December 15, 2009

Insha Allah - Maher Zain

Insha Allah - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

*****


Dedicated to all of my lovely sisters.. Go on sis.. Insha Allah we can do it..

Best of Luck in ur exam.. Allah yaftah alaik!..


Mukhlisah Mardhiah

15 Dis 2009

Irbeed, Jordan..

*Winter Treat* :p

Always Be There - Maher Zain

Instrumen dakwah bagi peminat lagu Inggeris.. new touch up

Maher Zain

Maher Zain's Website: http://www.MaherZain.com

Maher Zain's Biography: Maher’s first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the beautiful Mediterranean city of Tripoli – Lebanon. Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher’s world. The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same – his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. It didn’t take him long to realize that music became an integral part of who he is. Currently, he is signed up with Awakening Records and has also released a album called "Thank You Allah"..
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Lyric : Always be there

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

*****

KEEP TRUST,

-Mukhlisah Mardhiah-

15 Dis 2009

Syita' Mood, Irbeed, Jordan


November 4, 2009

SIAPA BILLIONAIRES??

Bismillah..

Menurut Majalah Forbes yang mengeluarkan senarai terkaya berdasarkan pungutan data terakhir pada 9 Februari 2007, Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun dengan $56 bilion, diikuti oleh rakan karibnya Warren Buffett dengan $52 bilion

----------------------------------------------------------------------------------------------


The World's Billionaires

Edited by Luisa Kroll, Matthew Miller and Tatiana Serafin, 03.11.09, 06:00 PM EDT


The richest people in the world have gotten poorer, just like the rest of us. This year the world's billionaires have an average net worth of $3 billion, down 23% in 12 months. The world now has 793 billionaires, down from 1,125 a year ago.

After slipping in recent years, the U.S. is regaining its dominance as a repository of wealth. Americans account for 44% of the money and 45% of the list's slots, up seven and three percentage points from last year, respectively.

Bill Gates lost $18 billion but regained his title as the world's richest man.

Warren Buffett, last year's No. 1, saw his fortune decline $25 billion as shares of Berkshire Hathaway fell nearly 50% in 12 months.

Mexican telecom titan Carlos Slim HelĂș maintains his spot in the top three but lost $25 billion.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Special Report - Malaysia's Richest

05.21.08, 11:00 PM EDT

RankNameNet Worth ($BIL)Age

1 Robert Kuok 10.00 84
2 Ananda Krishnan 7.20 70
3 Lee Shin Cheng 5.50 69
4 Teh Hong Piow 3.50 78
5 Lee Kim Hua & family 3.40 79
6 Quek Leng Chan 2.40 67
7 Yeoh Tiong Lay & family 2.10 78
8 Syed Mokhtar AlBukhary 1.80 56
9 Vincent Tan 1.30 56
10 Tiong Hiew King 1.10 78


Sumber : FORBES

http://www.forbes.com/lists/2008/84/biz_malaysiarichest08_Malaysias-Richest_Rank.html

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Kaya?? Kita boleh tengok berapa ramai umat Islam yang menduduki carta tertinggi dalam senarai orang terkaya dunia / Asia / negara / negeri / kawasan / rumah??.. etc ..Bersilih ganti.. Senang je Allah nak twist, hari ni boleh jadi kaya, esok lusa sekelip mata je dah takde apa-apa.

Kebanyakan daripada orang kaya dunia, rata-rata memiliki saham (memegang syer) dalam syarikat-syarikat besar. Harga saham pun maklum lah; turun naik..


Adik : Penting ke kaya??

Along : Of course la penting. Ada duit, tak pening kepala dik. Macam mana nak bina negara Islam, kalau takde duit. Nak buat program dakwah pun susah. Penting.. Taapii.. biarlah orang kaya yang beriman..


Adik : Kenapa??

Along :Sebab orang kaya yang beriman boleh 'mengkayakan' orang lain juga.. Sebaliknya, harta kekayaan selamanya akan terkumpul di tangan orang kaya yang tidak beriman (kafir).


Adik : Macam mana tu??

Along : ok.. Persamaan bagi harta Muslim dengan non-Muslim adalah; dikenakan cukai. Tapi, apa pula yang membezakan harta muslim dan non-muslim??


Adik : Errr... Ha... ZAKAT!!

Along : Yup. Tepat sekali.. Allah sendiri yang menetapkan zakat dalam Surah at-Taubah : 60, harus diberikan kepada 8 asnaf (golongan) yang layak menerima zakat. Ok, let say.. kita ambil 2 asnaf dari 8 asnaf ni tadi; iaitu golongan Faqir Miskin.

Tahap 'ingin menggunakan harta' di kalangan faqir miskin adalah sangat tinggi, atau diistilahkan sebagai -Marginal Propensity to Consume (MPC)-

Contoh: Fatum kaya, Hamuz miskin. Kalau la mereka berdua ni dapat RM1000, siapa yang lagi excited nak berbelanja?? Mestilah Hamuz si miskin, kan. Daripada tiada wang untuk membeli apa-apa, dapat je duit terus beli keperluan, khususnya yang dhoruri (penting). Sebab tu lah kita kata MPC si faqir lebih tinggi.. ok. Faham??

*Tingkat keperluan dalam Islam ada 3 ;

1. Dhoruriyat (penting, kalau tiada boleh mati),

2. Hajiyat (penting juga, untuk melengkapkan hidup - berubah-ubah mengikut zaman),

3. Tahsiniyat (takde pun takpe..)


Jadi.. semakin kaya seseorang, semakin tinggi jumlah zakat yang wajib dibayarnya. [nilai zakat sampai bila-bila pun sama je = 2.5 %]

Cuba tengok..

Muhammad mempunyai harta berjumlah RM5 juta, jadi kadar zakatnya = RM12500

Aisyah pula mempunyai harta berjumlah RM100 ribu, jadi kadar zakatnya = RM2500

Ahmad pula mempunyai harta berjumlah RM10 ribu, jadi kadar zakatnya = RM250

- Jadi siapa yang lebih banyak dikenakan zakat?? Of course la Muhammad, kan..


So, tak rugi sebenarnya menjadi orang yang paling kaya di dunia. Asalkan dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba. Sebab prinsip harta dalam Islam; pemilik harta yang hakiki adalah Allah Ta'ala. Manusia hanyalah pemegang amanah, untuk mengimarahkan bumi dengan harta yang dimilikinya.

Dan adalah rugi sebenarnya, bila kekayaan dunia terkumpul di tangan orang yang bukan Islam, sebab kekayaan tu tak ke mana. Orang kaya makin terus kaya. Orang miskin terus merana..


Adik : Ooooooooooooooo.......... Adik pun nak kaya la. Boleh tolong orang, bina madrasah, bangunkan masjid, dirikan pusat-pusat penyelidikan Islam, Islamic Shopping Mall, sedekah kepada faqir miskin, etc..

Along : Boleh.. Tapi dik, kalau duit yang ada sekarang pun rasa berat nak sedeqah (even 10sen 2) kaya nanti along tak jamin la akan 'ringan tangan juga'.. ;)

Adik : Gulp. Baik-baik. Jom mula sedeqah sama-sama... :)


Wallahu'alam...

p/s ; cetusan idea di kala teringat pesanan 'Dr.Husna' ; "tak salah menjadi orang paling kaya.."

dan sempena "Road Show Zakat seJordan" - jangan lupa datang, turn Irbeed; 13 Nov 2009..


Mukhlisah Mardhiah

04 Nov 2009 - Wednes

10.39pm - Winter Season

Irbeed, Jordan


PENGENALAN SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA


Sistem kewangan di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem perbankan dan sistem bukan perbankan.

Sistem perbankan terdiri daripada bank, syarikat kewangan dan syarikat diskaun. Bank adalah seperti Bank Negara Malaysia dan Bank Perdagangan. Sistem bukan perbankan pula terdiri daripada institusi yang berkaitan pembangunan kewangan seperti IMDF, institusi tabungan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Bank Rakyat. Institusi bukan perbankan lain ialah KWSP, Insurans dan Takaful, Institusi Kredit Perumahan dan Institusi Amanah seperti ASB, ASN dan sebagainya.

