April 12, 2012

Miss to Madam Sharing~3

..sambungan..


Dan Kini...


Kalau orang bertanya, "duduk di mana?"
Saya jawab; "Rumah mak mertua".
"Oh.. sekali dengan suami lah".
"Tak lah.. Tak duduk sama".
..Confirm mereka tercengang..

Saya di KL, sebab belajar. Suami di Mesir, pun sebab belajar.
Maka bermula lah set soalan yang biasa diajukan.....

Setiap keputusan dalam hidup kan akan ada 'opportunity cost' ;- kos lepas yang terpaksa ditangguhkan untuk mencapai sesuatu.
Yup, walaupun bukan senang.


Double @ Kuasa Dua

Bila dah berkahwin ni, segalanya jadi double; urusan peribadi, family, adik-beradik, saudara-mara, ownership, etc + bermacam-macam lagi ragam manusia. Hatta bila fikir nak balik kampung pun; ops, ada 2 tempat lah.

Adik beradik saya semuanya perempuan, adik beradik husband- seorang je perempuan, yang lain semuanya lelaki. Pun satu hal juga nak kena adaptasi. Tiba-tiba je dapat ramai abang. Tapi husband selalu ingatkan, ipar duai ni Nabi kata ibarat 'saamm' : racun. Mereka tiada apa-apa hubungan tetapi dekat. Kadang-kadang   bila semua orang berkumpul atau ada di rumah, kan dah bercampur. Pandai-pandai lah berinteraksi dan menjaga diri. Nak jaga hati sesama adik beradik pun kena ambil kira. Semua orang bukan sama fikrah.


Janganlah pula sehingga menggagap adik beradik pasangan = adik beradik kita sendiri, lalu menghalalkan aurat (khususnya tidak bertudung bagi perempuan) dilihat sesama ipar duai. Salam menyalam antara lelaki perempuan pun diamalkan, tidak boleh begitu. Memang terlebih mesra masyarakat Melayu kita ini.


Madu dan Hempedu

Biasalah, hakikat rumah tangga kadangkala dilimpahi madu, kadang-kadang terasa bak hempedu. Ayat kliche; 'sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri'. Realiti yang harus di setting sebelum berkahwin lagi. Ada masanya masalah akan datang daripada diri sendiri, kadang kala puncanya dari orang sekeliling, namun akibatnya tempias pada kita. Ada masanya masalah itu kecil sahaja, tapi bila dah ada campur tangan akan menjadi lebih besar. Syaitan pun selalu stand-by nak memporak perandakan manusia.

Bila dah ditimpa berbagai musibah, ingatlah semula.. "Kenapa mesti berkahwin.." Bukankah Allah telah menciptakan pasangan kita itu orang yang terbaik untuk kita. Lagipun perkahwinan ini bukan setakat di dunia sahaja, bercinta hingga ke syurga, kerana dunia hanya sementara, yang kekal hanyalah hari akhirat. Kita sudah banyak mempelajari teori, tapi praktikalnya, memerlukan mujahadah (kesungguhan yang tinggi) untuk dilaksanakan.

Ingatlah, orang yang diuji itukan disayangi Allah. Banyak sangat hint yang Allah bagi untuk sedarkan kita sebenarnya. Pernah satu masa, entah kenapa emosi betul-betul tak stabil, cepat sangat rasa tak puas hati dan nak marah. Dalam masa yang sama tak redha diri sendiri buat macam tu. But then, bila buka Quran mesti jumpa ayat 'sabar'. Bila on radio or tengok tv, pun akan dengar banyak kali perkataan 'sabar'. Pergi ke mana sahaja, ada-ada je Allah temukan dengan sesuatu yang tak diduga.


Rezeki

Kan Allah dah kata, Allah akan luaskan rezeki bagi orang yang berkahwin. Exactly! Saya dah rasa. Subhanallah, memang cantik aturan Allah. Orang selalu bagi alasan tak nak kahwin lagi, sebab kewangan belum stabil. One side, bagus lah. Tapi 'kestabilan kewangan' itu kan banyak levelnya. Agak-agak kalau dah masuk level haajiyaat, ok la tu. Then Allah akan luaskan.

* 3 level kestabilan hidup;
i- Dharuriyat (Needs), ii-Haajiyaat (Wants), iii-Tahsiniyaat (??Kesempurnaan..)

