May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Darjah 3 Amanah, Sek. Keb. Rantau Panjang Lanchang.. ingat tak dalam buku teks bahasa Melayu ada lirik lagu Hari Guru..

"16 Mei Hari Guru..
Hari mengenang jasa-jasamu
Tarima kasih.................." - (dah lupa.. :p)

Lagu ni Cikgu Hasnora yang ajar - guru kelas merangkap guru bahasa Melayu merangkap guru kesayanganku. (mana tak nya.. hari raya dapat duit raya :p)


Tak kesah la apa pun. Yang pasti, ramai sangat dah insan yang bergelar guru dalam hidup kita. dan mungkin kita juga bergelar guru buat seseorang.. (kan 'Tok Guru'.. - panggilan seseorang.. :p)

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan kalian dalam usaha mendidik anak bangsa dan agama.. Allah Yubarik Fikum! Teruskan usaha murni berbekalkan kesabaran dari Ilahi..


Special regards 'Happy Mu'allims Day' to;


- My Lovely Parents;
Cikgu Shaharum Bin Mohamed, Guru Besar SK Pelangai, Bentong (2005-now)
Cikgu Siti Zawiyah Bt Abdul Hamid, Guru Bahasa Melayu, SMK Temerloh (2001-now)

-My Lovely Sister
Cikgu Mutmainnah Bt. Shaharum, pelatih guru, Inst. Pengajian Ilmu Khas, Cheras

-Guru kecilku
Deq Khairun Nisya Bt. Shaharum

-Sufuf Mua'llims at;
> Tadika al-Mukmin, Taman Saga (1994-beberapa bulan je. Lepastu taknak sek.. :p)
> SK Bandar Mentakab (1995-1996) - Darjah 1 tompang. (sebab mak guru kelas 1 Jaya :p)
> SK Desa Bakti (1996)
> SK Rantau Panjang, Lanchang (1997-1998) Kelas 2 Amanah & 3 Amanah
> SK Bandar Mentakab (1999-2000) Kelas 5 Cemerlang & 6 Cemerlang
> SMA Al-Khairiah, Temerloh (2001-2005)
> STA Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan (2006- just for 5 months only)
> Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan (2006-2008)
> Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan (2008-now)

-dan lain-lain..
Allah Yujzikumul Kher...


Mukhlisah Mardhiah
16 Mei 2009
Irbid, Jordan

May 15, 2009

..Mukhlisah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam hadis ke-2 Matan Arba'in, karangan Imam Nawawi; apabila Rasulullah disoal oleh Jibril mengenai 'ihsan', maka jawab baginda 'Alaihi Solatu Wasalam - "Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia Melihatmu.." - Riwayat Muslim.

Betapa ikhlasnya orang yang ihsan..
Bukan mudah untuk menggapai martabat Mukhlisin (orang yang ikhlas)..
Ikhlas itu umpama semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua yang kelam, pada malam hari.. Argh, sukarnya nilaian sebuah keikhlasan. Paling takut, bila rasa ikhlas tiada, rasa riya' pula yang bertakhta. Riya' itu kan syirik kecil, menggugurkan pahala-pahala amalan. Nauzubillah! Sudahlah amalan tiada, dosa pula yang memenuhi buku catatan peribadi..

Tanda-tanda IKHLAS;
1. Elak cari nama / populariti
2. Senantiasa waspada dengan sifat sombong dan bangga
3. Jangan sesekali mengharapkan balasan
4. Tidak mencari pujian dan terpedaya dengan sanjungan (tidak berlebih2 dipuji)
5. Tidak kedekut memberi pujian pada orang yang berhak dipuji
6. Benci dan marah kerana Allah, bukan kerana dorongan nafsu
7. Sabar menempuh proses yang panjang
8. Mengharap redha Allah semata
9. Amalan semakin meningkat

Hasil IKHLAS;
- Tenang jiwanya
- Mampu bina kekuatan rohani
- Istiqamah dalam beramal
- Mendapat pahala atas kebaikan
- Sentiasa mendapat naungan dan perlindungan dari Allah setiap ketika


Namun, jika tak mampu untuk ikhlas, ber'istikhlas'lah dahulu - 'buat-buat ikhlas', dengan niat menuju redha Allah. Bukan hipokrit namanya. Orang hipokrit tidak langsung meletakkan Allah sebagai sasaran akhir perbuatan dan amalannya. Yang diharapkan semata-mata pandangan dan pujian manusia ke atasnya. Namun orang yang istikhlas sedaya upaya meraih cinta Allah walaupun payah. Yang penting dia mujahadah!

Bukan mudah untuk mujahadah. Wahai yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas landasan deen-Mu.. - DOA; senjata mukmin.

Kata orang, panggil nama yang bermaksud itu lebih baik daripada nama yang tidak mempunyai sebarang makna. Kerana panggilan itu merupakan doa. Moga dengan gelaran ini, ana (dan kalian) juga tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang ikhlas...

Mukhlisah Mardhiah
Sakan Baitut Tholabah al-Jami'ah
Irbid, Jordan
15 Mei 2009 - Sabtu - 08.08pm

May 11, 2009

MODEL OPERASI PERBANKAN DI AWAL KEMUNCULAN ISLAM


Bismillahirrahmanirrahim


MODEL OPERASI PERBANKAN DI AWAL KEMUNCULAN ISLAM

MAKKAH - Sebuah kota yang sangat dikenali dengan kesibukan para pedagang keluar masuk sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Ahli Makkah @ Arab Quraisy kebiasaannya akan melalukan perjalanan untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas, dan ke negeri Yaman pada musim sejuk. Kisah ini dirakamkan Allah Subhanahu wata'ala di dalam Surah Quraisy : 1-2.

Di saat ini, mereka sangat terkenal dengan transaksi wadiah (simpan barang) dan melaburkan harta, samada dalam kalangan Arab itu sendiri, mahupun dalam kalangan Arab dan Yahudi yang bermukim di seluruh pelusuk jazirah Arab pada ketika itu.

1. Wadiah - Masyarakat Arab akan mencari orang-orang yang benar-benar amanah dan boleh dipercayai untuk mereka letakkan harta untuk disimpan beberapa ketika. Misal yang sangat jelas dan mahsyur, diriwayatkan menerusi Sirah Ibn Hisyam; baginda Rasulullah Sallahu 'alaihi Wasallam sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Arab dengan gelaran 'al-Amin' (orang yang amanah). Pada tangan baginda masih tersisa harta wadiah ketika baginda ingin berhijrah ke Yatsrib. Lalu diwakilkan Saidina Ali Karamallahu Wajhah untuk memulangkan kembali harta-harta tersebut kepada pemilik-pemilik mereka.

2. Masyarakat Arab Jahiliyah (sebelum kedatangan Islam) melaburkan harta mereka dengan 2 method;

Pertama : Melaburkan harta melalui cara berdagang dengan menggunakan konsep Mudharabah, untuk memperoleh keuntungan.

Mudharabah adalah transaksi yang melibatkan 2 pihak. Satu pihak menyumbangkan modal, manakala pihak yang satu lagi menyumbangkan usaha dan tenaga. Sekiranya untung diperoleh, pemodal dan pengusaha akan berkongsi untung menerusi nisbah yang telah disepakati di awal aqad. Namun jika kerugian yang didapati, pemodal menanggung penuh kerugian tersebut (dari sudut kewangan). Hal ini disebabkan pengusaha telah menanggung kerugian dari sudut tenaga, usaha dan masanya.

Kedua : Memberi hutang dengan riba' (bunga / tambahan) yang telah ditetapkan.


Begitulah hakikat yang berlaku dalam kalangan orang Arab sebelum kedatangan Islam. Kemudian, ditakdirkan Allah, munculnya Islam sebagai rahmat seluruh alam untuk mengislah (membaik pulih) aqidah masyarakat Arab pada ketika itu. Islam mengiktiraf bentuk pelaburan secara Mudharabah, namun Islam menolak operasi pembiyaan atau memberi pinjam berteraskan faedah.

Kegiatan wadi'ah (menyimpan barang) juga diakui Islam. Namun kehadiran Islam telah menanam dan mengaitkan sifat amanah dengan pengawasan daripada al-Khaliq, Allah Subhanahu wa Ta'ala. Buahnya, lahirlah keamanan dan kebahagiaan hakiki di negeri kelahiran Islam.

Hakikatnya, Islam hadir membawa 1001 pakej lengkap ; politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya. Satu-satunya agama yang mengaitkan secara langsung menerusi al-quran dan as-sunnah, antara sulukul insan (sifat/kelakuan manusia) dengan transaksi sesama insan, khususnya ekonomi. Buktinya, hanya Islam yang mengajarkan Bab Akhlak kepada penganutnya, jauh bezanya dengan pendidkan Moral dan lain-lain pendidikan ciptaan manusiawi.

Pelabagai operasi perbankan yang didakwa lahir pada zaman kegemilangan Eropah sebenarnya lebih dahulu diamalkan di zaman Islam, antaranya;
1) Bank Zubair Bin 'Awwam
2) Sukuk Marwan Bin Hakim
3) Hiwalah ibn 'Abbas dan Ibn Zubair
4) Perintah berbayar oleh Saifud daulah al-Hamdani
5) Tukaran matawang
^) Kemunculan kertas-kertas perdagangan
7) Kemunculan sekolah-sekolah perbankan


Sememangnya tika itu belum lagi digunakan istilah 'bank', kerana menurut sejarah, 'bank' mendapat namanya pada tahun 1157 daripada kalimah 'Banco' di Itali - Banco de San Giorgio (Bank of St. George). Banco bererti kerusi/bangku. Hal yang demikian kerana, pada waktu itu perkhidmatan perbankan disediakan di tempat awam, hanya disediakan kerusi dan meja. Namun operasi yang dilakukan oleh Zubair Bin al-'Awwam terlalu meluas sehinggakan beliau mempunyai cawangan di Mesir, Iskandariah, Kufah dan Basrah. Maka, penganalisa kontemporari telah mengapitkan nama beliau dengan kalimah bank.

Wallahu'alam.
** tambahan info; kalimah 'bankrupt' mendapat namanya daripada 'banco rotta' - bermakna bangku pecah.


Mukhlisah Mardhiah
12.17pm
11 Jun 2009
Mukhtabar-Makmal PC, Jamiah Yarmouk

-baru lps final hafazan, Alhamdulillah-