November 4, 2009

PENGENALAN SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA


Sistem kewangan di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem perbankan dan sistem bukan perbankan.

Sistem perbankan terdiri daripada bank, syarikat kewangan dan syarikat diskaun. Bank adalah seperti Bank Negara Malaysia dan Bank Perdagangan. Sistem bukan perbankan pula terdiri daripada institusi yang berkaitan pembangunan kewangan seperti IMDF, institusi tabungan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Bank Rakyat. Institusi bukan perbankan lain ialah KWSP, Insurans dan Takaful, Institusi Kredit Perumahan dan Institusi Amanah seperti ASB, ASN dan sebagainya.

Perbankan Islam bermaksud penggerak dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariah Islam bagi tujuan mengembangkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana tersebut selaras dengan prinsip-prinsip Islam (Persatuan Bank-Bank Islam Antarabangsa). Contohnya ialah Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat. Perbankan Islam menggunakan instrument atau alat-alat kewangan Islam untuk beroperasi secara halal dan berlandaskan syariat Islam yang betul. Operasi Perbankan adalah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Terdapat pelbagai instrument kewangan Islam. Antaranya adalah, Al-Murabahah, Al-Mudarabah, Al-Bai’ Bithaman Ajil, Bai’ Al- Inah dan sebagainya. Instrument atau produk kewangan Islam yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan pembiayaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Pembiayaan ekuiti pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al- Musharakah dan Al-Mudarabah. Manakala, contoh-contoh bagi pembiayaan hutang adalah seperti Al-Murabahah, Al-Istisna’, Al-Ijarah, Al-Bai’ Bithaman Ajil, dan sebagainya. Operasi Perbankan Islam wajib menghindari riba’ dan perkara-perkara seperti riba’ yang boleh menindas dan merugikan pihak yang lain.

Wallahua'alam



IMA BT. IBRAHIM A112347
Menerusi KK "Al-Bai’ Bithaman Ajil" (Satu Kajian)


Posted by,
Mukhlisah Mardhiah
04 Nov 2009
09.22 pm
Irbeed, Jordan

No comments: