Sijil Perancangan Kewangan Islam
Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada aspek perancangan kewangan Islam yang memberi panduan dalam membentuk kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan.
Sijil Perancangan Kewangan Islam (SPKI) ini diiktiraf oleh Persatuan Perancangan Kewangan Islam Malaysia (FPAM) di mana para lulusan SPKI diberi pengecualian untuk mengikuti Modul 1 program Islamic Financial Planner (IFP) yang ditawarkan secara bersama oleh FPAM dan Islamic Banking and Financial Institute of Malaysia (IBFIM).
-
Kursus ini memberi panduan dalam membentuk kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan serta memberi garis panduan lengkap secara praktik bagaimana mengurus keperluan kewangan selaras dengan perundangan Islam dalam mengharungi kehidupan bagi mencapai matlamat utama kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
-
Melalui kursus ini juga, peserta dapat mempelajari cara mengurus pendapatan dan perbelanjaan, cara pengurusan hutang, konsep perlindungan risiko dan penyucian harta, di samping dapat juga mengetahui tentang peluang pelaburan dan kelebihan merancang persaraan untuk masa depan.
-
Kursus ini memberi pandangan keseluruhan tentang program Perancang Kewangan Islam dan pengetahuan asas seorang perancang kewangan Islam.
Topik Pembelajaran
1. Industri perancangan kewangan di Malaysia
2. Asas-asas Perancangan Kewangan Islam
3. Produk dan Perkhidmatan Kewangan Islam
4. Peranan Perancang Kewangan Islam
5. Pengenalan kepada Pengurusan Risiko dan Takaful
6. Prinsip-prinsip Takaful dan Insuran
7. Produk-Produk Takaful
8. Tanggungjawab Agen Takaful
9. Pandangan Syariah tentang Pelaburan
10. Asas-asas Pelaburan
11. Produk-produk Pelaburan Islam
12. Langkah-langkah membuat Pelaburan
13. Pengenalan kepada Zakat
14. Pentadbiran Zakat di Malaysia
15. Pentadbiran Cukai di Malaysia
16. Asas-asas Perancangan Zakat dan Cukai
17. Pengenalan kepada Perancangan Harta Pusaka dan Wakaf
18. Pemahaman mengenai Perancangan Harta Pusaka
19. Pemahaman mengenai Proses Pentadbiran Harta Pusaka
20. Pemahaman mengenai Perancangan Wakaf
21. Perkara-perkara utama dalam Pelan Kewangan
22. Pengenalan kepada Kajian Kes
23. Tanggungjawab Profesional Perancang Kewangan Islam
24. Mempraktikan Nilai-Nilai Etika dalam kerjaya
Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama 10 minggu iaitu 40 jam kuliah keseluruhannya.
Masa dan hari kelas adalah seperti berikut:
Tempat Kuliah Masa Kuliah
Kampus Kota Universiti Malaya Sabtu (9.00 pg – 1.00 ptg)
Kaedah Penilaian
Penilaian | 100% |
---|---|
Peperiksaan | 40 |
Penyediaan Kertas Tugasan | 40 |
Pembentangan Kertas Tugasan | 10 |
Kehadiran | 10 |
Syarat Kemasukan
Individu yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh memohon.
• Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf
dengannya.
Jadual Pengambilan
Jun dan Disember
Yuran Pengajian
Yuran keseluruhan adalah RM1800.00 termasuk yuran pengajian dan peperiksaan FPAM.
Pembayaran Secara Ansuran
Jadual Pembayaran Yuran
Yuran | RM |
---|---|
Pendaftaran | 200 |
Ansuran 1 (semasa pendaftaran) | 500 |
Ansuran 2 | 550 |
Ansuran 3 | 550 |
JUMLAH | 1800 |
No comments:
Post a Comment