October 26, 2008

Beli Saham ATAU Bagi Pinjam??

Bismillahirrahmanirraheem..

The first thing i want to tell you is.. "I got it!!"..

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tersalah sangka dengan kajian kes yang bakal saya utarakan. Realitinya 'pelaburan' jenis ini telah bertebaran di muka bumi bak kulat tumbuh selepas hujan, termasuk di negara Islam moden seperti Malaysia.

Situasi 1; Sakinah ingin membuat pelaburan di dalam Company Z. Sakinah mengambil keputusan untuk memasukkan rm10000 ke dalam akaun company tersebut, dengan kontrak persetujuan - menerima pulangan 10% setiap bulan = rm1000/bulan.

'Tersalah sangka' yang saya maksudkan adalah; masyarakat seringkali menyangka bahawa situasi di atas di jalankan di atas 'kontrak pelaburan'. Sedangkan hakikatnya, situasi tersebut dijalankan di atas 'kontrak pinjaman'. Apa bezanya (Situasi 1) dengan situasi ini (Situasi 2)??... (Jawapannya; sama)

Situasi 2; Company Z meminjam sejumlah wang daripada orang luar, contohnya rm10000. Setiap bulan company Z akan memberikan faedah tetap(bunga - 10%) kepada para pemiutangnya sebagai imbalan.

Tambahan pula, kontrak yang menerima faedah bulanan secara tetap jelas-jelas ditolak di dalam Islam. Ini kerana adanya unsur penindasan yang dilarang di dalam Islam. Mahu tidak mahu, (dalam kata lain-rugi atau untung) company tidak boleh tidak memberikan pulangan bulanan kepada pelanggan atau pemegang saham seperti yang telah dipersetujui di awal kontrak.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. -Al-Baqarah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (130
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. - Ali 'Imran


Pelaburan yang sebenar adalah berisiko. Yang membezakannya hanyalah risiko tinggi, sederhana, dan rendah. Pulangannya pula nyata tidak tetap dan berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Bagi pelaburan yang langsung tidak mempunyai risiko, apatah lagi memberikan pulangan yang tetap, itulah yang ditegah. Kaedahnya mudah..

الغرم بالغنم
"The more the risk, the more the return"

Oleh itu, marilah sama-sama kita menarik diri dan menyedarkan umat manusia akan bahayanya riba'. Dunia telah menyaksikan kejatuhan demi kejatuhan di dalam sistem ekonomi Sosialis dan Kapitalis yang menjadikan riba sebagai amalan kehidupan. Indahnya Islam.. hatta diajar sehingga ke sekecil-kecil perkara.

وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ (39
Maksudnya; Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya). - ar-Rum

Wallahu Ta'ala 'Alam.
p/s; sebarang kesalahan maklumat minta diperbetulkan. tq

Saya budak baru belajar,
Mukhlisah Mardhiah
Irbid, Jordan
11.28pm
26 Oktober 2008


Rujukan;
1) El-Furqan
2) El-Uqud el-Musammah, Dr. Wahbah az-Zuhaily
3) Hasil munaqasyah bersama Ust. Heizal Hezry, penuntut phD ekonomi & perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan
4) http://dennyhendrata.wordpress.com/2006/09/07/riba-dalam-perspektif-agama-dan-sejarah/

October 20, 2008

Cahaya Islam ; Sistem Ijarah & Sukuk Ijarah

Bismillahirrahmanirrahim

Cahaya Islam ; Sistem Ijarah & Sukuk Ijarah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

(Al Baqarah : 208).

Ijarah atau dalam kata lainnya – ‘sewa’, merupakan kalimah yang lazim kita dengari. Mungkin ada di antara kita yang mempunyai harta lalu disewakan kepada orang lain, atau tidak memilki sesuatu harta, lalu menyewanya daripada orang lain. Di dalam artikel ini, saya suka untuk terus menggunakan istilah ‘ijarah’ sebagai medium penulisan saya.

Ijarah bererti Muajjir (tuan barang) memberikan manfaat sesuatu barang kepada musta’jir (penyewa), mengikut tempoh masa tertentu, dengan bayaran tertentu. Misalnya, Syahid mempunyai kereta, lalu disewakan kepada Syuhada’ selama 3 hari dengan caj sebanyak rm70/malam. Jadi, Syahid adalah muajjir, Syuhada’ adalah musta’jir, kereta adalah syai’ muajjar (barang yang disewakan), dan sewa rm70 x 3hari adalah al-musta’jir fih (bayaran yang diterima dari penyewa).

Allah Ta’ala berfirman di dalam at-Thalaq : 6 & al-Qasas : 26 ;

فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآَتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ

Maksudnya ; …kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya..

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ (26)

Maksudnya; Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya."

Ijarah, bukan sahaja sewa ke atas manfaat barang, bahkan sewa ke atas pekerjaan, contohnya mengupah (atau sewa tenaga) orang untuk membina rumah.

Saya kira tajuk ini sangat mudah untuk didiskusikan. Namun, di sini saya cuba untuk berkongsi mengenai sukuk ijarah, sekadar ilmu atau maklumat yang ada pada diri ini. Ramai dalam kalangan muslimin yang jelas menolak ‘bon’ yang ditawarkan di pasaran, kerana jelas memberikan pulangan atau keuntungan menerusi faedah yang tetap. Akan tetapi sukuk jauh bezanya dengan bon.

Umum mengetahui, dewasa kini telah banyak produk perbankan islam yang diketengahkan, termasuk sukuk (bon islamik). Antara produk sukuk yang ditawarkan adalah sukuk ijarah.

Apa itu sukuk ijarah?? – berdirinya sukuk ijarah di atas kontrak ‘sales and lease back’ (jual dan sewa kembali). Kronologinya begini; Kerajaan atau sesuatu institusi ingin melaksanakan sesuatu projek, namun menghadapi masalah besar dari sudut modal / kewangan. Oleh itu, kerajaan menerbitkan sukuk.

Untuk menerbitkan sukuk ijarah, kerajaan atau badan yang terlibat perlu menyediakan sejumlah aset. Lalu aset ini dijualkan kepada para pembeli sukuk (boleh jadi sesiapa sahaja yang berkemampuan). Hasil jual beli tersebut, kerajaan akan memperoleh wang untuk melaksanakan projek yang dirancang. Maka terlaksanalah satu komponen sales/penjualan dari kontrak ‘sales and lease back’.

Lanjutan daripada transaksi ini, kerajaan akan menyewa kembali aset-aset yang telah dijual tadi. Ini bermakna, para pemegang sukuk akan menerima ‘duit sewa’ berkala daripada kerajaan. Dan inilah yang dimaksudkan dengan komponen ‘lease back’ dari kontrak ‘sales and lease back’.

Bagaimana pula dengan modal yang dikeluarkan oleh para pemegang sukuk?? – tentunya sesebuah kontrak mempunyai tempoh matang yang tertentu. Apabila sampai kepada tempoh matang, kerajaan akan ‘membeli’ kembali asset-aset tersebut pada harga par (harga yang sama sewaktu menjualnya). Mudah bukan??

Untuk lebih memudahkan ilustrasi pembaca, saya hadirkan satu contoh yang lebih mudah. Saya ingin membeli sebuah banglow bernilai rm1juta. Tapi saya takde duit! Lalu saya kumpulkan segala asset yang ada (rumah lama, perabot, alat elektronik, dsb) dan menjualkannya kepada orang lain-katakanlah Syazlin. Setelah dijual, saya sewa kembali aset-aset tadi dengan bayaran rm50ribu setahun. Setelah 8 tahun, saya akan membelinya semula daripada Syazlin dengan harga asal. Jadi, Syazlin akan memperoleh kembali modal beliau, dicampur dengan hasil sewa yang beliau peroleh sepanjang menunggu tempoh tamat kontrak. Untung, bukan??

Kesimpulannya, produk-produk perbankan islam yang ditawarkan atau yang bakal ditawarkan, sedaya upaya untuk lari daripada konsep gharar atau riba yang sememangnya telah lama bertapak di bumi ini. Jelas sukuk ijarah terhindar dari faedah, kerana pulangannya berupa ‘wang sewa’.

Ayuh, sama-sama kita mendalami ilmu Islam, dari kaca mata ekonomi.. Moga ‘mereka’ terbuka mata dengan kesyumulan sistem ekonomi Islam..

Wallahu’alam.

p/s; sebarang kesalahan/khilaf, hope diperbetulan.


Rujukan;

1. el-furqan

2. el-uqud el-musammah ; dr. Wahbah az-Zuhaily

3. http://janganserakah.com/2008/09/24/kasak-kusuk-sukuk/


Saya budak baru belajar,

Mukhlisah Mardhiah

Irbid, Jordan.

Siap; 08.29am @ 20 Oktober 2008

October 14, 2008

Cahaya Islam ; Sistem Mudharabah

Bismillahirrahmanirahim

Cahaya Islam ; Sistem Mudharabah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

(Al Baqarah : 208).

Kata orang; tak kenal maka tak cinta. Tapi kata saya; tak kenal, maka tak tahu! Mudharabah, merupakan salah satu daripada produk perbankan Islam yang kini semakin luas dipraktikkan di kaunter-kaunter perbankan Islam selepas al-Wadi’ah. Sehinggakan di Malaysia kini sudah diterbitkan bon Mudharabah. Harmoninya alam.. bila manusia kembali kepada Islam.

Sistem Mudharabah telah ditakrifkan sebagai kontrak yang disepakati antara Rabbul Mal (pemilik modal) yang mengetengahkan modal dan Mudhorib (pengusaha) yang mengusahakan modal tersebut. Allah Ta’ala berfirman;

( واخرون يضربون في الارض يبتغون من فضل الله)- المزمل : 20 -

Maksudnya; “Orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah”.

Di dalam sistem ini, satu pihak akan menyutik modal dan satu pihak lagi akan mengusahakan modal. Keuntungan daripada pelaburan yang dilaksanakan oleh Mudharib akan dibahagi mengikut persetujuan yang telah disepakati (contoh; 70:30, atau 60:40, atau 50:50) antara Rabbul Mal dan Mudharib di awal aqad. Manakala kerugian sepenuhnya ditangung oleh Rabbul Mal.

Menurut kitab fiqh, Hanbali telah beranggapan bahawa Mudharabah merupakan salah satu daripada jenis-jenis syarikat. Namun Hanafi, Maliki dan Syafi’e telah menolaknya. Maliki dan Syafi’e telah mengeluarkan ‘Mudharabah’ sebagai tajuk yang berasingan dari bab ‘Syarikat’.

Rukun Mudharabah di sisi Hanbali hanyalah satu ; yakni ijab dan qabul (lafaz dan terima). Lafaz tersebut bukanlah lafaz yang khusus. Mudahnya, Rabbul Mal boleh melafazkan “Ambillah harta ini untuk tujuan Mudharabah”, atau yang seumpama dengannya, manakala Mudharib menjawab; “aku terima / aku redha / ok, aku ambil..”. Akan tetapi, jumhur uluma’ telah menetapkan 3 rukun dalam ber’mudharabah’;

1. 2 orang yang ber’aqad (pemilik modal & pengusaha)

2. Modal, Usaha(amal), dan keuntugan / dalam kata lain ‘Ma’qud ‘Alaih’

3. Lafaz ijab dan qabul (terima)

Hakikatnya, sistem mudharabah ini telah diamalkan oleh baginda Rasulullah ‘Alaihissalam ke atas harta Saidatina Khadijah. Menurut muhaddith Abdul Razzaq, sebelum memperoleh modal Rasulullah telah menjadi pengusaha kepada seorang investor besar Makkah, Khadijah. Disebabkan kejayaannya memberikan pulangan yang besar tanpa sebarang kerugian, Muhammad Rasulullah telah berjaya memimpin 4 ekspidisi perdagangan besar Khadijah ke Syiria, Yorash, Bahrain, di timur semenanjung arab.

Ayuh, kita kembali kepada sunnah dan Islam.. – Bring Islam back!

Wallahu’alam.

Mukhlisah Mardhiah

Irbid, Jordan

14 Sept 2008 / 15 Syawal 1429H

Siap - 06.02pm

Rujukan;

1. El- Furqan

2. El-‘uqud el-musammah – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbankan_Islam_di_Malaysia

4. http://anak-cilegon.blogspot.com/2007/11/maulid-dan-manajemen-bisnis-rasulullah.html

5. http://wakaf.org/jse/modules/news/article.php?storyid=100

October 9, 2008

Hari Raya Sebenar...




RAYA SEBENAR RAYA

"Sempena hari raya ini, marilah kita sama-sama merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep `hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada lima keadaan:

1) Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2) Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan.

3) Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka.

4) Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka.

5) Hari ia menatap wajah Allah ta'ala

Menurut Nabi Muhammad s.a.w, Hari Raya bagi setiap orang beriman ada 5 ketika;

Iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari Berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan mengadap Allah ta'ala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari itu, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha bersungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam `hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Saat sakaratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebig dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakaratul maut adlah hari kiamat bagi si mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3.

Pertama kesakitan sakaratul maut, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikat maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam Khusnul Khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini berulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari raya seterusnya adalah hari kita melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka.Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penghuni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling menggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita pun belum menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya, ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hari raya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara Allah redhai.

Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul maut, titian siratul mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..

wallahu ta'ala a'lam

October 2, 2008

1 Syawal yang pasti tidak kan dilupakan..

Bismillahirrahmanirraheem

Innalillahi wainna ilaihi raji'uun...
Ungkapan ini meniti di bibir2 penghuni sakan baitut talabah al-jami'ah, dan warga irbid sluruhnya. salam takziah diucapakan buat sahabat seperjuangan - Nor Fahindun Bt Bambang Susilo, atas kematian ibunya yang sangat dicintai.

وبشر الصابرين. الذين إذا اصابتهم مصيبة قالوا إن لله وإن إليه راجعون... - البقرة

Masih terasa genggaman erat tanganmu tika itu. Tabahnya hatimu, sahabat..
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا!! - Allah takkan taklifkan sesuatu pada dirimu, melainkan engkau mampu! Moga allah mencampakkan ketengan dalam jiwamu dan membuka pintu2 kejayaan buatmu.

Sahabat, ujian ini bukan hanya ujian allah untukmu. tapi ujian allah untuk kami, sahabat2mu jua. aku ingin kau tahu bahawa aku dan teman2mu ada disini. Kehidupanmu bukan kau seorang. tapi kau masih punya teman lain yang senantiasa mendokanmu dan bersedia untuk membantumu, insyallah.

Kuingin kau tahu, ada orang lain yang bersyukur dengan nikmat ukhuwah yang terjalin antara kita. Oleh itu, wajib untuk kita sebagai individu yang menjalinkan ikatan ini untuk bersyukur dengan nikmat yang kita ada. Bukan semua orang yang merasai nikmat yang dikurniakan Allah ini. Moga allah terus menerus menghadiahkan kita kemanisan dalam berukhuwah.. Adanya dimanfaati, hilangnya ditangisi..

Sama2 kita kembali menyingkap janji kita dahulu.. Kita bersama. Kau kakaku, dan aku adikmu. Tiada apa yang dapat ku bantu melainkan mendoakan kesejahteraanmu. Telah bersabda Rasulullah Sallahu'alaihi wasallam - syurga buat mereka yg redha dgn pemergian org yang disayanginya. Moga penghujungnya bukan di sini, tapi di jannah yg kekal abadi..

Tabahkan dirimu, sahabat..
Maaf dan terima kasih untuk segalanya.

Mukhlisah Mardhiah
Irbid, Jordan
3.14petang
3 Syawal 1429H