July 24, 2009

KAU - Terlalu Istimewa..



~Kau Istimewa~

- Raihan, Saff-One, Amrain & Haikal -


Ya Rasulullah, Ya Habib Allah

Ya Rasulullah, Sedih dan pilu mengenangkan Disaat umat kehilangan dirimu yang mulia, Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia, Namun kau tekad memilih Untuk bersama Yang Esa Dan mereka yang diberi nikmat..

Ya Rasulullah, Tiada mungkin ku lupakan Pesanan mu yang terakhir;
Buat muslimin dan muslimat, Istiqamah dalam menunaikan solat, Istiqamah dalam menunaikan solat..

Pemergianmu amat sukar diterima. Sedang para sahabat sukar menelannya. Inilah hakikat yang kekal Buat selama lamanya - Setiap yang hidup Pastikan merasai kematian.

Ya Rasulullah, Ya Habib Allah,
Kau serahkan segala Demi islam tercinta. Rela dirimu terkorban Dan jiwa menderita. Jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu, Tidak akan terpancar nur islam Di hati sanubari. Dikaulah pejuang yang disegani..

Walau kini kau tiada, Dirimu tetap dijiwa.. Kaulah Rasulullah.. Yang agung Ya Habib Allah, Pesuruh Allah, Kekasih Allah..

Jikalau engkau sembah Muhammad, Diakan pergi
Jikalau engkau menyembah Allah, Dia abadi..


***************************************************


Penawar buat penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah..
Buah tangan buat mereka yang sedang futur (putus asa) di jalan dakwah..
Hadiah buat para penghidup sunnah..

~ Rindunya aku pada tarbiahmu.. - qudwah hasanah buat ummah ~
Menjejak rohmu & roh generasi wahyu Ilahi..
Ya Allah, tsabatkanlah hati ini..


Sollu alan nabiy!
Mukhlisah Mardhiah
24 Julai 2009 - 12.48am

Irbeed, Jordan

July 18, 2009

:: Kisah Sedih Umat Islam Kini ::


[Attachment(s) from Hizamri Johari included below]
- from krj-taqwa.YG


Salam. - Kisah sedih umat Islam kini..
Banyak lagi kes dalam negara yang berlaku seperti di bawah ini..
Ada yang mendapat liputan meluas.. ada yang dilipat dibawah tikar, KONONNYA demi keamanan dan keharmonian. .
Pernah terbaca di Mastika kisah wanita India dibunuh keluarganya semata2 kerana dia telah memeluk Islam tanpa keredhaan keluarganya. .
"Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

From : Noor Mazlina Bt Daud (HRM/PPMSB)

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D. U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...tragis bukan?


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.


Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.


***************************************************************************

Oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli

(Semoga Allah menempatkan Marwa alSharbini di kalangan Syuhada')



Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung.

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya". (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud "Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah". Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah.

Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: "Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian" (Muttafaq `Alaih). Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.

Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali,oleh kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab:59) "

Di dalam ayat di atas, Allah Tabaraka Wa Taala secara jelas menerangkan di antara objektif pensyariatan hukum menutup aurat adalah supaya orang beriman lebih mudah dikenali. Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala' (kesetiaan) dan al-Bara' (berlepas diri). Konsep al-Bara' yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka.

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng. Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala' dan al-Bara' di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam.

Salah satu perkara yang mereka serang bagi melemahkan al-Wala' dan al-Bara' ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Serangan kedua inilah yang paling merbahaya. Ia merebak hatta di negara kita. Kempen-kempen kebebasan ditonjolkan di kaca televisyen sama ada melalui drama, telenovela mahupun iklan-iklan syampu yang cuba menonjolkan keayuan perempuan yang membuka aurat. Pemakaian menutup aurat digambarkan sebagai satu undang-undang yang kolot dan menyekat hak asasi manusia. Mereka lupa bahawa tindakan mereka menghalang wanita Islam menutup aurat juga bertentangan dengan hak asasi manusia.

Musuh Islam tidak pernah berputus asa. Tidak semua umat Islam dapat mereka pengaruhi untuk membuka aurat dan membenci hukum menutup aurat. Bagi mereka yang menutup aurat pula, mereka dikelirukan di dalam isu purdah. Kekeliruan yang muncul ini hingga menyebabkan segelintir umat Islam memandang wanita Islam yang memilih menutup wajah mereka daripada pandangan bukan mahram sebagai sekelompok manusia yang ekstrim dan melampau di dalam mengamalkan ajaran Islam.

Umat Islam seolah-olah lupa itulah pakaian isteri Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Para sarjana Islam berbeza pendapat di dalam isu wajah aurat atau tidak. Ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitab beliau Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah. Beliau berpegang bahawa wajah bukan aurat. Manakala untuk membaca hujah sarjana yang mewajibkan pula, bole dilihat di dalam kitab Risalah Al-Hijab susunan Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Tidak kiralah sama ada kita berpegang wajah aurat atau tidak, wajib atau tidak menutup wajah. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pemakaian purdah menutup wajah adalah antara salah satu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin menyatakan: "Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahas an para imam ahli sunnah wal jama`ah." (http://drmaza. com/home/ ?p=68)

Umat Islam hendaklah sedar, serangan yang ditujukan kepada tudung dan purdah adalah salah satu cara untuk menghancurkan identiti Islam. Adalah amat malang apabila segelintir wanita Islam masih degil daripada menutup aurat walaupun tiada siapa yang akan membunuhnya seandainya dia menutup aurat di Malaysia. Mendukacitakan lagi, apabila pemakaian purdah di Malaysia masih dipandang sebagai sesuatu yang taboo dan di sesetengah tempat, pemakai purdah dinafikan hak untuk bekerja dan belajar. Semoga darah yang mengalir dari tubuh Marwa al-Sharbini akan membangkitkan umat Islam daripada tidurnya.

***Penulis adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Beliau aktif di dalam bidang kefasilitatoran bersama INTIS Consultant. Tulisan beliau boleh dibaca di http://lobaitampin.blogspot.com