August 14, 2010

Al-Amanaat Al-Muqaddasah


Al-Amanat Al-Muqadassah


Bismillah

Suka untuk berkongsi mengenai salah satu buku yang dibeli di Ma’rad Kutub Suriah (Syria’s Bookfair 2010).


Tajuk buku : Al-Amanat Al-Muqadassah, fi Mathaf Qasr Tob Qabi bi Istanbul

(Khazanah yang Suci, di Muzium TopKapi, Istanbul)

Terbitan : Dar an-Nil, Turkiye

Harga sebelum diskaun : 3500 LS – Lira Suriah (RM280), selepas diskaun : 2300 LS (RM180)



Alhamdulillah, semasa menziarahi Kota Istanbul, Turkiye tempoh hari, kami sempat melawati muzium TopKapi. Bayarannya 20 TL (Turkiye Lira) = RM50, bagi pengunjung dan percuma bagi warganegara yang memiliki kad melawat. MasyaAllah, kawasannya luas dan di dalamnya terdapat banyak muzium. Termasuklah muzium tempat tersimpan barang-barang peribadi Rasulullah, ahli bayt, nabi-nabi terdahulu dan sahabi.


Gambar menunjukkan proses mengangkut barang2 'Amanaat Muqaddasah' ke Istanbul sewaktu perang dunia pertama.



Kotak buku ni, sebijik seperti tempat simpanan burdah Rasulullah..



Semasa kami melawati tempat tersebut, keadaan agak sesak. Tidak berkesempatan untuk kami mengamati dan meneliti satu per satu khazanah tersebut. Terdapat juga beberapa khazanah yang tidak kami lihat. Namun, itu semua terdapat di dalam buku Al-Amanat Al-Muqadassah ini. Memanglah tidak ‘real’, tapi sekurang-kurangnya dapat memiliki dan menyimpan gambar-gambar tersebut. Di dalam muzium, kamera tidak dibenarkan.

..tempat simpanan Burdah Rasulullah (kanan), ayat alQuran dibaca tidak putus di sini sejak zaman berzaman..



Antara hikmah lainnya, kalau melawati tempat tersebut hanya dapat melihat bekas simpanan khazanah-khazanah itu. Namun di dalam buku ini ditunjukkan sekali isi kandungannya. Sebagai contoh burdah (pakaian) Rasulullah.


..burdah Rasulullah.. (tengah)


..janggut Rasulullah..



..Bekas air Rasulullah..



..burdah Saiyyidah Fatimah..




..terdapat juga khazanah Nabi terdahulu.. seperti,

..tangan Nabi Yahya dalam peristiwa pembunuhannya..

Wahyu Al-Quran yang ditulis di atas kulit binatang..


Mashaf al-Quran yang pertama, dipercayai khat Saidina Utsman Radiallahu anh.

..dan baanyak lagi. Subhanallah, melihat gambar-gambar khazanah tersebut, masih tidak dapat digambarkan bagaimana kehidupan mereka dahulu, orang-orang yang menyebabkan kita berstatus Muslim pada hari ini.

Para Sahabat dan Tabi'in sanggup membelanjakan puluhan ribu dinar (emas) demi memiliki khazanah peribadi Rasulullah dek kerana keberkatan yang ada padanya. Rasulullah itu pada diri baginda seluruhnya adalah barakah, hatta peluh dan air liur. Subhanallah. Selain ditempatkan di muzium-muzium (Istanbul, Morrocco, dll), sebahagiannya juga dimiliki oleh para ulama dan orang Soleh yang mendiami bumi Syam dan sekitarnya.

Salamun alaika ya Rasulallah.. kami tagih syafaatmu di mahsyar kelak..

Moga dapat bersua denganmu..

Wallahu'alam.


Mukhlisah Mardhiah

Damascus, Syria

4 Ramadhan 1431H, diedit : 6 Ramadhan 1431H




August 8, 2010

Travel to Turkiey - 3rd @ Final Siri

Kesemua khalifah utsmaniyyah yang memerintah..


Hari Keenam : 2 Ogos 2010 (Isnin)


11.00 am : Alhamdulillah, sampai di otogar Antakya.

*Selepas deal, sepakat untuk sewa bilik tumpangan (ala-ala pansion = hostel) untuk satu malam. Guna toilet awam tapi dah tak perlu bayar.
Kos sewa : 10 TL / person.

*Perkara pertama masa baru sampai, nak cari internet, untuk bagitahu kawan-kawan di Syria bahawa kami balik lambat (terkeluar dari rancangan asal). Malangnya satu otogar ni terganggu talian. Semua CC tak berfungsi. Nasib baik ada pegawai yang baik hati bagi password wireless. Cukup bayar sekali je = 3 TL, guna sampai esok pagi.

*Alhamdulillah, masyarakat Antakya majoriti boleh berbahasa Arab. Mungkin disebabkan dah dekat dengan Syria.






2.00 pm : Ambil taxi ke Camii Habib Naccar (Masjid Habibun Najjar), kekasih Allah yang hidup pada zaman Nabi Isa.


3.00 pm : Jalan-jalan shopping di sekitar Antakya. Susah juga nak cari kedai yang murah-murah. So, sebenarnya better shopping di Istanbul, barang senang dapat, especially tshirt and jubah. Kalau di Antakya ni boleh la kalau nak shopping tannurah (skirt).


kaya dengan khat..



7.30 pm : Ambil bas nombor 16 untuk kembali ke otogar (bas nombor 19 dan 20 pun boleh).
Tambang : 2 TL / person, period : setengah jam.

Malam : xtvt bebas dan rehat.



Hari Ketujuh : 3 Ogos 2010 (Selasa)

9.00 am : Checkout pansion (hostel).

9.30 am : Ambil bas ke Sham. Yeay!
Tambang : 10 TL / person. Period : 6 jam.




“Gulee-gulee Turkiye : Good bye Turkiye!”

Cerita best pukul 11.30 am : Berhenti sekejap di ladang Pistachio, Halab (Aleppo), Syria.Tepi jalan je, tengah-tengah highway yang sangat panas. (Syria lebih panas dari Turkiye).


*Tengah asyik on call dengan anisah (guru quran), letak je phone, toleh belakang, dan nampak bas berwarna merah itu berlalu meninggalkanku. Ok, aku ditinggalkan. Terus set mind; ‘Tapi takkan aku akan bermalam di sini?? Mustahil’. Yang tak boleh terimanya, budget habis lah bus tu akan berhenti (bila kawan-kawan dah sedar akan ketiadaanku). Tapi bus tu tak berhenti, sampai lah bas tu dah mengecil di pandangan. Rupa-rupanya diorang tengah syok makan pistachio atas bas! Adeh! Nasib baik lah pakcik yang meniaga kacang ni nak hantar ke bus tu dengan jip dia. Naik je bus, semua orang tepuk tangan. Aduh.. macam drama la pulak. Memang menguji tahap ke’cool’an betul.


5.00 pm : Alhamdulillah, sampai juga di Karajat Pullman, Syria. Bersabar dengan driver bas yang memandu macam nak pergi pasar, so sampai lambat.




Maka berakhirlah kisah sebuah pengembaraan yang panjang. Alhamdulillah. Suka. Sebab sebelum ni ingat memang dah tak berpeluang dah nak ke Turkiye, tapi Allah punya rancangan..

Musafir memang mengajar erti sabar dan tabah. Perjalanan ini ibarat satu madrasah yang singkat, alias ‘daurah’. Pemusafiran juga ibarat tarbiah buat diri.. Ujian Allah tanpa henti. Kan doa orang yang sedang musafir dimaqbulkan Allah! May Allah bless our travel.


Thanks to all travel members.

Minta halal semua ye. Maaf Zahir Batin.

Moga permusafiran ini mengajar kita tentang SEsuatu atau LEBIHsuatu.
Barakallahufikum.


Mukhlisah Mardhiah


Damascus, Suria.





August 7, 2010

Travel to Turkiey - 2nd siri



..sambungan : Travel to Turkiye 2nd siri..


Hari Ketiga : 30 Julai 2010 (Jumaat)

9.00 am : Ziarah maqam (markad) ayah kepada Syeikh Abdul Bakir, shopping di kawasan kedai mereka.


9.50 am : Pak cik polis hantar ke Terminal Adiyaman dengan keretanya, untuk ambil bus ke Sanliurfa. Yang best nya atas arahan polis, memang kami di’pass by hand’ dari satu kawasan ke satu kawasan, untuk pastikan kami selamat sampai ke Istanbul. Beli tiket ke Istanbul pun atas namanya. Fuhh.. bukan selalu dapat rasa ada bodyguard along the journey. “Se-vee yo-room – I like..”. May Allah bless u, pakcik polis.