Kawan saya dah melepasi umur 25, gaji starting RM4***.. pun tak cukup lagi katanya. Kalau guna semua memang lah tak cukup. But then cuba fikir, orang bergaji RM4/5ratus pun boleh kahwin dan ada ramai anak..

OKlah. Cukup dulu untuk kali ini..
Semoga Allah terus menegur kesilapan kita, daripada terus hanyut tanpa bantuan.


Wallahua'alam.

Mukhlisah Mardhiah
DP_KL


Prosuder Perkahwinan


Bismillah..

Baru-baru ini ada kawan saya bertanya tentang prosuder yang sepatutnya untuk berkahwin. Bagi orang yang belum mengalaminya mungkin akan merasakan sedikit kesusahan, lebih-lebih lagi jika mereka yang terpaksa menguruskannya sendiri tanpa bantuan dan bimbingan orang lain. Namun sebenarnya ia tidaklah sesusah yang disangka..


1st : Hadiri kursus pra-perkahwinan.
Dengan yuran biasa RM80.00, samada di mana-mana pejabat agama negeri, atau anjuran swasta. Biasanya di IPT pun sudah kerap menganjurkan kursus ini dengan yuran yang lebih murah. Di akhir kursus ada exam, tapi senang sangat kot soalannya. Bila dah dapat sijil kursus, lepas lah 1 step..

p/s : Saya dulu pun join kursus anjuran student di IPT - 2 hari, assignment mereka. Caj rm60.00 je. Yang bestnya, bila time makan, boleh duduk semeja dengan VIP lah. (^^,)v


2nd : Ujian HIV
Ujian HIV tidak mengambil masa yang lama. Harus dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja, swasta tidak dibenarkan. "Borang Ujian Saringan" boleh ambil di pejabat agama, atau download je.
- Pada waktu artikel ini di tulis, website JAIP (Pahang) dah exclude kan utk muat turun borang tersebut. But next time maybe dah ada kot seperti sebelum ini. Allahua'lam.

Doktor akan ambil darah sikit je di hujung jari dan test untuk dapatkan keputusan; +ve / -ve. But then result (after bagitahu) directly mereka yang akan hantar terus ke pejabat agama.

p/s : Dulu buat ujian HIV dekat klinik kesihatan yang baru buka, masatu odw nak balik Mentakab dari Kuantan, nampak ada klinik tepi jalan berhenti je terus. Nasib orang tak ramai. Dalam setengah jam (ke tak sampai) settle lah.



3rd : Permohonan Kebenaran Berkahwin
Borang boleh diambil di pejabat agama terdekat, atau download je..

Contoh borang permohonan berkahwin lelaki, Selangor ; http://www.jais.gov.my/borang/borangpermohonankahwinbagilelaki2A.pdf

Contoh borang permohonan berkahwin perempuan, Selangor ; 

Part ni 'renyah' sikit la, kena cop, sign, etc. Make sure dah confirm nak bernikah di mana. Lelaki kena dapatkan pengesahan bujang juga. Prosudernya sedikit berbeza kalau L&P sama negeri / lain negeri / berkahwin dengan warga asing.

As my case, saya; Pahang. Husband; KL. Nikah; di Pahang. So, pihak lelaki kena submit borang di tempatnya dahulu dan mohon 'Kebenaran Nikah Luar Negeri'. Lepas dah settle, serahkan semua dokumen yang lengkap kepada pihak perempuan, kemudian hantar sekali permohonan 2-2 di negeri pihak perempuan (tempat nak nikah).

Haa, bila dah dapat maklum balas, boleh lah nikah...
Orang kata, better apply 3 bulan sebelum tarikh nikah. Tapi sebenarnya boleh je lewat sikit (kalau tak disengajakan laah). Risiko tanggung sendiri.


4th : Pendaftaran Perkahwinan
Selepas sudah bergelar suami isteri yang sah, kena pergi semula ke pejabat agama tempat bernikah dalam masa seminggu dan daftarkan perkahwinan. Ada sedikit caj bayaran yang akan dikenakan (berbeza mengikut negeri).

Mereka akan bagi sijil nikah sementara, lepas sebulan sijil original dan kad akuan nikah siap. Kena datang semula lah. Sekarang ni senang, sijil simpan di rumah je, bawa kad nikah je pergi ke mana-mana. Mesti berguna pada waktu-waktu yang tidak diduga. Cth; nak buka akaun bank bersama, etc.


Wallahua'alam..
Moga bermanfaat...
"Selamat Bercinta Hingga ke Syurga..!"

Mukhlisah Mardhiah
DP_KL

January 26, 2012

Miss to Madam Sharing~2

...sambungan...




Ops, Part Penting sebelum Kami Berkahwin..


'Dia' pulang dari Mesir selepas tamat belajar pada bulan Ogos 2011, pada bulan Ramadhan. Waktu itu tarikh perkahwinan kami masih belum lagi ditetapkan. Pesan abah kepadanya mudah, "balik je dulu, nanti kita bincang". 

Rezeki Allah nak bagi, tup-tup 'dia' lulus semua subjek untuk tahun akhir di Al-Azhar, walaupun tidak confident langsung ketika menjawab, katanya. Ditambah pula dengan masalah itu dan ini. In a way, Alhamdulillah.

Kebetulan flightnya ke Malaysia sama dengan flight adik, Nisya. Ica pun balik bercuti sama. Dalam hati saya terdetik, 'memang saje je kan nak balik sama'. Disebabkan itu, emak dan abah ke KLIA, menjemput Isya pulang. Bertemu lah mereka 2 keluarga di sana. Saya tidak pula ke sana kerana banyak lagi urusan kerja di Kuantan. Lagipun memang sengaja saya tidak mahu bertemu dengannya, tidak mahu membuka peluang.

Sebelum 'dia' pulang ke Malaysia, selepas mendapatkan keizinan daripada emak, 'dia' ada memberitahu untuk bertemu dengan saya, biarlah sekejap, biarlah dia terpaksa turun ke Kuantan dari KL. Segala-galanya hanyalah untuk merungkai kekusutan yang wujud antara kami. Saya memberi respon 'OK' + berat hati.

Selepas menjemput Isya, emak lekas menelefon saya. "Angah, kesian mak tengok Bahry dah makin kurus. Sungguh-sungguh dia cakap esok dia nak ke Kuantan jumpa angah. Belum sempat rehat pun. Angah jangan marah dia ye, angah jangan buat itu, buat ini, bla bla bla..". Emak?? Apakah yang telah berlaku? Emak pula yang beriya suruh berjumpa dengannya.

Esok pun menjelang. Seperti biasa, walaupun office hour tamat jam 4.30pm ketika Ramadhan, tapi kami selalu pulang lambat dek menghabiskan kerja-kerja yang masih bersisa. Tambahan pula sekarang Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA 2011) sedang berlangsung. Luar biasa banyaklah kerjanya. Sebelum 5.30pm rupanya 'dia' telah sampai di IKIP Kampus Taman Pertanian, by bus (dari KL) + teksi (dari terminal) + bawa bersama barang-barang kiriman dari Mesir. Aduh! Tak tahu nak tunjuk reaksi macam mana. Nasib baik bukan barang saya seorang, termasuk barang along juga, boleh berkongsi rasa serba salah. Mujur juga ada Firdaus, kawan kami sedari Kulliah, merangkap staf IKIP juga. Firdaus lah yang melayannya sementara menunggu kami menyiapkan kerja di ofis sehingga punch-card-out.

Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Staf lain semuanya sudah pulang. Iyelah, masing-masing berkeluarga, sama-sama menanti dan menyiapkan juadah berbuka. Kami bertiga pensyarah KIBA yang masih bujang ni (saya-along Syida-Kak Nadia Nabila) tidak perlu masak. Balik ke hotel, buffet telah tersedia, berbuka bersama pelajar KIBA. Hari ini sebab ada tetamu, makan luar lah nampaknya. Jom ke Tanjung Lumpur! Along drive!..

Diringkaskan cerita..

Ha.. sehari dua sebelum itu, saya telah mendownload, print out dan mengisi borang yang perlu seperti permohonan nikah, prosedur, dsb, semata-mata untuk membuktikan bahawa saya bukannya tidak kesah langsung dan tidak berbuat apa-apa untuk perkahwinan kami. Nampak juga terkejut di wajahnya bila saya minta 'dia' mengisikan ruang pengantin lelaki di dalam borang. :)

Kami bertemu, berbual, bertukar pendapat seperti tiada masalah langsung yang pernah berlaku antara kami. Semuanya OK. Makan pun kenyang. Tup-tup 'dia' yang belanja makan besar haritu. Bila dah terhidang ikan besar, along lah yang makan banyak sekali + sotong goreng, dll. 

...

Malam itu setelah semuanya selesai dan 'dia' pun selamat pulang ke KL, saya masuk tidur awal. Betul-betul penat berbanding selalu. Sedari pagi ke sana dan ke mari. Baru sahaja hendak terlelap, pintu bilik dikuak. "Adiikk, Saif tertinggal hp ke??!", soal along kehairanan bila mendapati di dalam beg plastik terdapat kotak hp Samsung Galaxy Fit di atas kotak kurma kiriman untuk along. Dalam mamai, saya menghantar sms, bertanya kepadanya. Dibalasnya, "Untuk Mardiah.. selalu call dari Mesir tak clear + susah nak dapat!". Ops, tak tahu nak cakap apa, sebab selalu je sengaja tidak mahu mengangkat call. Erk, OK..

Banyak betul perkara yang 'dia' lakukan untuk mengambil hati. Tapi, entahlah, kadang-kadang memang selalu saya tidak mahu beri muka. 'Biarlah, belum lagi bergelar suami isteri..'. Tapi kesian juga, tunang sendiri kot. Yang penting, Allah selamatkan hati.


Tibalah masanya...

16 Sept 2011. "Angah please! Harini tolong manis muka depan dia. Cukuplah apa yang kau dah buat pada dia selama ni, dah cukup terseksa. Balik-balik jumpa muka serius, kelat je..", beriya kakak saya mengingkatkan. "OK, cheese! (senyum lebar)".

Alhamdulillah, selesai. Nak kata tersentuh dengan teks khutbah dan kata-kata Tok Naib, tidak lah juga. Sebab kebetulan beberapa majlis nikah saudara mara dalam masa terdekat ni, saya selalu duduk berdekatan Tok Naib, sibuk mengambil gambar pengantin dan pernah menjadi pengapit. So, dah biasa dengar, maka bukan sesuatu yang baru.

Walaupun sebelum ini dia pernah mendakwa dia semakin kenal saya, namun saya dapat merasakan seolah-olah 'dia' baru sahaja mengenali saya yang sebenar pada malam itu. Memang saya melayannya sehabis biasa, sama seperti saya melayan kawan-kawan perempuan yang lain.

"Mardiah, biarlah dia yang tarik tangan awak, bukan awak tarik tangan dia", siku salah seorang kawan saya yang hadir di majlis kami. Saya hanya senyum. Dalam hati; 'Biarlah, dah lama benar aku buat dia menderita. Lagipun ni rumahku, mesti dia segan, ramai perempuan pula tu'.

Selepas majlis, makan malam, dan bergambar selesai, 'dia' pulang bersama keluarganya ke KL. Saya dan yang tinggal pula apa lagi, berkemaslah.


Dijadikan cerita, takdir Allah..

Selepas jam 12 malam itu, tinggal adik beradik saya sahaja yang masih mengemas, menghabiskan kerja yang berbaki, yang lain ramai yang telah masuk beradu. Tiba-tiba, Isya terhempaskan sedulang cawan. Saya yang ketika itu sedang berada di hadapan hanya terdetik, 'haish, apa pulak lah tu', namun membiarkan sahaja.

Tidak lama kemudian, saya menerima sms darinya; "Allah nak uji, kami ditimpa musibah. Doakan kawan kami kritikal. Yang lain cedera ringan je". Terpana. Tak faham. Sebelum itu kami berbalas msg, OK je. Rupa-rupanya mereka terlibat dalam kemalangan di Highway Karak-KL, jalan raya licin, hujan. Kereta terbabas, remuk habis, tidak boleh dibaiki langsung, sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat kereta itu pasti akan mendakwa kesemua penumpangnya tidak selamat.

Argh, bila keadaan dah jadi macam ni, esok mesti balik KL, membatalkan niat untuk konvoi menghadiri majlis walimah sahabat kami, Sharifah Nurul Nadiah di Kuantan. Alhamdulillah 'dia' sedikit pun tidak cedera kerana dihalang oleh abangnya, Azim yang cedera di muka dek terkena serpihan kaca. Sahabatnya Iqbal terbelah kulit kepala menampakkan tengkorak, tetapi stabil, Fuad sahabat baiknya yang seorang lagi terlantar di ICU, kehilangan banyak darah kerana tercampak ke luar kereta. Memang tragis. Namun, Alhamdulillah Allah selamatkan semuanya.


Dan kini...


...bersambung lagi...