
September 3, 2010
Ramadhan Kareem..

August 14, 2010
Al-Amanaat Al-Muqaddasah
Bismillah
Terbitan : Dar an-Nil, Turkiye
Gambar menunjukkan proses mengangkut barang2 'Amanaat Muqaddasah' ke Istanbul sewaktu perang dunia pertama.
Kotak buku ni, sebijik seperti tempat simpanan burdah Rasulullah..
Semasa kami melawati tempat tersebut, keadaan agak sesak. Tidak berkesempatan untuk kami mengamati dan meneliti satu per satu khazanah tersebut. Terdapat juga beberapa khazanah yang tidak kami lihat. Namun, itu semua terdapat di dalam buku Al-Amanat Al-Muqadassah ini. Memanglah tidak ‘real’, tapi sekurang-kurangnya dapat memiliki dan menyimpan gambar-gambar tersebut. Di dalam muzium, kamera tidak dibenarkan.
..tempat simpanan Burdah Rasulullah (kanan), ayat alQuran dibaca tidak putus di sini sejak zaman berzaman..
Antara hikmah lainnya, kalau melawati tempat tersebut hanya dapat melihat bekas simpanan khazanah-khazanah itu. Namun di dalam buku ini ditunjukkan sekali isi kandungannya. Sebagai contoh burdah (pakaian) Rasulullah.
..janggut Rasulullah..
..Bekas air Rasulullah..
..burdah Saiyyidah Fatimah..
..terdapat juga khazanah Nabi terdahulu.. seperti,
..tangan Nabi Yahya dalam peristiwa pembunuhannya..
Mashaf al-Quran yang pertama, dipercayai khat Saidina Utsman Radiallahu anh.
..dan baanyak lagi. Subhanallah, melihat gambar-gambar khazanah tersebut, masih tidak dapat digambarkan bagaimana kehidupan mereka dahulu, orang-orang yang menyebabkan kita berstatus Muslim pada hari ini.
Para Sahabat dan Tabi'in sanggup membelanjakan puluhan ribu dinar (emas) demi memiliki khazanah peribadi Rasulullah dek kerana keberkatan yang ada padanya. Rasulullah itu pada diri baginda seluruhnya adalah barakah, hatta peluh dan air liur. Subhanallah. Selain ditempatkan di muzium-muzium (Istanbul, Morrocco, dll), sebahagiannya juga dimiliki oleh para ulama dan orang Soleh yang mendiami bumi Syam dan sekitarnya.
Salamun alaika ya Rasulallah.. kami tagih syafaatmu di mahsyar kelak..
Moga dapat bersua denganmu..
Wallahu'alam.
Mukhlisah Mardhiah
Damascus, Syria
4 Ramadhan 1431H, diedit : 6 Ramadhan 1431H
August 8, 2010
Travel to Turkiey - 3rd @ Final Siri
Hari Keenam : 2 Ogos 2010 (Isnin)
11.00 am : Alhamdulillah, sampai di otogar Antakya.
*Selepas deal, sepakat untuk sewa bilik tumpangan (ala-ala pansion = hostel) untuk satu malam. Guna toilet awam tapi dah tak perlu bayar.
Kos sewa : 10 TL / person.
*Perkara pertama masa baru sampai, nak cari internet, untuk bagitahu kawan-kawan di Syria bahawa kami balik lambat (terkeluar dari rancangan asal). Malangnya satu otogar ni terganggu talian. Semua CC tak berfungsi. Nasib baik ada pegawai yang baik hati bagi password wireless. Cukup bayar sekali je = 3 TL, guna sampai esok pagi.
*Alhamdulillah, masyarakat Antakya majoriti boleh berbahasa Arab. Mungkin disebabkan dah dekat dengan Syria.
2.00 pm : Ambil taxi ke Camii Habib Naccar (Masjid Habibun Najjar), kekasih Allah yang hidup pada zaman Nabi Isa.
3.00 pm : Jalan-jalan shopping di sekitar Antakya. Susah juga nak cari kedai yang murah-murah. So, sebenarnya better shopping di Istanbul, barang senang dapat, especially tshirt and jubah. Kalau di Antakya ni boleh la kalau nak shopping tannurah (skirt).
Tambang : 2 TL / person, period : setengah jam.
Malam : xtvt bebas dan rehat.
Hari Ketujuh : 3 Ogos 2010 (Selasa)
9.00 am : Checkout pansion (hostel).
Tambang : 10 TL / person. Period : 6 jam.
Cerita best pukul 11.30 am : Berhenti sekejap di ladang Pistachio, Halab (Aleppo), Syria.Tepi jalan je, tengah-tengah highway yang sangat panas. (Syria lebih panas dari Turkiye).
*Tengah asyik on call dengan anisah (guru quran), letak je phone, toleh belakang, dan nampak bas berwarna merah itu berlalu meninggalkanku. Ok, aku ditinggalkan. Terus set mind; ‘Tapi takkan aku akan bermalam di sini?? Mustahil’. Yang tak boleh terimanya, budget habis lah bus tu akan berhenti (bila kawan-kawan dah sedar akan ketiadaanku). Tapi bus tu tak berhenti, sampai lah bas tu dah mengecil di pandangan. Rupa-rupanya diorang tengah syok makan pistachio atas bas! Adeh! Nasib baik lah pakcik yang meniaga kacang ni nak hantar ke bus tu dengan jip dia. Naik je bus, semua orang tepuk tangan. Aduh.. macam drama la pulak. Memang menguji tahap ke’cool’an betul.
5.00 pm : Alhamdulillah, sampai juga di Karajat Pullman, Syria. Bersabar dengan driver bas yang memandu macam nak pergi pasar, so sampai lambat.
Musafir memang mengajar erti sabar dan tabah. Perjalanan ini ibarat satu madrasah yang singkat, alias ‘daurah’. Pemusafiran juga ibarat tarbiah buat diri.. Ujian Allah tanpa henti. Kan doa orang yang sedang musafir dimaqbulkan Allah! May Allah bless our travel.
Damascus, Suria.
August 7, 2010
Travel to Turkiey - 2nd siri
9.00 am : Ziarah maqam (markad) ayah kepada Syeikh Abdul Bakir, shopping di kawasan kedai mereka.
11.00 am : Bertolak dari Adiyaman ke Terminal Sanliurfa.
Tambang ke Sanliurfa : 9 TL / person, Period : 2 jam.
*Antara soalan yang paling banyak disoal oleh Turkish : “Nerelisniz?? – ben Malizia : Dari mana? – Asal Malaysia”.
Hari Keempat : 31 Julai 2010 (Sabtu)
9.00 am : Alhamdulillah. Akhirnya sampai di Istanbul. That’s it. Lain lah pemandangannya berbanding negeri-negeri sebelum ni. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancong, walaupun ibu negerinya adalah Ankara.
Tambang token : 1.5 TL / person.
- Ziarah Camii Aylusunda. (dalam bahasa Turki : Camii = Masjid).
*Dalam masjid ni terdapat burdah (selendang) Rasulullah yang dihadiahkan kepada Uwais al-Qarny selepas kepulangannya tak dapat bertemu dengan Nabi. Tapi sayang, kami tak dapat masuk sebab tempat itu hanya dibuka pada bulan Ramadhan untuk dikunjungi.
..di jami' inilah.. Aylusunda..
10.30 am : Makan tengahari (stail Turki) di salah sebuah taman di Muhafazah Fateh, berlatarkan Masjid Sultan Muhammad Saleem. Muhd Ali yang support lunch kami. Pelbagai aneka roti dan makanan Turki, masakan mak (anne) dia pun ada.
- Then, ziarah masjid dan maqam Sultan Muhammad Saleem. Jelas terbentang kehalusan seni bina jami’ di sini.
..latar : Masjid Sultan Muhammad Saleem..
12.00 pm : Ziarah Masjid dan maqam Sultan Muhammad al-Fateh.
*Zaman dulu, kawasan jami’ ini lebih luas dari Dimasyq lama. Dan sekeliling kawasan tersebut dipenuhi dengan madrasah dari pelbagai aliran ilmu. Tapi lepas beberapa kali gempa bumi yang melanda Istanbul, kawasan ini telah menjadi semakin kecil, dan diganti dengan bangunan-bagunan baru yang tiada lagi bersejarah.
- Berjalan kaki dari Muhafazah Fateh ke Muhafazah Buyuksehir, lebih kurang 20 minit. Melalui kawasan library lama di jalanan. Bergambar di sepanjang jalan, termasuk di tugu ‘pasha’ al-fateh, kawasan tembok saliran lama, dll.
2.15 pm : Ziarah Masjid dan maqam Suleymaniah.
*Di luar kawasan maqam, ada seketul ‘hajarul aswad’ yang dibenam di atas pintu masuk. Kisah yang berlaku : pada zaman itu ada seorang pemuda pulang dari Makkah, membawa secebis hajarul aswad untuk Sultan Suleyman, dengan hasrat yang baik. Namun sangkaannya meleset. Sultan Suleyman murka dengan perbuatannya lalu dipelihara batu tersebut, sehinggalah beliau wafat dan minta batu itu disemadikan di kawasan maqamnya supaya tiada siapa yang mengambilnya. Wallahualam.
- Di tengah jalan, merasa ‘medya’ – kepah berisi nasi dan dititiskan lemon. Sedaap.. 1TL = 2 ketul yang besar, 3 yang kecil. Lamanya tak makan seafood. Tapi Muhammad Ali tak makan, sebab bermazhab Hanafi.
buka cengkerang kepah berisi nasi - perah lemon - nyummi..
3.15 pm : Ziarah maqam Sultan Abdul Hamid II.
- Melalui kawasan taman bunga dan tepi selat, ke Masjid Azraq (masjid Biru). Kebiruan tu sebenanrnya hanya terserlah pada waktu malam, dek kerana jenis mosaic yang digunakan, dan biasan air laut.
..pemandangan masjid biru dari atas..
..pemandangan masjid biru dari taman bunga..
- Bergambar di kawasan Masjid Ayasofia (dahulunya gereja). Tak sempat nak masuk, lagipun berbayar.
- Masuk ke Topkapi (muzium, dll). Tiket : 20 TL / person. Di dalamnya juga terdapat pedang sahabi, beberapa barang Rasulullah – janggut, gigi, dll, tangan Nabi Zakaria, dll.
6.45 pm : Berjalan kaki balik ke stesyen bus dan ambil bus ke rumah Muhammad Ali.
Tambang : 1.75 TL / person.
*Percayakah anda kami telah berjalan sejauh 20 kilometer pada hari ini?? Fuh.. Allah je yang tahu letih dan lenguhnya seluruh anggota. Tapi berbaloi lah, Alhamdulillah.
7.30 pm : Singgah di rumah Muhammad Ali, asalnya nak ambil barang-barang je untuk bermalam menyewa di rumah pakciknya. Lastly, terborak lama dengan mak dan adiknya, Khadijah. Muka ayu habis tapi rupanya nak jadi guru taekwando. Mereka sangat meraikan tetamu, sehinggakan nak teman kami bermalam di rumah pakciknya. Jauh tu..
10.15 pm : Lepas habis segala perbincangan (nak duduk hotel lah, cari hostel lah), maka kami akur dengan kehendak mereka – bersama-sama menginap di rumah pakciknya di Habibler.
Berjalan kaki 15 minit ke kawasan menunggu bus, dengan beg gelas berat dan barangan penuh di tangan.
Tambang bus : 2 TL / person, Period : 1 jam.
Sewa rumah : 20 TL / person. (for unlimited period. Murah lah. Kalau hotel 50 / 70 TL satu malam.)
11.30 pm : Singgah di kedai runcit, beli barang untuk masak nasi – makan midnight. Nikmatnya dah 4 hari tak makan nasi. Rumahnya berbaloi. Semua perkakas lengkap, siap dengan dapur, 3 bilik tidur, 2 bilik air. Comel.
Hari Kelima : 1 Ogos 2010 (Ahad)
10.30 am : Selesai kemas rumah penginapan, dan selepas siapkan bekal – nasi goreng dan mee goreng, ambil bas panjang warna hijau ke muhafazah Ayyub.
Sewa rumah : 500 LS / person. = 20 TL
Tambang bas Habibler ke Ayyub : 1.85 / person.
Dan beberapa sahaby -
12.30 pm : Naik feri dari Eyup Iskelesi, ke Uskudar Iskelesi.
Tambang : 1.5 TL / person, period : sejam.
..pemandangan di kawasan feri dan bot..
..pemandangan dari atas feri..
-Jalan-jalan di Bosphorus, makan ‘medya’ lagi.
-Projek keretapi bawah laut sedang dijalankan.
*Tengah-tengah syok ambil gambar, tiba-tiba terjatuh tembok. Aduh. Terkulai 2 jari kaki, bergegar satu kawasan. Alhamdulillah tak de apa-apa, kasut je tercalar, huh. Nasib baik jauh sikit je dari laut.
4.20 pm : Ambil feri semula untuk balik.
Tambang : 1.5 TL / person, period : setengah jam.
Tambang : 1.5 TL / person.
Tambang : 50 TL / person, period : 16 jam.
*Kembali melalui perjalanan yang panjang... berfikir dan berfikir aktiviti terbaik dalam bus..
Travel to Turkiey - 1st siri
Matawang : Lira Turki (100USD = 150TL)
Tarikh : 28 Julai 2010 – 03 Ogos 2010 (7 hari)
Budget : 250 USD sahaja
Travel Members : 6 persons (Faris, Hidayah, Mard, Syida, Aini, Nur)
***p/s : 100 USD = 4600 LS, 10 LS = RM0.75
sebahagian buku dan peta Turkiye yang kami bawa sebagai panduan.
Hari Pertama : 28 Julai 2010 (Rabu)
8.30 pm : Berkumpul di Mauqif Abu Nur, Rukn Deen, Syria.
- Ambil servis (van) Duwar Syimali ke Karajat Pullman (terminal bus).
Tambang : 10 LS / person, period : 30 minit.
10.30 pm : Bus JET bergerak, after ticket confirmation.
Tambang ke Gaziantep, Turkiye : 1200 LS /person, period : 11 jam.
Hari Kedua : 29 Julai 2010 (Khamis)
Kos keluar border : 550 LS
-Transit di border Turkiye untuk urusan masuk Turkiye.
5.00 am : Tiba di Terminal Antakya, Turkiye.
- Tukar bus untuk terus ke Gaziantep. (2 kali bus..) *bus kat sini sume cute2.
12.00 pm : Ambil bas ke Sanliurfa.
Tambang : 15 TL / person, period : 2 jam.
2.10 pm : Tiba di stesyen bus Sanliurfa – “Sanliurfa Sehirlerarasi Otobus Terminal”.
- Ambil taxi ke Maqam Saidina Ibraheem Khalilullah.
Tambang : 15 TL / taxi, period : 20 minit.
*Asalnya nak jalan kaki je, lepas gaduh dengan taxi drivers tak dapat taxi panjang. Tapi bila fikir tengah-tengahari, dengan sejam pula nak berjalan, so, berhimpitlah taxi kecil 6 orang.. ahsan.
2.50 pm : Tiba di kolam tempat Nabi Ibrahim dibakar – kisah baginda dicampak dalam api.
MasyaAllah. Luas tempatnya. Dan baanyak sangat ikan, dikatakan arang-arang yang digunakan untuk membakar tu berubah menjadi ikan. Wallahu’alam
..kami ber5..
..boleh bagi makan ikan..
4.15 pm : Ambil bas awan kembali ke Terminal bas. 2 kali bas..
Tambang : 50 qursh + 1 TL = 1.5 TL / person.
*Melihat masyarakat Sanliurfa di jalanan. Banyak juga university di sini.. swasta mungkin.
4.50 pm : Tiba di Terminal bas Sanliurfa. Rehat depan aircond. Fuhh.. leganya. Bebas sekejap daripada kepanasan matahari yang membakar.
5.45 pm : Ambil bas ke Adiyaman.
Tambang : 10 TL / person, period : 1.5 jam.
7.10 pm : Tiba di Adiyaman.
*Berkira-kira untuk ke kawasan bersejarah raja Namrud, namun disebabkan kos yang agak mahal – 28 TL / person, maka plan dibatalkan. Terus jalan kaki ke terminal bas untuk cari tiket ke Ankara, meneruskan perjalanan. “Otogar nerede?? – Stesyen bas mana??”
7.45 pm : Ya Allah, ujian apakah ini..
*Semua kaunter bus menyatakan bas terakhir untuk ke Ankara adalah pada jam 7.30pm. Gulp, 15minit lepas je. Next bus- petang esok. Ada yang dah habis tiket ke Istanbul sampai hari Isnin. Nasib baik ada 1 syarikat bus tu sediakan air-manis-sejuk percuma. Alhamdulillah, nikmatnya. Suka hati je tambah banyak kali, walhal tak beli pun tiket mereka. Then, berfikir, merancang, berjalan, bertanya… dan akhirnya…
..bored menunggu??..
10.00 pm : Dapat 2 berita : sedih dan gembira.
-Sedih : bila baru dapat tahu ‘there are no single bus out from here till tomorrow at noon’.
Perjalanan ke Manzeel yang memakan masa selama sejam 20 minit itu diisi dengan pelbagai cerita darinya. Dia kata walaupun dah lama duduk di kawasan tu, tapi dia tak pernah ziarah tempat Namrud. Sebab tepat tu dilaknat. Rasa macam kelakar dan MasyaAllah je bila sampai di T junction; kanan ke Manzeel, kiri ke kawasan Raja Namrud. Bila fikir balik, asalnya kami datang situ nak pergi ke kawasan Namrud, tapi Allah punya rancangan, diganti dengan yang jauuh lebih baik.
11.30 pm : Tiba di Manzeel. Subhanallah. Menakjubkan.
..sebahagian kawasan Manzeel ..
July 9, 2010
Ahleen Ya Suria..
“Jikalau ingin belajar bahasa Arab, belajarlah di Syria. Jikalau ingin belajar kitab, menuntutlah di Yemen”, begitulah kata-kata seorang teman sebelum kami ke sini. Atas sebab ketidakstabilan politik Yemen pada ketika itu, maka kami lebih cenderung memilih Syria, disamping kos ke sini dari Jordan agak murah, hanya menggunakan jalan darat berbanding ke Yemen perlu menggunakan jalan udara.
Inilah Kota Dimasyq yang disebut-sebut ramai manusia, kota yang punya 7 pintu masuk. Kota ini juga pernah menyaksikan kegemilangan pemerintahan Bani Umayyah. Lihat sahaja Masjid Umawi yang gah terbina di tengah Damsyiq dan Halab, bukti kemegahan Islam pada suatu ketika dahulu. Rasulullah juga pernah menjamin keamanan kota ini.
Hari Pertama dan Kedua
Alhamdulillah, kami sempat melewati sekitar Homs dan Dimasyq, menziarahi maqam para sahabat dan ahli Bayt Rasulullah. Antaranya :
1) Saidina Khalid Al-Walid
2) Abdul Rahman ibn Khalid, anak Saidina Khalid Al-Walid
3) Saidina ‘Ubaidillah ibn Umar Al-Khattab
4) Umar ibn Abdul ‘Aziz, di Homs
5) Syeikh Khalid an-Naqsyabandi
6) Ibn ‘Araby
7) Saidina Mu’awiyah ibn Abi Sufyan
8) ‘Abdul Malik ibn Marwan
9) ‘Abdullah ibn Ummi Maktum
10) Syeikh Muhammad Badruddin Al-Hasany, muhaddith
11) Ummu Habibah, isteri Rasulullah
12) Ummu Salamah, isteri Rasulullah
13) Saidina Bilal bin Rabah, muaddzin Rasulullah
14) ‘Aus as-Saqafi
15) Abi Abdullah Muhammad bin Abu Bakr
16) Sultan Mahmud Az-Zanki, (mimpikan Rasulullah ketika jasad baginda ingin diculik 2 Yahudi)
17) Abu Hurairah R.A
18) Umar ibn Abdul ‘Aziz, di Halab
19) Maqam Arba'in, peristiwa Habil dan Qabil
Di sesetengah tempat, keadaan agak menyesakkan, khususnya di kawasan yang didiami oleh puak Syiah. Sesekali anak mata terleka melihat gerak geri mereka yang agak berbeza daripada kebiasaan. Responnya cukup sekadar memandang sesama kami, kemudian tersenyum.
Sepanjang pasar yang agak sesak juga terdapat banyak maqam orang-orang soleh. Bak kata Arab, “ ‘Aady..” (biasalah..).. Di sini memang begitu. Di Mesir juga begitu. Baru 2-3 langkah perjalanan, bersua lagi dengan maqam yang seterusnya. Setengahnya terpelihara, setengahnya seolah-olah diabaikan.
Hari keempat
Alhamdulillah, mengikut rombongan Kak Sarah dan family, sempat juga kami menziarahi Ma’lula, Homs, Hama dan Halab. Antaranya :
1) Laluan lari Nabi Isa, di Ma’lula (kawasan kependudukan Nasrani)
2) Masjid Khaleed al-Waleed, di Homs
3) Kincir air, di Hama
4) Qal’ah Salahuddin dan Suqq, di Halab
Walapun hanya menziarahi beberapa tempat, namun disebabkan jarak satu tempat dengan tempat yang lain agak jauh, perjalanan kami yang bermula selepas Subuh itu berakhir pada jam 1 pagi. Sungguh-sungguh meletihkan.
*********
Masyarakat Arab Syria punya dialek percakapan yang lebih lembut berbanding masyarakat Arab di negara selainnya. Bahasa Arab Fushah juga lebih diterima dan digunakan berbanding bahasa Arab ‘Ammy (pasar). Setakat ini, tidak pernah lagi saya menjumpai orang Syria yang tidak pandai berbahasa Arab Fushah, sebagaimana saya menjumpainya di banyak tempat ketika di Jordan. Alhamdulillah.
Bercerita mengenai reka bentuk rumah masyarakatnya juga sangat unik. Pokok di dalam rumah??, biasalah.. dan biasanya panorama ini hanya terdapat di ‘Bayt ‘Araby’ (rumah lama Arab). Sesetengahnya pula punya sudut yang tidak beratap, menadah cahaya matahari terus dari langit. Unik.
Semoga dengan hari yang berbaki ini, saya dapat bertemu lagi dengan perkara yang tidak mungkin saya akan menjumpainya di Malaysia. Entah bila lagi akan menjejaki Dataran Syam ini..
Wallahu’alam
Mukhlisah Mardhiah
06 Julai 2010 (Selasa)
6.48 am
Rukn Deen, Jamiah Abu Nuur.
p/s : -Petang semalam ketika berjalan di area Bramkeh, saya ternampak ukuran suhu ketika itu adalah 53 darjah celcius. Benarkah???
- Maaf kepada kawan-kawan atau saudara mara (atau keluarga angkat, dan sesiapa yang menanti) yang tak sempat dimaklumkan tentang kelewatan kepulangan kami ke tanah air..