April 23, 2013

Kembali Menulis

Bismillah

Astaghfirullah. Lama betul penulis membiarkan blog tanpa sebarang update. Benar, menulis itu memerlukan disiplin.

Ayat alquran pertama yg diturunkan Allah adalah "IQRA!" iaitu 'bacalah!'. Seseorang yang ingin menulis perlu membaca. Orang yang tdak punya sesuatu mustahil untuk memberi. Dan si pemberi adalah orang yang lebih bahagia daripada si penerima.

Menulis itu adalah ibadah. Selain dari salah satu mehod penyebarank ilmu, penulisan juga adalah dakwah. Setiap kebaikan akan dibalas Allah dengan kebaikan, malah digandakan sehingga 700 kali ganda! Subhanallah. Apa lagi amal jariah yang boleh ditinggalkan selepas mati selain anak soleh, sedeqah jariah dan ilmu yg bermanfaat..

Semoga kita juga boleh menyumbang. Walaupun kecil, lebih baik daripada tiada. Bila lagi kalau bukan sekarang. Ini kalilah!

Kalau bukan kerana al-ma'thurat dan ar-Risalah, mungkin kita tidak akan mengenali Imam Hassan al-Banna. Kalau bukan kerana al-Muqaddiah, mungkin kita tidak tahu siapa itu ibn Khaldun. Kalau Imam Bukhari tidak membukukan hadith soheh yang dihafalnya di dalam Sahih al-Bukhari, mungkin sukar untuk kita erujuk hadith. Dan jika Saidina Uthman bin Affan tidak mengemukakan idea pengumpulan dan penulisan semula al-Quran, pasti tidak akan sampai mashaf Uthmani ke tangan kita di zaman ini.

Wallahua'lam

Ummu Aish
23 April 2013
@ Securities Commission
Mont Kiara