April 12, 2012

Miss to Madam Sharing~3

..sambungan..


Dan Kini...


Kalau orang bertanya, "duduk di mana?"
Saya jawab; "Rumah mak mertua".
"Oh.. sekali dengan suami lah".
"Tak lah.. Tak duduk sama".
..Confirm mereka tercengang..

Saya di KL, sebab belajar. Suami di Mesir, pun sebab belajar.
Maka bermula lah set soalan yang biasa diajukan.....

Setiap keputusan dalam hidup kan akan ada 'opportunity cost' ;- kos lepas yang terpaksa ditangguhkan untuk mencapai sesuatu.
Yup, walaupun bukan senang.


Double @ Kuasa Dua

Bila dah berkahwin ni, segalanya jadi double; urusan peribadi, family, adik-beradik, saudara-mara, ownership, etc + bermacam-macam lagi ragam manusia. Hatta bila fikir nak balik kampung pun; ops, ada 2 tempat lah.

Adik beradik saya semuanya perempuan, adik beradik husband- seorang je perempuan, yang lain semuanya lelaki. Pun satu hal juga nak kena adaptasi. Tiba-tiba je dapat ramai abang. Tapi husband selalu ingatkan, ipar duai ni Nabi kata ibarat 'saamm' : racun. Mereka tiada apa-apa hubungan tetapi dekat. Kadang-kadang   bila semua orang berkumpul atau ada di rumah, kan dah bercampur. Pandai-pandai lah berinteraksi dan menjaga diri. Nak jaga hati sesama adik beradik pun kena ambil kira. Semua orang bukan sama fikrah.


Janganlah pula sehingga menggagap adik beradik pasangan = adik beradik kita sendiri, lalu menghalalkan aurat (khususnya tidak bertudung bagi perempuan) dilihat sesama ipar duai. Salam menyalam antara lelaki perempuan pun diamalkan, tidak boleh begitu. Memang terlebih mesra masyarakat Melayu kita ini.


Madu dan Hempedu

Biasalah, hakikat rumah tangga kadangkala dilimpahi madu, kadang-kadang terasa bak hempedu. Ayat kliche; 'sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri'. Realiti yang harus di setting sebelum berkahwin lagi. Ada masanya masalah akan datang daripada diri sendiri, kadang kala puncanya dari orang sekeliling, namun akibatnya tempias pada kita. Ada masanya masalah itu kecil sahaja, tapi bila dah ada campur tangan akan menjadi lebih besar. Syaitan pun selalu stand-by nak memporak perandakan manusia.

Bila dah ditimpa berbagai musibah, ingatlah semula.. "Kenapa mesti berkahwin.." Bukankah Allah telah menciptakan pasangan kita itu orang yang terbaik untuk kita. Lagipun perkahwinan ini bukan setakat di dunia sahaja, bercinta hingga ke syurga, kerana dunia hanya sementara, yang kekal hanyalah hari akhirat. Kita sudah banyak mempelajari teori, tapi praktikalnya, memerlukan mujahadah (kesungguhan yang tinggi) untuk dilaksanakan.

Ingatlah, orang yang diuji itukan disayangi Allah. Banyak sangat hint yang Allah bagi untuk sedarkan kita sebenarnya. Pernah satu masa, entah kenapa emosi betul-betul tak stabil, cepat sangat rasa tak puas hati dan nak marah. Dalam masa yang sama tak redha diri sendiri buat macam tu. But then, bila buka Quran mesti jumpa ayat 'sabar'. Bila on radio or tengok tv, pun akan dengar banyak kali perkataan 'sabar'. Pergi ke mana sahaja, ada-ada je Allah temukan dengan sesuatu yang tak diduga.


Rezeki

Kan Allah dah kata, Allah akan luaskan rezeki bagi orang yang berkahwin. Exactly! Saya dah rasa. Subhanallah, memang cantik aturan Allah. Orang selalu bagi alasan tak nak kahwin lagi, sebab kewangan belum stabil. One side, bagus lah. Tapi 'kestabilan kewangan' itu kan banyak levelnya. Agak-agak kalau dah masuk level haajiyaat, ok la tu. Then Allah akan luaskan.

* 3 level kestabilan hidup;
i- Dharuriyat (Needs), ii-Haajiyaat (Wants), iii-Tahsiniyaat (??Kesempurnaan..)

Kawan saya dah melepasi umur 25, gaji starting RM4***.. pun tak cukup lagi katanya. Kalau guna semua memang lah tak cukup. But then cuba fikir, orang bergaji RM4/5ratus pun boleh kahwin dan ada ramai anak..

OKlah. Cukup dulu untuk kali ini..
Semoga Allah terus menegur kesilapan kita, daripada terus hanyut tanpa bantuan.


Wallahua'alam.

Mukhlisah Mardhiah
DP_KL


No comments: