May 15, 2009

..Mukhlisah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam hadis ke-2 Matan Arba'in, karangan Imam Nawawi; apabila Rasulullah disoal oleh Jibril mengenai 'ihsan', maka jawab baginda 'Alaihi Solatu Wasalam - "Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia Melihatmu.." - Riwayat Muslim.

Betapa ikhlasnya orang yang ihsan..
Bukan mudah untuk menggapai martabat Mukhlisin (orang yang ikhlas)..
Ikhlas itu umpama semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua yang kelam, pada malam hari.. Argh, sukarnya nilaian sebuah keikhlasan. Paling takut, bila rasa ikhlas tiada, rasa riya' pula yang bertakhta. Riya' itu kan syirik kecil, menggugurkan pahala-pahala amalan. Nauzubillah! Sudahlah amalan tiada, dosa pula yang memenuhi buku catatan peribadi..

Tanda-tanda IKHLAS;
1. Elak cari nama / populariti
2. Senantiasa waspada dengan sifat sombong dan bangga
3. Jangan sesekali mengharapkan balasan
4. Tidak mencari pujian dan terpedaya dengan sanjungan (tidak berlebih2 dipuji)
5. Tidak kedekut memberi pujian pada orang yang berhak dipuji
6. Benci dan marah kerana Allah, bukan kerana dorongan nafsu
7. Sabar menempuh proses yang panjang
8. Mengharap redha Allah semata
9. Amalan semakin meningkat

Hasil IKHLAS;
- Tenang jiwanya
- Mampu bina kekuatan rohani
- Istiqamah dalam beramal
- Mendapat pahala atas kebaikan
- Sentiasa mendapat naungan dan perlindungan dari Allah setiap ketika


Namun, jika tak mampu untuk ikhlas, ber'istikhlas'lah dahulu - 'buat-buat ikhlas', dengan niat menuju redha Allah. Bukan hipokrit namanya. Orang hipokrit tidak langsung meletakkan Allah sebagai sasaran akhir perbuatan dan amalannya. Yang diharapkan semata-mata pandangan dan pujian manusia ke atasnya. Namun orang yang istikhlas sedaya upaya meraih cinta Allah walaupun payah. Yang penting dia mujahadah!

Bukan mudah untuk mujahadah. Wahai yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas landasan deen-Mu.. - DOA; senjata mukmin.

Kata orang, panggil nama yang bermaksud itu lebih baik daripada nama yang tidak mempunyai sebarang makna. Kerana panggilan itu merupakan doa. Moga dengan gelaran ini, ana (dan kalian) juga tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang ikhlas...

Mukhlisah Mardhiah
Sakan Baitut Tholabah al-Jami'ah
Irbid, Jordan
15 Mei 2009 - Sabtu - 08.08pm

1 comment:

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk..

IKHLAS...perkataan yang benar2 selalu diucap, n senang diungkap tapi mmg payah sekali nak terapkan...masih terkial2...insyaAllah sama2 usaha...