February 10, 2009

SIRI 4 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (1 Feb 2009)


Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 4 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (1 Feb 2009)


8.20 pg –

Lailaha illallah. Khalifah muda meneruskan lagi pengembaraannya.. Pengembaraan safar pagi ni agak jauh, lebih kurang 2jam – menuju ke Azraq, di negeri Zarqa’.

Ada 3 qusur (istana/kubu)nak tuju..;

1) Qusur Azraq

2) Qusur ‘Amrah

3) Qusur Haraneh

10.35 pg -

1st ; Qusur Azraq :- Kubu yang dibina daripada batu-batu dari Byzantine. Subhanallah, memang boleh Nampak la seni orang dulu-dulu dalam pembinaan bangunan.. tak guna simen.. tanah liat je.

Then naik ke bilik Thomas Steward Lawrance (salah seorang pesuruhjaya British) ketika pemberontakan Arab menentang kerajaan Turki Uthmaniah. Lawrance menjadi lagenda kerana memihak kepada bangsa Arab (demi kepentingan politik di tanah Arab) ; digelar Lawrence of Arabia..

Kubu ni salah 1 dari 3 ; termasuk di Iraq n Saudi. (2negara ni dekat dah sempadan dengan Azraq).


11.50 pg –

2nd ; Qusur ‘Amrah:- Tempat ni khas untuk mandian je (al-hamam). Kat luar bangunan hamam tu ada kincir air. Dalam bangunan tu banyak la ukiran-ukiran / lukisan-lukisan di dinding, seolah-olah bercerita kepada pengunjung tentang cara menangkap ikan, cara memburu binatang, dsb. Tapi ada je yang khayalan; ikan berkepala manusia la.. orang mati dimandikan malaikat dengan ‘ma-ul hayah’, dsb. Pintu-pintu bilik kat sini kecik je, rupanya untuk kekalkan suhu bilik, especially musim shita’ (musim sejuk)..


12.20 tgh -

3rd ; Qusur Haraneh:- Kalau tadi tempat mandi je, kat sini pulak tempat nak bermalam je.. Ada banyak-banyak bilik..




2.00 ptg –

Alhamdulillah, tiba di Ashabul Kahfy.. tempat 7 sleepers ; ditidurkan Allah selama 309 tahun. – bukti manusia ni akan dibangkitkan kembali oleh Allah; dengan jasad dan rohnya sekali! Kisah ini diceritakan di dalam Surah al-Kahfy : ayat 9-26. Tempat ni terletak 10km ke Timur Amman. Bawah katil batu boleh nampak tulang belulang (dikatakan tulang haiwan). Wallahua’lam.

Cerita-ceriti;

Kisah Ashabul Kahfy ni menjadi bukti kepintaran Saidina Ali, bila datang 3orang pendeta Yahudi menemui Saidina Umar & Tanya soalan macam-macam, kalau dapat jawab nanti mereka masuk Islam. Antaranya; sebutkan 5 benda yang hidup tanpa induknya (ibu bapa).., apa dia kubur yang berjalan.., apa makhluk yang dapat bagi peringatan tapi dia bukan manusia/jiin.., dsb nya la. Saidina Umar tak malu pun untuk jawab ‘aku tak tahu’.

Masa tu ada seorang sahabat ; Salman al-Farisi, terus lari mendapatkan Saidina Ali. “Selamatkan agama kita..”. Alhamdulillah, Saidina Ali dapat jawab sumenye..

(nak tau jawapan kat atas tu??) Benda hidup tanpa induk; Adam, Hawa, unta Nabi Soleh, (2 lagi, cuba teka!!).. Kubur berjalan tu; bila nabi Yunus ditelan ikan nun dan dibawa mengelilingi 7samudera.. Makhluk yang dapat bagi peringatan tu; semut Nabi Sulaiman. [sbenarnya banyak lagi soalan dia].

Mendengar jawapan tu sume 2 pendata dah mengucap syahadah, tapi sorang lagi tak puas hati. Dia minta ceritakan pasal Ashabul Kahfy. Memang hebat la Saidina Ali bercerita, siap bagi pendetailan lagi (istana besar mana, mahkota raja ada berapa permata, susunan kerusi dlm istana, dsb). Rupanya2nya kisah dia; 6orang pembesar Raja Diqyanus (yang anggap dia sebagai Tuhan) dalam kalangan cendikiawan masatu la, mereka ni sangat taat pada raja, coz raja Diqyanus tu tak pernah sakit pun, dsb. Sampaila 1 ketika, bila dia dapat berita salah 1 tanah jajahannya dirampas. Ditakdirkan terjatuhlah raja dari takhta kerana sedih. Dari sini 6 pembesar tu terfikir; mesti ada 1 kuasa lain yang lebih agung :-itulah Allah.

(diringkaskan cerita).. one day, mereka ber6 pakat lari. On the way jumpa seorang pengembala kambing. Lepas ceritakan segalanya (yang diorang ni mencari Tuhan yang satu) pengembala tu pun nak ikut (sebab tu jadi 7 orang!). Pengembala bawa anjing sekali. Mula tu diorang nak suruh tinggalkan, tapi tiba-tiba anjing tu bersuara; yang ia akan guide mereka sepanjang perjalanan. (dikatakan itulah Qithmir – satu-satunya anjing yang masuk syurga). Then lepas jalan-jalan diorang pun rehat dalam sebuah gua, disangkanya tidur sehari / setengah hari je. Rupanya 309 tahun!

[em, panjang la pula, nak dengar lagi ke??].. bila dah terjaga (lepas 309 tahun), seorang pembesar; namanya Tamlikha tawar diri nak p beli makanan. Dia pelek la, keadaan dah berubah. Bila nampak bendera ‘Lailaha illallah’, dia tahu la penduduk masatu dah beriman (masatu zaman nabi Isa). Masa dia p beli makanan, orang ingat dia jumpa harta karun (sebab guna duit zaman dulu), lastly Tamlikha dibawa mengadap raja. Korek punya korek, orang ramai pun percaya 7 pemuda yang tertidur tu dah dibangunkan Allah.

Pastu raja hantar pembesar ke gua tempat mereka berteduh tu. Tapi Tamlikha suruh diorang tunggu jauh sikit, bimbang merisaukan kawan-kawannya kat dalam gua (takut nanti ingat tentera Raja Diqyanus pula). Tapi lepastu (lepas dah ceritakan segalanya), Tamlikha pun ajak kawan-kawannya doa pada Allah supaya tidurkan mereka semula…

** Actually, kan.. ada je pendapat yang mengatakan gua Ashabul Kahfy ni ada je kat Turki & Syria. Tapi yang paling tepat ciri-ciri dalam Quran, kat sini la.. lagipun ada tinggalan masjid yang dibina zaman pemerintahan Umawi. Wallahua’lam

4.15 pm –

Melawat ke maqam Saidina Bilal bin Rabah. (bukan doreh..). Dikatakan di sinilah antara 2 tempat yang Saidina Bilal azan selepas kewafatan Rasulullah. (coz Saidina Bilal dah azam tak nak azan dah lepas kewafatan Rasulullah). Disebabkan kemerduan dan kepaduan suara Saidina Bilal, dikatakan azan yang dikumandangnya ketika itu dapat didengari sehingga ke al-Quds..Wallahua’lam.

Fakta; Sebabtu la muazzin sekarang ni digelar ‘ bilal’, bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau.

Alhamdulillah. Tamatlah sudah buku catatan khalifah muda untuk hari ini… Pen diselitkan di lembaran seterusnya, sebagai tanda – ada lagi sambungan untuk esok…

Wallahua’lam.

No comments: