November 22, 2008

RIBA – SIRI 3

RIBA – SIRI 3

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Akhirnya Allah kurniakan juga kesempatan untuk menyambung penulisan. Penulis memohon maaf di atas kelewatan siri 3 – Riba ini..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 275

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya ; “Sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan faedah”.

Di sini penulis suka untuk mengajukan persoalan, mengapakah Allah mendatangkan perbandingan antara jual beli -dan- faedah. Sedangkan faedah (interest) ‘pasangannya’ untung (profit). Hal yang demikian kerana mereka mengatakan;

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Maksunya; “..disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba”

Penulis akan membawa pembaca menelusuri perbezaan jual beli (yang dihalalkan Islam) dan riba (yang diharamkan). Apakah bezanya antara 2 situasi ini..??

Situasi 1 : Anisa membeli jam tangan pada harga RM100, lalu menjualkannya kembali pada harga RM120.

Situasi 2 : Zain memberi pinjam RM100 kepada kawannya, lalu dikembalikan pinjaman tersebut sebanyak RM120.

Secara kasarnya, kita akan mendapati bahawa tiada perbezaan antara situasi 1 & 2, kerana kedua-duannya (Anisa dan Zain) memperoleh keuntungan yang sama, iaitu RM20. Namun, setelah diteliti, kita akan mendapati wujudnya perbezaan antara 2 situasi tersebut..

Situasi 1 : Penjual (Anisa) akan dapat ‘RM20’ (sebagai keuntungan, manakala pembeli akan dapat ‘barang’ (jam tangan).

Situasi 2 : Pemiutang (Zain) akan dapat ‘RM20’ (sebagai faedah), manakala penghutang tidak memperoleh apa-apa! Malah tertindas! (dek kerana terbeban dengan faedah yang mesti dibayarnya).

Penulis berpendapat, menerusi contoh yang dikemukakan, pembaca dapat membezakan jual beli dan interest (riba/faedah) dengan lebih mudah. Hal yang sama berlaku di dalam amalan sistem perbankan. Contohnya, pembiayaan perumahan di dalam sistem perbankan Islam, dan konvensional. Apakah bezanya??

Situasi 1 - Pembiayaan perumahan yang diamalkan di dalam bank Islam ;

Bank beli rumah dari penjual (cash), kemudian menjualkannya kembali kepada pelanggan (bayaran secara tertangguh). -Ttidak lari dari konsep jual beli kerana ada ‘barang’ yang diniagakan.

Situasi 2 - Pinjaman perumahan yang diamalkan di dalam bank Konvensional ;

Bank (sebagai pemiutang) memberi pinjam duit kepada penghutang (orang yang nak beli rumah). Kemudian, penghutang membayar kembali kepada bank secara berkala, ditambah dengan faedah. –Tidak ada barang yang diniagakan, hanyalah sekadar akad pinjaman.

Penulis percaya, kebanyakan dari kita ada membuka akaun di bank konvensional (bukan??). Kalau disemak, pasti setap bulan ada ‘imbalan’ yang kita perolehi dari bank walaupun jumlahnya kecil. Tapi, bagaimanakah pula yang dikatakan dengan ‘berlakunya ketidakadilan’ di dalam situasi ini??

Secara teorinya, tugas utama bank terbahagi kepada 2;

1. Menerima pendeposit (akaun)

2. Memberi pinjam

Sememangnya kita sebagai orang yang mempunyai akaun di bank tersebut akan menerima 2% (misalnya) daripada simpanan setiap bulan. Namun, jumlah yang bank terima hasil daripada faedah yang diberikan kepada peminjam adalah lebih besar. Mari saya bawakan pembaca kepada contoh untuk diilustrasikan..

Contoh; 100 orang membuka akaun di bank Z, masing-masing menyimpan RM200. Jadi bank akan mempunyai modal sebanyak RM20000 untuk dipinjamkan kembali kepada orang ramai.

Faedah yang diberikan bank kepada pemegang akaun = 1%

Faedah yang diterima bank daripada penghutang = 10%

Setiap bulan, bank akan memberikan RM2 kepada pemegang akaun (RM2 x 100orang = RM200). Akan tetapi, setap bulan juga bank akan menikmati faedah sehingga RM2000 daripada para penghutangnya. (keuntungan bank = 9%)

Jadi, prinsip asalnya mudah : Setiap akaun yang dibuka di bank konvensional terbina di atas akad pinjaman. Berlawanan dengan akaun simpanan al-Wadiah yang dibuka di bank Islam yang jauh daripada riba dan ketidakadilan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita koreksi diri, keluarga dan saudara terdekat dan sahabat-sahabat dalam hal yang kadang-kala kita rasakan remeh ini. Setiap perkara yang diharamkan syariat Islam, pasti ada alasannya yang tersendiri. Siapa lagi individu yang akan meningkatkan martabat perbankan Islam, (kalau bukan kita??). Moh menyimpan di bank Islam.. ;)

Wallahualam.


Mukhlisah Mardhiah

22 November 2008

12.20pg


Rujukan;

1. El-Furqan

2. An-nuqud wal bunuk – baina an-azariah wa at-tatbik

3. Khulasah kulliah tafaqquh bersama Ust Heizal Hezry, penuntut phD, Syariah, ekonomi dan perbankan Islam, Universiti Yarmouk

4. Munaqasyah bersama Dr. Mufleh, pensyarah di Kulliah Ekonomi, merangkap pengurus Jordan Islamic Bank

No comments: