July 9, 2010

Cerita Tentang Jordan

Bismillah





Cerita Tentang Jordan



Majlis Konvo

Alhamdulillah, 24 Jun 2010, Stadium Madinah Hasan menyaksikan hari Konvokesyen Mahasiswa Jamiah Yarmouk untuk sesi 2009/2010 pada tahun ini. Walaupun hati sayu sepanjang majlis berlangsung, namun hari ini tetap termaktub di dalam lipatan sejarah seorang gaduan Universiti Yarmouk. Mendengar lagu kebangsaan Jordan, terasa merindui lagu Negaraku Malaysia. Melihat ibu-ibu kawan-kawan Arab menangis, terkenangkan ibu di Malaysia.

Keadaan padang sebelum majlis bermula.. Ribuan yang menanti detik bersejarah..


Telinga bingit mendengar lagu-lagu dan muzik Arab yang ke udara. Suasana padang penuh dengan mainan alat muzik dan tarian. Sorakan sabung menyabung di sana sini, mengalahkan suara mid yang disambungkan ke speaker gergasi. Tak cukup dengan itu, buih di spray merata, cebisan-cebisan kertas ditabur, tak ubah seperti majlis hari jadi kanak-kanak kecil. Sesekali geram terasa. Namun, situasi yang tidak lagi asing di bumi ini bakal dirindui semua.


Akan tetapi, gah nya majlis yang dilangsungkan di padang bola ini dan dihadiri oleh ribuan manusia, bukanlah bererti penamat kepada proses menuntut ilmu. Bahkan sifatnya hanya sementara, sekadar pembakar semangat.




Sempat bergambar tengah padang, majlis berakhir waktu Maghrib menjelma..

22 September 2008


Tarikh keramat seorang Malizi, batch ke-2 IKIP-Yarmouk. Selamat juga kaki dijejakkan di bumi Jordan, Negara Timur Tengah, membawa segunung harapan. Kadang-kadang tergelak sendirian bila memikirkan kembali perancangan Allah. Tidak pernah terlintas di hati untuk kembali mempelajari bahasa Arab selepas tamat sekolah, apatah lagi untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah. Malah, hati lagi mengatakan ‘tak nak’. Namun dek kerana sokongan dan bantuan emak abah, ustaz ustazah, dan kawan-kawan, akhirnya ku menerima tawaran ini ; “Bachelor of Shariah, Islamic Economic and Banking, Yarmouk University”. 1001 hikmahnya!




Inilah Jordan


Inilah Jordan. Negara yang tidak punya longkang (jangan baca sebagai point utama). Negara yang berisipadu agak luas sedikit berbanding Malaysia, namun kepadatan penduduknya hanya sekitar 6 juta, berbeza dengan kepadatan Malaysia yang menjangkau angka 28 juta manusia. Negera pengeluar zaitun ini, Baratnya Palestin, Timur dan Selatannya Saudi, Utaranya Syria dan Iraq.

Lecture? – Best! Macam-macam kisah. Kehadiran diwajibkan. Lebih 6 kali tidak hadir, tidak dibenarkan masuk peperiksaan. Satu kelas hanya sejam. Paling lama pun sejam suku (walaupun dalam jadual termaktub sejam setengah). Asal sahaja doktor lambat menamatkan kelas, pasti ada suara dari belakang yang meminta supaya kelas dihentikan. Mula-mula terpana juga kami. Dan hampir tergelak bila mengingati kembali gelagat pelajar Arab ketika musim peperiksaan. Hanya mampu menggelengkan kepala.

Yang paling penting, Sangat ramai doktor yang concern dengan pelajar asing, khususnya Malizi. Pendek kata, hubungan antara doktor dan pelajar amat akrab. Ketika di tahun pertama, kami pernah memanggil serang doktor Lughah ke rumah, supaya mengajar kelas tuisyen. Beberapa kelas-kelas tambahan lain juga diadakan khusus untuk Malizi. Beruntung dan ruginya lah..

“Urdun Awwalan” – Jordan First. Begitulah tagline yang diperkenalkan oleh Raja Abdullah Tsani yang sedang memerintah Jordan sekarang. Rakyatnya sangat patriotik dan sangat menyayangi raja mereka. Boleh dikatakan setiap pintu kedai dan rumah punya gambar raja mereka, apatah lagi di sepanjang jalan. Kami yang hanya merupakan ‘rakyat asing’ di Negara ini pun terkena tempiasnya. Rata-rata semuanya menghafal nama-nama raja yang pernah memerintah Jordan. Masakan tidak, semua universiti kerajaan mewajibkan pelajarnya mengambil subjek Pendidikan Kenegaraan (Tarbiah Wathaniah), dan Sains Ketenteraan (‘Ulum ‘Askary). Sains Ketenteraan dajar sendiri oleh askar Jordan yang berpangkat. Sepanjang kelas pasti ada askar yang mundar mandir bagi memastikan kami tidak tidur atau melakukan kerja selain memberikan tumpuan dan perhatian terhadap syarahan kelas. Aduh!


Nasi maqlubah, cuma di Jordan. Senarai menu paling hot.. nak buat pun rumit. ..bilalah dapat merasa lagi. (Dhai'ah Restaurant dlm kenangan :p )

Wa akhiran..


Terlalu banyak kisah suka, duka, pahit, manis sepanjang keberadaan kami di bumi ini. Hakikatnya 2 tahun bukanlah masa yang lama, sangat singkat. Namun, inilah antara kisah dan manfaat yang akan dibawa sehingga akhir hayat kami. Insyallah..


Untuk adik-adik dan sahabat yang tinggal, teruskan berjuang, dalam erti kata sebenar..

Wallahua’lam.



Yang merindui buah Tiin segar ketika Summer,

Mukhlisah Mardhiah
Damascus, Syria.


6 comments:

Anonymous said...

salam mardhiah :)

walaupun kite xsempat lama bersama,tp bile bace post cerita tentang jordan ni kehangatan turut sama dirasa.

btw,all da best in everything after ni.selamat bermujahadah d'msia :)


-nabilah.huda-

Unknown said...

salam..

bersama2 semangat nabilah huda juga, kami menamatkan langkah.. :)

semoga dapat kembali semula berjuang di jordan dan menamatkannya juga, seperti kami, atau lebih baik lagi...

doakan kami
Bittaufeq. tc

niey said...

dh setahun berlalu...kejap je kn...

oh! teringat kata-kata imam shafie, sesuatu yang paling jauh ditinggalkan adalah masa lalu dan semakin hampir dikejar adalah masa mati..

kenangan terindah!

niey said...

dh setahun berlalu...kejap je kn...

oh! teringat kata-kata imam shafie, sesuatu yang paling jauh ditinggalkan adalah masa lalu dan semakin hampir dikejar adalah masa mati..

kenangan terindah!

Unknown said...

yup.. setahun berlalu...
molek2 hp samsung yg beli kat jordan dlu pn rosak lpas setahun. hu

aini... tak rindu durraq!!?? yummy.. subhanallah!

niey said...

ya ALLAH soalan last 2...saje je kn?!!

dh kirim pada sahabat yang baru balik, tapi sshla nk bw balik kot...

:( :(
awak buat saya mengidam! nasib baik tak mengandung, kalu tak terganggu emosi baby sya! hahaha -mengarut!