October 26, 2008

Beli Saham ATAU Bagi Pinjam??

Bismillahirrahmanirraheem..

The first thing i want to tell you is.. "I got it!!"..

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tersalah sangka dengan kajian kes yang bakal saya utarakan. Realitinya 'pelaburan' jenis ini telah bertebaran di muka bumi bak kulat tumbuh selepas hujan, termasuk di negara Islam moden seperti Malaysia.

Situasi 1; Sakinah ingin membuat pelaburan di dalam Company Z. Sakinah mengambil keputusan untuk memasukkan rm10000 ke dalam akaun company tersebut, dengan kontrak persetujuan - menerima pulangan 10% setiap bulan = rm1000/bulan.

'Tersalah sangka' yang saya maksudkan adalah; masyarakat seringkali menyangka bahawa situasi di atas di jalankan di atas 'kontrak pelaburan'. Sedangkan hakikatnya, situasi tersebut dijalankan di atas 'kontrak pinjaman'. Apa bezanya (Situasi 1) dengan situasi ini (Situasi 2)??... (Jawapannya; sama)

Situasi 2; Company Z meminjam sejumlah wang daripada orang luar, contohnya rm10000. Setiap bulan company Z akan memberikan faedah tetap(bunga - 10%) kepada para pemiutangnya sebagai imbalan.

Tambahan pula, kontrak yang menerima faedah bulanan secara tetap jelas-jelas ditolak di dalam Islam. Ini kerana adanya unsur penindasan yang dilarang di dalam Islam. Mahu tidak mahu, (dalam kata lain-rugi atau untung) company tidak boleh tidak memberikan pulangan bulanan kepada pelanggan atau pemegang saham seperti yang telah dipersetujui di awal kontrak.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (278
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. -Al-Baqarah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (130
Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. - Ali 'Imran


Pelaburan yang sebenar adalah berisiko. Yang membezakannya hanyalah risiko tinggi, sederhana, dan rendah. Pulangannya pula nyata tidak tetap dan berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Bagi pelaburan yang langsung tidak mempunyai risiko, apatah lagi memberikan pulangan yang tetap, itulah yang ditegah. Kaedahnya mudah..

الغرم بالغنم
"The more the risk, the more the return"

Oleh itu, marilah sama-sama kita menarik diri dan menyedarkan umat manusia akan bahayanya riba'. Dunia telah menyaksikan kejatuhan demi kejatuhan di dalam sistem ekonomi Sosialis dan Kapitalis yang menjadikan riba sebagai amalan kehidupan. Indahnya Islam.. hatta diajar sehingga ke sekecil-kecil perkara.

وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آَتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ (39
Maksudnya; Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya). - ar-Rum

Wallahu Ta'ala 'Alam.
p/s; sebarang kesalahan maklumat minta diperbetulkan. tq

Saya budak baru belajar,
Mukhlisah Mardhiah
Irbid, Jordan
11.28pm
26 Oktober 2008


Rujukan;
1) El-Furqan
2) El-Uqud el-Musammah, Dr. Wahbah az-Zuhaily
3) Hasil munaqasyah bersama Ust. Heizal Hezry, penuntut phD ekonomi & perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan
4) http://dennyhendrata.wordpress.com/2006/09/07/riba-dalam-perspektif-agama-dan-sejarah/

No comments: