August 7, 2010

Travel to Turkiey - 1st siri


** TRAVEL TO TURKIEY **

Lokasi : Turkiye
Matawang : Lira Turki (100USD = 150TL)
Tarikh : 28 Julai 2010 – 03 Ogos 2010 (7 hari)
Budget : 250 USD sahaja
Travel Members : 6 persons (Faris, Hidayah, Mard, Syida, Aini, Nur)

***p/s : 100 USD = 4600 LS, 10 LS = RM0.75

Bismillah. Diari diselak..

sebahagian buku dan peta Turkiye yang kami bawa sebagai panduan.



Hari Pertama : 28 Julai 2010 (Rabu)


8.30 pm : Berkumpul di Mauqif Abu Nur, Rukn Deen, Syria.
- Ambil servis (van) Duwar Syimali ke Karajat Pullman (terminal bus).
Tambang : 10 LS / person, period : 30 minit.

*Siap bawa makanan untuk bertahan beberapa hari, Turkiye kan mahal. So, untuk 4 orang, kos = 600LS. (nasi goreng, roti telur, kek, maggi 4 bungkus sorang, ‘ish, air sorang sebotol besar, dll).


10.30 pm : Bus JET bergerak, after ticket confirmation.
Tambang ke Gaziantep, Turkiye : 1200 LS /person, period : 11 jam.

*Yang best nya tentang bas-bas untuk jalan jauh ni, mereka ada sediakan minum dan makan ringan. Ikutlah nak pilih air panas ke, jus atau air gas. Air mineral non-stop.



Hari Kedua : 29 Julai 2010 (Khamis)


2.00 am : Transit di Bab Hawa, Syria untuk urusan keluar border Syria.
Kos keluar border : 550 LS
-Transit di border Turkiye untuk urusan masuk Turkiye.


5.00 am : Tiba di Terminal Antakya, Turkiye.
- Tukar bus untuk terus ke Gaziantep. (2 kali bus..) *bus kat sini sume cute2.

*Dapat tengok pemandangan matahari terbit di kawasan pertanian dan penternakan, penuh kehijauan di sebalik gunung ganang dan kincir angin. Nyamuk pun banyak! :p



9.30 am : Tiba di Terminal bas Gaziantep.

*Terpikat dan terpegun dengan kebersihan dan cantiknya pemandangan Turkiye. Namun mula sakit hati dengan masyarakatnya yang tak pandai berbahasa Inggeris or Arabic. Fuhh, start study Turkish Language. Berjasa buku us. Muhammad bagi pinjam – “Turkiye”. Last bahasa perantaraan : bahasa isyarat lah.. (nak memahamkan bahasa punya pasal, dah banyak bas yang terlepas. Aduh! Habis masa macamtu je..)

* Sistem tandas mereka kebanyakannya menggunakan sistem haba. Jimat letrik. Pandai! (sepanjang duduk Turkiye, antara belanja yang paling tinggi adalah belanja masuk tandas. Huh. Ini adalah kenyataan. 1TL / 75qursh / 50qursh. Bay – Lelaki, Bayan - Perempuan).


12.00 pm : Ambil bas ke Sanliurfa.
Tambang : 15 TL / person, period : 2 jam.


2.10 pm : Tiba di stesyen bus Sanliurfa – “Sanliurfa Sehirlerarasi Otobus Terminal”.
- Ambil taxi ke Maqam Saidina Ibraheem Khalilullah.
Tambang : 15 TL / taxi, period : 20 minit.

*Asalnya nak jalan kaki je, lepas gaduh dengan taxi drivers tak dapat taxi panjang. Tapi bila fikir tengah-tengahari, dengan sejam pula nak berjalan, so, berhimpitlah taxi kecil 6 orang.. ahsan.


2.50 pm : Tiba di kolam tempat Nabi Ibrahim dibakar – kisah baginda dicampak dalam api.

MasyaAllah. Luas tempatnya. Dan baanyak sangat ikan, dikatakan arang-arang yang digunakan untuk membakar tu berubah menjadi ikan. Wallahu’alam

..kami ber5..


..boleh bagi makan ikan..


4.15 pm : Ambil bas awan kembali ke Terminal bas. 2 kali bas..
Tambang : 50 qursh + 1 TL = 1.5 TL / person.

*Melihat masyarakat Sanliurfa di jalanan. Banyak juga university di sini.. swasta mungkin.

4.50 pm : Tiba di Terminal bas Sanliurfa. Rehat depan aircond. Fuhh.. leganya. Bebas sekejap daripada kepanasan matahari yang membakar.

5.45 pm : Ambil bas ke Adiyaman.

Tambang : 10 TL / person, period : 1.5 jam.

*Subhanallah, pemandangannya cantik. Mula keluar dari kesibukan kota dan bangunan batu yang bertebaran. Banyak kawasan yang menghijau, sesekali diselangi sungai, tasik dan tali air.

*Lega bila dapat kenal dengan seorang penumpang Turkish, perempuan, guru bahasa Inggeris. Alhamdulillah. Dia banyak membantu.


7.10 pm : Tiba di Adiyaman.
*Berkira-kira untuk ke kawasan bersejarah raja Namrud, namun disebabkan kos yang agak mahal – 28 TL / person, maka plan dibatalkan. Terus jalan kaki ke terminal bas untuk cari tiket ke Ankara, meneruskan perjalanan. “Otogar nerede?? – Stesyen bas mana??”


7.45 pm : Ya Allah, ujian apakah ini..
*Semua kaunter bus menyatakan bas terakhir untuk ke Ankara adalah pada jam 7.30pm. Gulp, 15minit lepas je. Next bus- petang esok. Ada yang dah habis tiket ke Istanbul sampai hari Isnin. Nasib baik ada 1 syarikat bus tu sediakan air-manis-sejuk percuma. Alhamdulillah, nikmatnya. Suka hati je tambah banyak kali, walhal tak beli pun tiket mereka. Then, berfikir, merancang, berjalan, bertanya… dan akhirnya…

..bored menunggu??..

10.00 pm : Dapat 2 berita : sedih dan gembira.
-Sedih : bila baru dapat tahu ‘there are no single bus out from here till tomorrow at noon’.


-Gembira : Subhanallah, ada seorang polis trafik yang sedang bertugas, baik hati orangnya, anak murid kepada Syeikh Abdul Bakir, Tarekat Naqsyabandiah. Dia call syeikh (masatu syeikh dekat Istanbul – 15jam dari Adiyaman) dan syeikh yang merupakan ahli Bayt Rasulullah jemput kami menginap di madrasahnya, “Manzeel” namanya.

Maka bermulalah hari kami diawasi oleh seorang polis yang berpangkat Koperal, berhimpit 6 orang dalam kereta mewahnya. Dia tidak pernah belajar bahasa Arab secara formal, tapi komunikasinya ahsan (better) untuk kami fahami berbanding Turkish yang lain.

Perjalanan ke Manzeel yang memakan masa selama sejam 20 minit itu diisi dengan pelbagai cerita darinya. Dia kata walaupun dah lama duduk di kawasan tu, tapi dia tak pernah ziarah tempat Namrud. Sebab tepat tu dilaknat. Rasa macam kelakar dan MasyaAllah je bila sampai di T junction; kanan ke Manzeel, kiri ke kawasan Raja Namrud. Bila fikir balik, asalnya kami datang situ nak pergi ke kawasan Namrud, tapi Allah punya rancangan, diganti dengan yang jauuh lebih baik.


11.30 pm : Tiba di Manzeel. Subhanallah. Menakjubkan.

Sepanjang perjalanan kami tadi, sunyi sangat, tak nampak orang, kereta pun tak banyak, kawasan pedalaman lah. Tapi bila sampai je di Manzeel, semua orang sedang bekerja. Semuanya pengikut tarekat dan murid yang belajar di madrasah ni. Ada sekumpulan yang sedang menyusun batu di jalanan, ada yang menyiram pokok dengan penuh hikmah, ada yang sedang menjaga dan membersihkan kedai-kedai yang beraneka. Semua orang seolah-olah tak tahu penat dan tidur. Sepanjang masa kawasan ni tak lengang dengan suara-suara manusia, hatta jam 2-3 pagi. Yang lagi MasyaAllah nya bila kami masuk kawasan rumah isteri dan anak-anak syeikh, seolah-olah berada di Taman Syurga. (tak tahu nak describe macamana). Memang terpegun. Orang-orang nya pun macam bidadari.. Fuhh.. Tak terkelip mata. Bagai orang planet Marikh masuk ke taman larangan Bumi dibuatnya. ….. (tapi tak boleh ambil gambar).


..sebahagian kawasan Manzeel ..

..to be continue to 2nd siri..
~Mukhlisah Mardhiah~

6 comments:

Little Caliph. said...

Masya Allah alaiki!
dah smpai turkiye rupenye..
cter2 lagi..menarek2 :)
kemsalam ngn akak2 yg laen..hehe

Unknown said...

Alhamdulillah.. rezeki Allah nak bagi.. minggu sebelum tu actually ke lubnan.. tp diarinya tak siap lagi.. lgpun sehari je.. so tak adventure sangat pn.. TC n bittaufeq exm

Anonymous said...

assaalamualaikum wbt, my dear sis,

amboiiiii..berjalan sakan naa..ble nk berjalan mai irbid lg nih? rindu laa..huhu.. pkai no jordan lg ke skrg?

-adila-

Unknown said...

salam, to my dear..

mana ada sakan.. org kata, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. hee.. lagipun sangat jimat kos g dari sni, right.. em,tak pakai num orange.. guna num syria.. nnti ana miscall :) tc

Anonymous said...

Salam eleykum!
Saya mohon nasihat ustazah. Saya akan musafir solo ke Antakya dari Istanbul. Dari Antakya ke Sanliurfa katanya perlu tukar bas di Gaziantep. Boleh tak beritahu berapa tambang setiap sektor perjalanan. Berapa tambang pula dari Krajat Urfa ke Wasatul Madinah. Kemudian dari Urfa saya akan kembali ke Ankara by flight. Pohon maklum balas.

Unknown said...

salam to anonymous..

maaf lah.. kebelakangan ni jarang on9.. masih di turkey ke?

hurm.. kurang jelas soalannya.. tapi tambang semua dah saya tulis seperti di entries.. (sekarang saya d malaysia, kena rujuk entries smula utk jawab soalan)..

kalau dari istanbul nak balik ke sham, 2x bas je..
istanbul ke antakya : 50 TL
antakya ke Sham : 10 TL

yup, dari antakya ke Sanliurfa, perlu tukar bus di Gaziantep. Tambang Gaziantep ke Sanliurfa = 15 TL

saya tak pastu Sanli urfa ke Ankara berapa kos nya. sbb haritu kami terpaksa cancle ke Ankara atas kekangan masa.. cuma, untuk panduan; Sanliurfa ke Istanbul = 65 TL.. Ankara terletak di tengah2nya.. jadi, blh agak, kan brapa tambangnya..

..untuk tambang flight saya tak berapa ingat.. sbb dlu mmg ada survey, tapi tak naik. jadi lupa.. setahu saya, tambang flight dalam kawasan turkey mmg agak murah. tapi kalau nak keluar turkey (ke sham misal kata), agak mahal sedikit..

Bis salamah..