11.00 am : Bertolak dari Adiyaman ke Terminal Sanliurfa.
Tambang ke Sanliurfa : 9 TL / person, Period : 2 jam.


12.35 pm : Tiba di Terminal Sanliurfa, terus ‘dibawa’ ke kaunter untuk bayar duit tiket ‘yang telah ditempah’. Naik bus ‘Urfa Seyahat’.
Tambang ke Istanbul : 65 TL / person, Period : 20 jam.

*Maka bermulalah kembali kisah sebuah pengembaraan yang panjang. Ke Barat Laut Turki. Yang rasa macam tak kena je dan rasa rugi sangat bila dapat tahu rupa-rupanya kami kena berpatah semula ke Gaziantep (tempat yang dah sampai semalam) untuk naik ke Istanbul. Bazir masa 24 jam. Redha je lah, nama pun ‘jalan-jalan’. Nasihat : belajar lah berkampung di dalam bus. Hu..


*Antara soalan yang paling banyak disoal oleh Turkish : “Nerelisniz?? – ben Malizia : Dari mana? – Asal Malaysia”.



Hari Keempat : 31 Julai 2010 (Sabtu)

9.00 am : Alhamdulillah. Akhirnya sampai di Istanbul. That’s it. Lain lah pemandangannya berbanding negeri-negeri sebelum ni. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancong, walaupun ibu negerinya adalah Ankara.


9.30 am : Ambil metro (keretapi bawah) ke Amniyet. Stesyen ke-5 dari tempat kami berada.

Tambang token : 1.5 TL / person.


10.00 am : Tiba di stesyen metro Amniyet, muhafazah Fateh. Tunggu kawan Turki, Muhammad Ali untuk bawa kami jalan-jalan sekitar Istanbul.

- Ziarah Camii Aylusunda. (dalam bahasa Turki : Camii = Masjid).

*Dalam masjid ni terdapat burdah (selendang) Rasulullah yang dihadiahkan kepada Uwais al-Qarny selepas kepulangannya tak dapat bertemu dengan Nabi. Tapi sayang, kami tak dapat masuk sebab tempat itu hanya dibuka pada bulan Ramadhan untuk dikunjungi.

..di jami' inilah.. Aylusunda..

10.30 am : Makan tengahari (stail Turki) di salah sebuah taman di Muhafazah Fateh, berlatarkan Masjid Sultan Muhammad Saleem. Muhd Ali yang support lunch kami. Pelbagai aneka roti dan makanan Turki, masakan mak (anne) dia pun ada.

- Then, ziarah masjid dan maqam Sultan Muhammad Saleem. Jelas terbentang kehalusan seni bina jami’ di sini.

..latar : Masjid Sultan Muhammad Saleem..


12.00 pm : Ziarah Masjid dan maqam Sultan Muhammad al-Fateh.

*Zaman dulu, kawasan jami’ ini lebih luas dari Dimasyq lama. Dan sekeliling kawasan tersebut dipenuhi dengan madrasah dari pelbagai aliran ilmu. Tapi lepas beberapa kali gempa bumi yang melanda Istanbul, kawasan ini telah menjadi semakin kecil, dan diganti dengan bangunan-bagunan baru yang tiada lagi bersejarah.

- Berjalan kaki dari Muhafazah Fateh ke Muhafazah Buyuksehir, lebih kurang 20 minit. Melalui kawasan library lama di jalanan. Bergambar di sepanjang jalan, termasuk di tugu ‘pasha’ al-fateh, kawasan tembok saliran lama, dll.


2.15 pm : Ziarah Masjid dan maqam Suleymaniah.

*Di luar kawasan maqam, ada seketul ‘hajarul aswad’ yang dibenam di atas pintu masuk. Kisah yang berlaku : pada zaman itu ada seorang pemuda pulang dari Makkah, membawa secebis hajarul aswad untuk Sultan Suleyman, dengan hasrat yang baik. Namun sangkaannya meleset. Sultan Suleyman murka dengan perbuatannya lalu dipelihara batu tersebut, sehinggalah beliau wafat dan minta batu itu disemadikan di kawasan maqamnya supaya tiada siapa yang mengambilnya. Wallahualam.

- Di tengah jalan, merasa ‘medya’ – kepah berisi nasi dan dititiskan lemon. Sedaap.. 1TL = 2 ketul yang besar, 3 yang kecil. Lamanya tak makan seafood. Tapi Muhammad Ali tak makan, sebab bermazhab Hanafi.

buka cengkerang kepah berisi nasi - perah lemon - nyummi..


3.15 pm : Ziarah maqam Sultan Abdul Hamid II.

- Melalui kawasan taman bunga dan tepi selat, ke Masjid Azraq (masjid Biru). Kebiruan tu sebenanrnya hanya terserlah pada waktu malam, dek kerana jenis mosaic yang digunakan, dan biasan air laut.

..pemandangan masjid biru dari atas..


..pemandangan masjid biru dari taman bunga..

- Bergambar di kawasan Masjid Ayasofia (dahulunya gereja). Tak sempat nak masuk, lagipun berbayar.


..Aya sofia..


- Masuk ke Topkapi (muzium, dll). Tiket : 20 TL / person. Di dalamnya juga terdapat pedang sahabi, beberapa barang Rasulullah – janggut, gigi, dll, tangan Nabi Zakaria, dll.


6.45 pm : Berjalan kaki balik ke stesyen bus dan ambil bus ke rumah Muhammad Ali.
Tambang : 1.75 TL / person.

*Percayakah anda kami telah berjalan sejauh 20 kilometer pada hari ini?? Fuh.. Allah je yang tahu letih dan lenguhnya seluruh anggota. Tapi berbaloi lah, Alhamdulillah.


7.30 pm : Singgah di rumah Muhammad Ali, asalnya nak ambil barang-barang je untuk bermalam menyewa di rumah pakciknya. Lastly, terborak lama dengan mak dan adiknya, Khadijah. Muka ayu habis tapi rupanya nak jadi guru taekwando. Mereka sangat meraikan tetamu, sehinggakan nak teman kami bermalam di rumah pakciknya. Jauh tu..


10.15 pm : Lepas habis segala perbincangan (nak duduk hotel lah, cari hostel lah), maka kami akur dengan kehendak mereka – bersama-sama menginap di rumah pakciknya di Habibler.

Berjalan kaki 15 minit ke kawasan menunggu bus, dengan beg gelas berat dan barangan penuh di tangan.
Tambang bus : 2 TL / person, Period : 1 jam.
Sewa rumah : 20 TL / person. (for unlimited period. Murah lah. Kalau hotel 50 / 70 TL satu malam.)


11.30 pm : Singgah di kedai runcit, beli barang untuk masak nasi – makan midnight. Nikmatnya dah 4 hari tak makan nasi. Rumahnya berbaloi. Semua perkakas lengkap, siap dengan dapur, 3 bilik tidur, 2 bilik air. Comel.



Hari Kelima : 1 Ogos 2010 (Ahad)

10.30 am : Selesai kemas rumah penginapan, dan selepas siapkan bekal – nasi goreng dan mee goreng, ambil bas panjang warna hijau ke muhafazah Ayyub.
Sewa rumah : 500 LS / person. = 20 TL
Tambang bas Habibler ke Ayyub : 1.85 / person.


11.30 am : Ziarah maqam Sultan Ayyub Al-Ansary.
Dan beberapa sahaby -


12.30 pm : Naik feri dari Eyup Iskelesi, ke Uskudar Iskelesi.
Tambang : 1.5 TL / person, period : sejam.

..pemandangan di kawasan feri dan bot..


..pemandangan dari atas feri..


-Jalan-jalan di Bosphorus, makan ‘medya’ lagi.


-Projek keretapi bawah laut sedang dijalankan.

*Tengah-tengah syok ambil gambar, tiba-tiba terjatuh tembok. Aduh. Terkulai 2 jari kaki, bergegar satu kawasan. Alhamdulillah tak de apa-apa, kasut je tercalar, huh. Nasib baik jauh sikit je dari laut.




4.20 pm : Ambil feri semula untuk balik.
Tambang : 1.5 TL / person, period : setengah jam.

-Jalan kaki ke stesyen bas, ambil bas ke terminal utama (otogar).
Tambang : 1.5 TL / person.


6.00 pm : Ambil tiket ke Antakya – jam 7.30 pm, bus JET.
Tambang : 50 TL / person, period : 16 jam.
*Kembali melalui perjalanan yang panjang... berfikir dan berfikir aktiviti terbaik dalam bus..


...to be continue to the final siri.. - 3rd siri


~Mukhlisah Mardhiah~

Travel to Turkiey - 1st siri


** TRAVEL TO TURKIEY **

Lokasi : Turkiye
Matawang : Lira Turki (100USD = 150TL)
Tarikh : 28 Julai 2010 – 03 Ogos 2010 (7 hari)
Budget : 250 USD sahaja
Travel Members : 6 persons (Faris, Hidayah, Mard, Syida, Aini, Nur)

***p/s : 100 USD = 4600 LS, 10 LS = RM0.75

Bismillah. Diari diselak..

sebahagian buku dan peta Turkiye yang kami bawa sebagai panduan.



Hari Pertama : 28 Julai 2010 (Rabu)


8.30 pm : Berkumpul di Mauqif Abu Nur, Rukn Deen, Syria.
- Ambil servis (van) Duwar Syimali ke Karajat Pullman (terminal bus).
Tambang : 10 LS / person, period : 30 minit.

*Siap bawa makanan untuk bertahan beberapa hari, Turkiye kan mahal. So, untuk 4 orang, kos = 600LS. (nasi goreng, roti telur, kek, maggi 4 bungkus sorang, ‘ish, air sorang sebotol besar, dll).


10.30 pm : Bus JET bergerak, after ticket confirmation.
Tambang ke Gaziantep, Turkiye : 1200 LS /person, period : 11 jam.

*Yang best nya tentang bas-bas untuk jalan jauh ni, mereka ada sediakan minum dan makan ringan. Ikutlah nak pilih air panas ke, jus atau air gas. Air mineral non-stop.



Hari Kedua : 29 Julai 2010 (Khamis)


2.00 am : Transit di Bab Hawa, Syria untuk urusan keluar border Syria.
Kos keluar border : 550 LS
-Transit di border Turkiye untuk urusan masuk Turkiye.


5.00 am : Tiba di Terminal Antakya, Turkiye.
- Tukar bus untuk terus ke Gaziantep. (2 kali bus..) *bus kat sini sume cute2.

*Dapat tengok pemandangan matahari terbit di kawasan pertanian dan penternakan, penuh kehijauan di sebalik gunung ganang dan kincir angin. Nyamuk pun banyak! :p



9.30 am : Tiba di Terminal bas Gaziantep.

*Terpikat dan terpegun dengan kebersihan dan cantiknya pemandangan Turkiye. Namun mula sakit hati dengan masyarakatnya yang tak pandai berbahasa Inggeris or Arabic. Fuhh, start study Turkish Language. Berjasa buku us. Muhammad bagi pinjam – “Turkiye”. Last bahasa perantaraan : bahasa isyarat lah.. (nak memahamkan bahasa punya pasal, dah banyak bas yang terlepas. Aduh! Habis masa macamtu je..)

* Sistem tandas mereka kebanyakannya menggunakan sistem haba. Jimat letrik. Pandai! (sepanjang duduk Turkiye, antara belanja yang paling tinggi adalah belanja masuk tandas. Huh. Ini adalah kenyataan. 1TL / 75qursh / 50qursh. Bay – Lelaki, Bayan - Perempuan).


12.00 pm : Ambil bas ke Sanliurfa.
Tambang : 15 TL / person, period : 2 jam.


2.10 pm : Tiba di stesyen bus Sanliurfa – “Sanliurfa Sehirlerarasi Otobus Terminal”.
- Ambil taxi ke Maqam Saidina Ibraheem Khalilullah.
Tambang : 15 TL / taxi, period : 20 minit.

*Asalnya nak jalan kaki je, lepas gaduh dengan taxi drivers tak dapat taxi panjang. Tapi bila fikir tengah-tengahari, dengan sejam pula nak berjalan, so, berhimpitlah taxi kecil 6 orang.. ahsan.


2.50 pm : Tiba di kolam tempat Nabi Ibrahim dibakar – kisah baginda dicampak dalam api.

MasyaAllah. Luas tempatnya. Dan baanyak sangat ikan, dikatakan arang-arang yang digunakan untuk membakar tu berubah menjadi ikan. Wallahu’alam

..kami ber5..


..boleh bagi makan ikan..


4.15 pm : Ambil bas awan kembali ke Terminal bas. 2 kali bas..
Tambang : 50 qursh + 1 TL = 1.5 TL / person.

*Melihat masyarakat Sanliurfa di jalanan. Banyak juga university di sini.. swasta mungkin.

4.50 pm : Tiba di Terminal bas Sanliurfa. Rehat depan aircond. Fuhh.. leganya. Bebas sekejap daripada kepanasan matahari yang membakar.

5.45 pm : Ambil bas ke Adiyaman.

Tambang : 10 TL / person, period : 1.5 jam.

*Subhanallah, pemandangannya cantik. Mula keluar dari kesibukan kota dan bangunan batu yang bertebaran. Banyak kawasan yang menghijau, sesekali diselangi sungai, tasik dan tali air.

*Lega bila dapat kenal dengan seorang penumpang Turkish, perempuan, guru bahasa Inggeris. Alhamdulillah. Dia banyak membantu.


7.10 pm : Tiba di Adiyaman.
*Berkira-kira untuk ke kawasan bersejarah raja Namrud, namun disebabkan kos yang agak mahal – 28 TL / person, maka plan dibatalkan. Terus jalan kaki ke terminal bas untuk cari tiket ke Ankara, meneruskan perjalanan. “Otogar nerede?? – Stesyen bas mana??”


7.45 pm : Ya Allah, ujian apakah ini..
*Semua kaunter bus menyatakan bas terakhir untuk ke Ankara adalah pada jam 7.30pm. Gulp, 15minit lepas je. Next bus- petang esok. Ada yang dah habis tiket ke Istanbul sampai hari Isnin. Nasib baik ada 1 syarikat bus tu sediakan air-manis-sejuk percuma. Alhamdulillah, nikmatnya. Suka hati je tambah banyak kali, walhal tak beli pun tiket mereka. Then, berfikir, merancang, berjalan, bertanya… dan akhirnya…

..bored menunggu??..

10.00 pm : Dapat 2 berita : sedih dan gembira.
-Sedih : bila baru dapat tahu ‘there are no single bus out from here till tomorrow at noon’.


-Gembira : Subhanallah, ada seorang polis trafik yang sedang bertugas, baik hati orangnya, anak murid kepada Syeikh Abdul Bakir, Tarekat Naqsyabandiah. Dia call syeikh (masatu syeikh dekat Istanbul – 15jam dari Adiyaman) dan syeikh yang merupakan ahli Bayt Rasulullah jemput kami menginap di madrasahnya, “Manzeel” namanya.

Maka bermulalah hari kami diawasi oleh seorang polis yang berpangkat Koperal, berhimpit 6 orang dalam kereta mewahnya. Dia tidak pernah belajar bahasa Arab secara formal, tapi komunikasinya ahsan (better) untuk kami fahami berbanding Turkish yang lain.

Perjalanan ke Manzeel yang memakan masa selama sejam 20 minit itu diisi dengan pelbagai cerita darinya. Dia kata walaupun dah lama duduk di kawasan tu, tapi dia tak pernah ziarah tempat Namrud. Sebab tepat tu dilaknat. Rasa macam kelakar dan MasyaAllah je bila sampai di T junction; kanan ke Manzeel, kiri ke kawasan Raja Namrud. Bila fikir balik, asalnya kami datang situ nak pergi ke kawasan Namrud, tapi Allah punya rancangan, diganti dengan yang jauuh lebih baik.


11.30 pm : Tiba di Manzeel. Subhanallah. Menakjubkan.

Sepanjang perjalanan kami tadi, sunyi sangat, tak nampak orang, kereta pun tak banyak, kawasan pedalaman lah. Tapi bila sampai je di Manzeel, semua orang sedang bekerja. Semuanya pengikut tarekat dan murid yang belajar di madrasah ni. Ada sekumpulan yang sedang menyusun batu di jalanan, ada yang menyiram pokok dengan penuh hikmah, ada yang sedang menjaga dan membersihkan kedai-kedai yang beraneka. Semua orang seolah-olah tak tahu penat dan tidur. Sepanjang masa kawasan ni tak lengang dengan suara-suara manusia, hatta jam 2-3 pagi. Yang lagi MasyaAllah nya bila kami masuk kawasan rumah isteri dan anak-anak syeikh, seolah-olah berada di Taman Syurga. (tak tahu nak describe macamana). Memang terpegun. Orang-orang nya pun macam bidadari.. Fuhh.. Tak terkelip mata. Bagai orang planet Marikh masuk ke taman larangan Bumi dibuatnya. ….. (tapi tak boleh ambil gambar).


..sebahagian kawasan Manzeel ..

..to be continue to 2nd siri..
~Mukhlisah Mardhiah~