February 7, 2009

SIRI 3 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (31 Jan 2009)

Bismillahirrahmanirrahim

SIRI 3 – Pengembaraan Menjelajah Jordan (31 Jan 2009)


8.15 pg –

Alhamdulillah, Khalifah muda meneruskan pengembaraan lagi. Hari ni nak ke maqam para sahabat di Aghwar. Subhanallah, tak pernah terfikir pun akan menjejakkan kaki di maqam dan doreh para sahabat dan anbiya’..

p/s; beza maqam; bukan kubur, takde jasad, just tempat bersejarah like kediaman/tmpt singgah, dsb

doreh ; kubur la.. ada jasad skali..


8.40 pg –

Masuk ke kawasan Aghwar. 1st lalu di kawasan penanaman limau terbesar di Jordan. Subhanallah, kalau perhatikan kawasan ni memang more develop la dari kawasan penanam di Ghur Sofi (lalu semalam..). system pengairan tanaman mereka pun guna system takungan..

Dari sini memang boleh nampak jelas border Israel (tanah Palestin yang dijajah!) dari tepi jalan besar tu.. dibentengi dengan pagar besi je.. Sebabtu la kat kawasan ni ramai tentera yang guide.


1st ; Maqam & doreh Saidina Muaz B. Jabal & anaknya; Abd Rahman

- Ya Allah, sebagaimana engkau mengurniakan kefaqihan agama (fiqh) kepada Saidina Muaz, kau kurniakanlah kepada kami.. sehinggalah Rasulullah Sallahu’alaihi wasallam menyifatkan “Org yang paling ‘arif dalam soal halal dan haram adalah Muaz bin Jabal”. Beliau juga merupakan duta besar Islam yang dikirimkan Rasulullah ke Yaman dan merupakan salah seorang dari 6 sahabat yang mengumpulkan al-Quran.

2nd ; Maqam & doreh Saidina Amir B. Abi Waqas

- Beliau merupakan sepupu Rasulullah dan orang ke 11 yang memeluk Islam. Apabila ibunya dapat tahu akan keIslamannya, Ibunya bersumpah akan duduk di bawah terik matahari sehingga beliau kembali kepada ajaran asalnya. Namun beliau tetap dengan pendiriannya.

3rd ; Maqam & doreh Saidina Syarahbil B. Hasanah

- Merupakan antara orang yang terawal berhujrah ke Habsyah. Beliau banyak menyertai peperangan, antaranya perang Yarmouk dan pembukaan Baitul Maqdis. Wafat disebabkan wabak taun Amwas yang melanda Negara Syam.


4th ; Maqam & doreh Saidina Abu Ubaidah

- Ya Allah, terkesannya kami ketika menapak di hadapan maqammu..

- 1.45pm; di taman perkarangan masjid, sempat mencoret puisi (walaupun tak berbakat)..

Hebatnya engkau wahai Abu Ubaidah..

Engkaulah yang paling berhak menerima zakat,

Namun kau tolak..

Cukuplah hartamu hanya sebiji mangkuk dan sehelai tikar..

Buat mengambil wudu’ dan solat..

Sifat tawadhu’mu menjadi impian kami..

Hebatnya engkau wahai Sahaby

Kau turut dicalonkan sebagai pengganti Abu Bakar..

Umar yang sangat digeruni syaitan itu pun segan denganmu

Hebatnya ibadahmu wahai ‘Ibadur rahman..

Dunia ini, sikit pun kau tak pandang..

Yang kau pandang hanyalah negeri yang abadi..

Kekayaan & kebahagiaan hakiki yang menanti

Hebatnya engkau wahai Abu Ubaidah..

Terpancar sinar cahaya ketika jasadmu ditemui

Hebatnya engkau..

Husnul khatimah menjadi dambaan kami,

Untuk bertemu Rabbul Izzaty..

Tuhan Yang Maha Esa..

Yang menciptakan engkau.. dan aku jua..



5th ; Maqam & doreh Saidina Dhirar Al-Azwar

- Beliau adalah seorang penyair dan penunggang kuda yang berani di medan perang. Seorang yang sangat rapat dengan adik perempuannya; Khaulah Al-Azwar. – diajarkan segalanya, termasuk seni bermain pedang. Dikatakan semasa perang Yarmouk, serikandi Khaulah menyamar sebagai tentera Muslimin dan sangat hebat dalam bermain pedang, sehinggakan tiada sahabat pun yang dapat mengecamnya..

5.15 ptg –

Alhamdulillah.. seharian catatan dipenuhi dengan pengembaraan di Aghwar. Moga beroleh berkat dan rahmat dariNya..

Er, malam ni tak de aktiviti apa-apa pun. Actually dalam jadual, pergi shopping mall.. tapi macam tak best je nak pergi ‘cuci purse’. Lastly ijma’ penumpang bus (oleh sebab peserta xpdc tak ramai-14org je, so snang la buat keputusan), sume nak pergi main bowling.. Alhamdulillah, lepas juga gian kawan-kawan yang dah lama tak sentuh bola bowling..

p/s; ehem ehem.. siapa yang menang ye.. ;)



...p/s;.. asif, internet down, tak blh nak masuk gambar.. next time la ye.. asif..

No comments: