August 2, 2011

Teringat Ramadhan >< 10 tahun dahulu..

Bismillah.


Salam Ramadhan 1432H!
Ucapan Ramadhan = "Ramadhaan Kareem!"
Jawablah = "Allahu Akram!"


Teringat Ramadhan lebih kurang 10 tahun lepas...

Cerita 1 : Kalau penat, tidur!

Memanglah makruh banyak tidur sepanjang Ramadhan. Tapi dah namanya budak-budak. Maka, inilah suggestion terakhir mak bila nampak muka anak-anaknya dah toye semacam je; "kalau penat, tidur la..!". Celik-celik mata - "Wah, makanan dah siap!".

Confius juga kadang tu tengok kawan-kawan segar bugar je main-main, haa.. puasa yang yang yok yee??!


Cerita 2 : Bazaar Ramadhan.

Nafsu budak-budak memang besar. (orang tua pun setengahnya macamtu juga.) Disebabkan berjaya puasa sampai ke petang, maka minta apa sahaja dapat. Lebih-lebih lagi dengan embah (panggilan datuk/nenek bagi orang Jawa). Kalau tak puasa pun dia akan belikan macam-macam. Seolah-olah nak buka bazaar lagi satu kat dalam rumah. Dengan ayam goleknya, sotong kangkungnya, kuih muih berwarna warninya, etc.. Fuhh..

Dah besar ni, insaflah sikit. Dah faham makna istilah membazir. Lagipun, bukan senang nak cari duit!


Cerita 3 : 1 juzu' RM3!

Wahh.. bila abah announce macam tu, apa lagi.. 'sungguh rajin'lah kami menghadap al-quran setiap hari, lebih-lebih lg lepas solat. 1 juzu' = rm3, kalau 30juzu' = rm90! Untuk seorang murid kecil, jumlah itu tersangatlah banyak. Maka berlumbalah kami 3 beradik mengkhatamkan al-Quran sehingga ke penghujung Ramadhan. Siap tampal jadual dan 'tick' lg di dinding - column akak-angah-adik. Biasalah, budak-budak suka competition dan tak boleh orang lain mendahului. "Fastabiqul Khairaaat!!" (Maka berlumbalah dalam membuat kebaikan!) - Orang tua pun actually macamtu!


Cerita 4 : Pilih pahala solat Tarawikh.

Dulu-dulu mana tahu wujudnya istilah 'hadis maudu' (hadis yang direka), dan istilah-istilah lainnya. Tengok hadis-hadis fadhilat solat Tarawikh dari 1 Ramadhan hingga akhirnya tu macam famous dan tersebar meluas je, so print-out lah satu salinan, tampal di bilik sembahyang. Agak-agak malam tu liat sikit nak solat tarawikh, cek balik pahala tarawikh malam yang berkenaan, kalau rasa macam tak berapa gempak je compare dengan pahala malam lain, tak buatlah solat tarawikh. Adeehh!.. Kalau tengok pahala malam tu gah semacam je, waahh.. bersungguh-sungguh mendirikannya.


Cerita 5 : Kanak-kanak mencari Lailatul Qadr

Yang tahunya malam Lailatul Qadar ni sangat-sangat hebat, rugi kalau tak jaga malam tu. Abah kata malam Lailatul Qadar langit cerah sangat-sangat, esok paginya matahari lambat keluar. So malam-malam terakhir Ramadhan abah rajin kejut kami anak-anak. Yang kitorang ni pula, kalau terjaga awal je sebelum sahur, buka tingkap dulu ; nak tengok langit cerah ke tak. Kalau tak cerah, malam tu bukan lailatul qadar la. Maka, sambung tidur semula! Adeeh! Untuk lebih mententeramkan hati bahawa malam tadi bukan lailatul qadar, esok pagi tengok matahari, kalau cepat je panas macam hari-hari biasa, legalah kalau tadi tak terjaga malam.

Tup-tup bila betul-betul kena Lailatul Qadar mesti lambat terjaga dari tidur. Masatu mula la nak menggelabah, takut tak sempat catchup pahala malam tu. Makan sahur pun ala kadar je.


Konklusi Cerita ;

Banyak lagi kisah zaman kanak-kanak sepanjang Ramadhan dulu. Tapi, hasilnya, lama kelamaan kami semakin nampak, apa sebenarnya yang abah ingin tunjukkan pada kami anak-anak. Automatically bila dah semakin membesar, semakin faham. Rindunya nak sambut Ramadhan di rumah...

ALHAMDULILLAH.
Terima kasih abah, mak!


Yang bukan lagi kanak-kanak,
Mard_Shah,
2 Ramadhan 1432H
Ramadhan Kareeem!
Semoga aku semakin ikhlas..


3 comments:

niey said...

comelnyeee~ :)

Anonymous said...

MasyaAllah

ainshams said...

usahkan kanak-kanak, bila dah besar pun, mak akan kata, 'xpe, rehat la dulu' (suruh tidur la tu), hehe~
ramadan kareem :)