Perbankan Islam bermaksud penggerak dana-dana dan menggunakannya selaras dengan syariah Islam bagi tujuan mengembangkan ikatan kesatuan Islam dan memastikan keadilan pengagihan serta menggunakan dana-dana tersebut selaras dengan prinsip-prinsip Islam (Persatuan Bank-Bank Islam Antarabangsa). Contohnya ialah Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat. Perbankan Islam menggunakan instrument atau alat-alat kewangan Islam untuk beroperasi secara halal dan berlandaskan syariat Islam yang betul. Operasi Perbankan adalah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Terdapat pelbagai instrument kewangan Islam. Antaranya adalah, Al-Murabahah, Al-Mudarabah, Al-Bai’ Bithaman Ajil, Bai’ Al- Inah dan sebagainya. Instrument atau produk kewangan Islam yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pelaburan dan pembiayaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Pembiayaan ekuiti pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al- Musharakah dan Al-Mudarabah. Manakala, contoh-contoh bagi pembiayaan hutang adalah seperti Al-Murabahah, Al-Istisna’, Al-Ijarah, Al-Bai’ Bithaman Ajil, dan sebagainya. Operasi Perbankan Islam wajib menghindari riba’ dan perkara-perkara seperti riba’ yang boleh menindas dan merugikan pihak yang lain.

Wallahua'alam



IMA BT. IBRAHIM A112347
Menerusi KK "Al-Bai’ Bithaman Ajil" (Satu Kajian)


Posted by,
Mukhlisah Mardhiah
04 Nov 2009
09.22 pm
Irbeed, Jordan

October 30, 2009

Dedicated.. Just For You!


Bismillahi MasyaAllah...

Subhanallah, setelah sekian lama.. akhirnya tergerak juga jejari ini menelusuri papan kekunci untuk 1st posting in this fasal.. Bukan hati tak tergerak.. teringin nak berkongsi macam-macam.. Insyallah by time, i'll try to coret sikit-sikit yang termampu.

Just sebagai 'muqaddimah' (kira pembuka tirai baru la).. i love to write about my friends, especially my housemates. They are really really special to me.. baik sangat. Take care. etc. Daripada sebelum kami sama-sama merancang nak duduk sama dulu, kepada pindah rumah sama-sama, saampai lah hari ni..

Soalan-soalan biasa mereka.. nampak simple. but i really appreciate it..
Klu nak keluar je.. "Ha, dik.. nak g mana tu??".. "Adik balik kul berapa".. "Adik balik makan tak karang".. "Adik! dah pukul berapa ni balik sorang-sorang.." (actually tak sorang ye..)
Kadang-kadang tiba-tiba call, "diikk.. balik, makan!".. ops, tak ckp awal2.. hu.. etc

Tapi selalu jawapan-jawapan yang tak patut mendahului...
"err, sorrii la..".. "err, tak pasti lagi...".. "err, kita kena g....".. "err, ada kerja.." ..etc

Pengorbanan. Itulah mereka. Mira, Norin, Humi, n Along. Masing-masing ada taklifan masing-masing, tapi masing-masing tak lupakan 'casa kami - Casa Intelek'..
-Mira as a Financial Advisor and Casa Management
-Norin as a Treasurery of 'Majlis Mahasiswa Yarmouk' (MMY) a.k.a our chef
-Humi as a YDPah of BKMPJ (Bdn Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan) alias our raisah
-Along as an Exco in PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbeed Jordan) + tugas-tugas da'i bersama mad'u-mad'u nya yang merata..
-and I; as i am..

Bahagia. kan?? Berbaloi kita sama-sama decide nak duduk rumah ni awal Julai haritu. Alhamdulillah, banyak manfaatnya. Sabada baginda; "Sebaik-baik manusia, yang memberi manfaat kepada manusia lain".. right..? Baru sebulan kita duduk rumah ni haritu dah dapat anugerah rumah bakti. Alhamdulillah. Tak sia-sia kita bayar sewa mahal skt..- 250 JD sebulan (RM1250)..

Maafkan ku ye.. Ku agak pendiam.. (yeke??) Tak menyerikan suasana pun. Tak macam along n mira. Selalu gaduh and gurau, tak kira waktu. Tak macam norin, selalu take care macam kakak sulung.. (rindu kat adik-adik ye).. Kalau orang datang rumah tak dengar suaranya mesti terasa ada yang kurang. Tak macam Humi, optimis dengan kerja-kerjanya, di samping prihatin perihal anak buah... Tak macam junior-junior lain.. yang kadang-kadang mampu untuk membuatkan rumah ni roboh.. (ahaks, gurau je..)

Tak lupa untuk kawan-kawan di bayt Andaleep, bayt Dil Krishta, bayt WaFi & bayt Day.. :)
i still remember this...... ;)
for my belated birthday.. kena serbu masa study. May Allah bless all of ur kindness..

Diam tak bererti lupa. Senyap tak bermakna tiada. Namun harapanku tinggi, agar kita terus selorong.. berada di jalan ini. Thanks for all.. Tak sampai setahun lagi kita nak duduk sama.. Balik Malaysia nanti tak tau lagi macamana kan...

'Ala kulli hal, sorry for everything. Jom sama-sama upgrade diri.. baki 2 fasal je lagi.. :)
Barakallahufikum


Mencari Ketenangan..
Mukhlisah Mardhiah
31 Oktober 2009
12.03am @ Syita'
Mardisya's Room

July 24, 2009

KAU - Terlalu Istimewa..



~Kau Istimewa~

- Raihan, Saff-One, Amrain & Haikal -


Ya Rasulullah, Ya Habib Allah

Ya Rasulullah, Sedih dan pilu mengenangkan Disaat umat kehilangan dirimu yang mulia, Kau diberi pilihan untuk kekal di dunia, Namun kau tekad memilih Untuk bersama Yang Esa Dan mereka yang diberi nikmat..

Ya Rasulullah, Tiada mungkin ku lupakan Pesanan mu yang terakhir;
Buat muslimin dan muslimat, Istiqamah dalam menunaikan solat, Istiqamah dalam menunaikan solat..

Pemergianmu amat sukar diterima. Sedang para sahabat sukar menelannya. Inilah hakikat yang kekal Buat selama lamanya - Setiap yang hidup Pastikan merasai kematian.

Ya Rasulullah, Ya Habib Allah,
Kau serahkan segala Demi islam tercinta. Rela dirimu terkorban Dan jiwa menderita. Jikalau tidak kerana segala jasa-jasamu, Tidak akan terpancar nur islam Di hati sanubari. Dikaulah pejuang yang disegani..

Walau kini kau tiada, Dirimu tetap dijiwa.. Kaulah Rasulullah.. Yang agung Ya Habib Allah, Pesuruh Allah, Kekasih Allah..

Jikalau engkau sembah Muhammad, Diakan pergi
Jikalau engkau menyembah Allah, Dia abadi..


***************************************************


Penawar buat penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah..
Buah tangan buat mereka yang sedang futur (putus asa) di jalan dakwah..
Hadiah buat para penghidup sunnah..

~ Rindunya aku pada tarbiahmu.. - qudwah hasanah buat ummah ~
Menjejak rohmu & roh generasi wahyu Ilahi..
Ya Allah, tsabatkanlah hati ini..


Sollu alan nabiy!
Mukhlisah Mardhiah
24 Julai 2009 - 12.48am

Irbeed, Jordan

July 18, 2009

:: Kisah Sedih Umat Islam Kini ::


[Attachment(s) from Hizamri Johari included below]
- from krj-taqwa.YG


Salam. - Kisah sedih umat Islam kini..
Banyak lagi kes dalam negara yang berlaku seperti di bawah ini..
Ada yang mendapat liputan meluas.. ada yang dilipat dibawah tikar, KONONNYA demi keamanan dan keharmonian. .
Pernah terbaca di Mastika kisah wanita India dibunuh keluarganya semata2 kerana dia telah memeluk Islam tanpa keredhaan keluarganya. .
"Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap isi mangkuk." Para sahabat bertanya, "Apakah saat itu jumlah kami sedikit ya Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan saat itu jumlahmu sangat banyak, tetapi seperti buih di lautan karena kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

From : Noor Mazlina Bt Daud (HRM/PPMSB)

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D. U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...tragis bukan?


Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya kerkesudahn ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan daragh mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap erlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.


Sampai bila....sampai bila baru dunia harus berkata 'cukup'.


***************************************************************************

Oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli

(Semoga Allah menempatkan Marwa alSharbini di kalangan Syuhada')



Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung.

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya". (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud "Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah". Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah.

Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: "Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian" (Muttafaq `Alaih). Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.

Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali,oleh kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab:59) "

Di dalam ayat di atas, Allah Tabaraka Wa Taala secara jelas menerangkan di antara objektif pensyariatan hukum menutup aurat adalah supaya orang beriman lebih mudah dikenali. Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala' (kesetiaan) dan al-Bara' (berlepas diri). Konsep al-Bara' yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka.

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng. Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala' dan al-Bara' di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam.

Salah satu perkara yang mereka serang bagi melemahkan al-Wala' dan al-Bara' ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Serangan kedua inilah yang paling merbahaya. Ia merebak hatta di negara kita. Kempen-kempen kebebasan ditonjolkan di kaca televisyen sama ada melalui drama, telenovela mahupun iklan-iklan syampu yang cuba menonjolkan keayuan perempuan yang membuka aurat. Pemakaian menutup aurat digambarkan sebagai satu undang-undang yang kolot dan menyekat hak asasi manusia. Mereka lupa bahawa tindakan mereka menghalang wanita Islam menutup aurat juga bertentangan dengan hak asasi manusia.

Musuh Islam tidak pernah berputus asa. Tidak semua umat Islam dapat mereka pengaruhi untuk membuka aurat dan membenci hukum menutup aurat. Bagi mereka yang menutup aurat pula, mereka dikelirukan di dalam isu purdah. Kekeliruan yang muncul ini hingga menyebabkan segelintir umat Islam memandang wanita Islam yang memilih menutup wajah mereka daripada pandangan bukan mahram sebagai sekelompok manusia yang ekstrim dan melampau di dalam mengamalkan ajaran Islam.

Umat Islam seolah-olah lupa itulah pakaian isteri Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam. Para sarjana Islam berbeza pendapat di dalam isu wajah aurat atau tidak. Ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitab beliau Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah. Beliau berpegang bahawa wajah bukan aurat. Manakala untuk membaca hujah sarjana yang mewajibkan pula, bole dilihat di dalam kitab Risalah Al-Hijab susunan Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Tidak kiralah sama ada kita berpegang wajah aurat atau tidak, wajib atau tidak menutup wajah. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pemakaian purdah menutup wajah adalah antara salah satu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin menyatakan: "Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahas an para imam ahli sunnah wal jama`ah." (http://drmaza. com/home/ ?p=68)

Umat Islam hendaklah sedar, serangan yang ditujukan kepada tudung dan purdah adalah salah satu cara untuk menghancurkan identiti Islam. Adalah amat malang apabila segelintir wanita Islam masih degil daripada menutup aurat walaupun tiada siapa yang akan membunuhnya seandainya dia menutup aurat di Malaysia. Mendukacitakan lagi, apabila pemakaian purdah di Malaysia masih dipandang sebagai sesuatu yang taboo dan di sesetengah tempat, pemakai purdah dinafikan hak untuk bekerja dan belajar. Semoga darah yang mengalir dari tubuh Marwa al-Sharbini akan membangkitkan umat Islam daripada tidurnya.

***Penulis adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Beliau aktif di dalam bidang kefasilitatoran bersama INTIS Consultant. Tulisan beliau boleh dibaca di http://lobaitampin.blogspot.com



June 24, 2009

PEPERANGAN RASULULLAH


ŰșŰČÙˆŰ© Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ

-PEPERANGAN RASULULLAH-

Bismillahirrahmnirrahim.

Umum mengetahui, antara faktor kejayaan penguasaan Islam ke atas dunia pada suatu masa dahulu adalah menerusi peperangan / jihad fi sabilillah. Bermula dari episod penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke kota Madinah, tempoh 10 tahun sebelum kewafatan baginda banyak dipenuhkan dengan siri-siri peperangan yang pelbagai.

Di sisi ulama’ Sirah, ilmu peperangan Rasulullah ‘Alaihi Salam dikenali sebagai ‘ilmu al-Maghazi’. Ilmu ini dihafal dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh oleh para sahabat, kemudian diajarkan kepada generasi Salafus Soleh yang hidup selepas mereka. Ilmu ini tidak boleh dilupakan oleh umat Islam pada mana-mana generasi pun, kerana musuh Islam sentiasa mengintai peluang-peluang untuk melancarkan perang ke atas Islam, baik pelancaran perang bersenjata atau serangan pemikiran (Ghazwatul Fikr).

Telah berkata salah seorang daripada Salafus Soleh yang terkenal – Zainal Abidin Ali bin Hussein (cucu kepada sahabat – Saidina Ali) ; “Kami di ajar berkenaan Maghazi (kisah-kisah peperangan) Rasulullah sepertimana kami diajar surah-surah dari Al-quran”.

Sepanjang hayat baginda, Rasulullah ‘Alaihi Salam telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah*. 9 daripadanya berlaku pertembungan dengan pihak musuh, iaitu perang Badar, Uhud, al-Muraisi’, Ahzab, Quraizah, Khaibar, Fathu Makkah, Hunain dan Thoif. Manakala 19 lagi tidak berlaku pertembungan disebabkan musuh melarikan diri.

Namun begitu, siri peperangan di dalam sejarah Islam tidak terhad kepada itu sahaja. Rasulullah telah mengutuskan labih daripada 50 Sariyah*. Menurut Ibnul Qayyim al-Jauzi, bilangan Sariyah jika dicampurkan dengan Bi’sah* hampir menjangkau 60 semuanya.

*Ghazwah : peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah, dan baginda bertindak sebagai Amir (panglima).

*Sariyah : peperangan yang tidak dihadiri oleh Rasulullah, tetapi baginda melantik Amir untuk mengetuainya.

*Bi’sah : delegasi atau utusan yang dihantar oleh Rasulullah kerana sesuatu urusan.

Jika dihitung, jumlah peperangan yang diharungi oleh Rasulullah dan para sahabat (merangkumi Ghuzwah, Sariyah, dan Bi’sah) mencapai kiraan 80 kali. Dan purata tahunan generasi wahyu Ilahi tersebut berperang adalah sebanyak tujuh atau lapan kali setahun. MasyaAllah.

Jika diintai kalimah ‘jihad’ dari sudut bahasa, maknanya kuasa, upaya, sukar dan payah. Namun dari sudut isltilah, secara umumnya jihad memberi makna; “Segala daya usaha, segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah”.

Jihad Umum ini mengandungi semua jenis jihad termasuklah jihad mali (harta), jihad tablighi (menyampaikan dakwah), jihad ta’limi (pembelajaran), jihad siyasi (politik) dan jihad qital (peperangan).

Tidak dinafikan terdapat pelbagai bentuk takrifan jihad di sisi ulama’. Adapun jihad dengan pengertiannya yang khusus diertikan sebagai qital fi sabilillah (berperang di jalan Allah) semata-mata mengharapkan keredhaan Allah tanpa ada sedikitpun tujuan duniawi.

Untuk itu, tiada alasan lagi untuk kita lari daripada Jihad. Rasulullah ‘Alaihi Salam telah menyatakan sabdanya menerusi riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah;

مَن Ù…Ű§ŰȘَ ولمْ يŰșŰČُ، ولم يُŰ­َŰŻِّŰ«ْ ŰšÙ‡ Ù†ÙŰłَهُ، Ù…Ű§ŰȘَ Űčلى ŰŽُŰčۚ۩ٍ من نِÙŰ§Ù‚ٍ

Maksudnya : “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berkata pada dirinya untuk berperang (yakni berniat untuk berperang memepertahankan Islam), maka matinya itu satu cabang dari mati Munafiq”. Na’uzubillahi min zalik.

Kesan jihad Rasulullah ‘Alaihi Salam, seluruh tanah Arab telah berjaya disatukan di bawah panji-panji Islam. Pejuang Islam tika itu sangat digeruni bukan sahaja di sekitar Tanah Arab, malah mencakupi dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Empayar Rom dan Parsi.

Perginya kekasih Allah menyambut seruan Ilahi. Namun roh, semangat dan perjuangan baginda ‘Alaihi Salam diteruskan oleh generasi mendatang sehingga Islam pernah menakluk 2 per 3 dunia. Penguasaan Islam melebar dari Timur ke Barat (China ke Perancis) dan dari Utara ke Selatan (Siberia ke Lautan Hindi). Semua ini disebabkan izzahnya (mulia) individu muslim dengan keagungan Islam.

Allahuakbar!


Wallhua'lam


Mukhlisah Mardhiah

Irbeed, Jordan.

24 Julai 2009 – Rabu – 2.44pm


Sinopsis buku; “Peperangan Rasulullah” oleh Ahmad Adnan bin Fadzil & Riduan Mohamad Nor.

..Teruskan kempen - ‘1 bulan, 1 buku’! :)..

June 22, 2009

Koreksi diri dengan "10 Muwassafat Tarbiah"


Terkesan diriku tika membaca artikel ini... - sifat-sifat Tarbiah ; As-Syahid Imam Hassan al-Banna.
Da'i kah aku??



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.


Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


..................................

Ya Allah, peliharalah kami dengan akhlak dan nilaian Islam dalam rangka untuk bergelar pejuang agamaMU..


copy-paste from my sis's blog ; http://motivasiqolbu.blogspot.com/



June 15, 2009

Sehari di Madinah Soreh, bersama bekas pendidikku..

Sehari di Madinah Soreh, bersama bekas pendidikku..

Bismillahirrahmanirrahim

Janjiku terhadap junior untuk mencoret lembaran sejarah di bumi ini akan ku tunaikan..

Alhamdulillah, semalam kami telah menziarahi Ustaz Firas Ali, guruku ketika di SMA Al-Khairiah, Temerloh dahulu. Beliau merupakan guru Arab yang telah banyak berjasa kepada para pelajar dalam menerapkan kecintaan terhadap bahasa Arab. Cuma faham-faham sahajalah, bila terserempak dengannya pasti pelajar-pelajar akan memilih jalan lain, takut kena bercakap Arab dengannya. Alahai, bilalah sikap pelajar Melayu nak berubah.

Aku adalah salah seorang anak didiknya bersama Ustazah Rahmah di dalam bahas bahasa Arab sekolah. Bersama-sama team bahasku dahulu – Syafiqah, Syam Irziati dan Maisarah. Itulah permulaanku untuk berjinak-jinak dengan bahasa syurga ini setelah sekian kali kecewa dengan markah subjek bahasa Arabku yang agak rendah berbanding subjek lain.

Terpancar kegembiraan pada suara ustaz bila aku menghubunginya seminggu lepas. Katanya telah 2 minggu dia berada di rumahnya, menjenguk ahli keluarga setelah berbulan lamanya tidak pulang. Begitulah rutin ustaz sedari 2002, bermulanya kisah beliau menjejakkan kaki di Malaysia; mengajar di SMA Al-Khairiah, Temerloh, kemudian menyambung phD di UKM dalam bidang aqidah. Setiap kali cuti panjang beliau akan pulang ke Jordan bertemu dengan ahli keluarga dan sanak saudaranya di sini.

Jam 2 petang kami seramai 11 orang (6 junior dan 5 supersenior) berkumpul di bab Iqtisod, Jami’ah Yarmouk, menanti kedatangan ustaz seperti yang telah dirancang. Tiba-tiba kedengaran hon dari sebuah van hijau. MasyaAllah, ustaz.. betapa masyarakat Arab sememangnya sangat-sangat meraikan tetamu. Lebar senyuman ustaz menyambut kami – bekas anak didiknya di luar Negara. Tak ku sangka pertemuan ini akan terjadi.

Perjalanan kami ke Madinah Soreh tidak lama. Hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Bandar ini merupakan pusat pertanian Negara Jordan. Banyak tanaman-tanaman gandum di sepanjang perjalanan. Kadang kala diselangi dengan pepohon bamia (kacang bendi). Suasana di Madinah Soreh ini tidak sama dengan Hijazy, tempat kami tinggal. Tempatnya aman dan terpelihara serta jauh dari kesibukan kota.

Kedatangan kami disambut baik dan penuh layanan oleh isteri, anak-anak dan adik beradiknya. Memang begitulah masyarakat Arab, sehinggakan kadang kala habis semua adik beradik dan jiran tetangga mereka turut sama meraikan kami sebagai tetamu. Banyak perkara yang kami bualkan bersama setelah hampir setahun tidak berjumpa. Banyak juga tips-tips belajar yang kami peroleh daripada ustaz. Sekali dua perbualan kami diselangi dengan keletah manja dan nakal oleh permata-permata ustaz; Bara’ah, Jana, Ruqayyah, Khadijah, Hammam dan Muhammad Al-Faateh.

Bila ditanya mengenai kos hidup, ustaz amat memahami kami pelajar Malizi di sini. Masakan tidak 1 Jordan Dinar (JD) bersamaan dengan lebih kurang RM5.00. Perbelanjaan kami untuk pelajar yang duduk di sakan (asrama) untuk kediaman sahaja lebih kurang 150JD/bilik/2 orang. Seorang = 75JD x 5 = RM375 setiap bulan. Bayaran itu tidak termasuk lagi makan, pakai, buku, dan lain-lain. Namun kehidupan sebegini banyak mengajar kami untuk mengatur perbelanjaan dengan cermat. Moga-moga bertambah kesyukuran kami kepada Allah bila mengenangkan kami antara ribuan pelajar tajaan yang bertuah.

