February 15, 2009

Penutup ; Siri Pengembaraan Menjelajah Jordan


Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Innal hamdulillah, wassolatu 'ala rasulillah..

Alhamdulillah, selesai sudah posting 6 siri pengembaraan menjelajah Jordan.. moga beroleh manfaatnya..

Alhamdulillah, seharusnya rasa syukur itu 'ada' dan dapat dirasa oleh para mahasiswa Malaysia yang telah dipilih Allah untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah - bumi para Anbiya'. Tak semua orang dapat kecapi nikmat sebegini. Bukan sahaja dapat belajar di sini, malah dapat juga melawat ke tempat-tempat sejarah para Nabi dan Sahabat, yang selama ni kita hanya dengar di telinga je, but now kita dapat melihat dengan mata sendiri..

Kata ust. Kamil dulu msa kat IKIP (beliau adalah pengarah program 'International of Islamic Studies' - ICIS, IKIP edu.. - yg kami gelar 'ayahanda', but now, he is a lecturer at UMP - Uni. Malaysia Pahang..).. katanya; orang yang tercampak di negara2 arab ni (yang kita tahu, bumi anbiya'..), kalau tak jadi Nabi, mesti jadi Firaun.. hu. Tapi logik juga.. Kata Ust. Solihin, kenapa para nabi dutuskan di kawasan ini sahaja, tidak di kawasan lain.. of course sebab umat kawasan ni banyak msalah dan buat hal.. kalau tak masakan Allah hantar utusanNya untuk misi dan visi 'mengislah' mereka.. Wallahua'lam.

So, kawan-kawan se-bumi anbiya'.. Jaga diri, hiasi peribadi.. Kita adalah aset ummah.. Tapi, kata Kak Za, Amman.. - ilmu yang soheh dan praktikal tu, kat mana-mana je boleh dapat. As long as 'ada kesungguhan'.. betul, betul, betul.. Sebabtu la tak hairan rasanya bila graduan Malaysia dalam bidang pengajian Islam lebih 'kualitinya' berbanding graduan Timur Tengah (kalau kita kurang kesungguhan la.. Tapi ana percaya, takde orang macam tu kat bumi ni kan.. ;)..

Cuma nak share 1 benda lagi :- tentang KECEWA.
Banyak juga tempat-tempat yang kami lawati, mengecewakan hati sanubari seorang insan yang bergelar Muslim. Kenapa?? coz, manusia tak lagi memikirkan akibat terhadap bala yang Allah turunkan. Mereka melawat tempat-tempat bersejarah itu 'sekadar suka2 @ melancong'.. Lihat saja berduyun-duyun manusia yang bersantai di tepian Laut Mati.. di samping hotel-hotel mewah yang telah banyak didirikan di sekitarnya..

Apa semua ni?? Bukti dah bersusun di depan mata. Tapi manusia masih 'setia' melakukan dosa.. Ya Allah, bilakah hidayahMU akan menembusi hati ini..

Hurm, fikir-fikirkanlah..

Wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

salam..
JJ semakin lame semakin mantap...
byk makam2 yg dilawati...dulu skit jer..