contoh untuk diilustrasikan..

Contoh; 100 orang membuka akaun di bank Z, masing-masing menyimpan RM200. Jadi bank akan mempunyai modal sebanyak RM20000 untuk dipinjamkan kembali kepada orang ramai.

Faedah yang diberikan bank kepada pemegang akaun = 1%

Faedah yang diterima bank daripada penghutang = 10%

Setiap bulan, bank akan memberikan RM2 kepada pemegang akaun (RM2 x 100orang = RM200). Akan tetapi, setap bulan juga bank akan menikmati faedah sehingga RM2000 daripada para penghutangnya. (keuntungan bank = 9%)

Jadi, prinsip asalnya mudah : Setiap akaun yang dibuka di bank konvensional terbina di atas akad pinjaman. Berlawanan dengan akaun simpanan al-Wadiah yang dibuka di bank Islam yang jauh daripada riba dan ketidakadilan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita koreksi diri, keluarga dan saudara terdekat dan sahabat-sahabat dalam hal yang kadang-kala kita rasakan remeh ini. Setiap perkara yang diharamkan syariat Islam, pasti ada alasannya yang tersendiri. Siapa lagi individu yang akan meningkatkan martabat perbankan Islam, (kalau bukan kita??). Moh menyimpan di bank Islam.. ;)

Wallahualam.


Mukhlisah Mardhiah

22 November 2008

12.20pg


Rujukan;

1. El-Furqan

2. An-nuqud wal bunuk – baina an-azariah wa at-tatbik

3. Khulasah kulliah tafaqquh bersama Ust Heizal Hezry, penuntut phD, Syariah, ekonomi dan perbankan Islam, Universiti Yarmouk

4. Munaqasyah bersama Dr. Mufleh, pensyarah di Kulliah Ekonomi, merangkap pengurus Jordan Islamic Bank

November 8, 2008

ADA APA DENGAN RIBA – SIRI 2


ADA APA DENGAN RIBA – SIRI 2

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersua lagi kita dalam siri yang kedua untuk sama-sama kita memahami konsep riba yang sebenarnya. Insyaallah.

Ayat yang mengandungi satu muka lembaran al-quran ini, diturunkan Allah dengan mengharamkan riba secara total. Dan ayat inilah yang menjadi prinsip asas riba sehingga ke hari ini.

Peringkat keempat (terakhir); Surah al-Baqarah : 275-281

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (275) يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ (276) إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (277) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278) فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ (279) وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (280) وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ (281)

Maksudnya; 275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

280. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

281. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis tidak berhasrat untuk mentafsirkan setiap bait ayat yang dikemukakan. Namun, di dalam siri ini, penulis akan membawa pembaca kepada pengenalan dan jenis riba, insyaAllah.

Sebelum penulis mendetailkan mengenai jenis-jenis riba, penulis suka untuk mengeinterpretasikan pengertian riba. Riba dari segi bahasa bermaksud pertambahan, tumbuh tinggi dan naik.

Manakala dari segi istilahnya; para fuqaha berbeza pendapat dalam mendefinisikannya. Hakikatnya, tidak ada takrif universal untuk menerangkan mengenai riba, kerana konsep riba amatlah luas. Namun riba dapat difahami menerusi pentakrifan dalam 2 kategori riba. Adapun definisi paling ringkas dan bagus diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Maram, bahawa makna riba adalah: “Penambahan pada dua perkara yang diharamkan dalam syariat, adanya tafadhul (penambahan) antara keduanya dengan ganti (bayaran), dan adanya ta`khir (tempoh) dalam menerima sesuatu yang disyaratkan qabdh (serah terima di tempat).” Takrifan ini meliputi kedua jenis riba (riba fadhl dan riba nasiah) yang akan diperjelaskan nanti.


Riba terdiri daripada 2 bahagian;

1. Riba al-Quran

Atau nama lainnya Riba al-Qard/Riba Duyun (faedah daripada pinjaman). Riba al-Qard ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian;

i) Menetapkan pulangan + kadar faedah tertentu, tanpa mengambil kira samada pinjaman dibayar (bersama dengan bunganya) pada masanya(on time) atau selepas tempoh masa yang ditetapkan.

Contoh; Zetty meminjam RM1000. Maka dia perlu membayarbalik pinjaman dengan tambahan bunga sebanyak 20% (=RM1200).

*Riba jenis inilah yang banyak dipraktikkan di bank-bank konvensional sekarang.


ii) Pulangan + kadar faedah tertentu, dikenakan hanya kerana kelewatan pembayaran.

Contoh; Zack meminjam RM1000. Sekiranya dia memulangkannya pada tarikh yang disepakati, maka dia tidak dikenakan faedah, (jumlah yang perlu dibayar = RM1000). Akan tetapi, sekiranya dia terlewat, maka dia perlu membayarbalik pinjaman dengan tambahan bunga sebanyak 20% misalnya (=RM1200).

* Sistem ke-2 ini adalah sistem yang digunakan di dalam amalan kad kredit di Malaysia. (satu isu lain untuk didiskusi).



2.Riba as-Sunnah

Atau nama lainnya Riba al-Buyu’. Riba al-Buyu’ ini terbahagi kepada 2 bahagian ;


i)Riba al-Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya, atau dalam kata lainnya - adanya tafadhul (selisih timbang).

Contoh; Zai menukarkan 10 gram emas murah kepada 7 gram emas berkualiti.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيْرُ بِالشَّعِيْرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلاً بِمِثْلٍ، يَدًا بِيَدٍ، فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى، اْلآخِذُ وِالْمُعْطِي فِيْهِ سَوَاءٌ

“Emas dengan emas, perak dengan perak, bijirin dengan bijirin, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam harus sama (timbangannya), serah terima di tempat (tangan dengan tangan/on the spot). Barangsiapa menambah atau minta tambah maka dia terjatuh dalam riba, yang mengambil dan yang memberi dalam hal ini adalah sama.” (HR. Muslim)


ii)Riba an-Nasiah

Riba jenis ini berkaitan dengan adanya tempoh dan tiadanya taqabudh (serah terima di tempat/on time).

Al-Bara` bin ‘Azib dan Zaid bin Arqam radhiyallahu ‘anhum berkata:

نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang jual beli emas dengan perak secara hutang.” (Muttafaqun ‘alaih)

Ringkasnya:
a. Beli emas A dengan emas B secara tafadhul (contoh; lebihkan emas B) berarti terjadi riba fadhl.
b. Beli emas A dengan emas B, sama banyak, namun dengan nasi`ah (bertempoh), maka terjadi riba nasi`ah.

Konklusinya, untuk mengelakkan daripada bermuamalat dengan riba, maka adalah lebih selamat jika barang yang hendak ditukarkan itu dijual terlebih dahulu untuk mendapatkan wang, lalu dibeli kembali apa yang diinginkannya, seperti yang dianjurkan Rasulullah dalam sabdanya..

Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, “Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa kurma berkualiti. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana kurma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya kurma yang buruk lalu kami tukar beli dua gantang (yg buruk) dengan satu gantang (yang elok)". Maka Rasulullah bersabda:

"Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian belilah kurma yang kamu inginkan.” -Muttafaq 'alaih

Umum mengetahui, amalan riba kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Institusi-institusi kewangan berteraskan faedah telah tersebar dengan banyaknya di serata negara. Sedangkan kemudharatannya sangat jelas. Mengapa masih ramai orang yang mengejar ‘along’, sedangkan mereka tahu mereka dan keluarga mereka pasti akan dikejar ‘along’ kembali. Ayuh! Perbaiki hidup berlandaskan syariah.

Wallahualam.

Insyaallah, di dalam siri yang selanjutnya (siri 3) penulis akan berusaha untuk mengaitkan amalan riba secara praktikalnya di kaunter-kaunter perbankan konvensional seperti yang berlaku pada hari ini. Insyaallah.


Mukhlisah Mardhiah

Irbid, Jordan

08 Nov 2008 – 11.41pm (Shita’)


RUJUKAN;

1. El-Quran wa tafsiruhu

2. Khulasah kulliah tafaqquh bersama Ust Heizal Hezry, penuntut phD, Syariah, ekonomi dan perbankan Islam, Universiti Yarmouk

3. http://salafytobat.wordpress.com/2008/09/01/fiqh-muamalat-jual-beli-riba-jenis-jenis-harta/

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Riba#Penyelesaian_Riba

5. http://trimudilah.wordpress.com/2007/04/02/riba-3/

6. http://www.indoforum.org/showthread.php?t=15334