February 5, 2009

SIRI 2 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (30 Jan 2009)

Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 2 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (30 Jan 2009)

10.15 pg –

Buku catatan pengembaraan seorang khalifah muda diselak kembali. Alhamdulillah, perjalanan hari ni diteruskan dengan tazkirah dalam bus (oleh ust. Fakhrul) ; rugilah orang yang tak ambil peringatan & pengajaran dari ayat-ayatNya!

Pusing-pusing kotaraya ‘Aqabah, Bandar yang nak dibangunkan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan di Jordan. Kat sini border antara Hijaz dan Syam.

10.35 pg –

Singgah sebentar di tempat kaum aykah (dekat dengan Laut Merah). Allah balakan mereka dengan menyumpah mereka menjadi kera, coz ingkar cakap Nabi; jangan tangkap ikan hari Sabtu. Tapi Allah punya ujian, banyakla ikan hari Sabtu tu..

11.00pg –

Hirup udara di laut merah.. Alhamdulillah, walaupun takde pun dalam jadual, tapi sempat juga singgah sejam, jalan2 naik bot kaca ke tengah laut, sambil mengimbau sirah Nabi Musa yang lari dari Mesir menuju ke Syam melalui Laut Merah ni la..

Subhanallah, sejuk mata memandang kebesaran ciptaanNya; air laut yang jernih kebiruan, obor-obor yang comel, ikan-ikan yang pelbagai & Nampak kapal karam kat dasar lautan..

Nuun.. belah kiri.. nampak pokok2 sikit.. ha, tu kawasan persinggahan diraja Israel.. tu dah masuk border sebelah la..

12.00pm –

On our way keluar ‘Aqabah, ust saje pilih lalu ikut kawasan ketenteraan.. – antara Jordan dengan Israel. Memang boleh nampak la.. Sebelah kanan sumenye milik Jordan ; gunung ganang, pepohon, padang pasir, jalan raya, dsb.. Sebelah kiri; benda yang sama, tapi sume milik Israel.. - tanah Palestin yang dijajah!

Hari ni kami tempuh satu perjalanan yang saangat panjang..
1st ; Lalu di kawasan padang luas yang berbatu.. tak berapa nak ada petempatan la..

2nd ; Lalu di kawasan padang pasir.. banyak Arab Badwi buat khemah-khemah je kat sini..

3rd ; Lalu di kawasan penanaman sayur-sayuran dan buah2an.. kawasan tumpuan penduduk..

Subhanallah, kalau tadi susah sangat nak nampak benda hijau. Tapi dah masuk kawasan ni.. umpama syurga yang Allah limpahkan di tengah-tengah padang luas yang kontang. Kawasan tanaman ni meliputi Gur Sofi dan Ghur Syamali. Kat sini bersepah la tanaman kat tepi-tepi batas tu; tomato, lada, kobis, jangung, pisang, dsb. Sebabtu la ada ulama’ kata, sebelum makan sedeqah la alfatihah untuk para petani yang susah ni. Kalau takde mereka, mesti orang kaya kelaparan.

Now, nampakla kemajuan mereka dari sudut pertanian. Msti diorang ni kreatif nak bina saliran air, dsb.. sekarang dah banyak prof2 n dr.2 buat kajian pasal tanah n tanaman. Diorang tanam ikut kesesuaian tanah.. patutla mula tu pelik je nampak pokok kurma tanam sekelompok je.. lepastu selang jauh skit baru ada pokok kurma balik..hu.

2.00pm –

Subhanallah, along our journey to the next destination (ke tempat persinggahan N. Luth & pakcik & 2 anak perempuannya.. – N. Ibrahim), kami diiringi Laut Mati.. bukti azab Allah yang Allah tunjukan pada kaum Nabi Luth ; kaum yang suka sejenis.
Bus tak lepas nak naik atas bukit, so kami jalan kaki je ke atas dan menempuh lebih kurang 305 anak tangga, lebih kurang setengah jam je..

Cerita-ceriti..; N.Lut diutuskan kepada kaum Sadum, yang sangat dikenali suka sama jenis, sehingga N.Lut tawarkan 2 anak perempuannya pun mereka tak pandang. One day, Allah hantar malaikat dating ke rumah N. Lut, menyerupai lelaki kacak, habisla rumah N, Lut kena serbu. Lastly, Allah turunkan bala dengan menterbalikkan tanah.. Maka 7 perkampungan Sadum itu tenggelam dalam Laut Mati. Inilah bala paling hebat yang Allah pernah turunkan coz Allah sangat-sangat murka sehinggakan takde satu pun makhluk yang dibenarkan hidup di dasar, atas mahupun sekitar laut mati. Hatta manusia nak pijak pun terapung.. Nauzubillah.. (Tengokla sekarang ni, manusia cuba melanggar fitrah lagi..)

Dah nak bertolak balik tu, ust cepat-cepat suruh tengok belah kanan, nuun atas puncak bukit, tetibe je ada batu tegak menyerupai manusia, dikatakan tugu peringatan isteri Nabi Lut. Allah dah pesan jangan toleh belakang, tapi isteri baginda nak juga tengok azab Allah tu. So, isterinya pun turut dibinasakan Allah..

Fakta..; Garam laut mati ni la yang diproses then diedarkan ke seluruh Jordan, digunakan sebagai garam masakan. Nampak la macamana laut ni di bahagikan kepada banyak-banyak bahagian. So, bila air surut, mereka sekat beberapa bahagian.. lepas berbulan-bulan, after air tersejat maka nampakla pepasir garam..

5.25 ptg –

Dah lepas berejam menelusuri Jabal Nebo (gunung Nebo), rancangnya nak p tengok maqam Nabi Musa.. tapi takde rezeki, dah tutup.. Dikatakan maqam tu dalam gereja. Now sedang pembinaan gereja baru yang lebih besar..

Hurm, jom la balik..

Malam ni masuk hotel baru kat tengah Bandar ‘Amman.. 1bilik hotel = 2 bilik tidur = 5/4 org.. Khalifah muda kembali cas tenaga, dalam tutupan matanya memikirkan.. kemana pula lah destinasi seterusnya esok….

Allahuakbar….

Wallahua’lam

No comments: