March 12, 2011

Kerja itu kan Ibadah..

Bismillah..

Adeh! apa simbolik gambar upin-ipin kat sini..
Alhamdulillah. Entah sudah ke berapa kali blogger.com ini dilayari, namun tidak ter'publish' juga post terbaru. Sungguh! Kehidupan bekerja jauh berbeza. Namun pekerjaan itu juga adalah suatu ibadah, selagi dasarnya Lillah.. kerana Allah. Moga Allah memberkati seluruh masa yang ada.

......................................................................................

"Ini jihad kita", pesanan En. Airul Amri Amran selaku Vice President Academic (VPA), IKIP International College sering terngiang-ngiang di telinga.

.......................................................................................

Di bawah Sekolah Pengajian Islam @ SOIS (School of Islamic Studies) terdapat 3 program yang ditawarkan; Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) Shariah, Ekonomi dan Perbankan Islam, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Islam. Majoritinya menyumbangkan tenaga manusia di dalam industri kewangan Islam, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi hub Kewangan Islam dunia. Maka, dengan jentera yang ada, sebahagian besarnya dihalakan ke arah pencapaian matlamat tersebut.

........................................................................................

Kali ini, kecemerlangan harus dibuktikan lagi. Bukan hanya pelajar sekolah mahupun penuntut universiti yang harus berusaha sehabis baik, bahkan seorang pekerja. Benar, kecemerlangan itu tidak berterusan. Ada insan yang dikurniakan Allah kecemerlangan tika sesi pembelajarannya, ada pula menemui kecemerlangan di zaman pekerjaannya. Namun semua itu memerlukan USAHA dalam diri insan tersebut, kerana hanya dia yang akan mengubah hidupnya.

.........................................................................................

Sepertimana hadis pertama "innamal a'malu binniyati" ~ "sesungguhnya amalan itu dimulakan dengan NIAT". Ahli motivasi pula sering mengingatkan kita akan kepentingan MIND SET. Semua itu adalah sama. Anggota kita akan diarahkan oleh motor menuju ke arah pencapaian niat atau mind set tersebut. Dan segala gerak laku akan dianggap ibadah, jika diniatkan untuk Allah. Maka Ya Allah, bantulah kami untuk beribadah kepadaMU..

..........................................................................................

..Mengajar orang, di samping gaji masuk setiap bulan, saham akhirat juga berjalan. Salah satu daripada 3 perkara yang kekal dalam diri anak Adam selepas kematiannya. Mudah-mudahan diterimaNYA. Sungguh! Membentuk manusia lebih payah daripada menghasilkan sesebuah teknologi. Untuk menghasilkan sesebuah teknologi pun memerlukan manusia yang berteknokrat.

...........................................................................................

..Penat, payah dan lelah ini langsung tidak dapat disamakan dengan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat yang bekerja untuk Islam tanpa bergaji! Mulianya Engkau, wahai Kekasih Allah. Betapa baraqahnya masa dan seluruh hidup baginda 'alaihi salam, sehingga dapat menjadi qudwah (ikutan) dalam seluruh lapangan kehidupan, mencakupi kehidupan seorang hamba kepada Allah, pemimpin kepada negara, ketua kepada keluarga, dan figure yang selainnya.

............................................................................................

Wallahu'alam..


..Berikan aku semangat..
Mukhlisah,
yang merindui zaman belajar..
10.58 pm

No comments: