May 29, 2010

Janganlah "tension-tension"..

Bismilah..

"Tension betul lah dengan subjek ni.."
"Tensionnya... dah study berbulan-bulan, banyak ni je markah yang aku dapat.."
"Takde apa yang boleh buat hari ni, boring nye.."
"Engkau jangan nak menambahkan ketensionan aku.."
bla bla bla..

Kalaulah kita diberi kelebihan oleh Allah untuk mengira kembali berapa jumlah kalimah tension, boring, dan seumpama dengannya yang telah kita ucapkan, entah sudah kali ke berapa ribulah agaknya.


Allah lah yang menganugerahkan rasa itu

Kadang kala di waktu iman turun, hati menjadi sangat gelisah. Sehinggakan setiap perkara yang dilalui dirasakan segalanya tak kena. Bukankah itu semua adalah anugerah Allah kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Tidak semua yang memperoleh nikmat itu.


Apabila Allah memerintahkan untuk membaca (iqra'), dalam wahyu pertamaNya ke atas baginda 'alaihi salam, bermakna Allah telah meletakkan satu kepentingan yang amat sangat ke atasnya - pentingnya untuk menjadi ummat yang membaca.

Membaca ayat-ayat Allah bukan sahaja melalui penulisan, bahkan melalui pengamatan dan penelitian. FirmanNya menerusi surah Ibrahim (atau Abraham di dalam bahasa Inggeris), ayat 34 :



وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).



Setelah menceritakan beberapa nikmat agung yang telah Allah limpahkan ke atas sekalian manusia di dalam 2 ayat yang sebelumnya (Ibrahim : 14 : 32-33), Allah telah menyifatkan menerusi ayat ini bahawa manusia itu seringali kufur nikmat (tidak bersyukur). Na'udzubillah.

Sungguh, tidak ramai antara manusia yang boleh 'membaca' nikmat dan anugerah kurniaan Allah, seperti yang telah disifatkan Allah menerusi surah Saba' : 13 :


ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
..Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.


"semoga kita tergolong dalam golngan yang sedikit itu"..



Membacalah dengan cara bersyukur.

Imam Ghazali telah menjelaskan kaedah bersyukur menerusi 4 komponen.

1. Bersyukurlah dengan hati.
Hadirkan rasa kesyukuran atas segala perkara yang diperoleh tanpa mengambil kira baik, buruk, besar dan kecil perkara tersebut.

2. Bersyukurlah dengan lidah.
At least say : Alhamdulillah. Berkata-kata yang baik tanpa mencela setiap pujian atau musibah yang menimpa. Jangan kalah akhlak.

3. Bersyukurlah dengan perbuatan.
Gunakan nikmat itu sepenuhnya ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kebaikan manusia seluruhnya. Bersedeqahlah kepada yang memerlukan, ajarkan ilmu kepada orang lain walaupun hanya sedikit yang kita tahu, melawatlah orang yang sedang sakit, beribadahlah kepadaNya sebagai tanda "Thank you Allah".

4. Menjaga nikmat tersebut dari rosak.
Kaya sebelum miskin, Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati..


**Saya teringat salah satu movie Inggeris (lupa tajuk), mengisahkan tentang seseorang yang punya kuasa untuk mengundurkan masa. Ketika dia sedang mengayuh basikal di tepi jalan, dalam masa yang sama ada seorang businessman berkereta mewah baru sahaja memasuki parking dan memegang handphone. Maka berlakulah adegan perlanggaran, lalu tercampaklah handphone mahal si lelaki kaya tadi dan digilis oleh sebuah trailler.
Habislah lelaki miskin tadi disumpah seranah, dsb.

Diringkaskan, lelaki itu pun mengundur masa ke belakang. Situasi yang sama berulang. Namun lelaki berbasikal itu berhati-hati supaya tidak melanggar pemuda kaya itu. Sedihnya, apabila keluar dari kereta, telefon bimbit pemuda itu tercampak ke tengah jalan. Maka diambilnya telefon tersebut. Dalam masa yang sama sebuah trailler yang sedang laju tidak dapat mengelak lalu melanggar pemuda itu bersama-sama dengan telefon bimbitnya.

u see?? Itu hanyalah cerita, namun ~ Takdir Allah tu sangat besar hikmahnya.

Apa yang Allah bagi, walaupun nampak seolah-olah buruk di pandangan mata kita, tapi sebenarnya itulah yang paling baik untuk kita dalam kondisi tersebut.



وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Al-Baqarah : 2 : 216.


Yang ada bukanlah Tension, etc. Tapi UJIAN

Setiap perkara yang hadir dalam hidup kita datangnya daripada Allah, untuk menguji hamba-hambaNya. Untuk apa?? sudah tentu untuk menilai samada tingkat iman kita yang seterusnya boleh dinaikkan atau dikurangkan.

Berbahagialah orang yang lulus apatah lagi cemerlang di dalam menempuh ujian Allah ini. Kita seringkali takut dan gentar dengan ujian di sekolah atau jamiah, namun lupa akan ujian yang mendatang 24 jam dalam hidup.

Pelbagai cara Allah datangkan untuk menguji kita.
Orang susah yang tiada berduit, bagaimana dia berusaha untuk menyelesaikannya.
Orang senang yang banyak duit, apa yang dibelanjakannya. Bersedeqahkah ia..
Orang yang sedang marah, bagaimana pengurusan emosinya. Adakah dia marahkan Allah..
Orang yang ditipu dan dikhianat, adakah dia akan membalas kembali pengkhianatan itu, atau dia bersabar semata-mata untuk mendapatkan redha Allah dan istana di syurga..
Orang yang diberi masa lapang, apa pula yang dibuat untuk memenuhkannya..
Orang yang diberi markah rendah, apa yang akan keluar dari mulutnya ; syukur atau cela..

..Itu semua ujian..

dan berita gembira untuk semua, Allah kata..



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - Al-Baqarah : 2: 7



Hanya dengan bersyukur, kita boleh dapat markah tinggi dalam exam, diberikan kebahagiaan, ketenangan hati, kelapangan fikiran, kemurahan, kemanisan ibadah dan ukhuwah..... segalanya, everything, kullu......



ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya!! Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya! Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Subhanallah.. so sweet.


Konklusi

Untuk itu, tidak wajar untuk mewujudkan dalam diari umat Islam istilah tension, dsb. Kerana itu semua adalah kurniaan Allah yang tidak lain tidak bukan untuk mengembalikan manfaat kepada manusia itu sendiri.

Ilmu itu adalah iradah Allah, diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya, dikirimkan ke dunia supaya tumbuh. Jika dicampakkan diatas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Jika diletakkan pada hati yang gelap dan akhlak yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Namun, jika ia hinggap pada hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepadaNya.

.."Enjoylah, dan berbahagialah dengan apa yang kamu ada"..

Jom Doa :


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." - Al-Hasyr : 59 : 10




Wallahu'alam.


Yang ingin memohon maaf atas segala haq yang tidak dipenuhi,
Mukhlisah Mardhiah
Syari' Thulkram, Irbeed
29 Mei 2010 - 9.45am

*Final exam : baki 3 paper lagi..
Suhu hari ini : 18 oc

No comments: