
May 30, 2010
Jom pakat join "Millatfacebook.com"

May 29, 2010
Janganlah "tension-tension"..

"Tension betul lah dengan subjek ni.."
"Tensionnya... dah study berbulan-bulan, banyak ni je markah yang aku dapat.."
"Takde apa yang boleh buat hari ni, boring nye.."
"Engkau jangan nak menambahkan ketensionan aku.."
bla bla bla..
Kalaulah kita diberi kelebihan oleh Allah untuk mengira kembali berapa jumlah kalimah tension, boring, dan seumpama dengannya yang telah kita ucapkan, entah sudah kali ke berapa ribulah agaknya.
Allah lah yang menganugerahkan rasa itu
Kadang kala di waktu iman turun, hati menjadi sangat gelisah. Sehinggakan setiap perkara yang dilalui dirasakan segalanya tak kena. Bukankah itu semua adalah anugerah Allah kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Tidak semua yang memperoleh nikmat itu.
Apabila Allah memerintahkan untuk membaca (iqra'), dalam wahyu pertamaNya ke atas baginda 'alaihi salam, bermakna Allah telah meletakkan satu kepentingan yang amat sangat ke atasnya - pentingnya untuk menjadi ummat yang membaca.
Membaca ayat-ayat Allah bukan sahaja melalui penulisan, bahkan melalui pengamatan dan penelitian. FirmanNya menerusi surah Ibrahim (atau Abraham di dalam bahasa Inggeris), ayat 34 :
وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
Setelah menceritakan beberapa nikmat agung yang telah Allah limpahkan ke atas sekalian manusia di dalam 2 ayat yang sebelumnya (Ibrahim : 14 : 32-33), Allah telah menyifatkan menerusi ayat ini bahawa manusia itu seringali kufur nikmat (tidak bersyukur). Na'udzubillah.
Sungguh, tidak ramai antara manusia yang boleh 'membaca' nikmat dan anugerah kurniaan Allah, seperti yang telah disifatkan Allah menerusi surah Saba' : 13 :
ۚ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
..Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.
"semoga kita tergolong dalam golngan yang sedikit itu"..
Membacalah dengan cara bersyukur.
Imam Ghazali telah menjelaskan kaedah bersyukur menerusi 4 komponen.
1. Bersyukurlah dengan hati.
Hadirkan rasa kesyukuran atas segala perkara yang diperoleh tanpa mengambil kira baik, buruk, besar dan kecil perkara tersebut.
2. Bersyukurlah dengan lidah.
At least say : Alhamdulillah. Berkata-kata yang baik tanpa mencela setiap pujian atau musibah yang menimpa. Jangan kalah akhlak.
3. Bersyukurlah dengan perbuatan.
Gunakan nikmat itu sepenuhnya ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kebaikan manusia seluruhnya. Bersedeqahlah kepada yang memerlukan, ajarkan ilmu kepada orang lain walaupun hanya sedikit yang kita tahu, melawatlah orang yang sedang sakit, beribadahlah kepadaNya sebagai tanda "Thank you Allah".
4. Menjaga nikmat tersebut dari rosak.
Kaya sebelum miskin, Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati..
**Saya teringat salah satu movie Inggeris (lupa tajuk), mengisahkan tentang seseorang yang punya kuasa untuk mengundurkan masa. Ketika dia sedang mengayuh basikal di tepi jalan, dalam masa yang sama ada seorang businessman berkereta mewah baru sahaja memasuki parking dan memegang handphone. Maka berlakulah adegan perlanggaran, lalu tercampaklah handphone mahal si lelaki kaya tadi dan digilis oleh sebuah trailler.
Habislah lelaki miskin tadi disumpah seranah, dsb.
Diringkaskan, lelaki itu pun mengundur masa ke belakang. Situasi yang sama berulang. Namun lelaki berbasikal itu berhati-hati supaya tidak melanggar pemuda kaya itu. Sedihnya, apabila keluar dari kereta, telefon bimbit pemuda itu tercampak ke tengah jalan. Maka diambilnya telefon tersebut. Dalam masa yang sama sebuah trailler yang sedang laju tidak dapat mengelak lalu melanggar pemuda itu bersama-sama dengan telefon bimbitnya.
u see?? Itu hanyalah cerita, namun ~ Takdir Allah tu sangat besar hikmahnya.
Apa yang Allah bagi, walaupun nampak seolah-olah buruk di pandangan mata kita, tapi sebenarnya itulah yang paling baik untuk kita dalam kondisi tersebut.
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. - Al-Baqarah : 2 : 216.
Yang ada bukanlah Tension, etc. Tapi UJIAN
Setiap perkara yang hadir dalam hidup kita datangnya daripada Allah, untuk menguji hamba-hambaNya. Untuk apa?? sudah tentu untuk menilai samada tingkat iman kita yang seterusnya boleh dinaikkan atau dikurangkan.
Berbahagialah orang yang lulus apatah lagi cemerlang di dalam menempuh ujian Allah ini. Kita seringkali takut dan gentar dengan ujian di sekolah atau jamiah, namun lupa akan ujian yang mendatang 24 jam dalam hidup.
Pelbagai cara Allah datangkan untuk menguji kita.
Orang susah yang tiada berduit, bagaimana dia berusaha untuk menyelesaikannya.
Orang senang yang banyak duit, apa yang dibelanjakannya. Bersedeqahkah ia..
Orang yang sedang marah, bagaimana pengurusan emosinya. Adakah dia marahkan Allah..
Orang yang ditipu dan dikhianat, adakah dia akan membalas kembali pengkhianatan itu, atau dia bersabar semata-mata untuk mendapatkan redha Allah dan istana di syurga..
Orang yang diberi masa lapang, apa pula yang dibuat untuk memenuhkannya..
Orang yang diberi markah rendah, apa yang akan keluar dari mulutnya ; syukur atau cela..
..Itu semua ujian..
dan berita gembira untuk semua, Allah kata..
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - Al-Baqarah : 2: 7
Hanya dengan bersyukur, kita boleh dapat markah tinggi dalam exam, diberikan kebahagiaan, ketenangan hati, kelapangan fikiran, kemurahan, kemanisan ibadah dan ukhuwah..... segalanya, everything, kullu......
ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya!! Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya! Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Subhanallah.. so sweet.
Konklusi
Untuk itu, tidak wajar untuk mewujudkan dalam diari umat Islam istilah tension, dsb. Kerana itu semua adalah kurniaan Allah yang tidak lain tidak bukan untuk mengembalikan manfaat kepada manusia itu sendiri.
Ilmu itu adalah iradah Allah, diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya, dikirimkan ke dunia supaya tumbuh. Jika dicampakkan diatas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Jika diletakkan pada hati yang gelap dan akhlak yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Namun, jika ia hinggap pada hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepadaNya.
.."Enjoylah, dan berbahagialah dengan apa yang kamu ada"..
Jom Doa :
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." - Al-Hasyr : 59 : 10
Wallahu'alam.
Yang ingin memohon maaf atas segala haq yang tidak dipenuhi,
Mukhlisah Mardhiah
Syari' Thulkram, Irbeed
29 Mei 2010 - 9.45am
*Final exam : baki 3 paper lagi..
Suhu hari ini : 18 oc
May 17, 2010
Family Day BKMPJ 2010 @ Dibeen Forest

Bismillah..
Selesai penutup Festival Budaya Kita (FESTBUK) Jumaat malam baru ni, maka BKMP Jordan (Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang) dengan beraninya telah memilih hari Sabtu (16hb Mei) sebagai tarikh Family Day 2010. ..hurm, program tak henti.. Apa-apa pun best..
Dengan kerjasama anak-anak Melaka, program ini bertempat di Dibeen Forest, atas Jerash (bandar Rome 1000 tiang), memang terkenal dengan kecantikan floranya di bumi Jordan ini. Maklumlah, tanah Arab mana banyak hutan. So, Dibeen Forest merupakan tempat pilihan tertinggi untuk berkelah. Subhanallah.
Kalau di Malaysia, pada kebiasaannya kita memilih pantai, air terjun, tasik, dsb untuk berpicnic. Tapi berbeza dengan masyarakat Arab. Di mana ada hutan, di situlah tempat berkelah pilihan mereka. Maklumlah, laut di Jordan hanya satu : Laut Merah di negeri Aqabah, memakan masa 5 jam dari Irbeed. Air terjun pun tak banyak. Eh, satu lagu : Laut Mati, pusat terendah di dunia. Tapi kebiasaannya musim panas begini sangat banyak lalat di kawasan masin sebegitu. Hari ini pun suhu sudah menjangkau 30 darjah celcius, lebih kurang dengan Malaysia. Bezanya cuaca di sini kering, agak terseksa.
Tahniah buat AJK pelaksana program atas aktiviti santai yang telah disusun..
1st : Senam Robik, berlatarkan lagu "Demi Matahari" - terjemahan Surah As-Syams.
2nd : Explosure 4 Checkpoint : Kaki lipan, Hide and Seek, Bawa cawan berair dengan benang tanpa menggunakan tangan, Sungai Asid.
3rd : Telefon lama Communication (tak ingat nama aktiviti exactly) - ala2 telefon buruk la. Bezanya mesti melalui 6 post. Makan bawang, makan mukhallal (jeruk sayur), makan laban (susu masam), Telur mentah, ala2 buah kerdas, minum air garam. Nasib baik semua ni bukan seorang je yang makan, kalau tak....
4th : Bahasa Isyarat.
Makan : BBQ. (eh sedaplah.. lain kali buat lagi.. :)
Memang enjoy. dan terasalah ukhuwah yang terjalin. ^_^
Dan yang paling penting, kumpulan kami dapat nombor 2 daripada kesemua 6 kumpulan. "Team Jannah" namanya.. bersempena nama ahli kecil dalam kumpulan kami. Walaupun baru berusia 6 tahun, orangnya sangat bersemangat dan pintar.. kecil-kecil cili padi.
Walaupun ada yang dapat nombor 1, 2, 3, 4, tapi takpe, hadiah sume sama besar..
"Achik, klu Jannah dapat hadiah tu, Jannah nak chips", katanya..
p/s: Buat Ahli MMY (Majlis Mahasiswa Yarmouk), lepas final exam ni kita ada rehlah ke Aqabah.. So, make sure jgn terlepas pendaftaran peserta. Due : 21th June 2010.
Regards,
Mukhlisah Mardhiah
C.I
Festival Budaya Kita - FESTBUK

Alhamdulillah. Selepas hampir seminggu progam FESTBUK (Festival Budaya Kita) berjalan di bumi Irbeed Jordan, maka program di bawah JKK Sukan dan Kebudayaan ini ditutup dengan majlis Dinner Helwi (dan syabab makan2-open diorang la..). Festival ini menggalas tema "Aku Anak Melayu Islam" dengan membawa lagu tema "Mari Berhibur - Raihan".
[Kredit utk JKK Sukan dan Kebudayaan - Along Syahida n Bro Mukhlis]
Hiburan? Boleh ke??
Jawapan dalam bait-bait lagu Raihan : "Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah"..
Tapi semua hiburan ke tak salah?? No.. - "Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.." - Maknanya ada juga hiburan yang salah.
Dalam konteks nyanyian dan alat muzik, telah berlaku khilaf yang sangat besar di sisi ulama', sejak dari dahulu, dengan membawa hujah dan dalil masing-masing.
Namun, secara kesimpulannya, suka untuk saya berkongsi bahawa segala bentuk hiburan itu tiada salahnya selagi betul platformnya dan selagi tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah.
Pengajaran daripada budaya Arab
Bagi anak-anak perantau yang menuntut di Timur Tengah, sudah tentu mereka dapat menggambarkan bagaimana orang Arab berhibur. Mereka sangat terkenal dengan tarian yang dinamakan 'dabkah'. Hatta ustaz dan professor pun pandai berdabkah. Dan kebanyakan daripada lagu-lagu mereka sangat bersemangat, sehinggakan si pendengar boleh menari dan bergendang menyambut alunan muzik tersebut. Istimewanya lagu-lagu ini tidak terhad kepada lagu-lagu patriotik dan seumpamanya (saya kurang arif pembahagian lagu yang ada), malahan kadangkala selawat, memuji Rasul dan mengingat Allah juga dibentuk dengan lagu-lagu yang penuh bersemangat ini.
Cuma, yang ingin saya kongsikan adalah mengenai masyarakat wanita mereka. Walaupun di tengah umum ramai dalam kalangan mereka yang berniqab atau berburqa' (tutup semua dari muka smpai kaki), namun ketika majlis keramaian atau sebarang pesta, mereka pandai memilih 'platform'. Dengan tempat tertutup, tiada ajnabi, mereka bebas berhibur.
Yang silapnya..
Menonton tv, video, dan movie juga adalah sebahagian daripada hiburan. Hatta mendengar lagu. Tiada salahnya apabila kita menonton drama sambil teresak-esak (menangis sebab insaf), geram dan marah dengan watak jahat, etc. Itukan fitrah. Namun menjadi salah apabila tiada langsung istifadah (pengajaran) yang kita peroleh menerusinya. Malah bertambah teruk apabila tanggungjawab yang perlu kita laksanakan terabai.
Saya bawakan contoh..
Memang sedih melihat watak di dalam drama "Anak Derhaka" (sebagai contoh). Lawan mak ayah, tinggal solat, pergaulan bebas, merokok, berkata-kata kesat, dsb. Akhirnya mati mengejut disebabkan jatuh tangga tanpa sempat bertaubat (na'uzubillah). - Kita pun menggigit jari, dan berkerut dahi; 'berperasaan' tidak mahu menjadi seperti watak itu.
..Namun, Bagaimana pula kita yang menonton ni??
Azan Zohor dah lebih sejam berlalu, tapi kita still tegak di depan tv melihat drama yang penuh 'menginsafkan' tadi. Emak di dapur panggil minta tolong siapkan makanan tengahari, tapi kita sedikit pun tak berganjak. Langsung terlupa tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan, tanpa sedikit pun rasa 'kematian datang pada bila-bila masa sahaja'.
So, apa sebenarnya faedah kita melihat drama 'anak derhaka' itu tadi?? ~Thinking...
Konklusi
Carilah platform anda untuk menterjemahkan segala skill dan kepandaian anda dalam sesuatu perkara. (Tidak terhad kepada berhibur semata). Suka saya mengulang kesimpulan Sis Syahida di atas pentas pada malam perasmian FESTBUK tempoh hari (selepas diedit).. Terpulanglah apa jua kemahiran dan kecenderungan kita. Namun, tidakkah ia lebih bermakna jika segalanya boleh disumbangkan untuk Islam. Bagi yang minat membuat video, poster, animasi, berlakon, dikir barat, mereka fesyen, mencipta lagu, hatta menyanyi.. semuanya boleh disumbangkan dalam agenda memartabatkan Islam di mata dunia. Usah disempitkan pemikiran..
"Islam itu syumul".
Wallahu'alam.
- Kredit untuk saff penggerak FESTBUK 2010..
Sedikit buah tangan dari Lensa..
*walaupun di saat genting nak exam, area 200 orang juga yang menghadiri Majlis Perasmian FESTBUK. nice.. 1st Time di Jordan.
~ Sis Syahida, Final Yr Ekonomi and Bro Nazirul, Final Yr Dentistry.
(takpelah walaupun tak menang. Yang penting best).. :)
Jom sambung study...
Mukhlisah Mardhiah
Syari' Thulkram, Irbeed, Jordan
17 Jun 2010
May 9, 2010
Mengalirlah Wahai Air Mata..
-Menangislah di bahuku-
Song by : Firdaus
Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza
Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu
Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua
Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)
Song and words by Haris Isa (De Firdausi Entertainment)
Bismillah
Lagu ini membuatkan akal berfikir : bilakah kali terakhir kita menangis??
Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata
Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyuk."
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.
Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata."
Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.
Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah
Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:
1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.
3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.
4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.
5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.
Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm:43)
Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Wallahu'alam.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10099&Itemid=91
Mukhlisah Mardhiah
Syari' Thulkram (nama sebuah madinah di Palestin)
Dari Irbid untuk Gaza..


Kempen “JD10 dari Irbid untuk Gaza” ini ialah satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para ahli PERMAI menderma sekurang-kurangnya JD10 seorang ke dalam Tabung LL4G PERMAI. Walaubagaimanapun ingin ditegaskan, ini hanyalah galakan, bukannya paksaan.
Dan mengapa JD10?
JD10 itu mungkin kelihatan besar bagi kita, tetapi hakikatnya nilai itu hanyalah satu pecahan kecil daripada nilai yang diperlukan untuk membangunkan semula sebuah Negara. Dan sama-sama kita harapkan, agar nilainya lebih besar di sisi Allah kelak, insyaAllah.
Mengapa mesti menderma kali ini? Bukankah derma untuk tabung Palestin sudah kerap kali dijalankan sepanjang tahun?
Jawapannya, kerana misi kali ini bukanlah seperti misi-misi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza sebelum ini.
· Misi kali ini bukan sekadar membawa bantuan makanan dan perubatan, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar, iaitu membangunkan semula Palestin. Antara bahan yang dibawa bersama adalah bahan-bahan pembinaan seperti simen dan besi!
· Konvoi ini merupakan konvoi bantuan kemanusiaan terbesar di dunia setakat ini dan melibatkan 20 buah kapal dan bot.
· Konvoi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri. Bantuan akan dibawa terus ke Gaza menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan Israel semenjak Perang Dunia Kedua. Menurut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal dari Turki.
Semoga dengan usaha kita yang kecil ini mampu menjanjikan kita sesuatu yang lebih besar di akhirat kelak. InsyaAllah.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui”
(Al-Baqarah 2:261)
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.”
(At-Taubah 9:34-35)
Baca berita berkaitan :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26474:bantuan-rm11-juta-ke-gaza-&catid=1:utama&Itemid=50
Mukhlisah Mardhiah
05 Mei 2010 - Ahad
C.I