April 30, 2010

Persoalan dalam Operasi Mudharabah


Bismillah..

Persoalan dalam Operasi Mudharabah

Muqaddimah

Maksud Mudharabah (perkongsian untung) :
Kontrak antara 2 pihak, salah seorang daripada mereka mengetengahkan modal dan digelar pemilik modal, manakala pihak yang seorang lagi menjalankan urusan perniagaan menggunakan modal tersebut dan digelar mudharib.

Keuntungan dibahagi mengikut kadar yang telah dipersetujui seperti yang termaktub di dalam kontrak, manakala kerugian sepenuhnya ditanggung oleh pemodal. Hal ini kerana mudharib hanya menanggung kerugian dari sudut masa, tenaga dan usaha yang dihabiskannya untuk memperdagangkan modal tersebut.


1. Siapakah yang menanggung perbelanjaan Mudharib?
-Sepanjang melakukan aktiviti mudharabah, mudharib perlu menggeluarkan wang bertujuan menampung beberapa kos seperti pengangkutan, simpanan, dsb. Perbelanjaan mudharib merupakan belanja yang diambil (ditolak) daripada keuntungan yang akan diperoleh di akhir operasi mudharabah, dan tidak termasuk di dalam jumlah modal yang diperoleh daripada pemodal di awal kontrak.

2. Tempoh operasi Mudharabah.
-Tempoh operasi mudharabah yang dijalankan oleh mudharib hendaklah logik, sesuai dengan jenis perniagaan atau pasaran yang diceburi. Contohnya, pelaburan di bidang perindustrian biasanya lebih lama tempoh untuk mendapatkan pulangan berbanding pelaburan di bidang perladangan.

3. Jaminan modal Mudharabah.
-Harus bagi pemilik modal meletakkan syarat ke atas mudharib supaya menjaga hartanya (modal). Mudharib pada asalnya hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah (amiin) selagi dia tidak melakukan sebarang kecuaian ke atas harta yang telah diserahkan kepadanya. Namun, jika dia tidak menjaga modal tersebut dengan sebaiknya (dalam erti kata cuai atau sengaja), maka secara automatik mudharib menjadi penjamin ke atas harta itu. Maka, sekiranya berlaku kerugian, ia mestilah ditanggung oleh mudharib atas sebab kecuaiannya.

4. Operasi Mudharabah dengan bukan-Islam.
-Tidak disyaratkan pemilik modal mestilah beragama Islam. Bahkan harus bagi mudharib Muslim mengambil modal dari bukan-Islam untuk dilaburkan. Hal ini disebabkan, mudharib berperanan sebagai wakil kepada pemilik modal, dan hukum menjadi wakil kepada orang bukan-Islam adalah harus.
-Namun, fuqaha' menegah pemilik modal Muslim menyerahkan modalnya kepada mudharib bukan-Islam. hal yang demikian disebabkan kebarangkalian mudharib bukan-Islam untuk melaburkan harta di pasaran tidak patuh syariah adalah besar.

5. Mencampurkan harta Mudharabah dengan harta mudharib.
-Harus bagi mudharib mencampurkan harta Mudharabah dengan hartanya, dengan syarat mendapat keizinan daripada pemilik modal. Pada ketika ini, fungsi mudharib terbahagi kepada 2 : menjadi 'rakan kongsi' di dalam operasi Mudharabah yang dijalankan, dan menjadi 'mudharib' kepada pemilik harta.

6. Pemilik modal bekerja bersama mudharib dalam operasi Mudharabah.
-Ulama' telah berselisih pendapat dalam hal ini.
(i) Jika ianya tidak disyaratkan (tidak termaktub di dalam kontrak) ;
-Pendapat Hanafi, Syafi'iyah dan Hanabilah : hukumnya harus kerana perbuatan tersebut dikira sebagai bantuan daripada pemilik modal.
-Pendapat Malikiah : tidak harus.

(ii) Jika hal tersebut disyaratkan (termaktub di dalam kontrak) ;
-Ulama' sepakat menyatakan kontrak menjadi tidak sah (fasad). Kerana operasi mudharabah yang sebenar hanya membolehkan sebelah pihak mengetengahkan modal, menakala sebelah pihak lagi mengerjakan modal.


Penutup :
Operasi Mudharabah memberikan faedah kepada 2 belah pihak. Sebelah pihak mempunyai wang yang banyak tetapi tidak tahu atau tidak punya masa untuk menguruskannya. Manakala satu pihak lagi mempunyai pengalaman dalam pelaburan harta tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk berbuat demikian. Konsep ini bertepatan dengan perbuatan Rasulullah alaihi salam yang memperdagangkan harta Saidatina Khadijah seperti yang diriwayatkan di dalam lipatan sejarah.


Wallahu 'alam.


Rujukan : Usul Masrafiah Islamiah, Dr. El-Ghareeb Nasir
-Lecture madah 'Masarif Islamiah Mu'asarah', Dr. 'Imad Barakaat


Mukhlisah Mardhiah
30 April 2010
8.59pm
C.I

April 21, 2010

Kaitan Solat Awal Waktu dgn Tenaga Alam

Bismillah..

Kaitan Solat Awal Waktu dgn Tenaga Alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhlukNya.


Wallahu'alam



http://berita-harian-online.com/rahsia-solat-awal-waktu-tenaga-warna-alam/



~Mukhlisah Mardhiah
Realise tension mood (esok exam)
*Cuaca harini : Mendung dalam panas


April 17, 2010

Kasih tanpa batas seorang IBU..


Kasih Tanpa Batas seorang IBU..



Ini Real photo 'bayi' tersebut..





Subhanallah.. kalaulah semua 'ibu-ibu' begini..
Realitinya, nyawa anak2 tidak dipertahankan, malah ibu sendiri yang menggadaikan nyawa anak2 mereka..

Statistik buang bayi



Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat..

Apa peranan kita?


~Mukhlisah Mardhiah~
-Jaga diri, hiasi peribadi-

April 6, 2010

Diari pilihan 3 - MAC [Marhalah hidupku..]

Tittle : "Inilah marhalah hidupku sekarang.."
Date : 30th March 2010


Bismillah..

"Pengurusan masa pengukur martabat manusia".. begitulah tajuk tazkirah di akhbar hari ini..

Hari-hari yang kami hadapi harini sungguh berbeza dengan sebelumnya. Hari-hari pelajar degree tahun akhir, yang bakal menamatkan degreenya.. bakal meninggalkan bumi Jordan sebagai medan belajarnya.. bakal memasuki alam yang tidak diketahui bagaimana cabarannya..

Setiap hari yang dilalui, pasti tidak lepas dari persoalan dan cakap-cakap tentang perancangan hidup. Tentang sambung belajar ke peringakat master.. tentang kursus-kursus yang perlu diambil apabila pulang nanti.. tentang medan pekerjaan yang bakal diceburi.. tentang perancangan bersama keluarga di Malaysia.. hatta tentang perancangan berkeluarga.. dan yang paling penting, tentang sumber kewangan untuk menghadapi hari-hari tersebut!

Hidup bukan semakin mudah, malah semakin rumit dan sukar. Semakin lama hidup, semakin kita mengerti bagaimana hidup ini sebenarnya.. semakin banyak keputusan-keputusan hidup yang perlu diputuskan.. semakin kita perlu untuk menjadi luas pengetahuan..

"Beristikharah lah..".. Ku kira tidak ada zaman dalam hidupku yang selalu dinasihati dengan nasihat itu, melainkan pada zaman ini.. Sungguh, sangat banyak keputusan yang perlu dibuat. Keputusan tentang hidup. Tentang masa depan. Maka beristikharah lah dengan solat, atau doa, atau bermusyawwarah...

Semakin lama engkau hidup, semakin engkau mengerti kewajipan hidup tidak pernah berkurang dan akan bertambah secara berterusan, malah infiniti...

dan Inilah marhalah hidupku sekarang...
Selamat membuat keputusan hidup, dengan tepat..

"Walain syakartum, laazidannakum!"
O Allah, we seek for ur helpfulness..

Wallahualam..


p/s : suka komen ust sufyan.. [credit for him.. :) ]

Ahmad Sufyan Che Abdullah .. "tak ada tips apa2 tp prinsipnya Allah tidak akan bebankan seseorang, sesuai dgn kemampuannya. masa SPM kita rasa yg tu lah yg paling berat dlm hidup, masa degree pun kita kata paling susah nak buat paper projek, masa master, susahnya master by research tanpa kelas, masa phd, aduih, nak gila PhD kat Yarmouk... keje di UM, aduh sakit kepala ... See Morenak buat research, artikel jurnal, nak siapkan power point kat student, semak assignment student.. gitulah marhalah hidup... harap2 dlm kubur nanti.. tak akan ada.. 'seksanya di alam kubur' nauzubillah...tapi yg ada, 'inilah janji Allah pada pejuang agamaNya"..


Diari pilihan 2 - MAC [First Aid Drills]


Tittle : "First Aid Drills"
Date : 8th March 2010


Bismillah.

Actually spatutnya, note ni ditulis semalam.. tp oleh kerana tak berkesempatan, maka ditunda ke hari ini.
SANGAT PENTING utk semua org mengetahui perihal first aid ni.. - benda pertama yg kena buat masa kecemasan.

Antara perkara yg dikongsi oleh snior2 medic 5th yr di Gymnasium Yarmouk semalam (secara live), about 3 things; 1.Bleeding (pendarahan), 2. Burn (terbakar), 3. Choking (tercekik), 4. CPR (bantuan pernafasan).

Besar pahala belajar sume ni, knpa?? coz melibatkan nyawa org. Bak kata kak Aleya; "tak kan nak bg org tu mati katak dpn mata kita..".. ops..

Apa2 pun yg berlaku, dapatkan bantuan dulu, n call ambulance, etc.
Jordan 199
Malaysia 999


1. Bleeding
-Kalau berlaku any kcederaan, cari kain bersih, ikat di tempat luka tu (jgn hiraukan rasa sakit, ni yg utama).. then angkat kawasan tu supaya lebih tinggi dari kepala (spy darah kurang keluar scr berterusan & still dpt smpai ke otak), tekan pulse point (klu tangan- dkt dgn siku, klu kaki-dkt atas peha -tempat nadi berdenyut2 tu-).
-Kalau terlekat 'benda' yg mencederakan tu, i.e; pisau/kaca/besi/etc.. jangan cabut smula, lagi membahayakan. cuma ikat di kawasan sekeliling.
-tak perlu tukarkan pakaian di kawasan berdarah tu, coz dah membantu proses pembekuan darah.

2. Burning
-Kalau ANDA terbakar, ingat 3 step ; Stop, Drop n Roll (guling2).
-Kalau ORANG terbakar (n dia tak tahu 3step atas tu); balut dia dgn slimut/any kain tebal, n stopkan dia + 2 step atas tu.
-ditunjukkan juga 4 cara nak angkat victim. (er, mcmn nak crita ye..). - ada gaya fireman, gaya duduk, gaya tongkat, klu tak larat sgt seret je dari belakang.

3. Choking
-Peluk dari belakang, tekan di ulu hati (buat bentuk J - dalam & ke atas), dia akan terangkat klu terasa.
-Kalau org mengandung, just peluk dari belakang, n tekan dada ke dalam.

4. CPR
-kalau nmpak org pengsan / lemas / etc (tak sedar);
1. Tepuk bahunya dari depan, tnya keadaan.
2. Kalau betul2 tak sedar, gunakan 2 jari untuk dongakkan kepalanya ke atas & cari nadi di leher.
Cek ABC (Airway, Breathing, Circulation) - ada nadi n nafas tak?? (rasa hidung berhebus tak, n tengok dada trun naik tak)
3. Kalau TAK, buka mulut cek lidah dlu, klu tergulung, luruskan.. n klu ada bendasing buangkn.
4. Tutup hidung, bernafas mcm biasa, n buat CPR 2 kali je, sambil perhatikan turun naik dada.
*udara yg masuk ke paru2 boleh dilihat tindak balasnya pd pergerakan dada, klu takde maknanya udara tu masuk terus ke perut, bahaya...
5. Kalau tak de apa2 jg, baru buat chest compression (tekan dada), sbnyk 30 kali (bukan 30 saat, tp laju skit). Caranya, siku mestilah lurus, tapak tangan dibuka luas, dan diletakkan betul2 di tengah dada.
*klu terdengar tulang dada dia crash, abaikan je, sbb nyawa lebih penting.

ulang step 4 & 5 smpai 5 cycle (5 kali).

-selagi victim tak sedar, ulang step 4 & 5 sampai ambulance sampai.

penat kan? sbb tu la ramai org kena ambil tahu, supaya nnti boleh tukar2 dgn ramai org.
insyallah, masih ada harapan lg utk dia hidup...
jangan terus menyerah...

p/s; klu tak nampak, minta org yg 'nampak' tu act kan..

Wallahu'alam.

Diari pilihan 1 - MAC [O-T-A-K]

Tittle : O-T-A-K.. MaashaAllah
6 March 2010 ~ Saturday


Bismillah.

Yes, otak manusia lebih hebat dari supercomputer.. Tapi, "operator dependent". Kalau tiada org yg mengawal computer, nothing's happen..

Otak manusia ibarat semak samun. sekali lalu sangat semak. 2 kali lalu, masih semak. berpuluh2 kali lalu, semak itu akan terselak, dan membuka sebuah lorong yg memandu penggunanya. Gunalah otakmu sentiasa, pasti semak2 itu akan terbuka. Train ur brain!

Genius blh jd kerana jumlah IQ yg tinggi berbanding org lain. blh jd juga diperngaruhi oleh suasana dan persekitaran. Lihatlah Imam Syafi'e, duduk di dalam kandungan ibunya 4 tahun. Sepanjang tempoh itu, ibunya sangat menjaga pemakanan dan tarbiah diri, maka lahirlah putera seperti beliau. Elbert Einstain pula hnyalah penyapu sampah di sebuah tempat pengajian. orangnya bukan jenis bijak belajar di dalam kelas, namun lbh cepat tangkap jika membaca di padang lapang.. ~Luaskan fikiranmu.

Perkara baru mungkin susah diterima akal. Jadi, 'lamakanlah' ia, dgn cara - menghadap selalu (smpai hadam).. Lihat sahaja rumus matematik yg baru pertama kali ditemui, sukar. Namun setelah melalui puluhan/ratusan latihan, kacang je.....

-dll-

Subhanallah, kompleks akal manusia ciptaanMu..
Siapakah yg memikirkan ini semua?? ~ akal jg..
- Tiada satu anggota pun yg dapat memikirkan tentang dirinya, melainkan otak.. (menggunakan otak untuk berfikir mengenai otak & perkara selainnya). Masha Allah..


Forum; "Korelasi Otak terhadap Persekitaran Manusia"
-Mudarraj Al-Faraby-
Yarmouk University.