November 22, 2011

Miss to Madam Sharing~1


Bismillah


Tarikh bertunang : 16 Sept 2010 (7 Syawal 1431H)
Tarikh aqad nikah : 16 Sept 2011 (18 Syawal 1432H)
Tarikh walimah : 26 Nov 2011 (Mentakab, Phg) & 04 Dis 2011 (Ampang, KL)


Alhamdulillah.
Majlis pertunangan dan walimah kami berlangsung dengan sederhana.




Cerita Sebelum Bertunang


Disebabkan kami sama-sama pernah menuntut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakr untuk STAM sesi 2006, maka ramailah yang telah menyangka bahawa hubungan kami bermula pada saat itu. Jangan salah sangka. Ketika itu kami hanyalah berkawan. Lebih-lebih pun, 'dia' pernah meninggalkan salinan buku 'Ilmu Hebat Berkat' di bawah meja saya di dalam kelas. Itu sahaja.


Sekali sekala kami berhubung, sekadar untuk bertanya sesuatu berkenaan pelajaran, agama, persatuan dan beberapa hal yang lain. Sama seperti saya berhubung dengan orang lain.

Kemudian ditakdirkan saya memilih jurusan berkembar Kolej IKIP + Universiti Yarmouk, Jordan sejurus selepas keputusan SPM keluar pada tahun yang sama. Dalam masa yang sama, saya masih menyimpan azam untuk mengambil STAM melalui pembelajaran secara individu. Selain ustaz ustazah dan kawan-kawan yang lain, 'dia' juga banyak membantu dengan berkongsi nota, maklumat dan set-set soalan.


Diringkaskan cerita, ditakdirkan Allah, 'dia' telah memilih haluan untuk menyambung ke bumi Mesir selepas memperoleh keputusan STAM pada tahun berikutnya.

Masing-masing membawa haluan masing-masing, sehingga masing-masing mendiamkan diri selepas lama tidak berhubung. 

Sehinggalah pada suatu ketika.....


Cerita yang Membawa kepada Pertunangan

Selepas menghabiskan 2 tahun di Malaysia, saya bersama kawan-kawan melengkapkan ijazah yang berbaki lagi 2 tahun di bumi Jordan.

Ribut tidak, taufan pun tidak, setelah sekian lama tidak bertegur, tiba-tiba 'dia' menyapa saya menerusi YM, "dengar cerita dah bertunang. Kenapa tak bagitahu, ye??". Terkasima. Hairan; 1. Dari mana pula asal usul khabar yang diterimanya ini. 2. Kalau betul 'ya' pun, kenapa dia nak kesah. Chatting pada hari itu berakhir dengan 'dia' lega (saya mengagak).

Selepas beberapa bulan, betul-betul sebelum saya menduduki peperiksaan akhir untuk sem ke-2 pada tahun ke-3, satu mail daripadanya masuk ke dalam inbox. Panjang lebar tulisannya, meluahkan rasa hati. Sebenarnya masuk kali ini sudah kali ke-3 dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, namun saya selalu sahaja mengelak dengan alasan 'belajar'. Itulah janji saya dengan emak, sedari awal lagi. Sebab itu jugalah saya menolak semua lamaran yang pernah saya terima sebelum ini, 'belum masanya lagi'.

Saya cuma membalas ringkas, "Tersalah alamat ni.." + bagi nombor telefon rumah, hp abah n emak.

Diringkaskan cerita, tahun itu, 2009, 'dia' pulang ke Malaysia, sekaligus mengatur pertemuan untuk ke rumah bertemu emak abah buat pertama kalinya. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu pulang ke Malaysia, lantas mengambil peluang bercuti selama sebulan di bumi Mesir bersama kawan-kawan. Yes! Tak terbatas pergerakan, sebab 'dia' tiada di Mesir. Tup-tup, bila sampai di bumi Cairo, seorang senior menghulurkan bungkusan kepada saya. Oh, rupa-rupanya pemberian darinya. Lekas-lekas saya membuka balutan dan mengeluarkan isinya supaya kawan-kawan lain tidak menyedari. Coklat yang diberikannya saya kongsi bersama kawan-kawan.

Kesimpulan daripada perjumpaannya dengan emak abah untuk kali yang pertama; sungguh tidak ku sangka. 1. Layanan mak abah ketat. 2. Soalan individu bertubi-tubi. 3. Mempertikaikan masih belajar, + belum kerja. 4. Menyoal isu pelajar Mesir yang ramai tidak berkualiti. 5. Jaminan masa depan. 6. Disamping point-point lain. - Mendengar cerita daripadanya sahaja membuatkan saya berfikir, tak sangka emak abah sedahsyat itu untuk melepaskan anak perempuannya kepada orang lain. Hairannya, mak abah tidaklah pula menceritakan kepada saya apa-apa daripada pertemuan itu, seperti semuanya OK sahaja. Ok, fine, ada patutnya juga mereka bertindak sedemikian, untuk kebaikan anak-anak juga. Kalaulah saya berada di tempat kejadian, bagaimanalah agaknya.. Yang paling keluarganya tidak menyangka adalah, sebaik sahaja segala tujahan persoalan (seolah-olah pinangan bakal ditolak), sejurus sebelum menamatkan diskusi, abah membuka mulut, "OK, bertunang tahun depan lepas Mardiah habis belajar". -Apakah?? Lantas saya membuat kesimpulan, 'abah nak test je tu..'.

Untuk kali yang seterusnya, apabila mereka menziarahi keluarga saya, layanan emak abah telah berubah secara total, menjadi mesra.

Maka, betul-betul seminggu selepas saya pulang ke Malaysia pada tahun 2010, selepas Hari Raya Eidul Fitry, kami pun mengikat tali pertunangan, tanpa pengetahuan ramai orang melainkan ahli keluarga terdekat yang membantu. Ketika majlis, mereka menetapkan bahawa kami akan beraqad nikah setahun lagi, sejurus selepas 'dia' tamat belajar.


Bertunang pun ada badainya..

Majlis bertunang sederhana sahaja. Disebabkan barang-barang saya menerusi kargo masih belum tiba dari Jordan, saya hanya meminjam baju kurung emak yang dibelinya tapi tak jadi pakai, ditambah dengan selendang yang sengaja saya beli untuk kenangan di Syria.

Maka bermulalah episod kami sebagai 'tunang orang'. Fuhh, tak tahu nak cerita..
Hampir-hampir juga kami memutuskan pertunangan, rasa tidak sehaluan, putus asa, dsb.

Masakan tidak, waktu itu saya baru habis belajar. Lantas mengalami transformasi dalam hidup, beralih daripada dunia belajar kepada dunia pekerjaan. Baru pula bergelar tunang orang. Banyak perkara baru yang perlu segera diadaptasi untuk masuk dengan suasana. Kerja makin hari makin menimbun. Tanggungjawab telah bertambah. Memang kuat ingin sambung belajar, namun sesi pembelajaran pertama pada tahun 2011 di universiti tempatan baru sahaja ditukar kepada bulan September. 'Saya mesti bekerja selama 7 bulan??' Lari lagi daripada pelan hidup yang asal. Saya mengalami ke'tension'an sehingga jelas tergambar pada wajah. Orang yang rapat sahaja mengetahui.

Kata orang, dalam tempoh pertunangan, itulah waktu yang terbaik untuk lebih mengenali pasangan. Lebih-lebih lagi selepas ini akan hidup berdua bersama-sama. Pendek kata, lebih banyak kebaikan dan keburukan pasangan yang kita akan tahu. Namun, entah kenapa, selain daripada hasutan syaitan untuk menggagalkan misi suci mendirikan masjid, saya terasa bahawa saya semakin menjauhinya. Semua perkara yang berkaitan dengannya menjadi tidak kena. Senang cerita, jika terlihat sahaja kelibatnya online, terus saya akan offline. Pernah juga tercatat di skrin hp miscall daripadanya sehingga 17x. Saya tahu, salah saya untuk tidak mahu bertoleransi. Semuanya disebabkan tension kerana terlalu banyak perkara baru dalam hidup dan tidak sempat untuk saya bersedia menghadapinya. Dan saya kira ini fasa kegagalan. Ketensionan saya juga telah membuatkannya tension. Ditambah pula ini tahun terakhirnya di Universiti Al-Azhar. Memang mati-mati ketika itu 'dia' fikir 'dia' akan sangkut dalam beberapa subjek.

Pernah saya menyuarakan pada emak, "mak angah tak nak kahwin". Saya kira waktu itu semua orang turut buntu, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Hanya abah yang stay cool, macam selalu. "Alaah, lepas kahwin nanti OK la tu", bersahaja abah bercakap dengan emak. Suatu perkara yang membuatkan saya tercuit hati, dalam banyak-banyak suggestion emak untuk menyelesaikan masalah, emak ada menyuruh saya menulis surat kepadanya, menceritakan kedudukan yang sebenar. Ketika mendengarnya saya tergelak, 'surat??'. Ops, sorry mak.. Tak pernah terlintas pun untuk menulis surat segala. Ok, convert jadi 'e-mail', is acceptable. Dulu dalam bilik mak memang banyak surat cinta dengan abah, tapi bila dah terkantoi dengan anak-anak, habis semua abah bakar. Alah! sayang.. Saya kira ayat sastera yang boleh dibukukan!

Kalau tak salah saya, sehingga sebulan sebelum kami betul-betul bernikah pun, kami masih tidak punya tarikh pernikahan yang tetap dan pasti. Saya sudah tidak kesah, menyerahkan bulat-bulat kepada emak abah. Memang mengambil langkah berani mati. Lagipun memang dari awal lagi kami ingin membuat majlis nikah dan walimah berasingan, jadi tidak timbul masalah untuk menjemput orang ramai dan menempah kad perkahwinan segala. Kalau ikut ura-ura asal, majlis nikah akan dilangsungkan pada bulan November. Alang-alang adik dah ada di rumah, bercuti sebelum pulang semula menyambung pengajian di Mesir pada akhir September, abah pun menukar tarikh nikah kepada 16 September 2011. Hanya beberapa hari sebelum nikah baru saya sedar bahawa tarikh nikah kami = tarikh tunang kami, tidak dirancang.

5 September saya baru sahaja mendaftarkan pengajian di UIA. Alhamdulillah, lapangnya rasa hati dapat mencapai hajat sambung belajar. Terasa angin tension terlepas sebahagiannya. 14 dan 15 September saya masih di KL, mengikuti bengkel research bersama beberapa orang staf IKIP, juga di UIA. Khabar saya bakal bernikah 16 Sept malam masih belum sempat disebarkan, tak sempat online. Bila rakan-rakan staf tahu, terkejut besar mereka. "Ha? Mardiah dah nak nikah?? Senyap-senyap je. Orang nak nikah, seminggu sebelum dah balik kampung. Dia relaxx je..". Mulalah macam-macam sindiran dan usikan. "Drive elok-elok! Darah manis!!".

Lewat petang itu, saya pun bertolak ke Pahang bersama kakak. Mujur sahabat lain turun membantu sama. Tidak lain tidak bukan Aini dan Nor. Asalnya ada je orang offer nak drive, kesian kat bakal pengantin lah kononnya. Lastly, saya seorang sahaja yang drive sampai Mentakab. Masing-masing penat. Kami tiba di Mentakab jam 10 malam, kurang 24 jam lagi saya akan bergelar isteri orang. Dengan banyak perkara lagi yang belum settle. Hanya beberapa orang sahaja saudara yang turun membantu. Iyelah, duduk di tanah lot, adik beradik emak hanya 2 orang, abah pula tinggal 4 orang yang masih hidup, ada pula yang duduk berjauhan. Setengah jam kemudian datanglah pertolongan dari Kuantan, satu kereta along Syida dengan students. Thank a lot my dear.. Takde korang sume, tak tahu lah..

Pagi 16 September, baru sempat saya online dan post di FB, terus diletakkan sekali tarikh walimah pada bulan November. Macam-macam feedback mengejut yang saya terima. Hari itu memang busy. Sehingga jam 5 pm saya masih di bandar Temerloh, menguruskan itu ini, mengambil kek tempahan, dsb. Walhal majlis nikah jam 8! Sume orang yang menyaksikan risau dengan tindakan saya yang hanya bersahaja.. Rilex.. (belajar dari abah :) ..Nikah je pun.. Bukan kena pergi mana-mana pun.. Tak berubah jadi orang lainnya.. Tambahan pula lepas nikah, dia ikut pulang ke KL bersama keluarganya.

"Kak Mardiah, saya tak pernah tengok orang nak kahwin serilex akak..", x-students menyapa dengan muka yang penuh kehairanan. Saya hanya tersenyum.

....bersambung....


P/s; akhirnya selamat juga dikeluarkan daripada 'draft'..

-edited-