February 14, 2009

SIRI 6 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (03 Feb 2009)

Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 6 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (03 Feb 2009)

08.30 pg –

Khalifah muda kembali menyelakkan lembaran terakhirnya.. menghabiskan tinta-tinta terakhir pengembaraan..

Hari terakhir ni, firstly kami ke Ajloun.. (Kalau sebut Ajloun, famous la sebagai tempat main salji..). Tapi, dah takdir Allah.. tahun ni tak de pula turun salji.. takde rezeki.. Hari ni pun macam panas sikit.. coklat yang kami bawa tu pun boleh cair..

Sampai-sampai je terus naik truck khas, straight to qasr Ajloun (5minit je perjalanan..).. –Ni la satu-satunya qal’ah (istana) yang dibina oleh orang Islam ; Sultan Izzudin Usamah (anak pakcik kepada Salahuddin) pada kurun ke-12. Kat kawasan ni banyak la pokok-pokok.. hijau je.. (rasa macam duk Malaysia pulak.. hu).. tp banyak pokok tin dan zaitun la.. Dikhabarkan, Ajloun ni adalah hutan simpan negara Jordan.

Panjat tingkat atas istana.. boleh Nampak Al-Quds! Tapi samar-samar.. (Allah! Lupa pulak nak sewa stateskop kat bawah tadi..).. Memang strategik la kawasan ni.. sebab tu dulu boleh jadi benteng utama bagi laluan di Negara-negara Timur Tengah..

10.00 pg –

Terus ke Jerash.. – Bandar seribu tiang.. (Hurm, memang seribu la..).. Letaknya di utara Amman, setengah jam je ke sana.. Ini la satu-satunya Bandar Rom yang terbesar di luar Negara Italy. Termasuk antara 10 bandar Decapolis (tujuannya untuk memudahkan para pedagang dan untuk keselamatan mereka). 4 dari 10 tu ada kat Jordan (selebihnya di Syria dan Palestin) ; Jerash, Bela, Ummu Qays, dan Philadephia (eh, betul ke eja ni.. em, senang citer; Bandar Amman sekarang)..

Ust kata, kalau dulu.. pengunjung yang datang mesti letak duit syiling kat celah-celah tiang tu, then mesti duit syiling tu begetar (sebab apa, tak tau..). Tapi sekarang, patutla tengok sume rekahan pada tiang tu dah kena simen.. hu. Wallahua’lam.. ha, Ustaz, tq.. kerana sedinar.. – sempat la dengar 2orang ‘romer’main muzik kat collosium tu. (entah lagu kebangsaan mana yang diorang main pun tak tau..he)

12.00 tgh –

Allah! Lama la pulak kat Jerash ni.. (sape la punya idea buat video klip lagu de’ hearty.. ish ish ish..).. Kan dah kena cancle niat nak pergi maqam Nabi Hud (memang la takde dalam jadual.. tapi bila lagi nak pergi.. ;(

So, Straight ke Ummu Qais.. Lama juga perjalanannya.. senyap sekejap sume ahli xpdc


04.00ptg –

Oh.. ni la Ummu Qais.. letaknya di atas bukit, dihiasi pokok-pokok yang menghijau. Batu-batu yang digunakan kat sini warna dia tompok-tompok ; hitam, putih.. Acctually, ada 2 je target utama excited sangat nak ke Ummu Qais ni.. – nak tengok tasik Thobary (or ‘The Lake of Gallilei’) dengan Bukit Golan.. coz 2 benda ni pernah menjadi rebutan antara Jordan – Syria – Israel satu ketika dahulu..

Hurm, Patut la jadi rebutan 3 negara.. – memang dari sini boleh nampak la.. – bukit yang belah kanan, depan tu ; tu la Syiria.. Kawasan tanah hijau kat belah kiri bawah tu ; dah start Israel dah.. Now, tasik dan bukit Golan tu milik Israel..

p/s; kisah tasik Thobary ni ada disebut dalam hadis.. sape tau share la..

Ust sempat cerita; satu hari nanti bila keluar Yakjuj dan Makjuj (antara tanda kiamat..), mereka akan minum air tasik ni sampai kering.. Masatu dah susah dah nak dapatkan smber air. Wallahua’lam.

..Hurm, azan Maghrib hampir berkumandang. Nampaknya tak sempat la nak meneruskan pengembaraan ke tapak perang Yarmouk.. tak pe la.. Ada rezeki, lain kali pula.. InsyaAllah

** Khalifah muda menarik nafas lega.. Selesai sudah misi 6 hari pengembaraan. Subhanallah. Banyak lagi rupanya yang ‘dia’ tak tahu.. Bila difikirkan balik, agaknya inilah antara hikmah Allah ‘menghantarnya’ ke sini – walaupun dulu tak pernah terlintas pun nak menapakkan kaki, belajar di bumi Anbiya’. Alhamdulillah.. semesta tidak putus bertasbih!

Ahad ni dah start dawam di jami’ah (university). Selepas menikmati keindahan ciptaan Ilahi ni, moga-moga cas-cas dalam badan kita kembali seimbang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Khalifah muda mula berfikir kembali.. ah..banyak lagi taklifan yang belum disiapkan.. – Lembaran baru kehidupan diselak.. namun kali ini bukan lagi dalam bentuk pengembaraan ke pelbagai destinasi….

Wallahua’lam..


p/s; yang last ni tak banyak gambar pula, msalah teknikal..

No comments: