January 18, 2009

Kemajuan dalam Islam


Bismillahirrahmanirrahim

Kemajuan dalam Islam

Alhamdulillah. Mungkin sesetengah pembaca ada yang tertanya-tanya apakah isi sebenar tajuk artikel kali ini. Actually, tajuk ini ditranslit daripada salah satu subjek yang penulis ambil di universiti untuk sesi 1 2008/2009 – at-Tanmiah fil Islam. (hurm.. macam mana la natijah imtihan kawan-kawan 1 kelas.. killer jugak subjek ni).

Salah seorang sahabat kepada penulis yang sedang menuntut di Universiti Sains & Teknologi Jordan (JUST) pernah bertanya, apa kena mengena subjek ni dengan ekonomi. Ekonomi dan kemajuan sesebuah negera sangat berkait rapat. Diulangi – sangat berkait rapat. Kalau tidak kerana ekonomi, masakan satu ketika dahulu Melaka menjadi rebutan kerana ke’strategik’annya. Kalau bukan kerana ekonomi, mengapa negara-negara Arab menjadi rebutan kerana kekakayaan minyakknya. Dan kalau bukan kerana ekonomi, bagaimana mungkin Israel mempunyai dana yang cukup besar untuk melancarkan perang!

( http://boycottisraelnow.com/list.htm )

(al-qasas :77) ; "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.."

Penting ke peranan kerajaan dalam kemajuan ekonomi sesebuah Negara??

Kalau kita singkap di sebalik tirai ekonomi kapitalis yang mengamalkan sistem pasaran bebas, mereka tidak menerima campur tangan negara (baca: kerajaan) di dalam ekonomi. Malahan individu mempunyai kuasa mutlak dalam pemilikan peribadi. Keadaan ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang memusatkan segalanya kepada kerajaan.

Indahnya pandangan Islam dalam konteks ini. Kemajuan ekonomi sesebuah negara memerlukan campurtangan kerajaan untuk menjamin keperluan asasi masyarakat. Untuk mencapai tahap kemajuan ekonomi dalam Islam, kita harus memajukan seluruh aspek kehidupan bukan sahaja dari sudut ekonomi semata-mata, malahan politik dan sosial.

Dari sudut politik, sesebuah Negara seharusnya mengaplikasikan syariat Islam melalui polisi-polisi yang dibentuk kerana itulah pra-syarat yang paling penting untuk mencapai kemajuan.

(al-A’raf : 96) ; “Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

Sistem politik Islam yang dibentuk juga seharusnya terbina di atas konsep syura (perbincangan) yang sememangnya telah diperintahkan oleh Allah Ta’ala menerusi firmanNya di dalam Surah Ali-‘Imran : 159) ; “..Dan bermusyawwarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah”.

**Polisi yang penting untuk memastikan kestabilan ekonomi adalah polisi kewangan (monetary policy) dan polisi fiskal (fiscal policy).

Untuk mencapai kemajuan ekonomi dari sudut sosial, adalah sangat penting untuk kita mengaplikasikan keadilan antara individu dalam masyarakat. Imam Abu Yusuf menyifatkan ‘keberkatan ada bersama dengan keadilan, dan akan lenyap dengan wujudnya kezaliman’.

Cuba bayangkan, bagaimana hasil zakat dan cukai (baca : pendapatan) negara dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di dalam sesebuah negara jika berleluasanya kezaliman dan penindasan di dalam pengurusan organisasi yang terlibat. Hal ini akan melebarkan jurang antara si kaya dan si miskin. Orang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan menjadi lebih miskin.

Antara salah satu ciri-ciri negara mundur adalah disebabkan salah agih pendapatan negara dan hasil zakat. Hal yang demikian akan mewujudkan rasuah, penindasan dan monopoli dalam masyarakat. Penulis suka untuk membawakan contoh pengagihan zakat di Jordan pada tahun 2006. Jumlah yang diperlukan untuk menangani masalah jurang kemiskinan penduduk tempatan adalah sebanyak lebih kurang 415 million dinar, akan tetapi jumlah keseluruhan zakat yang diperoleh pada tahun tersebut hanyalah 14 million dinar, iaitu 3.4%.

Dari sudut ekonomi itu sendiri, kerajaan perlulah melaksanakan operasi yang pelbagai dalam rangka untuk menyokong pembangunan seperti menyediakan kemudahan infrastruktur, memudahkan urusan pelaburan, memudahkan urusan pertukaran barang di peringkat antarabangsa khususnya antara Negara-negara Islam, mendorong penciptaan-penciptaan baru (kreativiti dan inovasi), dsb.

3 perkara penting yang perlu dibangunkan oleh kerajaan Islam dalam rangka untuk menyediakan kemudahan infrasturuktur sebuah Negara;

1. Alat perhubungan (darat, laut dan udara)

2. Syarikat telekomunikasi

3. Perkhidmatan air dan elektrik, khususnya di kawasan pedalaman

Cuba tengok nombor 2.. – Realiti di Jordan, mengapa ramai yang memilih syarikat telekomunikasi ‘Orange’?? (walaupun syarikat tu milik Israel..) – of course sebab banyak dapat bonus, jimat, lebih clear, dsb. Hurm, pandainya la mereka menarik pelanggan…

Kesimpulannya, untuk mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan, sejumlah dana yang besar haruslah dilaburkan dalam ‘pelaburan modal insan’ untuk meningkatkan integriti ummat itu sendiri. Hal ini bukan sahaja dengan cara memberi latihan dan pengajaran, akan tetapi termasuklah menitik beratkan soal kesihatan.

Sabda Rasulullah ; “Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap dari kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin”. – bukankah menjaga diri (baca: kesihatan) juga termasuk dalam Maqasid Syariah yang 5 :- (menjaga agama, jiwa, keturunan, akal dan harta)..

Tanpa ini semua, masakan manusia mampu untuk melaksanakan taklifan yang diberikan Allah terhadap hamba-hambaNya.. Surah Hud : 61 ; “..Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah), dan menjadikanmu pemakmurnya..”

Wallahua’lam.


Rujukan Utama;

- At-Tanmiah Fil Islam, susunan Dr. ‘Adnan Rubaba’ah.


Mukhlisah Mardhiah,
Hijazy, Irbid, Jordan.
18 Januari 2009 (Ahad)
Tamat ; 09.50pm



No comments: