April 7, 2011
Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan Item "Patuh Syariah"
March 17, 2011
HUKUM BERMUAMALAH DENGAN BANK PERDAGANGAN
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan:
1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.
3. Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
5. Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
6. Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendepositpendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut.
..................................................................................................................
HUJAH DAN DALIL
Secara umum asas-asas pertimbangan perlu diambil kira dalam menentukan sesuatu hukum, antaranya:
a. Sistem kewangan di Malaysia rata-rata berteraskan riba kerana terikat dengan sistem ekonomi dunia yang tidak dapat lari dari mengamalkan sistem riba.
b. Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
c. Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) belum lagi meluas operasinya dan masih dalam peringkat percubaan.
d. Kedudukan ekonomi orang Islam memerlukan pinjaman bank untuk keperluan sendiri seperti membeli rumah dan sebagainya.
e. Agama Islam menggalakkan umatnya berusaha dan jika mereka tidak berusaha, ekonomi negara akan dimonopoli oleh bangsa asing dan umat Islam akan dipandang rendah. Ekonomi mereka juga bergantung pada bangsa asing.
1. Hukum Bekerja Dengan Bank Adalah Harus
Antara alasan yang mengharuskan bekerja di bank adalah seperti berikut:
a. Tidak semua amalan di bank melibatkan unsur-unsur riba.
b. Kekayaan negara akan dimonopoli oleh bangsa asing sekiranya umat Islam tidak terlibat dalam sistem perbankan; dan
c. Keperluan dalam menyara kehidupan. Allah berfirman:
Maksudnya: Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah SWT maha pegampung lagi maha penyayang.
2. Hukum Meminjam Daripada Bank
Hukum meminjam wang daripada bank dapat dilihat kepada alasan berikut:
a. Resolusi pertama Persidangan Islam anjuran Akademi Penyelidikan Islam di Kaherah pada bulan Mei 1965 mengatakan faedah yang dikenakan atas segala jenis hutang ialah riba yang diharamkan.
b. Resolusi pertama Pertubuhan Persidangan Islam yang mengadakan muktamar di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 menyebut, “Setiap pertambahan atau faedah ke atas hutang yang tiba tempohnya sedangkan pemiutang gagal membayarnya, demikian juga tambahan (faedah) ke atas hutang pada permulaan akad; kedua-dua bentuk ini ialah riba yang diharamkan di sisi syarak.”
c. Walau bagaimanapun jika seseorang terpaksa membuat pinjaman atas dasar terpaksa atau keperluan yang mendesak seperti pinjaman membeli rumah yang merupakan asas penting maka diharuskan berdasarkan setakat mana keperluannya. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu:
Maksudnya: Darurat itu diukur setakat mana keperluannya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173: Maksudnya :
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa.
3. Hukum Menyimpan Wang Di Bank
Hukum menyimpan wang di bank adalah seperti berikut:
a. Menyimpan wang semata-mata adalah harus, contohnya seperti menyimpan dalam akaun semasa, akaun tetap dan pelaburan atas dasar wadiah dan tidak mengambil faedah; dan
b. Menyimpan dengan tujuan mengambil faedah adalah haram. Namun demikian, faedah yang diperoleh daripada hasil simpanan tidak wajar ditinggalkan kepada pihak bank, tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
4. Hukum Memberi Sewa Bangunan
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 pada 11-12 April 1984 tentang persoalan Tabung Haji memberi sewa bangunannya kepada institusi kewangan yang tidak mengikut Islam adalah seperti berikut:
Tabung Haji berkongsi dagang dengan pihak yang menjalankan perniagaannya bukan mengikut lunas-lunas Islam dan menyewakan bangunannya kepada bank tersebut atau institusi kewangan tersebut adalah haram hukumnya.
5. Hukum Memegang (Memiliki) Saham Bank
Berdasarkan muamalah yang dijalankan oleh bank maka pemegang saham terlibat dengan muamalah riba yang diharamkan oleh syarak.
Detail di :
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/keputusan_muzakarah/2010/05/3_Fatwa_Ketiga.pdf
Wallahua'alm
March 21, 2009
AMALAN FITRAH MANUSIA..
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah..
Dah lama tak post. Entry kali ini cadangnya nak share ilmu – apa yang dapat masa kulliah Tafaqquh. Untuk makluman, Kuliah Tafaqquh (Akhawat) di sini diadakan pada setiap hari Jumaat, kalau tak jam8.00pg, 12.30tgh (lepas Jumaat). Manfaatnya – tak yah cakap la, memang banyak.. So, rugi la buat sesiapa yang tak pernah datang/tak datang tafaqquh. Tak sampai setahun lagi ana dan sahabat satu batch duduk di madinah Irbid ni, tapi Alhamdulillah dah berkesempatan ceduk banyak ilmu (walaupun tak cukup lagi).. Tahniah buat Biro Pembangunan Rohani, PERMAI. So far dah sempat mendengar kupasan mengenai bab puasa, haji, hadis, munakahat, ibadah – yang tengah berlangsung sekarang.
So…
BAB FITRAH…
Kitab rujukan ; Syarah el-Muqaddimah el-Hadhramiyyah,
Syeikh Abdullah ibn Abd Rahman Bifadhl el- Hadhramy (mazhab Syafi’e)
Indahnya Islam. Hadirnya ia mengajarkan segalanya kepada ummat manusia, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besarnya – daripada adab masuk tandas, sehinggalah adab memerintah Negara. ‘Adzeem. Benarlah Islam itu Ad-Deen – way of life..
1. Disunatkan bersiwak (berus gigi) dalam setiap hal, khususnya ketika wudu’, solat – Bukhari (887), membaca al-quran dan hadith, serta berzikir. Juga disunatkan ketika memasuki rumah – Bukhari (591), bangun dari tidur dan sebelum tidur.
Dikatakan, makruh bagi orang yang berpuasa untuk bersiwak selepas Zohor - . Dan hendaklah orang yang bersiwak itu menggunakan benda yang kesat, selain daripada jarinya. Yang paling utama adalah ‘kayu Arak’ – macam kayu sugi tu..
Selain itu, diajarkan juga cara untuk menggosok gigi, iaitu dimulai dengan lintangan gigi (gosok dari atas ke bawah). Start belah kanan dulu, bawa ke tengah.. Then, kiri pula, bawa ke tengah. (dapat tak ni??) Kenapa makruh gosok melintang?? – sebab nanti gusi luka, mudharat pula. Lain pula halnya dengan lidah, disunatkan gosok lidah secara menengak – Muslim (592).
p/s; Nampak tak indahnya Islam?? Kalaulah orang yang mula-mula mencipta ‘berus gigi’ tu Muslim, dan niat kerana Allah, mesti banyak pahala dia. Nurse yang ajar gosok gigi masa darjah satu tu pun sama.. Banyangkanlah, semua manusia kat dunia ni guna berus gigi. Subhanallah.
2. Disunatkan meminyakkan rambut. Tapi bukanlah sepanjang masa. Sebaik-baiknya selang sehari. Barula umat manusia ni nampak umat Islam ni kemas je.
3. Disunatkan bercelak secara witir (bilangan ganjil). Saranan ini lebih ditujukan kepada orang lelaki. Sebab orang perempuan yang bercelak termasuk dalam katogari menampakkan perhiasan, kecuali dengan sebab nak mencerahkan penglihatan. Tapi, pakai tu biarlah berpada-pada. (kat rumah lain cerita..)
4. Disunatkan memotong misai, sehingga terlihat merahnya bibir.
p/s; Ust Mahadi kata; cuba bayangkan kalau misai orang tu panjang.. Setiap kali nak makan kena selak misai dulu. Tak ke payah tu..
5. Disunatkan memotong kuku. Afdhalnya hari Khamis, atau Isnin, atau Jumaat.
Cara nak potong; Dimulakan dengan tangan sebelah kanan dulu – jari telunjuk, jari hantu, jari manis, jari kelingking, akhir sekali baru ibu jari. Selepas itu, baru beralih ke tangan kiri – bermula dengan jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk, akhir sekali ibu jari. Manakala jari kaki dimulakan dari jari kelingking kanan – straight ke jari kelingking kiri.
P/s; Sebenarnya tak de hadis pun mengenai cara potong kuku ni. Tapi, ulama’ just susun macamni.. – Tangan paling mulia; tangan kanan, Jari paling mulia; jari telunjuk, Tangan kiri pula; sebaik-baiknya ke kanan. Wallahua’lam.
6. Disunatkan mencabut bulu ketiak dan menghilangkan bulu ari-ari.
Sebaiknya jangan dibiarkan melebihi 40 hari – sangat-sangat ditegah.
7. Disunatkan menyimpan janggut.
8. Disunatkan menginaikan uban dengan warna kemerah-merahan dan kekuningan. – Bukhari (166)
Haram mewarnkan dengan warna hitam, kecuali ketika menuju ke medan perang. Hal demikian untuk menampakkan kemudaan tentera-tentera Islam.
9. Disunatkan bagi perempuan yang sudah berkahwin menginaikan tangan dan kakinya.
Macamana pula dengan perempuan yang belum berkahwin?? – termasuk dalam bab menampakkan perhiasan.
P/s; So, cover-cover la kalau pakai tu. Tak perlu la nak menzahirkan sangat. Cuma situasi di Malaysia telah menjadi adat dalam kalangan masyarakat Melayu.
10. Makruh potong rambut (membotakkan) separuh daripada kepala.
Contoh senang; rambut Trojan.
P/s; pernah je Nampak orang lelaki / kanak-kanak lelaki yang tak de rambut, tapi tiba-tiba je ada ekor kat hujung kepala.. hurm..
11. Makruh cabut uban dan janggut. – Bukhari (5892), dan Muslim (600)
Sebab uban adalah cahaya orang mukmin.
P/s; tapi kalau mak suruh cabut uban janganlah marah mak pula. Sebab bukannya haram.. Cuma ditegah – makruh.
12. Makruh berjalan dengan satu sepatu – hadis bukhari (5855), dan Muslim (5496)
13. Makruh pakai kasut dalam keadaan berdiri.
Maksudnya; kasut yang memerlukan kita duduk untuk pakai. Contoh; kasut bertali, dsb. So, kalau pakai selipar, tak perlu la duduk.. :p
Wallahua’lam
Semoga ada manfaatnya.
- Bahagialah umat manusia, jika hidup berlandaskan ketetapan Allah..
Mukhlisah Mardhiah
21 Mac 2009 – 9.15 pg
Irbid, Jordan