June 24, 2009

PEPERANGAN RASULULLAH


غزوة النبي

-PEPERANGAN RASULULLAH-

Bismillahirrahmnirrahim.

Umum mengetahui, antara faktor kejayaan penguasaan Islam ke atas dunia pada suatu masa dahulu adalah menerusi peperangan / jihad fi sabilillah. Bermula dari episod penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke kota Madinah, tempoh 10 tahun sebelum kewafatan baginda banyak dipenuhkan dengan siri-siri peperangan yang pelbagai.

Di sisi ulama’ Sirah, ilmu peperangan Rasulullah ‘Alaihi Salam dikenali sebagai ‘ilmu al-Maghazi’. Ilmu ini dihafal dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh oleh para sahabat, kemudian diajarkan kepada generasi Salafus Soleh yang hidup selepas mereka. Ilmu ini tidak boleh dilupakan oleh umat Islam pada mana-mana generasi pun, kerana musuh Islam sentiasa mengintai peluang-peluang untuk melancarkan perang ke atas Islam, baik pelancaran perang bersenjata atau serangan pemikiran (Ghazwatul Fikr).

Telah berkata salah seorang daripada Salafus Soleh yang terkenal – Zainal Abidin Ali bin Hussein (cucu kepada sahabat – Saidina Ali) ; “Kami di ajar berkenaan Maghazi (kisah-kisah peperangan) Rasulullah sepertimana kami diajar surah-surah dari Al-quran”.

Sepanjang hayat baginda, Rasulullah ‘Alaihi Salam telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah*. 9 daripadanya berlaku pertembungan dengan pihak musuh, iaitu perang Badar, Uhud, al-Muraisi’, Ahzab, Quraizah, Khaibar, Fathu Makkah, Hunain dan Thoif. Manakala 19 lagi tidak berlaku pertembungan disebabkan musuh melarikan diri.

Namun begitu, siri peperangan di dalam sejarah Islam tidak terhad kepada itu sahaja. Rasulullah telah mengutuskan labih daripada 50 Sariyah*. Menurut Ibnul Qayyim al-Jauzi, bilangan Sariyah jika dicampurkan dengan Bi’sah* hampir menjangkau 60 semuanya.

*Ghazwah : peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah, dan baginda bertindak sebagai Amir (panglima).

*Sariyah : peperangan yang tidak dihadiri oleh Rasulullah, tetapi baginda melantik Amir untuk mengetuainya.

*Bi’sah : delegasi atau utusan yang dihantar oleh Rasulullah kerana sesuatu urusan.

Jika dihitung, jumlah peperangan yang diharungi oleh Rasulullah dan para sahabat (merangkumi Ghuzwah, Sariyah, dan Bi’sah) mencapai kiraan 80 kali. Dan purata tahunan generasi wahyu Ilahi tersebut berperang adalah sebanyak tujuh atau lapan kali setahun. MasyaAllah.

Jika diintai kalimah ‘jihad’ dari sudut bahasa, maknanya kuasa, upaya, sukar dan payah. Namun dari sudut isltilah, secara umumnya jihad memberi makna; “Segala daya usaha, segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah”.

Jihad Umum ini mengandungi semua jenis jihad termasuklah jihad mali (harta), jihad tablighi (menyampaikan dakwah), jihad ta’limi (pembelajaran), jihad siyasi (politik) dan jihad qital (peperangan).

Tidak dinafikan terdapat pelbagai bentuk takrifan jihad di sisi ulama’. Adapun jihad dengan pengertiannya yang khusus diertikan sebagai qital fi sabilillah (berperang di jalan Allah) semata-mata mengharapkan keredhaan Allah tanpa ada sedikitpun tujuan duniawi.

Untuk itu, tiada alasan lagi untuk kita lari daripada Jihad. Rasulullah ‘Alaihi Salam telah menyatakan sabdanya menerusi riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah;

مَن ماتَ ولمْ يغزُ، ولم يُحَدِّثْ به نفسَهُ، ماتَ على شُعبةٍ من نِفاقٍ

Maksudnya : “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berkata pada dirinya untuk berperang (yakni berniat untuk berperang memepertahankan Islam), maka matinya itu satu cabang dari mati Munafiq”. Na’uzubillahi min zalik.

Kesan jihad Rasulullah ‘Alaihi Salam, seluruh tanah Arab telah berjaya disatukan di bawah panji-panji Islam. Pejuang Islam tika itu sangat digeruni bukan sahaja di sekitar Tanah Arab, malah mencakupi dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Empayar Rom dan Parsi.

Perginya kekasih Allah menyambut seruan Ilahi. Namun roh, semangat dan perjuangan baginda ‘Alaihi Salam diteruskan oleh generasi mendatang sehingga Islam pernah menakluk 2 per 3 dunia. Penguasaan Islam melebar dari Timur ke Barat (China ke Perancis) dan dari Utara ke Selatan (Siberia ke Lautan Hindi). Semua ini disebabkan izzahnya (mulia) individu muslim dengan keagungan Islam.

Allahuakbar!


Wallhua'lam


Mukhlisah Mardhiah

Irbeed, Jordan.

24 Julai 2009 – Rabu – 2.44pm


Sinopsis buku; “Peperangan Rasulullah” oleh Ahmad Adnan bin Fadzil & Riduan Mohamad Nor.

..Teruskan kempen - ‘1 bulan, 1 buku’! :)..

7 comments:

NAZRIN HASHIM said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Sedikit pembetulan.

Ejaan Ibnul Qayyim Al-Jauzi adalah kurang tepat.

Ejaan yang lebih tepat ialah Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Boleh juga dieja dengan Ibnul Qayyim.

Unknown said...

ok.. yujzikal kher..

Unknown said...

asif, ust.. mmg slalu dgar n terbaca 'ibnul qayyim aljauziyyah' tapi tgok balik dlm fiqh sirah.. syeikh Ramadhan al-Bouty pn pkai Ibnul Qayyim Al-Jauzi - cek ms 4 n 11 (kitab terjemahan).. dlm assirah annabawiyyah- dr. ali Muhammad As-sollabi guna ibnul qayyim - dlm Zadul Ma'ad guna Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.. ke blh pakai mana2 je ust?? hurm

NAZRIN HASHIM said...

'Afwan..

Sebenarnya ada 2 cara baca dan tulis nama Al-Imam ini.

1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (bertepatan dengan nama sebenarnya, Muhammad bin Qayyim Al-Jawziyyah)

2. Ibn Al-Qayyim. (Untuk bacaan yang lebih ringkas. Biasanya, para Ulama' kalau dah sebut nama panjang, yakni Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, lepas tu mereka akan ringkaskan menjadi Ibn Al-Qayyim sahaja, tanpa Al-Jawziyyah)

[Boleh rujuk kitab Al-Badr At-Tholi3,oleh Al-Imam Ash-Shawkaniy]

Tentang ejaan nama oleh Dr. Ali Muhammad As-Sollabi, ana dah check. Beliau guna dua-dua cara ejaan (ibn qayyim al-jawziyyah dan ibn al-qayyim).

Begitu juga pada kitab-kitab karangan Ibn al-Qayyim sendiri seperti Zaadul Ma3ad, Madaarij As-Salikin (kitab tasawwuf), Ar-Ruh dan lain-lain.

Tentang ejaan dalam Fiqh Sirah edisi terjemahan tu, ana tak dapat nak check balik sebab just ada jilid 2 je, jilid 1 belum beli. Kalau betul macam enti bitau tu, mungkin penterjemah tersilap eja.

*** Perlu dibezakan antara Ibnul Qayyim (wafat 751H) dengan Abul Farj Ibnul Jawzi (wafat 579H). Penterjemah kadang-kadang tersilap. Contoh: Terjemahan Talbis Iblis. Itu kitab Ibnul Jawzi, bukan Ibnul Qayyim.

~sekadar berkongsi, maaf kalau huraian agak panjang~

Unknown said...

syukran atas huraian.. mmmg itulah yg diperlukan.. allah yubarik fikum

Aragorn said...

salam..nk pnjm buku tuh leh??hehe

Unknown said...

nk pnjm?? Tafaddhal..