January 26, 2012

Miss to Madam Sharing~2

...sambungan...




Ops, Part Penting sebelum Kami Berkahwin..


'Dia' pulang dari Mesir selepas tamat belajar pada bulan Ogos 2011, pada bulan Ramadhan. Waktu itu tarikh perkahwinan kami masih belum lagi ditetapkan. Pesan abah kepadanya mudah, "balik je dulu, nanti kita bincang". 

Rezeki Allah nak bagi, tup-tup 'dia' lulus semua subjek untuk tahun akhir di Al-Azhar, walaupun tidak confident langsung ketika menjawab, katanya. Ditambah pula dengan masalah itu dan ini. In a way, Alhamdulillah.

Kebetulan flightnya ke Malaysia sama dengan flight adik, Nisya. Ica pun balik bercuti sama. Dalam hati saya terdetik, 'memang saje je kan nak balik sama'. Disebabkan itu, emak dan abah ke KLIA, menjemput Isya pulang. Bertemu lah mereka 2 keluarga di sana. Saya tidak pula ke sana kerana banyak lagi urusan kerja di Kuantan. Lagipun memang sengaja saya tidak mahu bertemu dengannya, tidak mahu membuka peluang.

Sebelum 'dia' pulang ke Malaysia, selepas mendapatkan keizinan daripada emak, 'dia' ada memberitahu untuk bertemu dengan saya, biarlah sekejap, biarlah dia terpaksa turun ke Kuantan dari KL. Segala-galanya hanyalah untuk merungkai kekusutan yang wujud antara kami. Saya memberi respon 'OK' + berat hati.

Selepas menjemput Isya, emak lekas menelefon saya. "Angah, kesian mak tengok Bahry dah makin kurus. Sungguh-sungguh dia cakap esok dia nak ke Kuantan jumpa angah. Belum sempat rehat pun. Angah jangan marah dia ye, angah jangan buat itu, buat ini, bla bla bla..". Emak?? Apakah yang telah berlaku? Emak pula yang beriya suruh berjumpa dengannya.

Esok pun menjelang. Seperti biasa, walaupun office hour tamat jam 4.30pm ketika Ramadhan, tapi kami selalu pulang lambat dek menghabiskan kerja-kerja yang masih bersisa. Tambahan pula sekarang Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA 2011) sedang berlangsung. Luar biasa banyaklah kerjanya. Sebelum 5.30pm rupanya 'dia' telah sampai di IKIP Kampus Taman Pertanian, by bus (dari KL) + teksi (dari terminal) + bawa bersama barang-barang kiriman dari Mesir. Aduh! Tak tahu nak tunjuk reaksi macam mana. Nasib baik bukan barang saya seorang, termasuk barang along juga, boleh berkongsi rasa serba salah. Mujur juga ada Firdaus, kawan kami sedari Kulliah, merangkap staf IKIP juga. Firdaus lah yang melayannya sementara menunggu kami menyiapkan kerja di ofis sehingga punch-card-out.

Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Staf lain semuanya sudah pulang. Iyelah, masing-masing berkeluarga, sama-sama menanti dan menyiapkan juadah berbuka. Kami bertiga pensyarah KIBA yang masih bujang ni (saya-along Syida-Kak Nadia Nabila) tidak perlu masak. Balik ke hotel, buffet telah tersedia, berbuka bersama pelajar KIBA. Hari ini sebab ada tetamu, makan luar lah nampaknya. Jom ke Tanjung Lumpur! Along drive!..

Diringkaskan cerita..

Ha.. sehari dua sebelum itu, saya telah mendownload, print out dan mengisi borang yang perlu seperti permohonan nikah, prosedur, dsb, semata-mata untuk membuktikan bahawa saya bukannya tidak kesah langsung dan tidak berbuat apa-apa untuk perkahwinan kami. Nampak juga terkejut di wajahnya bila saya minta 'dia' mengisikan ruang pengantin lelaki di dalam borang. :)

Kami bertemu, berbual, bertukar pendapat seperti tiada masalah langsung yang pernah berlaku antara kami. Semuanya OK. Makan pun kenyang. Tup-tup 'dia' yang belanja makan besar haritu. Bila dah terhidang ikan besar, along lah yang makan banyak sekali + sotong goreng, dll. 

...

Malam itu setelah semuanya selesai dan 'dia' pun selamat pulang ke KL, saya masuk tidur awal. Betul-betul penat berbanding selalu. Sedari pagi ke sana dan ke mari. Baru sahaja hendak terlelap, pintu bilik dikuak. "Adiikk, Saif tertinggal hp ke??!", soal along kehairanan bila mendapati di dalam beg plastik terdapat kotak hp Samsung Galaxy Fit di atas kotak kurma kiriman untuk along. Dalam mamai, saya menghantar sms, bertanya kepadanya. Dibalasnya, "Untuk Mardiah.. selalu call dari Mesir tak clear + susah nak dapat!". Ops, tak tahu nak cakap apa, sebab selalu je sengaja tidak mahu mengangkat call. Erk, OK..

Banyak betul perkara yang 'dia' lakukan untuk mengambil hati. Tapi, entahlah, kadang-kadang memang selalu saya tidak mahu beri muka. 'Biarlah, belum lagi bergelar suami isteri..'. Tapi kesian juga, tunang sendiri kot. Yang penting, Allah selamatkan hati.


Tibalah masanya...

16 Sept 2011. "Angah please! Harini tolong manis muka depan dia. Cukuplah apa yang kau dah buat pada dia selama ni, dah cukup terseksa. Balik-balik jumpa muka serius, kelat je..", beriya kakak saya mengingkatkan. "OK, cheese! (senyum lebar)".

Alhamdulillah, selesai. Nak kata tersentuh dengan teks khutbah dan kata-kata Tok Naib, tidak lah juga. Sebab kebetulan beberapa majlis nikah saudara mara dalam masa terdekat ni, saya selalu duduk berdekatan Tok Naib, sibuk mengambil gambar pengantin dan pernah menjadi pengapit. So, dah biasa dengar, maka bukan sesuatu yang baru.

Walaupun sebelum ini dia pernah mendakwa dia semakin kenal saya, namun saya dapat merasakan seolah-olah 'dia' baru sahaja mengenali saya yang sebenar pada malam itu. Memang saya melayannya sehabis biasa, sama seperti saya melayan kawan-kawan perempuan yang lain.

"Mardiah, biarlah dia yang tarik tangan awak, bukan awak tarik tangan dia", siku salah seorang kawan saya yang hadir di majlis kami. Saya hanya senyum. Dalam hati; 'Biarlah, dah lama benar aku buat dia menderita. Lagipun ni rumahku, mesti dia segan, ramai perempuan pula tu'.

Selepas majlis, makan malam, dan bergambar selesai, 'dia' pulang bersama keluarganya ke KL. Saya dan yang tinggal pula apa lagi, berkemaslah.


Dijadikan cerita, takdir Allah..

Selepas jam 12 malam itu, tinggal adik beradik saya sahaja yang masih mengemas, menghabiskan kerja yang berbaki, yang lain ramai yang telah masuk beradu. Tiba-tiba, Isya terhempaskan sedulang cawan. Saya yang ketika itu sedang berada di hadapan hanya terdetik, 'haish, apa pulak lah tu', namun membiarkan sahaja.

Tidak lama kemudian, saya menerima sms darinya; "Allah nak uji, kami ditimpa musibah. Doakan kawan kami kritikal. Yang lain cedera ringan je". Terpana. Tak faham. Sebelum itu kami berbalas msg, OK je. Rupa-rupanya mereka terlibat dalam kemalangan di Highway Karak-KL, jalan raya licin, hujan. Kereta terbabas, remuk habis, tidak boleh dibaiki langsung, sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat kereta itu pasti akan mendakwa kesemua penumpangnya tidak selamat.

Argh, bila keadaan dah jadi macam ni, esok mesti balik KL, membatalkan niat untuk konvoi menghadiri majlis walimah sahabat kami, Sharifah Nurul Nadiah di Kuantan. Alhamdulillah 'dia' sedikit pun tidak cedera kerana dihalang oleh abangnya, Azim yang cedera di muka dek terkena serpihan kaca. Sahabatnya Iqbal terbelah kulit kepala menampakkan tengkorak, tetapi stabil, Fuad sahabat baiknya yang seorang lagi terlantar di ICU, kehilangan banyak darah kerana tercampak ke luar kereta. Memang tragis. Namun, Alhamdulillah Allah selamatkan semuanya.


Dan kini...


...bersambung lagi...


2 comments:

niey said...

perghhh~ berdebar baca....:)

and again....still waiting for next entry....cepat-cepat-cepat...teruja ni ha~..:)

Mukhlisah Mardhiah said...

cik eny ni.. ada-ada aje.. (^_^)