February 5, 2009

SIRI 1 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (29 Jan 2009)


Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 1 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (29 Jan 2009)


4.45pg -

Khalifah muda memulakan pengembaraan dari sakan baitut thalabah, Hijazy, Irbid. . mengharap redhaNya meniringi. Subhanallah, indahnya madinah ini.. di celah lakaran hitam pekat malam, tanpa disibukkan taklifan duniawi. Semesta bertasbih!


8.20pg –

Take a break at cofeshop-highway.. macam kedai koboi mustaqil (tetibe je sbijik kat tgah2 pdg pasir).. hu. Along this sahara we can watch real arab’s symbols ; padang pasir n kotak-kotak mancisnya! (rumah2 la).

p/s; dulu masa kat IKIP selalu pelik tengok buku-buku Arab slalu lukis gambar rumah kotak-kotak je.. rupanya memang itulah hakikatnya.. hu


10.00pg –

On our way ke Petra, kami sempat singgah sekejap di bangunan putih berkubah 3; Wadi Musa (walaupun takde dlm jadual). Dikatakan di sinilah antara 12 wadi musa yang ada. Wallahualam. Airnya non-stop..Alhamdulillah sempatla basahkan tekak.. bersebelahan takungan air tu ada batu besar-dikatakan tempat Nabi Musa mengetuk tongkatnya, lalu keluarlah pancaran mata air tersebut. Wallahualam


10.35pg –

Alhamdulillah, sampai juga di Petra untuk kesekian kalinya.. (1st dulu pergi, tp agak pane jugak. Now banyak jg informasi baru yg dpt. Alhamdulillah!).. Petra; bangunan2 batu yang diukir oleh Kaum Tsamud ; umat Nabi Soleh.

Cerita-ceriti…: Subhanallah! Memang banyak la ukiran-ukiran hebat di sini. Maha Hebat Allah yang mengurniakan bakat-bakat hebat kepada kaum ni. Tapi mereka yang lupa.. Kisah ini dirakamkan di dalam al-quran.. mereka minta bukti mukjizat kenabian. Lalu Allah turunkan seekor unta, suruh mereka jaga.. gilir-gilir bagi turn minum air kat kawasan tu dan jangan buat sebarang kejahatan pun pada unta tersebut. But then mereka bunuh unta tu senyap-senyap. Beberapa hari selepas pembunuhan tu, mula-mula takde apa yang ganjil pun. Mereka pun macam tak percaya je pada ancaman Nabi Allah Soleh ‘Alaihisalam. But then Allah Punya Kuasa, Allah litup kawasan tu dengan awan hitam (kawasan luar dari tu sume tak tau apa yg sedang berlaku masatu). Then Allah hantar gempa bumi yang sangat dahsyat, memusnahkan segalanya.. na’uzubillah.

01.25ptg –

Nak keluar dari Petra, tak larat sangat.. naik la kuda.. hu. Tak nak naik pun, tapi bila mintak 1JD je dia bagi.. accept je la. On the way balik dari Petra, ust tunjuk maqam Nabi Harun.. nuuunn.. jauh atas bukit.. warna putih. Nabi Harun wafat sebelum Nabi Musa.

Lepas beli n makan Nasi Beriani, puas juga cari masjid yang ada musolla nisa’. (sebab kat sni banyak je masjid khas untuk lelaki je, takde tempat solat prempuan). Alhamdulillah, jam 2.30ptg baru dapat taqarrub ilallah.. meneutralkan kebeningan hati seorang khalifah muda yang masih mentah..


04.00ptg –

Alhamdulillah, tiba di Wadi Rum. Actually takde dzuk pun nak ke sini. Coz dalam jadual tulis ‘melihat pemandangan matahari terbenam’ je. Tapi Masyallah.. pengalaman yang tak dapat dilupakan.. Ust pilih pickup terbuka.. 1 pickup = 6org. Memang seronokla dapat hirup fresh air gaya bebas macamtu.. sambil menikmati lukisan Allah ; gunung-ganang, bukit bukau, pepasir sahara di kawasan tu. ‘Azim! Besarnya ciptaan Allah. Dikatakan plak-plak bumi di kawasan tu sering berubah, disebabkan faktor geografi. Kalau nak hayati perjalanan pengembaraan sirah para nabi dan sahabat memang sesuai la kat kawasan ni.. MasyaAllah. Terasa susah nak bergerak di tengah padang pasir yang saujana mata memandang. Ni la satu-satunya tempat yang makin jauh, makin terasa dekat.. (hurm, nak rasa mcmn, g la sendiri.. hu)..

Alhamdulillah, pulangnya kami dengan iringan zikrullah.. semsta bertasbih!





06.00ptg –

Tiba di ‘Aqabah ; Bandar pelabuhan Jordan. Subhanallah, Nampak la kemajuan Bandar ni berbanding tempat-tempat lain di Jordan. Tapi syadid juga la kemodenan anak-anak mudanya.. Ya Allah, campakkanlah hidayahMu kepada kami!

Jalan-jalan sekitar ‘aqabah (jalan kaki la).. tiba-tiba lalu sebelah ‘bluebay’ (restoran seafood..). Apalagi, teringin punya pasal dah kena 15JD. Hu. (tapi 5org la masatu). Dapat la merasa nasi goring udang, fillet ikan goreng dengan kentang, fish cake (mcam cekodok jer), sup mushroom, dll. Alhamdulillah..


08.30mlm –

Tiba di penginapan sementara di Aqabah..rumah 039! 1rumah = 2bilik = 7org. Alright la.. Alhamdulillah. After makan-makan, Allah bagi peluang solat jama’ takhir jemaah. Then sempat baca tafsir ramai-ramai; novel dari Allah.. mengimbau azab-azab Allah buat hambaNya yang ingkar.. Nauzubillah..

**Khalifah muda melelapkan mata. Mengharap dikurniakan tenaga untuk kembali meneruskan pengembaraan keesokan harinya…..

Wallahua'lam

No comments: