March 17, 2011

HUKUM BERMUAMALAH DENGAN BANK PERDAGANGAN

HUKUM BERMUAMALAH DENGAN BANK-BANK PERDAGANGAN

KEPUTUSAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan:

1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.
3. Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
5. Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
6. Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendepositpendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut.

..................................................................................................................

HUJAH DAN DALIL

Secara umum asas-asas pertimbangan perlu diambil kira dalam menentukan sesuatu hukum, antaranya:
a. Sistem kewangan di Malaysia rata-rata berteraskan riba kerana terikat dengan sistem ekonomi dunia yang tidak dapat lari dari mengamalkan sistem riba.
b. Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
c. Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) belum lagi meluas operasinya dan masih dalam peringkat percubaan.
d. Kedudukan ekonomi orang Islam memerlukan pinjaman bank untuk keperluan sendiri seperti membeli rumah dan sebagainya.
e. Agama Islam menggalakkan umatnya berusaha dan jika mereka tidak berusaha, ekonomi negara akan dimonopoli oleh bangsa asing dan umat Islam akan dipandang rendah. Ekonomi mereka juga bergantung pada bangsa asing.

1. Hukum Bekerja Dengan Bank Adalah Harus
Antara alasan yang mengharuskan bekerja di bank adalah seperti berikut:
a. Tidak semua amalan di bank melibatkan unsur-unsur riba.
b. Kekayaan negara akan dimonopoli oleh bangsa asing sekiranya umat Islam tidak terlibat dalam sistem perbankan; dan
c. Keperluan dalam menyara kehidupan. Allah berfirman:
Maksudnya: Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah SWT maha pegampung lagi maha penyayang.

2. Hukum Meminjam Daripada Bank
Hukum meminjam wang daripada bank dapat dilihat kepada alasan berikut:
a. Resolusi pertama Persidangan Islam anjuran Akademi Penyelidikan Islam di Kaherah pada bulan Mei 1965 mengatakan faedah yang dikenakan atas segala jenis hutang ialah riba yang diharamkan.
b. Resolusi pertama Pertubuhan Persidangan Islam yang mengadakan muktamar di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 menyebut, “Setiap pertambahan atau faedah ke atas hutang yang tiba tempohnya sedangkan pemiutang gagal membayarnya, demikian juga tambahan (faedah) ke atas hutang pada permulaan akad; kedua-dua bentuk ini ialah riba yang diharamkan di sisi syarak.”
c. Walau bagaimanapun jika seseorang terpaksa membuat pinjaman atas dasar terpaksa atau keperluan yang mendesak seperti pinjaman membeli rumah yang merupakan asas penting maka diharuskan berdasarkan setakat mana keperluannya. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu:
Maksudnya: Darurat itu diukur setakat mana keperluannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173: Maksudnya :
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa.

3. Hukum Menyimpan Wang Di Bank
Hukum menyimpan wang di bank adalah seperti berikut:
a. Menyimpan wang semata-mata adalah harus, contohnya seperti menyimpan dalam akaun semasa, akaun tetap dan pelaburan atas dasar wadiah dan tidak mengambil faedah; dan
b. Menyimpan dengan tujuan mengambil faedah adalah haram. Namun demikian, faedah yang diperoleh daripada hasil simpanan tidak wajar ditinggalkan kepada pihak bank, tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

4. Hukum Memberi Sewa Bangunan
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 pada 11-12 April 1984 tentang persoalan Tabung Haji memberi sewa bangunannya kepada institusi kewangan yang tidak mengikut Islam adalah seperti berikut:
Tabung Haji berkongsi dagang dengan pihak yang menjalankan perniagaannya bukan mengikut lunas-lunas Islam dan menyewakan bangunannya kepada bank tersebut atau institusi kewangan tersebut adalah haram hukumnya.

5. Hukum Memegang (Memiliki) Saham Bank
Berdasarkan muamalah yang dijalankan oleh bank maka pemegang saham terlibat dengan muamalah riba yang diharamkan oleh syarak.


Detail di :
http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/keputusan_muzakarah/2010/05/3_Fatwa_Ketiga.pdf



Wallahua'alm

March 14, 2011

Nak guna Celcom Broadband?


Bismillah..


Kebelakangan ini ramai yang bertanya beberapa perkara mengenai broadband - dunia memang sungguh-sungguh di dalam poket! Kebetulan saya sedang menggunakan Celcom Broadband. So, suka untuk share sedikit sebanyak.


Persaingan broadband sekarang agak sengit, masing-masing dengan feature product masing-masing. Apa yang saya akan kongsikan ini mungkin tidak sama dengan product sebelum, latest atau akan datang.


Celcom Broadband Lite


Speed : up to 384 kbps

Volume quota : 1 GB


Promotion (until March - if i'm not mistaken) : Monthly RM38.. - begitulah yang tertulis di iklan-iklan banner, etc.


1st impression : Murah! (compare than the others)


Maka, jejak lah kaki ke kaunter Celcom, bertanyakan dengan lebih detail. Oh, rupa-rupanya RM38 just for early 3 month - 3 bulan pertama je. Bulan seterusnya, normal rate = RM48.


Still OK. Tambahan pula katanya ; modem free! Dalam masa setahun, kalau rasa nak stop penggunaan, boleh pulangkan modem semula. Tanya punya tanya, rupa-rupanya ada registeration fee = RM100.


Maka setelah berfikir, keesokan harinya, bercadanglah untuk isi application form. Bayar RM100 sahaja untuk permulaan.


Bulan pertama : Bila dah guna, not bad. Line is always clear. Lebih-lebih lagi kalau area bandar, there are no problem with it. Tapi sesekali duduk pinggir bandar sikit, line still OK, walaupun kadang-kadang lambat sikit je. Tak pernah lah tak dapat line.


Bila berganti purnama (genap sebulan) : I was shocked! Sedang melayari internet, messege daripada celcom berbunyi. Klik! "Sila bayar yuran bulan ini = RM75"! Bill sampai ke alamat rumah, so i did'nt know, since i live in rent house.


Apa lagi, call mak terus minta tolong bayarkan dulu, coz due lagi 5 hari, tak sempat nak balik ambil bill. Bila dah sampai kaunter, katanya "bayaran ini untuk bulan pertama sahajaa..". Fwuee..


Maka, nantikan bulan berganti purnama lagi, kita tengok bulan ke-2 macamana..


*Artikel ini hanya bermanfaat bagi si pencari broadband..

May Allah ease u..



Mukhlisah Mardhiah
Rest time, work place..
02.02 pm


To celcom company : is there any royalty for me, since I had made a advertisement for your product. ^^,
Mardiah, p sambung buat kerja..! -end-

March 12, 2011

Kerja itu kan Ibadah..

Bismillah..

Adeh! apa simbolik gambar upin-ipin kat sini..
Alhamdulillah. Entah sudah ke berapa kali blogger.com ini dilayari, namun tidak ter'publish' juga post terbaru. Sungguh! Kehidupan bekerja jauh berbeza. Namun pekerjaan itu juga adalah suatu ibadah, selagi dasarnya Lillah.. kerana Allah. Moga Allah memberkati seluruh masa yang ada.

......................................................................................

"Ini jihad kita", pesanan En. Airul Amri Amran selaku Vice President Academic (VPA), IKIP International College sering terngiang-ngiang di telinga.

.......................................................................................

Di bawah Sekolah Pengajian Islam @ SOIS (School of Islamic Studies) terdapat 3 program yang ditawarkan; Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) Shariah, Ekonomi dan Perbankan Islam, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Islam. Majoritinya menyumbangkan tenaga manusia di dalam industri kewangan Islam, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi hub Kewangan Islam dunia. Maka, dengan jentera yang ada, sebahagian besarnya dihalakan ke arah pencapaian matlamat tersebut.

........................................................................................

Kali ini, kecemerlangan harus dibuktikan lagi. Bukan hanya pelajar sekolah mahupun penuntut universiti yang harus berusaha sehabis baik, bahkan seorang pekerja. Benar, kecemerlangan itu tidak berterusan. Ada insan yang dikurniakan Allah kecemerlangan tika sesi pembelajarannya, ada pula menemui kecemerlangan di zaman pekerjaannya. Namun semua itu memerlukan USAHA dalam diri insan tersebut, kerana hanya dia yang akan mengubah hidupnya.

.........................................................................................

Sepertimana hadis pertama "innamal a'malu binniyati" ~ "sesungguhnya amalan itu dimulakan dengan NIAT". Ahli motivasi pula sering mengingatkan kita akan kepentingan MIND SET. Semua itu adalah sama. Anggota kita akan diarahkan oleh motor menuju ke arah pencapaian niat atau mind set tersebut. Dan segala gerak laku akan dianggap ibadah, jika diniatkan untuk Allah. Maka Ya Allah, bantulah kami untuk beribadah kepadaMU..

..........................................................................................

..Mengajar orang, di samping gaji masuk setiap bulan, saham akhirat juga berjalan. Salah satu daripada 3 perkara yang kekal dalam diri anak Adam selepas kematiannya. Mudah-mudahan diterimaNYA. Sungguh! Membentuk manusia lebih payah daripada menghasilkan sesebuah teknologi. Untuk menghasilkan sesebuah teknologi pun memerlukan manusia yang berteknokrat.

...........................................................................................

..Penat, payah dan lelah ini langsung tidak dapat disamakan dengan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat yang bekerja untuk Islam tanpa bergaji! Mulianya Engkau, wahai Kekasih Allah. Betapa baraqahnya masa dan seluruh hidup baginda 'alaihi salam, sehingga dapat menjadi qudwah (ikutan) dalam seluruh lapangan kehidupan, mencakupi kehidupan seorang hamba kepada Allah, pemimpin kepada negara, ketua kepada keluarga, dan figure yang selainnya.

............................................................................................

Wallahu'alam..


..Berikan aku semangat..
Mukhlisah,
yang merindui zaman belajar..
10.58 pm