April 12, 2012

Prosuder Perkahwinan


Bismillah..

Baru-baru ini ada kawan saya bertanya tentang prosuder yang sepatutnya untuk berkahwin. Bagi orang yang belum mengalaminya mungkin akan merasakan sedikit kesusahan, lebih-lebih lagi jika mereka yang terpaksa menguruskannya sendiri tanpa bantuan dan bimbingan orang lain. Namun sebenarnya ia tidaklah sesusah yang disangka..


1st : Hadiri kursus pra-perkahwinan.
Dengan yuran biasa RM80.00, samada di mana-mana pejabat agama negeri, atau anjuran swasta. Biasanya di IPT pun sudah kerap menganjurkan kursus ini dengan yuran yang lebih murah. Di akhir kursus ada exam, tapi senang sangat kot soalannya. Bila dah dapat sijil kursus, lepas lah 1 step..

p/s : Saya dulu pun join kursus anjuran student di IPT - 2 hari, assignment mereka. Caj rm60.00 je. Yang bestnya, bila time makan, boleh duduk semeja dengan VIP lah. (^^,)v


2nd : Ujian HIV
Ujian HIV tidak mengambil masa yang lama. Harus dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja, swasta tidak dibenarkan. "Borang Ujian Saringan" boleh ambil di pejabat agama, atau download je.
- Pada waktu artikel ini di tulis, website JAIP (Pahang) dah exclude kan utk muat turun borang tersebut. But next time maybe dah ada kot seperti sebelum ini. Allahua'lam.

Doktor akan ambil darah sikit je di hujung jari dan test untuk dapatkan keputusan; +ve / -ve. But then result (after bagitahu) directly mereka yang akan hantar terus ke pejabat agama.

p/s : Dulu buat ujian HIV dekat klinik kesihatan yang baru buka, masatu odw nak balik Mentakab dari Kuantan, nampak ada klinik tepi jalan berhenti je terus. Nasib orang tak ramai. Dalam setengah jam (ke tak sampai) settle lah.



3rd : Permohonan Kebenaran Berkahwin
Borang boleh diambil di pejabat agama terdekat, atau download je..

Contoh borang permohonan berkahwin lelaki, Selangor ; http://www.jais.gov.my/borang/borangpermohonankahwinbagilelaki2A.pdf

Contoh borang permohonan berkahwin perempuan, Selangor ; 

Part ni 'renyah' sikit la, kena cop, sign, etc. Make sure dah confirm nak bernikah di mana. Lelaki kena dapatkan pengesahan bujang juga. Prosudernya sedikit berbeza kalau L&P sama negeri / lain negeri / berkahwin dengan warga asing.

As my case, saya; Pahang. Husband; KL. Nikah; di Pahang. So, pihak lelaki kena submit borang di tempatnya dahulu dan mohon 'Kebenaran Nikah Luar Negeri'. Lepas dah settle, serahkan semua dokumen yang lengkap kepada pihak perempuan, kemudian hantar sekali permohonan 2-2 di negeri pihak perempuan (tempat nak nikah).

Haa, bila dah dapat maklum balas, boleh lah nikah...
Orang kata, better apply 3 bulan sebelum tarikh nikah. Tapi sebenarnya boleh je lewat sikit (kalau tak disengajakan laah). Risiko tanggung sendiri.


4th : Pendaftaran Perkahwinan
Selepas sudah bergelar suami isteri yang sah, kena pergi semula ke pejabat agama tempat bernikah dalam masa seminggu dan daftarkan perkahwinan. Ada sedikit caj bayaran yang akan dikenakan (berbeza mengikut negeri).

Mereka akan bagi sijil nikah sementara, lepas sebulan sijil original dan kad akuan nikah siap. Kena datang semula lah. Sekarang ni senang, sijil simpan di rumah je, bawa kad nikah je pergi ke mana-mana. Mesti berguna pada waktu-waktu yang tidak diduga. Cth; nak buka akaun bank bersama, etc.


Wallahua'alam..
Moga bermanfaat...
"Selamat Bercinta Hingga ke Syurga..!"

Mukhlisah Mardhiah
DP_KL

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih, jazakillah..
Very informative.
~is-haque

Unknown said...

assalammualaikum...saya nk tye,adik sy bakal berkahwin dgn perempuan pahang juga daerah chenor.dia tk tau nk buat apa2 memandangkn mereka berdua pon masih muda.jadi sy sebagai kakak dan pernah berkahwin memainkan peranan besar.urusan adik sy selesaikn krn tiada masalah di sel,tetapi bakal isterinya tk tahu apa2 spt di mana nk ambil borong permohonan nikah bg permpuan pahang.sy dh cuba google portal rasmi jabatan agama islam pahang semua tk boleh buka.mohon awk boleh tlg.in shaa Alllah ak mndirikn masjid pd pertenagahn bulan4 2013.awk juga boleh sms sy di 0192831099.sy sgt2 urgent mmerlukn bntuan.-jannah-