June 21, 2010

6 Jenis Pelaburan dan Tahap Risiko



6 Jenis Pelaburan dan Tahap Risiko


1. Simpanan Tetap Di Institusi Kewangan

Kadar pulangan tetap sekitar empat hingga enam peratus. Jika kadar inflasi tinggi maka pulangan sebenar akan berkurangan.

Sebagai contoh, jika pulangan adalah empat peratus dan kadar inflasi juga empat peratus setahun, maka pulangan sebenar adalah sifar.

Bagaimanapun, modal pokok adalah terjamin.

Bagi yang takutkan risiko, pelaburan ini adalah pilihan sesuai kerana risikonya paling rendah, tetapi pulangan juga rendah.



2. Amanah Saham

Kadar pulangan biasanya lebih tinggi daripada simpanan tetap kerana ia bergantung kepada prestasi saham yang dilaburkan pengurus saham amanah.

Jika pengurusan amanah saham itu tidak cekap atau pasaran saham jatuh merudum maka pulangannya boleh menjadi negatif.

Biasanya pulangan antara tujuh hingga 12 peratus setahun.

Terdapat risiko modal pokok berkurangan apabila nilai saham amanah jatuh bawah nilai.

Bagaimanapun pelaburan umumnya adalah cair iaitu boleh dikeluarkan dengan mudah pada bila-bila masa.

Prestasi pulangan sangat bergantung kepada kecekapan pengurus dana, maka pemilihan saham amanah yang hendak dilabur sangat kritikal.


3. Insurans Hayat

Matlamat utama ialah melindungi pemilik polisi apabila berlaku kemalangan atau kejadian mudarat seperti kematian, kecederaan, sakit dan sebagainya.

Ada skim yang bertindak serentak sebagai instrumen pelaburan.

Seseorang pemegang polisi insurans seharusnya membandingkan tawaran yang diberikan pelbagai syarikat insurans supaya tawaran yang dipilih paling sesuai dengan keperluannya dan kadar premium yang paling menguntungkan.

Prestasi syarikat insurans dalam mengotakan janji apabila tuntutan dibuat juga perlu diselidiki.


4. Hartanah

Kadar sewaan, pendapatan atau pulangan bergantung kepada lokasi dan jenis hartanah.

Kadar sewaan dan harga hartanah biasanya turut meningkat bersama inflasi.

Biasanya nilai hartanah akan meningkat. Sebagai contoh, 25 tahun lalu tanah di Shah Alam dijual pada harga RM3 sekaki persegi dan pada 2005 ia dijual pada harga RM50 sekaki persegi.

Risiko yang ditanggung seperti tiada penyewa, berlaku kebakaran, pelaburan tidak begitu cair jika dibandingkan pelaburan dalam amanah saham.

Jika kadar sewa tinggi sekitar lapan hingga 10 peratus daripada harga rumah setahun, bayaran bulanan pinjaman bank mungkin boleh ditampung menggunakan duit sewa bulanan khususnya jika tempoh pinjaman panjang dan kadar faedah pinjaman antara enam hingga tujuh peratus.

Biasanya peluang sedemikian wujud di tempat yang permintaan rumah sewa tinggi.

Seorang pelabur hartanah berpengalaman berkata, faktor paling penting ialah lokasi, lokasi dan lokasi.

Ringkasnya pendapatan diperoleh daripada sewa dan kenaikan nilai hartanah.


5. Melabur Terus Dalam Saham Tersenarai Di Pasaran Saham

Pelaburan ini sepatutnya boleh menjana pulangan lebih tinggi dari pelaburan lain, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian.

Risikonya tinggi kepada mereka yang tidak berpengetahuan, berpengalaman dan berdisiplin.

Bagi yang berminat, sila baca The Inteligent Investor oleh Benjamin Graham dan buku tulisan Robert G Hagstrom mengenai kaedah pelaburan yang diamalkan Warren Buffet.

Mengikut penulis buku ini, antara asas utama kriteria memilih saham syarikat ialah nilai tawaran saham berbanding nilai perniagaan syarikat, potensi pertumbuhan, kualiti pengurusan syarikat, kurangnya risiko yang boleh mengancam perniagaan, margin keselamatan pembelian saham itu.

Anda perlu berpengetahuan menganalisis prestasi dan potensi syarikat, sektor berkaitan dan nilai dalaman syarikat supaya mampu memilih saham terbaik.

Anda juga perlu berdisiplin mengawal diri terhadap sifat takut dan tamak supaya tidak mengganggu keputusan membeli dan menjual.

Semua belian dan jualan dibuat berasaskan analisis berdasarkan fakta, pengetahuan perniagaan dan ekonomi dan kefahaman tentang perwatakan pasaran saham.

Umumnya, prestasi pulangan dan risiko yang terbabit bergantung kepada faktor positif dan negatif dalaman syarikat dan faktor positif dan negatif luaran syarikat.

Pembelian berdasarkan khabar angin atau terikut-ikut dengan orang lain pasti akan mengundang kerugian besar.


6. Melabur Sebagai Usahawan Dalam Perniagaan

Semua pulangan dari pelaburan tetap dalam bank, amanah saham atau saham adalah pendapatan lebihan dari perniagaan kerana wang yang dilaburkan itu digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan perniagaan.

Oleh itu mereka yang melabur secara langsung dalam perniagaan seharusnya boleh menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding pulangan dari pelaburan pasif.



-Oleh Prof Madya Sodri Ariffin, Pensyarah Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC), UiTM.


p/s : Satu lagi pelaburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat global adalah 'pelaburan emas'. Hal yang demikian kerana kebarangkalian nilai emas menurun adalah sangat tipis. Tambahan pula nilai emas yang sangat stabil sejak zaman berzaman mengurangkan risiko inflasi di dalam pasaran.



Harga semasa emas dan perak (sehingga hari ini) :

1 dinar (emas) = RM101

1 dirham (perak) = RM15



Wallahu'alam.


Mukhlisah Mardhiah
Irbeed, Jordan

9 comments:

As-Syazuli said...

mcm mana ye status semua skim ni dari segi halal dan haram??

Mukhlisah Mardhiah said...

berbeza mengikut jenis pelaburan yang kita pilih.. cth:

1. akaun di perbankan islam (eg: BIMB / BMMB / apa2 islamic counters yg lain seperti HSBC Amanah, dsb), confirm berdasarkan syariah compare dgn akaun d bank konvensional.

2. melabur dalam company yang tersenarai d bursa saham, dgn status 'patuh syariah' (dikeluarkan oleh SC - security commsion). -bnyak je companies yg tersenarai tidak patuh syariah (atau tdk halal)..

3. pembahagian saham itu sendiri pn ada banyak.. ada jenis saham yang harus, bnyak jg yg terlibat dgn faedah, dsb yg tdk halal.

4. islamic insurans @ takaful, menggantikan insurans konvensional..

5. begitu jg menceburkan diri dgn business, pastikan patuh syariah..

..ni semua depend pd diri sendri lah nak terlibat dlm apa jenis pelaburan pn. tp umat islam yg fhm sudah tentu akan pilih yg 'patuh syariah'.. (nnti try cari artikel pasal tu)

wallahualam..
clear ke?

As-Syazuli said...

tpi skim yg pertama2 mcm haram je..

Mukhlisah Mardhiah said...

pelaburan yg pertama tu jawapannya utk yg pertama jg..

klu di bank konvensional confirm dibayar faedah.. (still dpt walaupun bank untung/rugi).
klu di bank islam, hibah.. (dpt klu bank untung je).

antara fungsi bank (tak kira islam atau konvensional), adalah 'menerima deposit'..
maka, ada 3 jenis akaun utk pendeposit:
1.akaun simpanan (saving account) / wadai' iddikhariah
2.akaun semasa (current acc) / wadai' jariah
3.akaun pelaburan (investment acc) / wadai' istismariah

..setiap akaun punya structure yg berbeza..

As-Syazuli said...

pening2

Anonymous said...

salam,btol ke ketika artikel ni ditulis ,1 dinar --> RM101?

Mukhlisah Mardhiah said...

To anonymous :
haah.. macamtu lah hendaknya..
kan harga emas turun naik.. knapanya??

BUAT WANG DENGAN SMS said...

pasif 2.8% sehari di http://www.evbizasia.blogspot.com

BUAT WANG DENGAN SMS said...

emas di http://www.ecmcgoldtrading.blogspot.com