June 16, 2011

Gambar gerhana bulan penuh 16 Jun 2011

~ Gerhana bulan penuh, kemerahan~



Bismillah.

Malam tadi kuantan hujan. tengah2 pagi tadi arah bilik tak nampak bulan. itulah, pemandangan hotel mengadap hutan menghijau. hu, nasib.

Jom tengok gambar kejadian gerhana malam tadi.. Subhanallah!
sumber dari : angkasa.gov.my




Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.



“Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.


“Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,”

Angkasa menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


Wallahua'alam




Regards,

Mardiah Shaharum

D'embassy Hotel

June 15, 2011

KIBA 2011 Membuka Tirai

Bismillah..

KIBA 2011 Membuka Tirai


Sesi Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di Kolej IKIP, Kuantan bagi sesi 2011 telah membuka tirainya. Tahun ini pendaftaran pertama agak terlewat, iaitu tanggal 31 Mei 2011. Hanya lebih kurang 80 orang sahaja pelajar tajaan Yayasan Pahang, MARA, Yayasan Sabah dan persendirian yang mendaftar. Maka, pendaftaran 1st intake ini meninggalkan banyak lagi kerusi-kerusi kosong, membolehkan lebih kurang 20 orang lagi pelajar yang mendaftar pada 2nd intake, seminggu kemudian.



Tahun ini pelajar KIBA IKIP hanyalah terdiri dalam kalangan pelajar yang akan bermusafir ke Mesir dan Jordan dalam Pengajian Islam (termasuk Perbankan Islam) dan Medik. Tiada pengambilan untuk ke Morrocco.



Minggu pertama para pelajar di'orientasi'kan, seperti biasa diserahkan kepada Staff Taman Pertanian. Kelas bermula pada minggu ke-2. Pada permulaan KIBA, 2 kemahiran awal yang ditekankan adalah Maharat Kalam (kemahiran bercakap) dan Maharat Istima' (kemahiran mendengar).



"Insan yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan insan HEBAT"!.



Bukan mudah mengajar seseorang menjadi tahu. Apatah lagi menjadi pandai dan mahu. Cabaran tahun ini, lebih kurang 1/2 pelajar KIBA tidak mempunyai asas Bahasa Arab. Mereka tidak tahu kerana mereka tidak diberi tahu. Sebaik sahaja mereka tahu, Subhanallah.. Adzeem.. Syyathiruuunn~ (Terror)





Belajarlah bersungguh



Sememangnya sebahagian pelajar sudah mempunyai asas Bahasa Arab. Cuma apa yang telah dipelajari di bangku sekolah dahulu masih belum mencukupi. Maka sangat perlu untuk para pelajar mempelajari dan memperbetulkan kesalahan yang biasa digunakan dahulu. Bersunggu-sungguhlah, kerana anda di sini hanyalah untuk belajar. Lupakan sementara segala keseronokan lain.



Khoto' huna HALAAL~~ Kesalahan di KIBA diperbolehkan!


Belajarlah dari kesalahan. Kerana kesalahan adalah guru yang terbaik.

Janganlah malu untuk berbuat salah, jika dihujungnya kita tahu akan ada sinar yang lebih bercahaya buat kehidupan seterusnya.



Ustaz ustazah garang?? Oh! Tidak. Saya percaya segala sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musabbabnya. Kalau kamu rajin, masakan kami marah. Kalau kamu ingin menerima, masakan kami tidak mahu memberi. Kalau kamu bertanya, tentu kami menjawab, kadangkala diam itu adalah jawapannya.



"Practise make perfect!".

"Fastabiquul Khaiiiraaaatt!"


Masa hampir tamat. Maka, bersegeralah ke arah perubahan!

Kita bakal menjadi -insan baru-



Miss Mardiah Bt Shaharum


IKIP College,

Campus Taman Pertanian.


Esok (16 Jun 2011) Gerhana Bulan Penuh! Subhanallah





Salam, guys..


Dengar berita esok (Khamis, 16 Jun 2011) dikatakan akan berlaku gerhana bulan penuh yang tergelap dalam masa yang panjang; 1.25pagi - 6.59pagi. Subhanallah! Ketika tu bumi-bulan-matahari berada dalam kedudukan selari.


So, suka nak share cara solat sunat gerhana bulan. Sekali sekala je dapat tunai solat ni kan, jom.. Miscall ramai-ramai~~ :) ++ la solat lain, ++doakan saya!





PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI



HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad - مؤكدة

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.

Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.



Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.


INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan (sirr) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (jahar).


Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.


Wallahua'alam