Bismillah
Tanggal 27 Ramadhan 1433H = 15 Ogos 2012, 10.15pm, Jumaat.
Alhamdulillah. Meriah suasana dengan kelahiran putera sulung merangkap cucu sulung dua famili! Sungguh benar, kata orang bertambah rezeki dengan bertambahnya orang baru.
*Untuk posting pasal baby, saya akan gunakan gelaran umy sebagai pengganti diri :) ..*
Sedar tak sedar Aish Mustofa dah nak genap setahun berada di dunia ni. Ikut kalender lunar (qamari), lebih kurang sebulan je lagi. Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Untuk 3 bulan pertama dulu, MashaAllah, memang teruji dengan kehidupan baru. Maklumlah, baru sahaja bergelar umy. :) Seronok! Banyak perkara yang perlu dan mesti tahu. Rezeki pun terasa melimpah ruah. Alhamdulillah
Baby umy ni unik. Umur 7 bulan dah start tumbuh gigi. Sekarang dah ada 6 batang! Tu pun gatal gusi lagi nak tumbuh yang lain. Bubur, nestum, biskut rusk awal-awal lagi tak mahu.. nak juga makan macam orang besar.
Setiap kali baby umy tak sehat or demam, mesti umy risau sangat. Tapi biasalah baby demam nak membesar. Selagi dia menyusu OK, tak muntah-muntah, lampin dia basah macam biasa, no worries! Kalau tak, bawa la jumpa doktor. Setiap kali baik demam, ada je skill baru yang dikuasainya.. naik maqam lah katakan~ Ni pun baru baik demam semalam. Sehat je terus pandai meniti tepi katil laju-laju. :)
Tips kalau baby demam, jangan mandikan dengan air suam, or selimutkan macam orang dewasa.
-Mandikan baby dengan kerap
-Pakaikan baju nipis-nipis je, or pakai pampers je
-Biar dia terdedah dengan kesejukan
-Dedahkan dengan udara fresh. Jangan asyik terperap je dalam bilik or rumah - udara terperap kan kotor.
-Malam-malam kalau baby susah tidur, stand by besen/botol air dengan tuala kecil, lap badan baby selalu.. insyallah dia tidur lena semula. Boleh juga campur dengan daun kaduk or daun bunga raya, etc bagi sejuk.
Semua kat atas ni umy dah praktikkan bebrapa kali, Alhamdulillah berkesan. Dah beberapa kali juga umy bawa baby Aish jalan-jalan masa demam, balik rumah je terus kebah demam.. dah hirup udara segar kot, and jumpa ramai orang.. suka la tu.
Sekarang umy just bagi baby ubat homopati. Dah tak guna ubat farmasi or hospital. Alhamdulillah, so far cepat la nampak kesannya. Stok ubat yang ada sekarang; ubat demam, selsema, batuk, tahan panas di samping ubat tambahan untuk tumbesaran seimbang baby, ada (a) dan (b).
Hari tu ambil ubat di klinik homopati di Kg. Baru. sebotol rm10 je.. tak mahal mana. Tapi sepupu Aish di Batu Pahat, Mashkura katanya ambil rm7 je per botol. Setengah tempat ada yang lagi mahal.
Sekian dulu sharing umy.
Nyte and Salam! ;)
Regards,
Ummu Aish
Mansoura, Egypt
Showing posts with label MY DIARI. Show all posts
Showing posts with label MY DIARI. Show all posts
June 30, 2013
April 12, 2012
Miss to Madam Sharing~3
..sambungan..
Dan Kini...
Dan Kini...
Kalau orang bertanya, "duduk di mana?"
Saya jawab; "Rumah mak mertua".
"Oh.. sekali dengan suami lah".
"Tak lah.. Tak duduk sama".
..Confirm mereka tercengang..
Saya di KL, sebab belajar. Suami di Mesir, pun sebab belajar.
Maka bermula lah set soalan yang biasa diajukan.....
Setiap keputusan dalam hidup kan akan ada 'opportunity cost' ;- kos lepas yang terpaksa ditangguhkan untuk mencapai sesuatu.
Yup, walaupun bukan senang.
Double @ Kuasa Dua
Bila dah berkahwin ni, segalanya jadi double; urusan peribadi, family, adik-beradik, saudara-mara, ownership, etc + bermacam-macam lagi ragam manusia. Hatta bila fikir nak balik kampung pun; ops, ada 2 tempat lah.
Adik beradik saya semuanya perempuan, adik beradik husband- seorang je perempuan, yang lain semuanya lelaki. Pun satu hal juga nak kena adaptasi. Tiba-tiba je dapat ramai abang. Tapi husband selalu ingatkan, ipar duai ni Nabi kata ibarat 'saamm' : racun. Mereka tiada apa-apa hubungan tetapi dekat. Kadang-kadang bila semua orang berkumpul atau ada di rumah, kan dah bercampur. Pandai-pandai lah berinteraksi dan menjaga diri. Nak jaga hati sesama adik beradik pun kena ambil kira. Semua orang bukan sama fikrah.
Janganlah pula sehingga menggagap adik beradik pasangan = adik beradik kita sendiri, lalu menghalalkan aurat (khususnya tidak bertudung bagi perempuan) dilihat sesama ipar duai. Salam menyalam antara lelaki perempuan pun diamalkan, tidak boleh begitu. Memang terlebih mesra masyarakat Melayu kita ini.
Janganlah pula sehingga menggagap adik beradik pasangan = adik beradik kita sendiri, lalu menghalalkan aurat (khususnya tidak bertudung bagi perempuan) dilihat sesama ipar duai. Salam menyalam antara lelaki perempuan pun diamalkan, tidak boleh begitu. Memang terlebih mesra masyarakat Melayu kita ini.
Madu dan Hempedu
Biasalah, hakikat rumah tangga kadangkala dilimpahi madu, kadang-kadang terasa bak hempedu. Ayat kliche; 'sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri'. Realiti yang harus di setting sebelum berkahwin lagi. Ada masanya masalah akan datang daripada diri sendiri, kadang kala puncanya dari orang sekeliling, namun akibatnya tempias pada kita. Ada masanya masalah itu kecil sahaja, tapi bila dah ada campur tangan akan menjadi lebih besar. Syaitan pun selalu stand-by nak memporak perandakan manusia.
Bila dah ditimpa berbagai musibah, ingatlah semula.. "Kenapa mesti berkahwin.." Bukankah Allah telah menciptakan pasangan kita itu orang yang terbaik untuk kita. Lagipun perkahwinan ini bukan setakat di dunia sahaja, bercinta hingga ke syurga, kerana dunia hanya sementara, yang kekal hanyalah hari akhirat. Kita sudah banyak mempelajari teori, tapi praktikalnya, memerlukan mujahadah (kesungguhan yang tinggi) untuk dilaksanakan.
Ingatlah, orang yang diuji itukan disayangi Allah. Banyak sangat hint yang Allah bagi untuk sedarkan kita sebenarnya. Pernah satu masa, entah kenapa emosi betul-betul tak stabil, cepat sangat rasa tak puas hati dan nak marah. Dalam masa yang sama tak redha diri sendiri buat macam tu. But then, bila buka Quran mesti jumpa ayat 'sabar'. Bila on radio or tengok tv, pun akan dengar banyak kali perkataan 'sabar'. Pergi ke mana sahaja, ada-ada je Allah temukan dengan sesuatu yang tak diduga.
Rezeki
Kan Allah dah kata, Allah akan luaskan rezeki bagi orang yang berkahwin. Exactly! Saya dah rasa. Subhanallah, memang cantik aturan Allah. Orang selalu bagi alasan tak nak kahwin lagi, sebab kewangan belum stabil. One side, bagus lah. Tapi 'kestabilan kewangan' itu kan banyak levelnya. Agak-agak kalau dah masuk level haajiyaat, ok la tu. Then Allah akan luaskan.
* 3 level kestabilan hidup;
i- Dharuriyat (Needs), ii-Haajiyaat (Wants), iii-Tahsiniyaat (??Kesempurnaan..)
Kawan saya dah melepasi umur 25, gaji starting RM4***.. pun tak cukup lagi katanya. Kalau guna semua memang lah tak cukup. But then cuba fikir, orang bergaji RM4/5ratus pun boleh kahwin dan ada ramai anak..
OKlah. Cukup dulu untuk kali ini..