Ustaz ada mengutarakan idea, menyuruh kami tinggal di kawasan perkampungan. Bahasa Arab nya lebih terpelihara. Apatah lagi budaya dan muamalah sesama masyarakat lebih baik. Kos sara hidup pun tidaklah setinggi di Bandar. Cuma kos pengangkutan sahajalah yang bertambah. Sifirnya begini; makin dekat sesebuah kediaman dengan jami’ah, makin meningkatlah kos kediaman tersebut. Namun faktor-faktor lain harus difikirkan.

Jika di Bandar setiap masa tidak boleh alpa, berhati-hati dengan semua orang yang berada di sekeliling. Setakat ini banyak juga kes pelajar Malizi – perempuan yang diganggu, diikut oleh lelaki Arab samada secara berjalan kaki atau berkenderaan. Ada juga kes samun bersenjata, dan sebagainya. Tapi rasanya risiko sebegini di mana-mana pun boleh berlaku jika terleka, hatta di Malaysia. Semasa di semester satu dahulu, Dr. Mufleh (pensyarah subjek Nuqud wa Bunuk merangkap pengurus Bank Islamy Jordan) seringkali menasihati kami supaya berjalan mestilah dengan satu matlamat. Jangan bergurau senda di jalanan. Apatah lagi berlawak jenaka. (Malizi memang terkenal dengan gurau senda sesama kawan-kawan tika di jalanan – kawan Arab kata). Pendek kata, tunjukkan muka confidence anda dan berani walau di mana anda berada. Yang penting; Innallaha ma’ana..

Satu lagi budaya Arab yang sangat-sangat memuliakan tetamu ;- anda pasti tidak boleh pulang awal ke rumah jika menziarahi keluarga Arab. Paling kurang kena menghabiskan separuh hari bersama mereka. Kadang kala ada juga kawan-kawan yang ditahan untuk tidur semalaman di rumah kawan-kawan Arab mereka. (bezanya dengan orang melayu; mesti berkias ‘bila la orang ni nak balik’..- tapi tak semua macamtu, kan..)

BAB MAKAN. Hurm, jangan cakap la. Mula-mula kedatangan kami mereka hidangkan air. Kemudian makan nasi; maqlubah la biasanya. Maqlubah dihidangkan di dalam sebuah talam bersama dengan 3 ekor ayam. Nasi Arab ni ada macam-macam jenis; maqlubah, kabsah, mansaf, mandy, sawany, beriani, dll. Maqlubah is the famous one. Tidak kira la apa jenis pun nasinya, pasti dihidangkan bersama-sama dengan salatah (ala-ala acar). Kadangkala bersama dengan laban (peringkat susu ala-ala yogurt). Nasi makan dengan susu?? – cuba la dulu!

Pusingan ke-2; Kemudian kami dihidangkan air teh. Kadang-kadang dicampur dengan maramia atau na’na’. – Teringat ketika kelas tambahan bahasa Arab bersama Dr. Abu Dalwu, pensyarah yang pernah menghabiskan 2 tahun di UK. Beliau sangat hairan dengan hidangan teh yang disaji oleh Malizi. Warnanya cair tidak sepekat teh Arab. Seuncang teh malizi untuk satu teko, tapi seuncang teh Arab hanya untuk secawan..

Pusingan ke-3; kami dihidangkan dengan pencuci mulut – beraneka buah-buahan; ja’bir, mishmash, khauh, durraq, tuffah, dll. Lastly sebelum balik, kami disajikan dengan air kopi. Kopi arab semestinya tidak sama dengan kopi malizi. Tapi disebabkan keluarga ust firas pernah tinggal setahun di Malaysia, mereka pun telah memahami budaya orang Melayu; budaya makan dalam pinggan, dan adat minum kopi ditambah gula!

Kami senang hati dengan ziarah ini. Esok ustaz akan pulang ke Malaysia, meneruskan kembali tugasnya sebagai pendidik ummah di sana. Khabarnya ustaz akan dipindahkan ke STA Sultan Abu Bakar @ Kulliyyah, Pekan bermula Jun ini. Beruntunglah mereka, bertambah lagi ustaz Arab di sana.

Terima kasih atas segalanya, ustaz…

Doakan kami kher-kher belaka hendaknya ..

Wallahua’lam


p/s; moga tulisan ini ada manfaatnya..


Mukhlisah Mardhiah

16 Jun 2009 – 12.49am

Memory in Madinah Soreh, Irbid, Jordan