February 15, 2010

Detik, Saat dan ketika..




Bismilahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Cuti sekolah sudah tamat. Game kembali bermula. Belajar - memang satu perkara yang biasa. Cuma bezanya, fasal ini merupakan last semester untuk kami - batch ke2 program berkembar IKIP-Univ. Yarmouk.

Lebih 2 minggu bercuti, banyak perkara yang diperoleh, banyak tempat baru yang dikunjungi, banyak pengalaman manis yang dilalui, banyak kawan baru yang disaturrahmi. Semuanya itu apabila disatukan boleh membentuk sebuah novel-kesinambungan epilog seorang hamba. Begitulah hidup manusia.. Walaupun tidak dibumikan (baca : dibukukan), trek perjalanan sebuah kehidupan senantiasa terus bergerak. Bergerak dan bergerak.

Kadang-kadang kita merasakan seolah-olah ingin berbicara dengan masa, "Wahai masa, berhentilah seketika.. ku ingin kembali menarik nafas, Membaiki kesilapan yang berantai, Mengisi kekosongan yang berpanjangan, melalui sebentar lagi dengan satu peribadi yang baru..". Tapi masa tidak mendengarnya. Malah masa terus sahaja berlalu. Pantas. Sedar-sedar sesaat yang baru sahaja berlalu tadi dirasakan telah berlalu dengan sangat lama.

Sambil tercungap-cungap, masa terus dikejar. Diburu. Dengan harapan masa itu bakal digapai. Saya percaya, persoalan utamanya boleh diletakkan atas dasar keberkatan. 'Keberkatan masa'. Itu yang utama.

Orang selalu mengatakan; "Maaf, saya sibuk". "Saya sangat busy". "Asif, sibuk sangat kebelakangan ni, tak sempat nak buat itu dan ini..", dll. Entah berapa kali kalimah itu telah terpacul di bibir. Namun dalam masa yang sama, 'kesibukan' itu boleh dipertikai..
-Sibuk sangat kah aku, walhal sudah berapa buku yang telah berjaya aku hasilkan..
-Sibuk sangat kah aku, walhal sudah berapa orang yang telah berjaya aku Islamkan..
-Sibuk sangat kah aku, walhal amalan seharian ku bagaimana? Hanya sekadar 5 solat fardhu berjemaah? sudah cukup kah?

Wahai golongan yang langsung tidak sibuk, usah sekali-kali kamu mengatakan bahawa kamu itu sememangnya sibuk dengan berjuta alasan yang kamu bentangkan. Masakan kamu memberikan alasan sibuk untuk tidak membaca quran, atau menghadiri pengajian-pengajian ilmu, atau lain-lainnya. Lihat sahaja peribadi-peribadi silam di sebalik tirai sejarah. 24 jam mereka adalah 24 jam yang sangat bermakna. Jauh lagi bermanfaat berbanding 24 jam kita. Berjilid-jilid buku dihasilkan, beribu ayat Quran dan Hadis yang dihafal, beratus pengajian yang dihadiri, dan 1001 agenda bermanfaat di setiap detik waktu yang dianugerahkan.

Subhanallah.
Astaghfirullah.

..Kembalilah membina dirimu, teman..
Tiada apa yang mustahil dalam hidup. Kitalah yang membentuk suasana kita. Yang penting; istiqamah dan mujahadah. Berhentilah memberi alasan.

Wallahualam...


Mukhlisah Mardhiah
15 Feb 2010 - 12 am
University St., Irbeed, Jordan