August 14, 2010

Al-Amanaat Al-Muqaddasah


Al-Amanat Al-Muqadassah


Bismillah

Suka untuk berkongsi mengenai salah satu buku yang dibeli di Ma’rad Kutub Suriah (Syria’s Bookfair 2010).


Tajuk buku : Al-Amanat Al-Muqadassah, fi Mathaf Qasr Tob Qabi bi Istanbul

(Khazanah yang Suci, di Muzium TopKapi, Istanbul)

Terbitan : Dar an-Nil, Turkiye

Harga sebelum diskaun : 3500 LS – Lira Suriah (RM280), selepas diskaun : 2300 LS (RM180)



Alhamdulillah, semasa menziarahi Kota Istanbul, Turkiye tempoh hari, kami sempat melawati muzium TopKapi. Bayarannya 20 TL (Turkiye Lira) = RM50, bagi pengunjung dan percuma bagi warganegara yang memiliki kad melawat. MasyaAllah, kawasannya luas dan di dalamnya terdapat banyak muzium. Termasuklah muzium tempat tersimpan barang-barang peribadi Rasulullah, ahli bayt, nabi-nabi terdahulu dan sahabi.


Gambar menunjukkan proses mengangkut barang2 'Amanaat Muqaddasah' ke Istanbul sewaktu perang dunia pertama.



Kotak buku ni, sebijik seperti tempat simpanan burdah Rasulullah..



Semasa kami melawati tempat tersebut, keadaan agak sesak. Tidak berkesempatan untuk kami mengamati dan meneliti satu per satu khazanah tersebut. Terdapat juga beberapa khazanah yang tidak kami lihat. Namun, itu semua terdapat di dalam buku Al-Amanat Al-Muqadassah ini. Memanglah tidak ‘real’, tapi sekurang-kurangnya dapat memiliki dan menyimpan gambar-gambar tersebut. Di dalam muzium, kamera tidak dibenarkan.

..tempat simpanan Burdah Rasulullah (kanan), ayat alQuran dibaca tidak putus di sini sejak zaman berzaman..



Antara hikmah lainnya, kalau melawati tempat tersebut hanya dapat melihat bekas simpanan khazanah-khazanah itu. Namun di dalam buku ini ditunjukkan sekali isi kandungannya. Sebagai contoh burdah (pakaian) Rasulullah.


..burdah Rasulullah.. (tengah)


..janggut Rasulullah..



..Bekas air Rasulullah..



..burdah Saiyyidah Fatimah..




..terdapat juga khazanah Nabi terdahulu.. seperti,

..tangan Nabi Yahya dalam peristiwa pembunuhannya..

Wahyu Al-Quran yang ditulis di atas kulit binatang..


Mashaf al-Quran yang pertama, dipercayai khat Saidina Utsman Radiallahu anh.

..dan baanyak lagi. Subhanallah, melihat gambar-gambar khazanah tersebut, masih tidak dapat digambarkan bagaimana kehidupan mereka dahulu, orang-orang yang menyebabkan kita berstatus Muslim pada hari ini.

Para Sahabat dan Tabi'in sanggup membelanjakan puluhan ribu dinar (emas) demi memiliki khazanah peribadi Rasulullah dek kerana keberkatan yang ada padanya. Rasulullah itu pada diri baginda seluruhnya adalah barakah, hatta peluh dan air liur. Subhanallah. Selain ditempatkan di muzium-muzium (Istanbul, Morrocco, dll), sebahagiannya juga dimiliki oleh para ulama dan orang Soleh yang mendiami bumi Syam dan sekitarnya.

Salamun alaika ya Rasulallah.. kami tagih syafaatmu di mahsyar kelak..

Moga dapat bersua denganmu..

Wallahu'alam.


Mukhlisah Mardhiah

Damascus, Syria

4 Ramadhan 1431H, diedit : 6 Ramadhan 1431H




2 comments:

ahmad alkhani said...

wa...taun dpn nak beli la..kat turki ade jual x??

Unknown said...

beli2.. jgn tak bli.. :) em, dikhabarkan di turki pn ada.. lgpun mmg centre nya terbit di turkey.. Cuma harga latest tak sure..