April 14, 2009

Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita



* Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
-subhanallah. . kuasa Allah.. meramaikn pejuang islam..

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka bukti-bukti Kami di ufuk dan dalam diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa tuhanmu, Allah adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:53) .

--- In permai2004@yahoogro ups.com,
>
>
>
> 2009/3/25 DrT
>
> Salam.
> Tulisan dari seorang kawan yang prihatin.
> Moga kita mendapat iktibar dan pengajaran darinya.
>
> DrT
>
> ----- Original Message -----
> Sent: Wednesday, March 25, 2009 3:37 PM
> Subject: Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita
>
> Assalamualaikum,
>
> Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
>
> Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
>
> Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah
> kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
> Israel.
>
> Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
>
> Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.
>
> Apa yang kita dengar dari berita:
>
> 1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
>
> 2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."
>
> 3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
>
> 4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
>
> Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"
>
> Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
>
> Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
>
> Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
>
> Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
>
> Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
>
> 1. Tidak lemah mental mereka
> 2. Tidak lemah penampilan mereka
> 3. Tidak lemah aktiviti mereka
>
> Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak
> takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus.. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka..
>
> Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
>
> Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
> seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
>
> Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
>
> 1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
>
> 2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
>
> 3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
>
> Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
>
> Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
>
> Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
>
> Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
>
> Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
>
> Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.
>
> Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
>
> Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
> baru.
>
> Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka..

April 8, 2009

Surat terbuka utk abah & emak..


Bismillahirrahmanirrahim..
Khas buat mak dan abah tercinta,
Salam sayang dari angah yg di kejauhan..

08-April-2009 ; Happy Anniversary!!.. Moga bahagia selalu, tenang sokmo, diberkati Allah dunia akhirat... ameen

em, Walaupun tengah serabut dengan buku-buku di sisi, nak juga menulis..
Tahun ni angah jauh dengan mak abah, tak dapat nak bagi hadiah or kad ucapan directly. hanya sms dan doa ku kirimkan. hu. Tapi.. angah tak pernah pun rasa mak abah jauh dari angah.. nak tahu sbab apa?? - sebaab, dekaat di hati.. :) em, Dengar cite kat rumah makan kek. (kek coklat ke, nak juga!.. 1 lagi, nak tengok hadiah jam tangan mak.. hehe)

em, pejam celik pejam celik, dah besar dah 3-3 anak-anak mak abah. kalau bukan kerana apa yang mak abah buat kat kami 3 beradik dulu, mesti kami tak jadi macam ni sekarang. thanks for all.. hanya Allah yang dapat membalasnya. maaf zahir batin dari anak mak abah yg sorang ni..

ABAH, abah pun tahu kan.. dulu angah takut sangat dengan abah. abah tak selalu marah pun. tp kalau kami buat perkara yg akan menimbulkan kemarahan abah, mesti abah senyap je, tak pun abah pandang lama-lama. hu, rasa terus insaf (tp lpastu buat lagi. he). contoh; (tak tau la abah ingat ke tak..), masa angah dengan akak sekolah rendah dulu, kitorang curi-curi keluar g makan mc'd (pengaruh kawan punya pasal la ni). takdir Allah, tiba-tiba abah muncul dengan kereta nissan putih depan pintu mc'd tu! ya Allah, gabra jgn ckp la. Kitorang tahu abah memang tak bagi anak-anak abah g tempat-tempat macamtu. Apalagi, kitorang terus je la masuk dalam kereta abah, walaupun abah tak cakap apa-apa pun. Sume membisu.

Satu lagi benda yang angah tak boleh lupa; masa belajar matematik.. hu, tak sah kalau angah belajar dengan abah tanpa mengalirkan air mata! terkedu jangan cakap la kalau tak dapat jawab. tp, angah tahu.. tanpa usaha abah tu, mustahil angah boleh dapat lencana bijak sifir dengan mudah. Thanks, bah. Walaupun abah nampak garang di mata kami, tapi angah tahu abah sayang angah. Dulu, tinggi angah paras pinggang abah je, abah selalu pimpin angah pagi-pagi masuk kelas. Beruntung angah, satu-satunya anak abah yang sekolah kat tempat abah mengajar. Angah ingat lagi, masa mak sambung belajar dulu, abahlah yang tolong gosokkan baju kami setiap hari, kejut kami bangun tido setiap pagi (liat jgn ckp la.. tp abah ada cara tersendiri..), ajak solat jemaah (walaupun kadang tu, tengah sujud tertido..he), buat sarapan.. (masatu famous roti bakar + sri kaya ;).. macam2 lagi la. nakal jugak kitorang ni kan.. he. maaf la.. - u r d best 'abah' in d world..

MAK.. thanks juga for all things yang mak dah buat pada kami. mak memang sporting. angah tahu, tak sume orang kat dunia ni dapat mak sporting macam mak angah.. ;) kalau nak bukukan nasihat-nasihat mak, memang lagi tebal daripada novel la.. he. mak, angah pun tak sure la mak ingat lagi ke tak.. masatu angah sekolah rendah, tak ingat - darjah 1 ke, 2 ke.. tp tengah malam tu angah mimpi ngeri, sangat-sangat ngeri. (dulu masa kecik2 selalu tengok cite hantu, walaupun mak banyak kali larang.. tu la, nakal lagi..) angah cari mak dalam bilik, mak takde. rupa-rupanya mak dalam bilik sembahyang. anggah duduk je depan mak tunggu mak siap solat. lepastu mak tidurkan angah. hurm, bahagianya la. Mak, angah tak suka tengok mak sakit. Kalau mak sakit, mak tak larat nak buat apa-apa. angah lagi tak tahu nak buat apa. Masa kecik dulu, angah selalu doa (ayat masa kecik..) - ya Allah, Kau berilah 1/2 kesakitan mak padaku. atau, Kau alihkanlah kesakitan mak kat aku. Kalau ditakdirkan mati, Kau cabut la nyawaku dulu.. Hu, maklah jantung hatiku.

Angah ingat lagi masa jari angah luka terkena tin sri kaya kat dalam peti. Habis simen rumah dibasahi darah, dari dapur sampai la ke depan. memang dalam sangat lukanya, smpai harini kesan tu jelas sangat lagi kat jari angah ni. 2-3 botol juga la minyak gamat habis mak tuang. mak memang dah taktau nak buat apa masatu; kereta takde, abah pun takde. dahla tak dapat nak contact abah. angah dah hlg banyak sangat darah masatu. lastly, mak call atok. Masatu atok sihat lagi, atok pun datang naik motor, dengan serban putih kesayangan atok tu la :) ..Ha, mak pernah cakap.. angah ni happy je memanjang. jarang sangat nampak angah sedih. Ntah la, angah rasa angah selalu je bersedih. tapi angah seronok sangat kalau dapat duduk rumah.. rasala; "rumahku syurgaku". thanks mak abah, coz mewujudkan biah itu..

Nak cerita, memang banyak.. dan panjang.. Nantila, sambung dekat surat personal pula kot. Mak pun tahu, anak mak yang sorang ni suka menulis daripada bercakap. Angah minta maaf la, rasanya banyak kali sangat mak abah soal angah tapi angah tak jawab. sebab angah tak pandai nak berkata-kata. tapi kalau menulis, laju je.. - mak kan guru penulisan..hi :)

{{Ha, abah.. satu lagi.. angah tak ingat la angah dah minta maaf ke belum.. Masa angah cuti sebelum g Jordan haritu abah ada suruh angah bacakan kitab (feqah kalau tak silap) lepas solat maghrib jemaah kat rumah (sebab masatu abah nak pergi kursus kot), tapi esok tu terus angah dapat panggilan kena pergi kuantan. so, angah tak bacakan la.. maaf, ye..}}

Untuk akhirnya, sekali lagi ku ucapkan; selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-23. Moga kasih ini diberkati Allah dan membawa ke syurga. Doakan kami anak-anakmu berjaya dunia akhirat. Maaf zahir batin utk segalanya.


p/s; untuk kawan-kawanku.. hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih di sisi.. Satu hari nanti kita pula yang akan duduk di tempat mereka.. barakallahufikum


Yang di kejauhan,
anak mak dan abah..
MARDIAH BT HJ SHAHARUM
Irbid, Jordan
09 April 2009 (Rabu)
11.13pm

(Sempena anniversary mak abah, angah tulis nama sebenar. thanks bagi nama ni.. ramai orang Arab suka, setiap kali dengar mesti mreka doakan kita - budaya mereka memang suka mendoakan orang. Moga angah pun -dan sume orang- menjadi seperti maksud nama ini.. - "yang diredhai..")..

April 5, 2009

Alhamdulillah.. telah terbit..

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam for all..

Alhamdulillah, dengan usahasama ramai orang, walaupun sibuk tengah-tengah exam ni, maka terhasil lah majalah combination between 3 ni ; PERMAI - MMY- MMJ ; (persatuan mahasiswa malaysia irbid, jordan - mahasiswa uni.Yarmouk - mahasiswa JUST)...-1st edition; VOLITION-... - dapatkan di pasaran! (percuma je pun..) ;)

Syukran for all yang terlibat samada secara langsung atau tidak.. segala kekurangan amatlah dikesali. allah yubarik fikum.. semoga usaha yang sekelumit ini diberkati Allah.

..dapatkan info2 yg pelbagai dari 2universiti.. - medic, dentistry, syariah, ekonomi, sastera arab, dll.. slamat mengutip mutiara! (jgn lupa jawab teka-teki kat bawah tu..)

p/s; alqalam 'percuma' dlm kenangan..


Salam... (imtihan mode..)


-mukhlisah mardhiah-
x-editor alqalam
05-04-2009 (ahad)
irbid, Jordan