February 14, 2009

SIRI 5 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (02 Feb 2009)

Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 5 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (02 Feb 2009)

08.20 pg –

Subhanallah, sedar tak sedar dah masuk hari ke-5 pengembaraan seorang khalifah muda di bumiNya. Pagi ni, firstly kami ke maqam (bukan doreh) Saidina Abdul Rahman Bin Auf Az-Zahry, seorang sahabat yang sangat kaya (ahli perniagaan berjaya). Maqam ni letaknya di Jubaihah, Amman.

Cerita-ceriti;

Sape kata orang kaya tak boleh masuk syurga.. Saidina Abd Rahman bin Auf merupakan salah seorang antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Hebatnya iman saudagar kaya ini.. Pernah pada satu masa, beliau membebaskan 21 hamba. Pada ketika yang lain pula beliau mengagihkan barang dagangan yang membawa 700 ekor unta yang mengandungi makanan kepada orang-orang yang membuat kebaikan. Di akhir hayatnya pula, beliau menghadiahkan 1000 ekor kuda dan 50000 dinar untuk siapa sahaja yang melakukan kebaikan. MasyaAllah..

Dikisahkan, pernah suatu ketika beliau mengadu kepada isterinya.. “Mengapalah harta kita ni tak habis-habis..”! (Walaupun dah banyak bersedeqah pun, saudagar kaya yang bertaqwa ni masih lagi risau.. MasyaAllah.. [em, bagusnya la kalau sume orang kaya sekarang macamtu kan.. confirm faqir sifar!]



09.15 pg –

Tiba di maqam & doreh Nabi Yusya’ bin Nun. Subhanallah.. panjangnya.. – 10meter.. Oh, rupanya syeikh yang jaga maqam tu kata tak sure jasad dia kat belah mana.. sebab tu la dibina maqam yang panjang. Maqam ni letaknya di Timur Salt, atas bukit..

Cerita-ceriti;

Nabi Yusya’ merupakan anak saudara kepada Nabi Musa. Di dalam al-Quran Allah ada menyebut kisah baginda sebagai ‘pemuda’ (fata), tapi tak menyebut namanya.. – (al-kahfi : 60). Dalam kisah ini Allah menceritakan perjalanan Nabi Musa bersama dengan muridnya (fata) – Nabi Yusya’ untuk mencari seorang soleh (Nabi Khidir) untuk menuntut ilmu. Mereka membawa bekal seekor ikan. Nabi Musa berpesan kepada Nabi Yusya’ supaya mengkhabarkan kepadanya apabila melihat ikan itu kembali melompat ke dalam lautan. (coz Allah kata tempat ikan tu kembali ke lautan, itulah tempat pertemuan antara 2 lautan. Dan di situlah Nabi Musa akan bertemu dengan Nabi Khidir). Ditakdirkan Allah, Nabi Yusya’ digoda syaitan sehingga terlupa untuk mengkhabarkan kejadian itu kepada Nabi Musa. Sehinggalah mereka meneruskan pengembaraan kembali. Sampai di suatu tempat, ketika Nabi Musa dah penat dan lapar, disuruhnya untuk menghidang ikan itu tadi. Ha.. masa tu lah Nabi Yusya’ teringat semula kejadian tadi. Then, gembiralah Nabi Musa mendengarnya dan mereka pun patah balik. Bila Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir, maka bermulalah kisah yang sangat menarik di antara mereka ber2.. (ala.. panjang la pulak.. takpela.. – homework! ..cari la sendiri kisah tu.. ;) ..rugi kalau tak cari.. )

Sebenarnya nak cerita.. setelah kewafatan Nabi Musa, Nabi Yusya’ diangkat menjadi khalifah. Baginda pun diperintahkan untuk menjadi ketua panglima tentera dalam misi untuk menawan kota al-Quds masatu. Masa Nabi Yusya’ sampai kat sini, haritu hari Jumaat. Zaman tu Allah tak izinkan perang hari Sabtu. Kalakian, Nabi Yusya’ pun berdoa kepada Allah untuk tahan matahari, supaya mereka sempat perang dan tawan balik al-Quds haritu. (bagindalah satu-satunya nabi yang boleh tahan matahari.. Wallahua’lam.).. Then, tentera Nabi Yusya’ pun bertakbir, sehingga runtuhlah tembok pemisah. Apalagi.. perang!! Allahuakbar!

09.45 pg –

‘Singgah’ di maqam Nabi Ayyub.. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan ‘terserempak’ dengan signboard – “Maqam Nabi Ayyub”.. (coz ust n driver bus pun tak pernah tau kat mana maqam Nabi Ayyub sebelum ni.. tu la masing-masing excited tu.. Alhamdulillah)..

Cerita-ceriti;

MasyaAllah, hebatnya ujian yang Allah timpakan ke atas Nabi Ayyub. 18 tahun mengidap penyakit ganjil (sejenis penyakit kulit..). Dikisahkan, mulanya.. syaitan mengadu kepada Allah.. macam mana nak goda Nabi Ayyub, sedangkan baginda memilik segalanya. After that, Allah tarik satu per satu nikmatNya tanda ujian.. Mulanya dimatikan anak-anaknya, namun baginda still beriman. Then, Allah bagi penyakit ganjil yang takde ubat & semakin teruk, namun still beriman. Lepastu, Allah tarik harta sikit sikit, namun still beriman juga. Sehinggalah baginda diusir penduduk kampung, namun sedikit pun tidak dijejaskan imannya.

Saampailah satu ketika.. bila syaitan dah tak berjaya nak goda Nabi Ayyub, syaitan goda isteri baginda. One day, isterinya minta dilepaskan. Kata Nabi Ayyub, kalaulah satu ketika nanti kau balik ke pangkuanku, akan ku rotan 100x. Maka, berpergianlah isterinya. Tinggallah Nabi Ayyub keseorangan.. doa baginda “Ya Allah, kau boleh ambil apa sahaja dariku, tapi jangan rosakkan lidah dan hatiku!” (utk terus berzikir dan mengingatiNya..)

Then, Allah turunkan wahyu (surah Saad : 42) minta Nabi Ayyub menghentakkan kaki. Maka terpancarlah mata air. Setelah mandi dan minum dengan air tersebut, maka sembuhlah Nabi Ayyub dari penyakitnya.

Dikatakan setelah itu isterinya kembali semula kepada Nabi Ayyub. Tapi Nabi Ayyub tak sanggup nak rotan 100x, sebabtu Allah turunkan wahyu ganti dengan 100 ranting kayu, rotan sekali je.. Wallahua’lam.

- Kat sini ada sebatang pokok ; dikatakan penduduk kampong dah bakar pokok tu, coz dia dah hidup 1000 tahun.. wallahua’lam..

10.35 pg –

Tiba di maqam dan doreh Nabi Syuaib, di Salt – Wadi Syuaib. Kami disambut oleh penjaga maqam, Syeikh Solah.. beliau pernah mimpi, bertemu dengan baginda.. Baginda dari keturunan Madyan. Nabi Syuaib merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa.. (ingat tak kisah Nabi Musa berjalan di belakang 2 puteri Nabi Syuaib tu…-Surah Al-Qasas..)

Nabi Syuaib seringkali mengingatkan kaumnya untuk mengambil peringatan daripada bala yang Allah dah timpakan ke atas umat Nabi Luth (coz laut mati tu dekat je kat situ..). But lastly, mereka tetap ingkar. Then, Allah seliputi dengan awan tebal, and Allah hantar angin panas sehingga membinasakan segalanya.. na’uzubillah

11.30 pg –

Allah! Asyik sangat berborak dalam bus, terlepas Maqam Nabi Uzair! (agaknya sebab tu la Allah gantikan dengan maqam Nabi Ayyub pagi tadi kot.. Nak pusing balik, susah, one way).

Hurm, then straight je la ke Masjid Negara baru.. Subhanallah.. tersergam indah..


12.45 tgh –

Melawat Muzium Automobil Diraja.. dekat je dengan masjid Negara..- dekat Hadaiq Hussein bin Talal, Amman. Hurm, cuci mata la dengan 1001 jenis kereta kat situ, dari tahun 20-an sehingga la 90-an. Majoriti kereta zaman King Hussein ; raja kesayangan rakyat.. (raja ke-3 Jordan & paling lama memerintah). Ni la muzium pertama yang wujud kat Tanah Arab – dirasmikan oleh Raja Abdullah pada tahun 2003.

*Sempat memetik sourvenir ; badge je.. ;)


02.30 ptg –

Tiba di Rom Teater.. Boleh tengok la macamana zaman pemerintahan Rom dulu.. Kat sini tempat orang nak bersyarah ke, main pedang ke, apa-apalah.. Di tengah-tengah dataran bawah tu ada lubang-lubang kecil. Kalau berdiri atas tu & bercakap, memang suara orang boleh dengar macam guna microphone la.. Subhanallah.. Macamana la Allah kurniakan teknologi zaman dulu.. kreatif betul..


** Sedar tak sedar, cerita punya cerita, dekat nak Maghrib kami pun pulang ke petempatan. Khalifah muda mula mengira-ngira detik yang bakal berlalu.. Esok lembaran terakhir akan diselak…


Wallahua’lam

1 comment:

Karla said...

Hi ggreat reading your post