June 11, 2010

Cerpen : "Khairu Amni" 1


Bismillah..

Sekadar berkongsi cerpen (cerita pendek), manfaat buat semua..

"Sebaik-baik Ketenangan"

Kornea coklat Khairu Amni merenung jauh objek dari luar tetingkap kamarnya. Perkembangan dendrot di mindanya semakin laju menghasilkan rangkaian dendrit baru, ligat berfikir mengenai projek hidup. Ya, projek hidup bertempoh hanya 6 bulan. Hati siapa yang tenang bila memikirkan dekatnya maut yang bakal menjemput. Entah bagaimana kehidupan selepas peristiwa sakaratul maut yang seringkali diriwayatkan dengan fitnah kedahsyatannya itu.

"Allahummakhtim lana bi husnil khatimah, wala takhtim ‘alaina bisuuil khatimah”
[1].

Entah sudah kali ke berapa Amni mengulang bait-bait doa tersebut. Masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya mengenai keputusan kesihatannya seminggu lepas. Doktor menyatakan bahawa dia menghidap penyakit misteri. Sudah lama. Tapi teknologi moden tetap tidak dapat mengesan apakah penyakit tersebut. Maha Hebat Allah yang mengatur segalanya. Batuk, sakit dan peningnya selama ini rupa-rupanya merupakan simptom gangguan kerosakan sistem di dalam tubuhnya. Khairu Amni dijangka hanya akan hidup 6 bulan sahaja lagi. Namun keputusan itu disambutnya dengan senyuman. Terasa nikmat bila dapat mengetahui bilakah saat bakal tibanya mati membatasi ketakutan kematian secara mengejut.

“Aku mesti lakukan sesuatu”, bisik hati kecilnya.

Anak gadis kepada 2 orang ustaz ustazah ini tekad untuk menyempurnakan baki projek hidupnya di atas landasan perjuangan. Lantas, pen dan sehelai kertas dicapai. Amni membentuk satu garisan sepanjang pembaris pendek berukuran 15cm. Point pertama : “Hari ini sebagai permulaan”. Kemudian bebola penanya dilajukan terus ke hujung garisan, point ke 15 cm : “SYAHID”. Itulah impiannya untuk memaknakan satu kematian dengan 2 kehidupan, kehidupan dunia dan akhirat.
Amni gegas bersiap, mengenakan jubah jeans dan tudung labuh berwarna putih, persalinan kesukaannya. Beg dibimbit, lengkap bersama diari Islam dan alat tulis. Sesekali batuknya datang ketika sedang membetulkan tudung di hadapan cermin. Pintu bilik dikuak, langkah digagahi.
“Along nak ke mana tu?”, soal ibunya kehairanan melihat anak emasnya itu. Ayahnya yang sedang membaca portal di sofa juga terhenti daripada pembacaannya seketika. Terpancar sedikit kerisauan di wajah mereka.

“Along ada usrah harini mak. Dah janji dengan kawan-kawan. Pagi ni dengan junior, petang nanti dengan satu batch pula. Along minta izin balik lambat sikit ye mak, abah..”. Senyuman dilemparkan dan salam dihulur, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Abang, tabah betul anak kita tu kan. Dah sakit-sakit macamni pun dia masih istiqamah lagi dengan kerja-kerja Islamnya”, sayu si ibu meluahkan rasa pada suaminya sambil memerhatikan kelibat anaknya yang semakin menghilang itu.

“Alhamdulillah. Berkat doa kita dulu, walaupun tak dapat anak lelaki sebagai pewaris ulama’, Allah gantikan dengan tiga puteri yang kita wariskan di jalan dakwah”, sambut si ayah lembut dengan fikirannya melayang mengimbas ingatan di awal pembinaan rumahtangga Muslim mereka hampir 24 tahun yang lalu.

“Moga 6 bulanmu penuh manfaat, anakku”, doa ibunya jauh di lubuk hati dengan linangan air mata hangat di pipi. Terharu.

*******************************

“Kak Amni, maaf kalau adik bertanya. Kenapa Kak Amni masih melakukan kerja-kerja ini semua di saat genting hidupmu, kakak”, soal salah seorang adik usrahnya. 10 pasang mata memerhatikannya, tidak sabar untuk mendengar respon dari naqibah mereka yang sangat disegani itu. Sesekali tudung-tudung labuh mereka berkibar dek hembusan angin di tepi Tasik Permaisuri.

“Adik-adikku, masihkah kau ingat bagaimana perjuangan Rasulullah di akhir hayat baginda. Walau sakit, baginda tetap istiqamah untuk hadir berjemaah di masjid bersama para sahabat. Walau pedih, baginda tetap membalas ujian dari Allah dengan senyuman. Sehinggakan di akhir nyawa baginda, baginda masih boleh meminta agar diringankan azab dan kesenangan hidup ummatnya! Kalau bukan kerana baginda, sudah pasti kita tidak dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam pada saat ini. Allahuakbar.”, katanya dengan penuh semangat meresap di dalam jiwa anak-anak muda itu.

Hanya itu yang mampu dilakukan, menyebar fikrah Islamiah sebagai saham akhirat dalam agenda pembangunan ummah menuju khilafah. Halaqah usrah yang dipimpinnya seringkali diselit dengan sirah Rasulullah, peribadi teragung kekasih Allah. Seringkali juga ditiupkan ruh jihad menerusi kisah-kisah syuhada’ bermesejkan Tauhidullah beserta kepentingan ibadah dan berakhlak dengan akhlak Islamiyah. Murni harapannya dalan menyuburkan jiwa-jiwa pembawa agama Allah.

*******************************

Petang itu, Amni dan sahabat sehalaqahnya membawa modul “tempat yang ingin dilawati”. Apabila sampai kepada gilirannya, Amni hanya tersenyum dan mengatatakan “Syurgalah..”. Puteri-puteri solehah itu kesemuanya ketawa kecil apabila menyedari jawapan mereka semuanya sama.

“Tapi untuk sampai ke syurga, ana punya impian untuk menjejakkan kaki di Palestin, terlibat dalam usaha mempertahankan Baitul Maqdis, qiblat pertama umat Islam.”, sambungannya itu membuatkan sahabat-sahabatnya semakin berminat dan ternanti-nanti bait seterusnya.

“Ana rindu untuk mengikut jejak Syeikh Ahmad Yasin, seorang yang aktif bersukan dan cemerlang akademik tika di usia muda namun tetap giat dalam kerja dakwah mempertahankan Islam. Walaupun beliau syahid dalam keadaan lumpuh dan buta, ana lebih malu jika kelak kita yang sihat sejahtera ini dilabel dengan pembawa agama yang buta hatinya dan lumpuh imannya. Na’uzubillah.”, terasa ditajdidkan niat dan semangat juang di dalam diri.

*******************************

[1] “Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik), dan jangnlah Engkau matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah (kematian yang buruk)”.



...bersambung...


Mukhlisah Mardhiah
Irbeed, Jordan

3 comments:

Pengislah Ummah said...

ALLAHU ALLAH...........

ANGAH...,AWAK BETUL2 BUAT AKAK MENANGIS.
~tiga beradik perempuan..
~terlibat di jalan dakwah..
~ibu ayah yang faham perjuangan anak2nya..
~'amni'-KETENANGAN!

Ya, itu namaku. Tetapi, watak dan perwatakan itu, JIWAMU DIK!

Tak henti-henti air mata ini mengalir. Sedu mengiringi muhasabah hati. ~Kenapa aku tak kuat untuk meneruskan perjuangan mentarbiyah generasi ini dengan jiwa yang gagah?? ~Jawapannya ada padaku..-USAHA MASIH SANGAT KURANG! Malu. Pada Allah. pada usrati. pada kamu!

Ya, aku sering lupa untuk menilai diri dengan pengorbanan baginda Nabi SAW yang jauh lebih lagi hebat mendepani mehnah dan ujian yang saban waktu merintangi perjuangannya. Kerana itu, aku lemah!

BANGKITLAH WAHAI JIWA YANG TENANG!


~Syukur..Syukur Allah, kerana menghadiahi aku seorang adik yang cekal dan kental. Terus-terusanlah Engkau memelihara dirinya. Berilah dia kebaikan di dua dunia.

~Air mata masih mengalir. Deras. Namun, sakit yang menghiggap diri dari petang tadi seakan hilang sementelah jiwa dipasang obor nyala harapan untuk menginspirasi diri menjadi sebagai SEBAIK-BAIK KETENANGAN..


Syukran Allah,
Syukran angah!

I REALLY LOVE U SO MUCH SIS!



~Dengan linangan air mata muhasabah..

~Yg merindui Nabi S.A.W, dan merindui jiwa juang adiknya..
-Sis Mukhlisah Mutmainnah Bt Hj Shaharum
-@ Khairu Amni
-IPG Ilmu Khas, KL
-4 Julai'10
-12.11 a.m.


DOAKAN AKAK THABAT!

tuhfah said...

Alhmadulillah......

Alhamdulillah......

Alhamdulillah......

keep writing !!!

Great MAKALAH from a great gifted mind By ALLAH

Unknown said...

Aduh! terkena sebijik..
sengaja diletakkan watak sebegitu..
coz gabungan nama kakak n adik lah.. (KHAIRUN NISA + MUTMAINNAH = KHAIRU AMNI).. tapi jiwa itu bukan jiwa ku..

ku cuma mahu memiliki jiwa itu..

acctually, cerpen itu ditulis bersama duka.. ketika futhur menjelma.. sekadar untuk mengislah jiwa.. tidak lebih dari itu.

kalau nak bg tazkirah kat orang macam tu, takut. sungguh tak layak. tp kalau diinterpretasikan dalam bentuk cerpen, lagi selamat.. alhamdulillah..

barakallahufikum..