May 9, 2010

Dari Irbid untuk Gaza..


Kempen “JD10 dari Irbid untuk Gaza”?

Kempen “JD10 dari Irbid untuk Gaza” ini ialah satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para ahli PERMAI menderma sekurang-kurangnya JD10 seorang ke dalam Tabung LL4G PERMAI. Walaubagaimanapun ingin ditegaskan, ini hanyalah galakan, bukannya paksaan.


Dan mengapa JD10?

JD10 itu mungkin kelihatan besar bagi kita, tetapi hakikatnya nilai itu hanyalah satu pecahan kecil daripada nilai yang diperlukan untuk membangunkan semula sebuah Negara. Dan sama-sama kita harapkan, agar nilainya lebih besar di sisi Allah kelak, insyaAllah.


Mengapa mesti menderma kali ini? Bukankah derma untuk tabung Palestin sudah kerap kali dijalankan sepanjang tahun?

Jawapannya, kerana misi kali ini bukanlah seperti misi-misi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza sebelum ini.

· Misi kali ini bukan sekadar membawa bantuan makanan dan perubatan, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar, iaitu membangunkan semula Palestin. Antara bahan yang dibawa bersama adalah bahan-bahan pembinaan seperti simen dan besi!

· Konvoi ini merupakan konvoi bantuan kemanusiaan terbesar di dunia setakat ini dan melibatkan 20 buah kapal dan bot.

· Konvoi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri. Bantuan akan dibawa terus ke Gaza menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan Israel semenjak Perang Dunia Kedua. Menurut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal dari Turki.

Semoga dengan usaha kita yang kecil ini mampu menjanjikan kita sesuatu yang lebih besar di akhirat kelak. InsyaAllah.


“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui”

(Al-Baqarah 2:261)


"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.”

(At-Taubah 9:34-35)


~Bertindaklah, selagi anda mampu.. dan selagi buku akaun akhirat belum ditutup..


Baca berita berkaitan :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26474:bantuan-rm11-juta-ke-gaza-&catid=1:utama&Itemid=50


Mukhlisah Mardhiah
05 Mei 2010 - Ahad
C.I

No comments: