January 17, 2009

KENAPA AYAH TAK BOIKOT??

Bismillahirrahmanirrahim

Sajak di bawah ni amat menyentuh hatiku (utk kawan2 yg sedang mencari jalan utk tegur ayah sendiri, -or mungkin for sedara-mara.. mudah-mudahan berhikmah)...
-mail diterima daripada relaxjap YG. - pasn9@yahoo.com..
moga bermanfaat utk pembaca..

---------------------------

Ayah , kenapa ayah tak boikot barang Israel ?
Kenapa ayah tak boikot barang Amerika ?
Rokok itu buatan kilang Amerika ayah

Ayah larang saya merokok
Tapi ayah sendiri hisap rokok
Rokok buatan Amerika
Asap rokok tu macam asap rumah rakyat Palestin yang dibom

Ayah , kenapa kita tak boikot restoran makanan segera ?
Along , dah lama menganggur ayah
Nak buka warung burger
Orang kita tak ramai yang sokong ayah

Boikotlah restoran makanan segera ayah
Biar Along dan kawan-kawan dia yang ramai menganggur
Dapat mereka buka warung burger

Ayah , kenapa kita tidak boikot makanan Amerika ?
Paksu yang berniaga pasar malam
Katanya , pengunjung semakin kurang sekarang

Boikotlah kedai, makanan dan minuman Amerika ayah
Biar Paksu dan peniaga pasar malam, pasar tani
Bertambah maju

Ayah , kenapa ada pemimpin Melayu yang bodoh
Dia kata , kalau boikot , ramai tak kerja
Tapi dah dua kilang di Senawang dah tutup

Satu kilang papan, satu kilang sarung tangan
Tak ada kena mengena kilang ni dengan boikot

Boikotlah ayah
Dato Nooh Gadut yang ayah kata Ulamak Umno
Dia pun suruh boikot ayah
Dato Nooh Gadut kata berdosa kalau kita tak boikot

Boikotlah ayah
Banyak untung boikot ni ayah
Dapat bantu rakyat Palestin
Dapat memeningkan Israel dan Amerika
Dapat bantu Along, Paksu dan ramai lagi

Boikotlah ayah
Itulah senjata kita selain doa.........


wallahualam

1 comment:

~najah najihah~ said...

salam ziarah..
sajak ni btol2 menyentuh hati..
moga keluarga kita masing2 dpt mmboikot amerika&sekutunya..
bukan sj keluarga kite, masyrakt pon mesti sedr dan sensitif dgn isu yg mlanda umat islam skrg ni..
Allahu` alam