Semoga Allah terus menegur kesilapan kita, daripada terus hanyut tanpa bantuan.
Wallahua'alam.
Mukhlisah Mardhiah
DP_KL
January 26, 2012
Miss to Madam Sharing~2
...sambungan...
Ops, Part Penting sebelum Kami Berkahwin..
Ops, Part Penting sebelum Kami Berkahwin..
'Dia' pulang dari Mesir selepas tamat belajar pada bulan Ogos 2011, pada bulan Ramadhan. Waktu itu tarikh perkahwinan kami masih belum lagi ditetapkan. Pesan abah kepadanya mudah, "balik je dulu, nanti kita bincang".
Rezeki Allah nak bagi, tup-tup 'dia' lulus semua subjek untuk tahun akhir di Al-Azhar, walaupun tidak confident langsung ketika menjawab, katanya. Ditambah pula dengan masalah itu dan ini. In a way, Alhamdulillah.
Kebetulan flightnya ke Malaysia sama dengan flight adik, Nisya. Ica pun balik bercuti sama. Dalam hati saya terdetik, 'memang saje je kan nak balik sama'. Disebabkan itu, emak dan abah ke KLIA, menjemput Isya pulang. Bertemu lah mereka 2 keluarga di sana. Saya tidak pula ke sana kerana banyak lagi urusan kerja di Kuantan. Lagipun memang sengaja saya tidak mahu bertemu dengannya, tidak mahu membuka peluang.
Sebelum 'dia' pulang ke Malaysia, selepas mendapatkan keizinan daripada emak, 'dia' ada memberitahu untuk bertemu dengan saya, biarlah sekejap, biarlah dia terpaksa turun ke Kuantan dari KL. Segala-galanya hanyalah untuk merungkai kekusutan yang wujud antara kami. Saya memberi respon 'OK' + berat hati.
Selepas menjemput Isya, emak lekas menelefon saya. "Angah, kesian mak tengok Bahry dah makin kurus. Sungguh-sungguh dia cakap esok dia nak ke Kuantan jumpa angah. Belum sempat rehat pun. Angah jangan marah dia ye, angah jangan buat itu, buat ini, bla bla bla..". Emak?? Apakah yang telah berlaku? Emak pula yang beriya suruh berjumpa dengannya.
Esok pun menjelang. Seperti biasa, walaupun office hour tamat jam 4.30pm ketika Ramadhan, tapi kami selalu pulang lambat dek menghabiskan kerja-kerja yang masih bersisa. Tambahan pula sekarang Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA 2011) sedang berlangsung. Luar biasa banyaklah kerjanya. Sebelum 5.30pm rupanya 'dia' telah sampai di IKIP Kampus Taman Pertanian, by bus (dari KL) + teksi (dari terminal) + bawa bersama barang-barang kiriman dari Mesir. Aduh! Tak tahu nak tunjuk reaksi macam mana. Nasib baik bukan barang saya seorang, termasuk barang along juga, boleh berkongsi rasa serba salah. Mujur juga ada Firdaus, kawan kami sedari Kulliah, merangkap staf IKIP juga. Firdaus lah yang melayannya sementara menunggu kami menyiapkan kerja di ofis sehingga punch-card-out.
Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Staf lain semuanya sudah pulang. Iyelah, masing-masing berkeluarga, sama-sama menanti dan menyiapkan juadah berbuka. Kami bertiga pensyarah KIBA yang masih bujang ni (saya-along Syida-Kak Nadia Nabila) tidak perlu masak. Balik ke hotel, buffet telah tersedia, berbuka bersama pelajar KIBA. Hari ini sebab ada tetamu, makan luar lah nampaknya. Jom ke Tanjung Lumpur! Along drive!..
Diringkaskan cerita..
Ha.. sehari dua sebelum itu, saya telah mendownload, print out dan mengisi borang yang perlu seperti permohonan nikah, prosedur, dsb, semata-mata untuk membuktikan bahawa saya bukannya tidak kesah langsung dan tidak berbuat apa-apa untuk perkahwinan kami. Nampak juga terkejut di wajahnya bila saya minta 'dia' mengisikan ruang pengantin lelaki di dalam borang. :)
Kami bertemu, berbual, bertukar pendapat seperti tiada masalah langsung yang pernah berlaku antara kami. Semuanya OK. Makan pun kenyang. Tup-tup 'dia' yang belanja makan besar haritu. Bila dah terhidang ikan besar, along lah yang makan banyak sekali + sotong goreng, dll.
...
Malam itu setelah semuanya selesai dan 'dia' pun selamat pulang ke KL, saya masuk tidur awal. Betul-betul penat berbanding selalu. Sedari pagi ke sana dan ke mari. Baru sahaja hendak terlelap, pintu bilik dikuak. "Adiikk, Saif tertinggal hp ke??!", soal along kehairanan bila mendapati di dalam beg plastik terdapat kotak hp Samsung Galaxy Fit di atas kotak kurma kiriman untuk along. Dalam mamai, saya menghantar sms, bertanya kepadanya. Dibalasnya, "Untuk Mardiah.. selalu call dari Mesir tak clear + susah nak dapat!". Ops, tak tahu nak cakap apa, sebab selalu je sengaja tidak mahu mengangkat call. Erk, OK..
Banyak betul perkara yang 'dia' lakukan untuk mengambil hati. Tapi, entahlah, kadang-kadang memang selalu saya tidak mahu beri muka. 'Biarlah, belum lagi bergelar suami isteri..'. Tapi kesian juga, tunang sendiri kot. Yang penting, Allah selamatkan hati.
Tibalah masanya...
16 Sept 2011. "Angah please! Harini tolong manis muka depan dia. Cukuplah apa yang kau dah buat pada dia selama ni, dah cukup terseksa. Balik-balik jumpa muka serius, kelat je..", beriya kakak saya mengingkatkan. "OK, cheese! (senyum lebar)".
Alhamdulillah, selesai. Nak kata tersentuh dengan teks khutbah dan kata-kata Tok Naib, tidak lah juga. Sebab kebetulan beberapa majlis nikah saudara mara dalam masa terdekat ni, saya selalu duduk berdekatan Tok Naib, sibuk mengambil gambar pengantin dan pernah menjadi pengapit. So, dah biasa dengar, maka bukan sesuatu yang baru.
Walaupun sebelum ini dia pernah mendakwa dia semakin kenal saya, namun saya dapat merasakan seolah-olah 'dia' baru sahaja mengenali saya yang sebenar pada malam itu. Memang saya melayannya sehabis biasa, sama seperti saya melayan kawan-kawan perempuan yang lain.
"Mardiah, biarlah dia yang tarik tangan awak, bukan awak tarik tangan dia", siku salah seorang kawan saya yang hadir di majlis kami. Saya hanya senyum. Dalam hati; 'Biarlah, dah lama benar aku buat dia menderita. Lagipun ni rumahku, mesti dia segan, ramai perempuan pula tu'.
Selepas majlis, makan malam, dan bergambar selesai, 'dia' pulang bersama keluarganya ke KL. Saya dan yang tinggal pula apa lagi, berkemaslah.
Dijadikan cerita, takdir Allah..
Selepas jam 12 malam itu, tinggal adik beradik saya sahaja yang masih mengemas, menghabiskan kerja yang berbaki, yang lain ramai yang telah masuk beradu. Tiba-tiba, Isya terhempaskan sedulang cawan. Saya yang ketika itu sedang berada di hadapan hanya terdetik, 'haish, apa pulak lah tu', namun membiarkan sahaja.
Tidak lama kemudian, saya menerima sms darinya; "Allah nak uji, kami ditimpa musibah. Doakan kawan kami kritikal. Yang lain cedera ringan je". Terpana. Tak faham. Sebelum itu kami berbalas msg, OK je. Rupa-rupanya mereka terlibat dalam kemalangan di Highway Karak-KL, jalan raya licin, hujan. Kereta terbabas, remuk habis, tidak boleh dibaiki langsung, sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat kereta itu pasti akan mendakwa kesemua penumpangnya tidak selamat.
Argh, bila keadaan dah jadi macam ni, esok mesti balik KL, membatalkan niat untuk konvoi menghadiri majlis walimah sahabat kami, Sharifah Nurul Nadiah di Kuantan. Alhamdulillah 'dia' sedikit pun tidak cedera kerana dihalang oleh abangnya, Azim yang cedera di muka dek terkena serpihan kaca. Sahabatnya Iqbal terbelah kulit kepala menampakkan tengkorak, tetapi stabil, Fuad sahabat baiknya yang seorang lagi terlantar di ICU, kehilangan banyak darah kerana tercampak ke luar kereta. Memang tragis. Namun, Alhamdulillah Allah selamatkan semuanya.
Dan kini...
...bersambung lagi...
November 22, 2011
Miss to Madam Sharing~1
Bismillah
Tarikh bertunang : 16 Sept 2010 (7 Syawal 1431H)
Tarikh aqad nikah : 16 Sept 2011 (18 Syawal 1432H)
Tarikh walimah : 26 Nov 2011 (Mentakab, Phg) & 04 Dis 2011 (Ampang, KL)
Alhamdulillah.
Majlis pertunangan dan walimah kami berlangsung dengan sederhana.
Cerita Sebelum Bertunang
Disebabkan kami sama-sama pernah menuntut di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakr untuk STAM sesi 2006, maka ramailah yang telah menyangka bahawa hubungan kami bermula pada saat itu. Jangan salah sangka. Ketika itu kami hanyalah berkawan. Lebih-lebih pun, 'dia' pernah meninggalkan salinan buku 'Ilmu Hebat Berkat' di bawah meja saya di dalam kelas. Itu sahaja.
Sekali sekala kami berhubung, sekadar untuk bertanya sesuatu berkenaan pelajaran, agama, persatuan dan beberapa hal yang lain. Sama seperti saya berhubung dengan orang lain.
Sekali sekala kami berhubung, sekadar untuk bertanya sesuatu berkenaan pelajaran, agama, persatuan dan beberapa hal yang lain. Sama seperti saya berhubung dengan orang lain.
Kemudian ditakdirkan saya memilih jurusan berkembar Kolej IKIP + Universiti Yarmouk, Jordan sejurus selepas keputusan SPM keluar pada tahun yang sama. Dalam masa yang sama, saya masih menyimpan azam untuk mengambil STAM melalui pembelajaran secara individu. Selain ustaz ustazah dan kawan-kawan yang lain, 'dia' juga banyak membantu dengan berkongsi nota, maklumat dan set-set soalan.
Diringkaskan cerita, ditakdirkan Allah, 'dia' telah memilih haluan untuk menyambung ke bumi Mesir selepas memperoleh keputusan STAM pada tahun berikutnya.
Diringkaskan cerita, ditakdirkan Allah, 'dia' telah memilih haluan untuk menyambung ke bumi Mesir selepas memperoleh keputusan STAM pada tahun berikutnya.
Masing-masing membawa haluan masing-masing, sehingga masing-masing mendiamkan diri selepas lama tidak berhubung.
Sehinggalah pada suatu ketika.....
Cerita yang Membawa kepada Pertunangan
Selepas menghabiskan 2 tahun di Malaysia, saya bersama kawan-kawan melengkapkan ijazah yang berbaki lagi 2 tahun di bumi Jordan.
Ribut tidak, taufan pun tidak, setelah sekian lama tidak bertegur, tiba-tiba 'dia' menyapa saya menerusi YM, "dengar cerita dah bertunang. Kenapa tak bagitahu, ye??". Terkasima. Hairan; 1. Dari mana pula asal usul khabar yang diterimanya ini. 2. Kalau betul 'ya' pun, kenapa dia nak kesah. Chatting pada hari itu berakhir dengan 'dia' lega (saya mengagak).
Selepas beberapa bulan, betul-betul sebelum saya menduduki peperiksaan akhir untuk sem ke-2 pada tahun ke-3, satu mail daripadanya masuk ke dalam inbox. Panjang lebar tulisannya, meluahkan rasa hati. Sebenarnya masuk kali ini sudah kali ke-3 dia menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, namun saya selalu sahaja mengelak dengan alasan 'belajar'. Itulah janji saya dengan emak, sedari awal lagi. Sebab itu jugalah saya menolak semua lamaran yang pernah saya terima sebelum ini, 'belum masanya lagi'.
Saya cuma membalas ringkas, "Tersalah alamat ni.." + bagi nombor telefon rumah, hp abah n emak.
Diringkaskan cerita, tahun itu, 2009, 'dia' pulang ke Malaysia, sekaligus mengatur pertemuan untuk ke rumah bertemu emak abah buat pertama kalinya. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu pulang ke Malaysia, lantas mengambil peluang bercuti selama sebulan di bumi Mesir bersama kawan-kawan. Yes! Tak terbatas pergerakan, sebab 'dia' tiada di Mesir. Tup-tup, bila sampai di bumi Cairo, seorang senior menghulurkan bungkusan kepada saya. Oh, rupa-rupanya pemberian darinya. Lekas-lekas saya membuka balutan dan mengeluarkan isinya supaya kawan-kawan lain tidak menyedari. Coklat yang diberikannya saya kongsi bersama kawan-kawan.
Kesimpulan daripada perjumpaannya dengan emak abah untuk kali yang pertama; sungguh tidak ku sangka. 1. Layanan mak abah ketat. 2. Soalan individu bertubi-tubi. 3. Mempertikaikan masih belajar, + belum kerja. 4. Menyoal isu pelajar Mesir yang ramai tidak berkualiti. 5. Jaminan masa depan. 6. Disamping point-point lain. - Mendengar cerita daripadanya sahaja membuatkan saya berfikir, tak sangka emak abah sedahsyat itu untuk melepaskan anak perempuannya kepada orang lain. Hairannya, mak abah tidaklah pula menceritakan kepada saya apa-apa daripada pertemuan itu, seperti semuanya OK sahaja. Ok, fine, ada patutnya juga mereka bertindak sedemikian, untuk kebaikan anak-anak juga. Kalaulah saya berada di tempat kejadian, bagaimanalah agaknya.. Yang paling keluarganya tidak menyangka adalah, sebaik sahaja segala tujahan persoalan (seolah-olah pinangan bakal ditolak), sejurus sebelum menamatkan diskusi, abah membuka mulut, "OK, bertunang tahun depan lepas Mardiah habis belajar". -Apakah?? Lantas saya membuat kesimpulan, 'abah nak test je tu..'.
Untuk kali yang seterusnya, apabila mereka menziarahi keluarga saya, layanan emak abah telah berubah secara total, menjadi mesra.
Maka, betul-betul seminggu selepas saya pulang ke Malaysia pada tahun 2010, selepas Hari Raya Eidul Fitry, kami pun mengikat tali pertunangan, tanpa pengetahuan ramai orang melainkan ahli keluarga terdekat yang membantu. Ketika majlis, mereka menetapkan bahawa kami akan beraqad nikah setahun lagi, sejurus selepas 'dia' tamat belajar.
Bertunang pun ada badainya..
Majlis bertunang sederhana sahaja. Disebabkan barang-barang saya menerusi kargo masih belum tiba dari Jordan, saya hanya meminjam baju kurung emak yang dibelinya tapi tak jadi pakai, ditambah dengan selendang yang sengaja saya beli untuk kenangan di Syria.
Maka bermulalah episod kami sebagai 'tunang orang'. Fuhh, tak tahu nak cerita..
Hampir-hampir juga kami memutuskan pertunangan, rasa tidak sehaluan, putus asa, dsb.
Masakan tidak, waktu itu saya baru habis belajar. Lantas mengalami transformasi dalam hidup, beralih daripada dunia belajar kepada dunia pekerjaan. Baru pula bergelar tunang orang. Banyak perkara baru yang perlu segera diadaptasi untuk masuk dengan suasana. Kerja makin hari makin menimbun. Tanggungjawab telah bertambah. Memang kuat ingin sambung belajar, namun sesi pembelajaran pertama pada tahun 2011 di universiti tempatan baru sahaja ditukar kepada bulan September. 'Saya mesti bekerja selama 7 bulan??' Lari lagi daripada pelan hidup yang asal. Saya mengalami ke'tension'an sehingga jelas tergambar pada wajah. Orang yang rapat sahaja mengetahui.
Kata orang, dalam tempoh pertunangan, itulah waktu yang terbaik untuk lebih mengenali pasangan. Lebih-lebih lagi selepas ini akan hidup berdua bersama-sama. Pendek kata, lebih banyak kebaikan dan keburukan pasangan yang kita akan tahu. Namun, entah kenapa, selain daripada hasutan syaitan untuk menggagalkan misi suci mendirikan masjid, saya terasa bahawa saya semakin menjauhinya. Semua perkara yang berkaitan dengannya menjadi tidak kena. Senang cerita, jika terlihat sahaja kelibatnya online, terus saya akan offline. Pernah juga tercatat di skrin hp miscall daripadanya sehingga 17x. Saya tahu, salah saya untuk tidak mahu bertoleransi. Semuanya disebabkan tension kerana terlalu banyak perkara baru dalam hidup dan tidak sempat untuk saya bersedia menghadapinya. Dan saya kira ini fasa kegagalan. Ketensionan saya juga telah membuatkannya tension. Ditambah pula ini tahun terakhirnya di Universiti Al-Azhar. Memang mati-mati ketika itu 'dia' fikir 'dia' akan sangkut dalam beberapa subjek.
Pernah saya menyuarakan pada emak, "mak angah tak nak kahwin". Saya kira waktu itu semua orang turut buntu, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Hanya abah yang stay cool, macam selalu. "Alaah, lepas kahwin nanti OK la tu", bersahaja abah bercakap dengan emak. Suatu perkara yang membuatkan saya tercuit hati, dalam banyak-banyak suggestion emak untuk menyelesaikan masalah, emak ada menyuruh saya menulis surat kepadanya, menceritakan kedudukan yang sebenar. Ketika mendengarnya saya tergelak, 'surat??'. Ops, sorry mak.. Tak pernah terlintas pun untuk menulis surat segala. Ok, convert jadi 'e-mail', is acceptable. Dulu dalam bilik mak memang banyak surat cinta dengan abah, tapi bila dah terkantoi dengan anak-anak, habis semua abah bakar. Alah! sayang.. Saya kira ayat sastera yang boleh dibukukan!
Kalau tak salah saya, sehingga sebulan sebelum kami betul-betul bernikah pun, kami masih tidak punya tarikh pernikahan yang tetap dan pasti. Saya sudah tidak kesah, menyerahkan bulat-bulat kepada emak abah. Memang mengambil langkah berani mati. Lagipun memang dari awal lagi kami ingin membuat majlis nikah dan walimah berasingan, jadi tidak timbul masalah untuk menjemput orang ramai dan menempah kad perkahwinan segala. Kalau ikut ura-ura asal, majlis nikah akan dilangsungkan pada bulan November. Alang-alang adik dah ada di rumah, bercuti sebelum pulang semula menyambung pengajian di Mesir pada akhir September, abah pun menukar tarikh nikah kepada 16 September 2011. Hanya beberapa hari sebelum nikah baru saya sedar bahawa tarikh nikah kami = tarikh tunang kami, tidak dirancang.
5 September saya baru sahaja mendaftarkan pengajian di UIA. Alhamdulillah, lapangnya rasa hati dapat mencapai hajat sambung belajar. Terasa angin tension terlepas sebahagiannya. 14 dan 15 September saya masih di KL, mengikuti bengkel research bersama beberapa orang staf IKIP, juga di UIA. Khabar saya bakal bernikah 16 Sept malam masih belum sempat disebarkan, tak sempat online. Bila rakan-rakan staf tahu, terkejut besar mereka. "Ha? Mardiah dah nak nikah?? Senyap-senyap je. Orang nak nikah, seminggu sebelum dah balik kampung. Dia relaxx je..". Mulalah macam-macam sindiran dan usikan. "Drive elok-elok! Darah manis!!".
Lewat petang itu, saya pun bertolak ke Pahang bersama kakak. Mujur sahabat lain turun membantu sama. Tidak lain tidak bukan Aini dan Nor. Asalnya ada je orang offer nak drive, kesian kat bakal pengantin lah kononnya. Lastly, saya seorang sahaja yang drive sampai Mentakab. Masing-masing penat. Kami tiba di Mentakab jam 10 malam, kurang 24 jam lagi saya akan bergelar isteri orang. Dengan banyak perkara lagi yang belum settle. Hanya beberapa orang sahaja saudara yang turun membantu. Iyelah, duduk di tanah lot, adik beradik emak hanya 2 orang, abah pula tinggal 4 orang yang masih hidup, ada pula yang duduk berjauhan. Setengah jam kemudian datanglah pertolongan dari Kuantan, satu kereta along Syida dengan students. Thank a lot my dear.. Takde korang sume, tak tahu lah..
Pagi 16 September, baru sempat saya online dan post di FB, terus diletakkan sekali tarikh walimah pada bulan November. Macam-macam feedback mengejut yang saya terima. Hari itu memang busy. Sehingga jam 5 pm saya masih di bandar Temerloh, menguruskan itu ini, mengambil kek tempahan, dsb. Walhal majlis nikah jam 8! Sume orang yang menyaksikan risau dengan tindakan saya yang hanya bersahaja.. Rilex.. (belajar dari abah :) ..Nikah je pun.. Bukan kena pergi mana-mana pun.. Tak berubah jadi orang lainnya.. Tambahan pula lepas nikah, dia ikut pulang ke KL bersama keluarganya.
"Kak Mardiah, saya tak pernah tengok orang nak kahwin serilex akak..", x-students menyapa dengan muka yang penuh kehairanan. Saya hanya tersenyum.
....bersambung....
P/s; akhirnya selamat juga dikeluarkan daripada 'draft'..
-edited-
September 12, 2011
Postgraduate in IIiBF (IIU Inst. of Islamic Banking and Finance) & English Special Class
Main Auditorium IIiBF, Jalan Damansara
Bismillah..
Untuk info kesuluruhan dan objektif Master in IBF (MIBF), klik di sini.
atau, info lebih lanjut bersama dengan senarai subjek, klik di sini.
Senarai 'Tuiton fee' for MIBF, klik di sini.
Untuk permohonan 'postgraduate' (master / phd) di IIUM, klik di sini.
Untuk melayari webpage IIiBF, klik di sini.
Nasihat 1 : Bahasa Inggeris.
Tidak menjadi masalah jika anda tidak mempunyai mana-mana sijil bahasa Inggeris (MUET tidak diambil kira). Namun, masalah seterusnya akan berlaku. Maka,
Strategi 1 : Ambil salah 1 dari exam berikut sebelum membuat permohonan postgraduate ke IIUM, dan pastikan result anda memenuhi syarat;
1. Test of English as a Foreign Language (TOEFL), >550.
2. Test administered by the International English Language Testing Services (IELTS), band 6>.
Sijil ini laku dalam tempoh 2 tahun.
Strategi 2 : Apply postgraduate macam biasa (tanpa sijil English), study hard + smart, datang register di IIUM, dan keesokan harinya ambil;
- IIUM English Placement Test (EPT)
..pastikan anda berjaya memperoleh Band 6 ++ (overall band).. [terdiri daripada Reading & Writting Section].
JIKA TIDAK BERJAYA, tidak mengapa. (namun tempoh belajar anda akan jadi lebih panjang, sebab kena extand 1 semester -atau sampai PASS English exam, tempoh diberikan ; 2 tahun- baru boleh register any master course).
Plan no. 3 : Register Special Language Class di CELPAD (Centre for Languages and Pra-University Academic Development). -ala2 markaz lughah-
Info lanjut, klik di sini.
Fee : RM600.00 ++ (kena tambah lah).
Period of study : 1 semester.
Credit hour : 10 hours. (!)
..Study smart.. Nanti bila ambil exam, make sure band 6 or above.
Kalau dapat, tahniah! dah boleh register courses.
Kalau tak lepas lagi, masuk lah CELPAD untuk 1 sem lagi.. (na'udzubillah).
Nasihat 2 : Enrolment.
Datang untuk register di IIUM, Gombak.
Pastikan registeration fee and yuran 1st sem sudah dibayar terlebih dahulu melalui bank in / inter-bank / online banking. Cash tidak diterima.
Kalau belum bayar?? - boleh juga datang terus, tapi staff akan minta kita ke bank Muamalat (IIUM Branch), kemudian beratur panjang untuk selesaikan urusan tersebut, baru boleh go on register.
1 lagi, print out borang medical check-up daripada Student Booklet IIUM (klu takde call mereka and minta, nanti akan di e-mail kan). Then pergi ke HOSPITAL KERAJAAN sahaja untuk settlekan check-up. X-ray tak pe la kat mana2 pun. Kalau buat check up di klinik or hospital swasta, rejected, bazir duit.
Berikut merupakan checkpoint list yang mesti dilalui bagi menyelesaikan seluruh registration process;
1. Pre-Registration and Checking of Documents
- Payment Slip / Scholarship Letter
- Original doc for verification
2. Verification Documents
- Degree & Transcript & Other related doc.s
3. Deferment (ONLY for Defer Student)
4. Finance Division
- Settlement of Registration Fees
- UIAM Student Acc : 1407-0000005-71-9 - Bank Muamalat
5. Matriculation
6. Issuance of pin number
- To enable you to do online course registration
- To enable you to log in to Student's Portal
7. Hostel / Mahallah Registration (if any)
8. IIUM Health Centre
- X-ray and Medical Check-up report from government hospital.
9. Postgraduate Student Affairs
- To collect student's kit
- To collect all information about PG studies
- To submit Financial declaration & survey form
10. Temporary Matric Card
- Provide 1 passport pic.
11. IIUM Smart Card
12. Information Technology Division (ITD) Smart Lab
- Activation Pin Number ++
...Dah habis semua ni, baru senang hati, terpulang lah nak jalan ke mana..
Welcome to IIUM ~ Garden of Knowledge and Virtue!
But normally, 2nd day after registration, if you don't have any IELTS certified for Band 6 and above, you need to sit for English Placement Test (EPT) or and APT (Arabic), depend on your offer letter. Best of luck!
Master prog.s don't have ta'aruf or Orientation week like Undergraduate students do. But we just have ta'aruf by divisons at IIUM or from our Kulliah as stated in timetable given during enrolment.
Nasihat 3 : Pre-requisite courses
Tak sure universiti lain ada subjek2 pre-requisite ni juga atau tidak.
Daripada transkrip degree kita tu, mereka akan scan dan match kan dengan program master yang kita nak ambil. Sekiranya ada beberapa subjek yang sepatutnya kita ambil sebelum ni (yg basic lah), tapi kita tak ambil, maka, sebelum daftar master courses, UIA mewajibkan kita untuk ambil pre-requisite courses ni dulu. Belajar rajin-rajin sampai lulus, baru boleh daftar master courses. Pemarkahan = A / B / Fail.
Like me, myself.. daripada transkrip dergree in shariah, islamic econ n banking yang dah belajar dulu, saya just kena ambil 2 lagi subjek finance. sebab dulu kurang belajar subjek finance. Setengah student ada yang kena ambil sampai 5 subjek, It's depend.
Klik di sini untuk melihat senarai pre-requisite courses for IIiBF yang boleh jadi kena lengkapkan.. http://www.iium.edu.my/iiibf/programmes-courses
Wallahu'alam..
Sharing from,
Sis Mardiah Shaharum
IIUM PG Student,
Sept 2011 intake.
(lama nya artikel ni ambil masa utk di post. aasif) + edited on nov'11
"Salam Eid Al-Fitry 1432H"
Bismillah..27 Ramadhan 1431H : Syria - Jordan - Malaysia
Syawal 1432H : Alhamdulillah, genap setahun.
Masih dalam mood raya, maka, taqabbalallah & "Salam Eidul Fitry" kepada
Sanak saudara, guru guru, rakan taulan, dan semua yang mengenali..
Khususnya kepada;
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan Tadika Amal, Taman Saga, 1994
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan SK Bandar Mentakab, 1995-1996, 1999-2000
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan SK Desa Bakti, 1996
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan SK Rantau Panjang, Lanchang, 1997-1998
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan SMA Al-Khairiah, Temerloh, 2001-2005
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan STA Sultan Abu Bakar, Pekan, 2006
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan Kolej IKIP, Kampus Taman Pertanian, 2006-2008
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan Universiti Yarmouk, Jordan, 2008-2010
Rakan-rakan, guru-guru & kakitangan Universiti Abu-Nour, Syria, 2010
Pensyarah dan staff Kolej Antarabangsa IKIP, 2011
Warga KIBA IKIP 2011
Staff Yayasan Pahang
Maaf Zahir Batin atas semua kesalahan, sengaja/tidak, besar/kecil.
Maaf kepada guru-guru yang tidak dihantar kiriman SMS eidul fitry, kerana kehilangan banyak nombor.
May Allah bless.
"Jom puasa sunat Syawal!"
Ikhlas dari yang bergelar anak/anak murid/kawan/staff,
Miss Mardiah Bt Shaharum
August 2, 2011
Teringat Ramadhan >< 10 tahun dahulu..
Bismillah.
Salam Ramadhan 1432H!
Ucapan Ramadhan = "Ramadhaan Kareem!"
Jawablah = "Allahu Akram!"
Teringat Ramadhan lebih kurang 10 tahun lepas...
Cerita 1 : Kalau penat, tidur!
Memanglah makruh banyak tidur sepanjang Ramadhan. Tapi dah namanya budak-budak. Maka, inilah suggestion terakhir mak bila nampak muka anak-anaknya dah toye semacam je; "kalau penat, tidur la..!". Celik-celik mata - "Wah, makanan dah siap!".
Confius juga kadang tu tengok kawan-kawan segar bugar je main-main, haa.. puasa yang yang yok yee??!
Cerita 2 : Bazaar Ramadhan.
Nafsu budak-budak memang besar. (orang tua pun setengahnya macamtu juga.) Disebabkan berjaya puasa sampai ke petang, maka minta apa sahaja dapat. Lebih-lebih lagi dengan embah (panggilan datuk/nenek bagi orang Jawa). Kalau tak puasa pun dia akan belikan macam-macam. Seolah-olah nak buka bazaar lagi satu kat dalam rumah. Dengan ayam goleknya, sotong kangkungnya, kuih muih berwarna warninya, etc.. Fuhh..
Dah besar ni, insaflah sikit. Dah faham makna istilah membazir. Lagipun, bukan senang nak cari duit!
Cerita 3 : 1 juzu' RM3!
Wahh.. bila abah announce macam tu, apa lagi.. 'sungguh rajin'lah kami menghadap al-quran setiap hari, lebih-lebih lg lepas solat. 1 juzu' = rm3, kalau 30juzu' = rm90! Untuk seorang murid kecil, jumlah itu tersangatlah banyak. Maka berlumbalah kami 3 beradik mengkhatamkan al-Quran sehingga ke penghujung Ramadhan. Siap tampal jadual dan 'tick' lg di dinding - column akak-angah-adik. Biasalah, budak-budak suka competition dan tak boleh orang lain mendahului. "Fastabiqul Khairaaat!!" (Maka berlumbalah dalam membuat kebaikan!) - Orang tua pun actually macamtu!
Cerita 4 : Pilih pahala solat Tarawikh.
Dulu-dulu mana tahu wujudnya istilah 'hadis maudu' (hadis yang direka), dan istilah-istilah lainnya. Tengok hadis-hadis fadhilat solat Tarawikh dari 1 Ramadhan hingga akhirnya tu macam famous dan tersebar meluas je, so print-out lah satu salinan, tampal di bilik sembahyang. Agak-agak malam tu liat sikit nak solat tarawikh, cek balik pahala tarawikh malam yang berkenaan, kalau rasa macam tak berapa gempak je compare dengan pahala malam lain, tak buatlah solat tarawikh. Adeehh!.. Kalau tengok pahala malam tu gah semacam je, waahh.. bersungguh-sungguh mendirikannya.
Cerita 5 : Kanak-kanak mencari Lailatul Qadr
Yang tahunya malam Lailatul Qadar ni sangat-sangat hebat, rugi kalau tak jaga malam tu. Abah kata malam Lailatul Qadar langit cerah sangat-sangat, esok paginya matahari lambat keluar. So malam-malam terakhir Ramadhan abah rajin kejut kami anak-anak. Yang kitorang ni pula, kalau terjaga awal je sebelum sahur, buka tingkap dulu ; nak tengok langit cerah ke tak. Kalau tak cerah, malam tu bukan lailatul qadar la. Maka, sambung tidur semula! Adeeh! Untuk lebih mententeramkan hati bahawa malam tadi bukan lailatul qadar, esok pagi tengok matahari, kalau cepat je panas macam hari-hari biasa, legalah kalau tadi tak terjaga malam.
Tup-tup bila betul-betul kena Lailatul Qadar mesti lambat terjaga dari tidur. Masatu mula la nak menggelabah, takut tak sempat catchup pahala malam tu. Makan sahur pun ala kadar je.
Konklusi Cerita ;
Banyak lagi kisah zaman kanak-kanak sepanjang Ramadhan dulu. Tapi, hasilnya, lama kelamaan kami semakin nampak, apa sebenarnya yang abah ingin tunjukkan pada kami anak-anak. Automatically bila dah semakin membesar, semakin faham. Rindunya nak sambut Ramadhan di rumah...
ALHAMDULILLAH.
Terima kasih abah, mak!
Yang bukan lagi kanak-kanak,
Mard_Shah,
2 Ramadhan 1432H
Ramadhan Kareeem!
Semoga aku semakin ikhlas..
June 16, 2011
Gambar gerhana bulan penuh 16 Jun 2011
~ Gerhana bulan penuh, kemerahan~Bismillah.
Malam tadi kuantan hujan. tengah2 pagi tadi arah bilik tak nampak bulan. itulah, pemandangan hotel mengadap hutan menghijau. hu, nasib.
Jom tengok gambar kejadian gerhana malam tadi.. Subhanallah!
sumber dari : angkasa.gov.my
Malam tadi kuantan hujan. tengah2 pagi tadi arah bilik tak nampak bulan. itulah, pemandangan hotel mengadap hutan menghijau. hu, nasib.
Jom tengok gambar kejadian gerhana malam tadi.. Subhanallah!
sumber dari : angkasa.gov.my

Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
“Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
“Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,”
Angkasa menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Wallahua'alam
Regards,
Mardiah Shaharum
D'embassy Hotel
June 15, 2011
KIBA 2011 Membuka Tirai
Bismillah..
KIBA 2011 Membuka Tirai
KIBA 2011 Membuka Tirai
Sesi Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di Kolej IKIP, Kuantan bagi sesi 2011 telah membuka tirainya. Tahun ini pendaftaran pertama agak terlewat, iaitu tanggal 31 Mei 2011. Hanya lebih kurang 80 orang sahaja pelajar tajaan Yayasan Pahang, MARA, Yayasan Sabah dan persendirian yang mendaftar. Maka, pendaftaran 1st intake ini meninggalkan banyak lagi kerusi-kerusi kosong, membolehkan lebih kurang 20 orang lagi pelajar yang mendaftar pada 2nd intake, seminggu kemudian.
Tahun ini pelajar KIBA IKIP hanyalah terdiri dalam kalangan pelajar yang akan bermusafir ke Mesir dan Jordan dalam Pengajian Islam (termasuk Perbankan Islam) dan Medik. Tiada pengambilan untuk ke Morrocco.
Minggu pertama para pelajar di'orientasi'kan, seperti biasa diserahkan kepada Staff Taman Pertanian. Kelas bermula pada minggu ke-2. Pada permulaan KIBA, 2 kemahiran awal yang ditekankan adalah Maharat Kalam (kemahiran bercakap) dan Maharat Istima' (kemahiran mendengar).
"Insan yang hebat adalah orang yang dapat melahirkan insan HEBAT"!.
Bukan mudah mengajar seseorang menjadi tahu. Apatah lagi menjadi pandai dan mahu. Cabaran tahun ini, lebih kurang 1/2 pelajar KIBA tidak mempunyai asas Bahasa Arab. Mereka tidak tahu kerana mereka tidak diberi tahu. Sebaik sahaja mereka tahu, Subhanallah.. Adzeem.. Syyathiruuunn~ (Terror)
Belajarlah bersungguh
Sememangnya sebahagian pelajar sudah mempunyai asas Bahasa Arab. Cuma apa yang telah dipelajari di bangku sekolah dahulu masih belum mencukupi. Maka sangat perlu untuk para pelajar mempelajari dan memperbetulkan kesalahan yang biasa digunakan dahulu. Bersunggu-sungguhlah, kerana anda di sini hanyalah untuk belajar. Lupakan sementara segala keseronokan lain.
Khoto' huna HALAAL~~ Kesalahan di KIBA diperbolehkan!
Belajarlah dari kesalahan. Kerana kesalahan adalah guru yang terbaik.
Janganlah malu untuk berbuat salah, jika dihujungnya kita tahu akan ada sinar yang lebih bercahaya buat kehidupan seterusnya.
Ustaz ustazah garang?? Oh! Tidak. Saya percaya segala sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musabbabnya. Kalau kamu rajin, masakan kami marah. Kalau kamu ingin menerima, masakan kami tidak mahu memberi. Kalau kamu bertanya, tentu kami menjawab, kadangkala diam itu adalah jawapannya.
"Practise make perfect!".
"Fastabiquul Khaiiiraaaatt!"
Masa hampir tamat. Maka, bersegeralah ke arah perubahan!
Kita bakal menjadi -insan baru-
Miss Mardiah Bt Shaharum
IKIP College,
Campus Taman Pertanian.
March 12, 2011
Kerja itu kan Ibadah..
Bismillah..
Adeh! apa simbolik gambar upin-ipin kat sini..
Adeh! apa simbolik gambar upin-ipin kat sini..Alhamdulillah. Entah sudah ke berapa kali blogger.com ini dilayari, namun tidak ter'publish' juga post terbaru. Sungguh! Kehidupan bekerja jauh berbeza. Namun pekerjaan itu juga adalah suatu ibadah, selagi dasarnya Lillah.. kerana Allah. Moga Allah memberkati seluruh masa yang ada.
......................................................................................
"Ini jihad kita", pesanan En. Airul Amri Amran selaku Vice President Academic (VPA), IKIP International College sering terngiang-ngiang di telinga.
.......................................................................................
Di bawah Sekolah Pengajian Islam @ SOIS (School of Islamic Studies) terdapat 3 program yang ditawarkan; Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) Shariah, Ekonomi dan Perbankan Islam, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Islam. Majoritinya menyumbangkan tenaga manusia di dalam industri kewangan Islam, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi hub Kewangan Islam dunia. Maka, dengan jentera yang ada, sebahagian besarnya dihalakan ke arah pencapaian matlamat tersebut.
........................................................................................
Kali ini, kecemerlangan harus dibuktikan lagi. Bukan hanya pelajar sekolah mahupun penuntut universiti yang harus berusaha sehabis baik, bahkan seorang pekerja. Benar, kecemerlangan itu tidak berterusan. Ada insan yang dikurniakan Allah kecemerlangan tika sesi pembelajarannya, ada pula menemui kecemerlangan di zaman pekerjaannya. Namun semua itu memerlukan USAHA dalam diri insan tersebut, kerana hanya dia yang akan mengubah hidupnya.
.........................................................................................
Sepertimana hadis pertama "innamal a'malu binniyati" ~ "sesungguhnya amalan itu dimulakan dengan NIAT". Ahli motivasi pula sering mengingatkan kita akan kepentingan MIND SET. Semua itu adalah sama. Anggota kita akan diarahkan oleh motor menuju ke arah pencapaian niat atau mind set tersebut. Dan segala gerak laku akan dianggap ibadah, jika diniatkan untuk Allah. Maka Ya Allah, bantulah kami untuk beribadah kepadaMU..
..........................................................................................
..Mengajar orang, di samping gaji masuk setiap bulan, saham akhirat juga berjalan. Salah satu daripada 3 perkara yang kekal dalam diri anak Adam selepas kematiannya. Mudah-mudahan diterimaNYA. Sungguh! Membentuk manusia lebih payah daripada menghasilkan sesebuah teknologi. Untuk menghasilkan sesebuah teknologi pun memerlukan manusia yang berteknokrat.
...........................................................................................
..Penat, payah dan lelah ini langsung tidak dapat disamakan dengan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat yang bekerja untuk Islam tanpa bergaji! Mulianya Engkau, wahai Kekasih Allah. Betapa baraqahnya masa dan seluruh hidup baginda 'alaihi salam, sehingga dapat menjadi qudwah (ikutan) dalam seluruh lapangan kehidupan, mencakupi kehidupan seorang hamba kepada Allah, pemimpin kepada negara, ketua kepada keluarga, dan figure yang selainnya.
............................................................................................
Wallahu'alam..
..Berikan aku semangat..
Mukhlisah,
yang merindui zaman belajar..
10.58 pm
January 21, 2011
Percayakan kuasa minda
Bismillah.
Sekali pandang, bunyinya seperti tajuk artikel motivasi. Tapi sebenarnya tidak. Atau, mungkin juga boleh dianggap sebegitu, bagi sesiapa yang pandai mengimplementasikan apa yang bakal dibaca dalam kehidupannya.
.....................................................................................................................................................
Inilah kerja saya sejak kebelakangan ini. Walaupun masih ada lagi projek yang belum terlaksana. Untuk kesekian kalinya saya menyatakan buku catatan kembara saya hilang ketika di pesta buku Syria 2010. Jujurnya, sehingga hari ini saya masih menyimpan harapan untuk dipertemukan kembali dengan 'buku lunyai' tersebut. Tersirat 1001 kisah dan pengalaman di dalamnya.
.....................................................................................................................................................
Disebabkan rasa sayang dengan apa yang telah saya peroleh dahulu, saya menulis kembali segala apa yang telah saya lalui. Bukan mudah menyelam kembali ke masa yang telah berlalu. Meletakkan diri di tempat peristiwa. Saya tidak punya poket doraemon, untuk membawa masuk pintu jangka masa ke belakang. Sukar untuk saya memulakannya. Namun selepas satu dua artikel saya 'berjaya', saya lebih yakin diri. Saya percayakan kuasa minda yang Allah berikan kepada manusia.
.....................................................................................................................................................
Sebenarnya, semua perkara yang telah kita lalui dan pelajari akan tersimpan di dalam satu folder dalam otak kita. File atau folder tersebut tidak akan hilang, selagi kita tidak hilang akal. Otak manusia lebih hebat daripada Pentium 4. Jika sebuah komputer boleh menyimpan jutaan data dalam satu tempoh masa yang lama, mengapa tidak manusia?
.....................................................................................................................................................
Namun, bagaiman kita boleh 'lupa'? - Banyak faktornya. Ini kerana otak merupakan satu organ yang dipenuhi dan disumbat dengan pelbagai maklumat saban ketika. Jika kita tidak pandai mengurus, file dan folder tersebut akan bercelaru dan tertindih, dan mungkin juga 'hilang'. Analoginya; sesuatu laluan, jika sudah lama tidak dilalui akan membentuk semak. Ini bukan bermakna laluan tersebut telah hilang. Bahkan ia masih disitu dan perlu dijejaki kembali.
.....................................................................................................................................................
Anugerah lupa juga penting untuk manusia. Bayangkan, jika manusia tidak dikurniakan sifat lupa, manusia akan mengingati setiap perkara yang dilaluinya, untuk setiap detik dan ketika. Termasuk juga perkara remeh dan tidak penting. Bagaimana pula kisahnya kalau dahulu dia seorang yang gagal, dan dia masih lagi meletakkan kegagalan dalam fikirannya? Tentu sukar untuk dia berubah ke arah kejayaan. Bagaimana pula dengan orang yang trauma terhadap sesuatu dalam hidupnya?
......................................................................................................................................................
Apabila kita cuba meletakkan diri di tempat kejadian, kebiasaannya kita akan ingat di sudut mana kita berdiri, siapa yang bersama dengan kita, apa yang kita lakukan, peristiwa suka dan duka yang berlaku, dan sebagainya. Itulah yang cuba saya lakukan sekarang. Kita yang memilih untuk lupa, dan kita yang memilih untuk mengingat.
.....................................................................................................................................................
p/s : Masihkah anda ingat lagu-lagu dalam subjek Muzik di sekolah rendah? - Aku burung di dalam sangkar, Bapaku pulang dari kota, Air pasang pagi surut pukul 5, dan sebagainya. Tidak mustahil anda mampu mengingati subjek lain juga!
.....................................................................................................................................................
..insyallah, saya akan kongsikan entri kembara saya yang lepas2..
Moga bermanfaat.
.....................................................................................................................................................
Mukhlisah Mardhiah
22 Jan 2010, 1.01 am
Permai Hill, Pahang.
October 26, 2010
Khas Utk Mahasiswa yang nak / sudah gred
1st gathering 2nd batch IKIP- Yarmouk at Kuantan
Tajuk : Perkongsian
Tarikh : 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : IKIP 5, Rumah Ust. Rasyimi di Bkt Rangin, Casa Brilliant – lama
Kehadiran : 14 orang (9 Temerloh, 5 Kuantan), 2nd batch IKIP-Yarmouk
Bersama : Dr. Mahyuddin, Ust Rasyimi, Ustzh Husna
Bismillah.
Assalamualaikum.
Tulisan ini sekadar perkongsian buat teman-teman yang tidak hadir dan hadir lewat ke gathering 2nd batch IKIP- Yarmouk di Kuantan tempoh hari. Juga buat pembaca yang boleh ambil manfaat darinya. Catatan saya 6 muka surat. Moga sama-sama berkongsi manfaatnya.
Untuk awalnya, jutaan kemaafan dipinta kerana program ini disusun secara drastik. Khamis maklumkan, Sabtu program. Sebab itu temanya tidak formal. Tidaklah diwajibkan, namun atas tujuan utama : menziarahi ust Mahyuddin yang akan berangkat ke tanah suci pada 28 Oktober ini. Berkemngkinan selepas ini kita akan menyusun satu lagi program bersama Vice President Academic IKIP – En. Airul Amri, Programme Director SOIS – Ust. Rasyimi, Ust Muin dan beberapa lecturer SOIS yang lain. Insyallah.
6 buah kereta, tapi semuanya tak penuh. Teringat kenangan kita dulu-dulu masa tengah belajar. Selalu konvoi ramai-ramai. Seronoknya kalau semua ada, terasa kosong sebab ada korum yang tak terisi. Sungguh! Rindu.. Terima kasih pada yang dapat menghadirkan diri. Macam-macam perkongsian. Saya balik pun dengan motivasi. Alhamdulillah.
10.30 pagi, kami berkumpul di IKIP 5. Di pintu masuk terbentang banner “IKIP Idol”. Allah! Gelombang baru di IKIP. Apakah ini?? IKIP 5 sunyi sepi. Hari cuti, kan. Kera pun takde. Cuti juga agaknya. Cuma ada En. Rahim yang duk menghiburkan kami, macam dulu-dulu. Kebetulan dia bertugas hari itu.
Wasiat Dr. Mahyuddin di pejabat IKIP 5.
Asalnya plan nak jumpa ust Mahyuddin di rumahnya. Tapi disebabkan ust ada urusan di IKIP 5 pada hari itu, maka kami pun berkumpul di situ. Di pejabat sahaja. Muka ust semakin bulat. Makin bahagia agaknya. :p Sangat banyak perkongsian daripada Ust yang kami terima.
Kami bermula dengan setiap orang ditanya mengenai current activity masing-masing. Macam-macam lah yang keluar dari mulut. Kemudian ust menjelaskan sepatutnya 6 bulan sebelum pulang ke Malaysia kita sudah jelas dengan lorong mana yang akan kita pilih di Malaysia. Maksimum untuk berehat adalah selama 3 bulan sahaja. Kalau melebihi dari period tersebut, something wrong was happened.
Ada 3 pilihan hidup. 1) Bekerja. 2) Sambung belajar. 3) Full-time Relax.
1. BEKERJA
Bidang yang kita ceburi lebih menjurus kepada ‘policy maker’ dan bukannya ‘pelaksana polisi’. Contoh pelaksana polisi : yang bekerja di bidang marketing, sale, etc. Ramai orang boleh menjadi pelaksana polisi berbanding penggubal polisi. Dan biasanya graduan Timur Tengah lebih terdedah kepada teori ilmu dan hukum berbanding graduan di dalam bidang yang sama di Malaysia.
Maka, jawatan yang sepatutnya kita apply (bagi yang berminat untuk bekerja) adalah eksekutif atau penasihat atau pegawai shariah. Contoh : sekarang Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang mencari pakar di bidang Sukuk.
Jangan tertipu dengan jawatan kosong untuk ‘eksekutif kewangan’. Biasanya tawaran tersebut untuk bekerja di bidang ‘sale’. Kena capai tahap jualan tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Cukup bulan kena marah kalau tak capai target.
Cerita Pasal Resume
Semalam ust pesan untuk bawa resume bersama. Rupa-rupanya ust nak komen resume yang kita buat. Sebab peribadi seseorang boleh dibaca melalui tulisan dan cara dia mengurusnya.
[ I ] Cover Letter
Kalau mahu apply kerja, mestilah hantar resume. Namun kesilapan yang selalu dilakukan adalah tidak disertakan dengan ‘cover letter’. Boleh ditulis dalam bahasa Melayu. Lebih baik bahasa Inggeris.
Contoh tajuk : ‘Application for Shariah Post’.
Antara isinya, mesti dinyatakan kelulusan mana, pengkhususan apa dan hasrat untuk memohon jawatan apa. Kalau tidak, company tersebut akan serap di mana-mana bidang yang kosong.
Contoh : Saya ingin memohon jawatan penasihat shariah atau mana-mana yang berkaitan di syarikat tuan.
Pastikan resume di e-mailkan ke Human Resource (HR) dan bukannya cabang lain.
[ II ] Resume
Buat resume yang tersusun untuk memudahkan pembacaan majikan.
- Gambar boleh diletakkan di bahagian tepi.
- Susun maklumat di dalam satu row sahaja. Pembaca boleh scan terus ke bawah.
- Jika ada jadual, pastikan ada heading (kepala / tajuknya).
- Sebarang point yang melibatkan banyak tarikh, list kan yang latest dahulu.
- Boleh letak ‘expected income’ yang sesuai dengan bidang. (Biasanya diploma starting RM 1200, Degree RM1800 Master RM3000).
- Untuk bekerja, biasanya mereka tengok pengalaman. Jika tiada, mereka akan tengok extra-curricular activities (aktiviti ko-kurikulum) – antara ranking terawal yang akan diambil berat. CGPA tak pandang (jatuh ranking ke-10).
- Sertakan ‘refree’ – tempat rujukan. Tapi awas! Maklumkan dulu kepada tuan punya diri. Silap hari bulan, kalau dihubungi company mereka akan jawab ‘saya tak tahu saya adalah refree untuknya’. :p
[ III ] Follow up
Bagi sesiapa yang saje nak ‘test market’ (nak test dia ni laku atau tak), boleh hantar resume ke 10 company. Tapi peganglah betul-betul 4 daripadanya.
Cara follow up; selepas mail ke HR, selepas 2 minggu, jika tiada jawapan, call untuk dapatkan kepastian. Lebih baik sekiranya pergi sendiri ke company tersebut untuk ambil tahu perkembangan. Kesungguhan itu penting.
Biasanya, jika khidmat kita tidak diperlukan dalam masa terdekat, resume tersebut akan disimpan di dalam file company dalam tempoh 6 bulan. Kalau mereka nak pakai orang, file dibuka semula dan mungkin kita dipanggil. Namun, setelah tempoh 6 bulan, jika masih tiada jawapan, maka tiada lagi harapan untuk kita dipilih. Jadi, perbaharui resume anda dengan cara – hantar sekali lagi. Format yang sama pun tak mengapa.
Cerita Ust Din : 3 kali ust hantar resume ke IKIP.. 18 bulan tu!
Pilih kerja Kerajaan atau Swasta
Bagi yang berminat untuk kerja kerajaan, isi borang SPA 2 dan SPA 8. SPA 8 untuk Pahang, SPA 2 untuk Malaysia. Boleh pilih bahagian ekonomi atau perangkaan atau shariah, etc.
Untuk bekerja kerajaan punya 3 tapisan : Bertulis, verbal, dan kursus.
Biasanya yang dipilih adalah golongan pertengahan. Kata ust, yang dapat jawab semua betul atau banyak yang betul biasanya tidak ada harapan untuk dipilih. Sebab golongan ini biasanya ke bidang akademik.
Selain itu, boleh juga apply untuk bekerja dengan badan berkanun – bukan bawah kerajaan negeri, tapi ada kaitan dengannya. Contoh : Yayasan Pahang, di bawahnya Maahad Tahfiz Negeri.
Antara tempat yang boleh apply kerja : BNM, SC, IBFIM, ISRA.
Badan berkanun di Pahang : ASPA, PASDEC, YPPH.
2. SAMBUNG BELAJAR
Bagi yang berminat untuk sambung belajar, pilih untuk belajar full-time atau part-time. Sebaiknya jika pilih part time, pastikan waktu kelas disusun berdekatan supaya senang untuk ulang alik dari tempat kerja.
Ust sarankan untuk pilih coursework berbanding thesis. Lagipun graduan Timur Tengah memang kurang terdedah dengan methodologi penulisan dan research methodology. Jadi, pada awal-awal kelas (bagi yang pilih coursework) akan diajar method tersebut. Dan antara kelebihan lainnya, calon coursework boleh menghabiskan masternya dalam tempoh yang ditetapkan.
Gunakan waktu belajar Master untuk membina jaringan atau network. Ini kerana, jika kita ingin membuat phD kelak, kita bersendirian. Sekurang-kurangnya tempat rujukan dan kabel kita sudah berkembang. Sebab itu jika pilih coursework, sebaiknya pilih kelas bersama-sama dengan orang yang sedang bekerja. Boleh berkongsi pengalaman dengannya.
Pada sem pertama, setelah menerima supervisor, seharusnya terus berjumpa dengannya untuk kenal. Walaupun belum mula menulis, sebaiknya sediakan tajuk yang difikirkan untuk menulis sedari awal. Tak lah kelam kabut nanti.
Pilih universiti dan course yang sesuai. Bagi 1st class degree atau pelajar yang dapat ‘excellent’ dalam degree boleh terus apply phD tanpa Master. Cepat tapi lebih mencabar.
3. FULL-TIME RELAX
Ayat ust : duduk rumah, tunggu kena pinang.
Sungguhpun begitu, kalau betul lah pilih yang ke-3, janganlah lupakan terus perkara 1 dan 2 tadi. Sebab sampai satu tahap hidup bimbang kita akan menyesal dengan pilihan hari ini. Na’uzubillah.
Bersama PD SOIS, Ust Rasyimi di rumahnya.
Tiada apa aktiviti berat pun di rumah ust. Tapi ada makanan berat! :p Sekadar jejak kasih bersama ust. Macam-macam cerita keluar, macam-macam gambar ditunjuknya. Maklumlah, tahun ini ust ke Jordan 2 kali.
Dengar cerita junior di Jordan dapat RM1K seorang, menumpang tuah. Belum lagi ++ duit lain. Senyap-senyap je ye.. ^_^ Duit persatuan dah bertambah kan. Alhamdulillah. Bolehlah terbitkan dah artikel ekonomi yang kami tinggalkan dulu! - siri 1. Korang sambung lah siri 2.
Ust kata : Takde pun 2nd batch ni yang hantar resume ke IKIP. Takde ke yang nak mengajar SOIS?? – DMI dan DFI sekarang ditempatkan di IKIP 1. Bulan 12 ni Insyallah ada 2 orang lecturer Master dari YU yang akan start mengajar di IKIP 5.
Bersama Lecturer Tersayang, Ustzh Husna.
6 biji kereta bergerak ke Casa Brilliat lama. Lepak di restoran berdekatan.
Ustzh makin jelita. ^_^ Kami sembang-sembang santai je, tapi berisi. Macam-macam topik yang disentuh. Pasal cita-cita, dakwah, investment, etc. Katanya best kerja di UMP. Lebih-lebih lagi bila dapat mengajar non-Muslim student. Boleh berdakwah kepada mereka juga. Walaupun 1 tempat dengan Ust Kamil tapi dah jarang jumpa. Masing-masing busy.
Sungguhpun begitu, kelebihan di IKIP; kita boleh close each other. Betul! Kita sangat bertuah ada lecturer seperti mereka.
Wallahu’alam.
Cukuplah sekadar di sini perkongsian ini. Biar semua dapat rasa apa yang kami rasa tempoh hari. Nak cerita perihal yang sama dekat setiap orang tak larat lah pula. Maka, inisiatif ini saya ambil bagi semua dapat manfaatnya. Seronok kalau semua ada. Tapi nak buat macam mana kan, memang susah.
Dah macam tulis laporan lah pula. Teringat kerja-kerja Setiausaha di Jordan dulu. Tu lah, dulu malas buat kerja.. :p
Ok. Akhir kata, moga dapat bersua dalam waktu terdekat ni. Yang penting – kita konvo sama-sama 13nov ni! C ya..
p/s : Perkara berbangkit : Alumni IKIP-Yarmouk. (Bila nak meeting?? Haha) Gathering setiap 5 tahun k! ;)
-Mukhlisah Mardhiah-
Subscribe to:
Posts (Atom)


