October 14, 2008

Cahaya Islam ; Sistem Mudharabah

Bismillahirrahmanirahim

Cahaya Islam ; Sistem Mudharabah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

(Al Baqarah : 208).

Kata orang; tak kenal maka tak cinta. Tapi kata saya; tak kenal, maka tak tahu! Mudharabah, merupakan salah satu daripada produk perbankan Islam yang kini semakin luas dipraktikkan di kaunter-kaunter perbankan Islam selepas al-Wadi’ah. Sehinggakan di Malaysia kini sudah diterbitkan bon Mudharabah. Harmoninya alam.. bila manusia kembali kepada Islam.

Sistem Mudharabah telah ditakrifkan sebagai kontrak yang disepakati antara Rabbul Mal (pemilik modal) yang mengetengahkan modal dan Mudhorib (pengusaha) yang mengusahakan modal tersebut. Allah Ta’ala berfirman;

( واخرون يضربون في الارض يبتغون من فضل الله)- المزمل : 20 -

Maksudnya; “Orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah”.

Di dalam sistem ini, satu pihak akan menyutik modal dan satu pihak lagi akan mengusahakan modal. Keuntungan daripada pelaburan yang dilaksanakan oleh Mudharib akan dibahagi mengikut persetujuan yang telah disepakati (contoh; 70:30, atau 60:40, atau 50:50) antara Rabbul Mal dan Mudharib di awal aqad. Manakala kerugian sepenuhnya ditangung oleh Rabbul Mal.

Menurut kitab fiqh, Hanbali telah beranggapan bahawa Mudharabah merupakan salah satu daripada jenis-jenis syarikat. Namun Hanafi, Maliki dan Syafi’e telah menolaknya. Maliki dan Syafi’e telah mengeluarkan ‘Mudharabah’ sebagai tajuk yang berasingan dari bab ‘Syarikat’.

Rukun Mudharabah di sisi Hanbali hanyalah satu ; yakni ijab dan qabul (lafaz dan terima). Lafaz tersebut bukanlah lafaz yang khusus. Mudahnya, Rabbul Mal boleh melafazkan “Ambillah harta ini untuk tujuan Mudharabah”, atau yang seumpama dengannya, manakala Mudharib menjawab; “aku terima / aku redha / ok, aku ambil..”. Akan tetapi, jumhur uluma’ telah menetapkan 3 rukun dalam ber’mudharabah’;

1. 2 orang yang ber’aqad (pemilik modal & pengusaha)

2. Modal, Usaha(amal), dan keuntugan / dalam kata lain ‘Ma’qud ‘Alaih’

3. Lafaz ijab dan qabul (terima)

Hakikatnya, sistem mudharabah ini telah diamalkan oleh baginda Rasulullah ‘Alaihissalam ke atas harta Saidatina Khadijah. Menurut muhaddith Abdul Razzaq, sebelum memperoleh modal Rasulullah telah menjadi pengusaha kepada seorang investor besar Makkah, Khadijah. Disebabkan kejayaannya memberikan pulangan yang besar tanpa sebarang kerugian, Muhammad Rasulullah telah berjaya memimpin 4 ekspidisi perdagangan besar Khadijah ke Syiria, Yorash, Bahrain, di timur semenanjung arab.

Ayuh, kita kembali kepada sunnah dan Islam.. – Bring Islam back!

Wallahu’alam.

Mukhlisah Mardhiah

Irbid, Jordan

14 Sept 2008 / 15 Syawal 1429H

Siap - 06.02pm

Rujukan;

1. El- Furqan

2. El-‘uqud el-musammah – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbankan_Islam_di_Malaysia

4. http://anak-cilegon.blogspot.com/2007/11/maulid-dan-manajemen-bisnis-rasulullah.html

5. http://wakaf.org/jse/modules/news/article.php?storyid=100

No comments: