August 17, 2008

Berzikirlah dengan nama Tuhanmu..




"em, apa nasihat yang kamu nak??", ana ditanya oleh seorang doktor setelah disuntik dengan suntikan influenza dan meningococal di poliklinik bukhary. ana terpana.. "er, apa maksud doktor..??". balasnya sambil tersenyum,"terpulang la apa nasihat yang kamu nak dari saya sebelum ke jordan ni..".

lama ana terdiam.. mungkinkah ada jawapan yang tersirat.. kenapa doktor tak bagi je nasihat tanpa perlu ana membuat sebarang pemilihan. ha.. datang idea. "nasihat untuk hidup..". beliau tersenyum lagi.. "hidup yang macamana..", tanya beliau.- ...??...

"hurm, apa ye.. er, nasihat sebagai seorang doktor la..", ana kembali bersuara. tergelak doktor tu mendengar jawapan tersebut..

"apa nasihat yang kamu nak saya berikan.. bila saya nasihat, semua perkara terangkum dalam nasihat itu..", tanyanya lagi setelah lama ku terdiam.

"er... ZIKIR la....", jawabku ringkas.

"ha.. itulah jawapannya. kalau tadi kamu mengatakan hidup untuk berzikir, lagi tepat. apa yang ayah kamu pesan, tok guru kamu pesan, sama la seperti apa yang nak saya pesan. apa kamu ingat zikir tu remeh ke.."

Hatiku terkesan. Ya, hidup di rantau orang, semua yang dekat akan menjadi jauh, kecuali Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dia lebih hampir dengan hambaNya berbanding urat leher hamba tersebut!

وإذا سألك عبادي عنّي فإنّ قريب - البقرة : 186
"Dan apabila hamba-hanbaku bertanya kepadamu tentang Aku (maka jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.."

"Dengan berzikir, kerja settle. Dengan zikir, masalah berkurang. Dengan zikir, rezeki melimpah. Dengan zikir, jiwa lapang. Dengan zikir, hati kan tenang.."

Zikir itu 2 keadaannya; zikir khusus dan zikir umum.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ -
ال عمران 191
"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

"Sesiapa yang ingin tahu kedudukannya di sisi Allah,hendaklah memerhatikan kedudukan Allah di dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya sebagaimana hamba itu menempatkan Allah di dalam hati dan jiwanya.."


إلاهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ya allah, Engkaulah matlamatku, dan redhaMu yang kami tuntut..

Moga aku dan sahabat-sahabat terus istiqamah di jalanNya.
p/s; hari ni dah zikir ke?? ;)


Allahualam'

Mukhlisah Mardhiah
Permai Hill
15 Sya'ban 1429 / 17 Ogos 2008
12.22pm

August 14, 2008

WAQAF..


PENGERTIAN WAKAF


Wakaf adalah satu ibadat menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T





Dalil Pensyariatan


Rasulullah s.a.w sendiri juga menggalakkan umatnya memperbanyakkan sedekah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:


"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya."



BENTUK WAKAF

Benda dan harta yang diwakafkan itu hendaklah milik sempurna yang diwakafkan dalam bentuk wakaf berikut :

A) Wakaf Al-I'qar (Harta Tak Alih)

iaitu harta yang tidak boleh dipindahkan seperti:

  • Memberikan tanah untuk bangunan atau kegiatan masyarakat yang berguna bagi syiar Islam.
  • Memberikan bangunan untuk kegunaan sekolah, hospital dan sebagainya.


B) Wakaf Al-Manqul (Harta Alih)

Iaitu harta yang boleh dipindahkan seperti wang tunai, kitab, buku, meja, pakaian, senjata, alat-alat pertanian, binatang yang boleh diambil susunya dan sebagainya.


C) Wakaf Al-Musya'

Menurut kebanyakan ulama' harus mewakafkan harta yang dikongsi atau dimiliki bersama dengan orang lain yang tidak boleh dibahagi seperti dua orang mempunyai hak ke atas rumah dan sebuah kereta.Jika salah seorang pemilik mewakaf bahagiannya, maka wakaf ini adalah sah.


D) Wakaf Haq Irtifaq (Hak Milik Bangunan Bertingkat)

Golongan Syafie dan Hambali mengharuskan wakaf ini iaitu mewakafkan satu tingkat bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat, seperti seorang yang mewakafkan tingkat-tingkat daripada bangunannya atau tingkat bawah. Ia boleh dibuat demikian tanpa mewakafkan keseluruhan bangunan. Wakaf ini adalah sah menurut Mazhab Syafie dan Hambali.


E) Wakaf Al-Irsod

Iaitu wakaf yang dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan umum seperti pemerintah telah mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan sekolah, rumah sakit dan sebagainya.Wakaf ini adalah sah dan harus dilakukan. Termasuk dalam wakaf ini ialah wakaf tanah yang dibuat oleh mana-mana perbadanan, institusi, pertubuhan atau badan-badan lain mengikut syarak.

Sumber ; Lembaga Zakat Selangor